Wednesday, January 25, 2012

Genap Seminggu, Pas Selangor Terus Berkecamuk


Hari ini genap seminggu Pas diberi gelaran Parti Adat dan Sukan susulan perlantikan Exco baru bagi menggantikan Hasan Ali di Selangor.

Mengikut Zul Nordin, tugas pertama Exco baru Pas di Selangor adalah mencari surat beranak Hang Tuah. Sini

Pas Selangor sedang berada dalam keadaan berkecamuk sekarang ini walaupun mulut pemimpin-pemimpin mereka berkata tiada masalah. Di permukaan memang nampak tenang, tetapi dibawah begitu berkeladak sekali. Suara-suara tidak puas hati orang-orang Pas terus dibisikkan dari telinga ke telinga. Mungkin sedikit masa lagi ianya akan meletus secara terbuka.

Kuasa untuk melantik seseorang Exco terletak di tangan MB dan parti yang diwakili oleh individu yang akan dilantik. Seterusnya MB akan menasihati Sultan tentang perlantikan tersebut. Sultan tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco.

Begitu juga dalam soal portfolio yang akan dipegang oleh seseorang Exco. Itu kuasa mutlak seseorang MB. Individu yang mengangkat sumpah sebagai Exco di depan Sultan tidak ada menyebut apa portfolio yang akan mereka pegang. Mereka hanya mengangkat sumpah sebagai Exco dan menjaga rahsia. 

Jika ahli-ahli Pas tidak berpuashati kerana Pesuruhjaya Pas Selangor tidak dilantik sebagai Exco dan juga Pas kehilangan portfolio Hal Ehwal Ugama Islam, sila rujuk kepada Khalid Ibrahim dan Pas Pusat. Jangan salahkan Sultan kerana Baginda tidak ada kuasa mutlak untuk melantik seseorang Exco dan juga menentukan portfolio yang dipegang oleh seseorang Exco.

4 comments:

Anonymous said...

pas dah nak hancur.sikit ja lagi!

Anonymous said...

nak jadi cerita macam zaman paklah..rakyat marhein di bawah dok bising, paklah buat relax ja..last2 terbang 5 negeri..aku dok nampak benda yang sama nak jadi kat PAS..

Anonymous said...

Pas mana ada minat cerita adat dan sukan. Pas hanya minat islam

Anonymous said...

KALAU DAH BODOH NAK BUAT MACAMANA......ITULAH NASIB DAN ADAB DUNIA SIAPA YANG BODOH AKAN JADI MAKANAN YANG CERDIK TIDAK TERKECUALI PAS, PADA AKULAH PAS NI UMPAMA KELDAI TUA YANG MEMBAWA KITAB ATAS BELAKANGNYA YANG HELA DAN TARIK HIDUNGNYA ADALAH DAP DAN PKR.....DEK KEBODOHAN DAN BENGGAP NYA PAS DIA TIDAK TAHU APA YANG DIBAWANYA DAN UNTUK APA BENDA ITU DAN TERIKAT KEMAS LAH KITAB TERSEBUT DI ATAS BELAKANG KELDAI PAS.......DALAM PERJALANAN YANG JAUH DAN PANAS KELDAI TUA SEMAKIN LEMAH DAN HAUS DAN MENANGGIS LAH KELDAI TUA MINTA AIR DAN MAKANAN DARI TUANNYA (DAP) SELEPAS ITU PERJALANA YANG PANJANG DITERUSKAN LAGI SAHINGGALAH MEREKA TIBA DI DESTINASINYA...SESAMPAINYA DI SITU KELDAI TUA ITU PUN DIKORBANKAN SEBAGAI JUADAH SIKAFIR HARBI YANG RAKUS...ITULAH NASIB PAS DEK GAGAL MENGGUNAKAN OTAK YANG DIKURNIAKAN ALLAH MAKA HINALAH IA UNTUK SELAMANYA.......amin..amin ya rabaalamin ...yang benar RAKYAT NIK AZIZ.