Saturday, January 14, 2012

Rayuan Kepada Peguam Negara


Kini telah hampir seminggu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Saiful Bukhari, akibat keraguan kepada bukti DNA.

Sehingga ke hari ini tidak ada nampak tanda-tanda yang jelas yang pihak pendakwaan akan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. 

Saya difahamkan tarikh akhir untuk pihak pendakwaan mengemukakan rayuan pada 25.Januari.2012. Iaitu kira-kira 11 hari dari sekarang.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menyuarakan suara hati saya kepada Tan Sri Abdul Gani Patail selaku Peguam Negara Malaysia.

Saya tidak pasti samada tulisan ini akan dibaca oleh Tan Sri Peguam Negara atau tidak. Jika ada pihak-pihak yang mengenalinya , mohon dipanjangkan suara hati saya ini kepada beliau. 


Tan Sri,

Sebagai rakyat Malaysia kita semua telah diajar dengan prinsip-prinsip Rukun Negara sejak dari awal bangku sekolah lagi.

Perkara keempat yang terkandung dalam prinsip Rukun Negara adalah, 'KEDAULATAN UNDANG-UNDANG'.

Semasa di bangku sekolah rendah cikgu yang mengajar mata pelajaran Sivik ketika itu menghuraikan maksud yang tersirat disebalik prinsip Rukun Negara yang keempat itu.

Kata cikgu, 

Wujudnya undang-undang itu akan menjamin kehidupan rakyat agar  dapat bergerak dengan sempurna dan teratur tanpa sebarang masalah atau  kekacauan, di mana semua rakyat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya.

 Tan Sri,

Sejak perbicaraan bermula tiga tahun lepas , Anwar Ibrahim telah mendapat pelbagai keistimewaan. Beliau boleh memohon tangguh kes sehingga lebih dari 50 kali. 

Beliau boleh kemukakan rayuan sebanyak 38 kali. 

Beliau bebas bergerak keliling dunia kerana paspotnya tidak ditahan.

Beliau bebas berkata apa sahaja tentang kesnya walaupun perbicaraan sedang berlangsung, walaupun itu merupakan satu kesalahan. 

Pendek kata beliau menikmati bermacam-macam kemudahan. Semua itu berlaku kerana beliau adalah seorang VIP yang bergelar Datuk Seri (orang besar).


Tan Sri, 

Cuba pihak Tan Sri bayangkan semenjak kes ini bermula, mangsa (Saiful Bukhari) hidup dalam penuh tekanan. Beliau tidak bebas bergerak kerana faktor keselamatan. Tidak sepertimana Anwar Ibrahim yang bebas mengenlilingi dunia.

Saiful turut dikeji, dihina , dicerca dan dilemparkan dengan pelbagai kata-kata nista hingga memaksa beliau mengangkat sumpah dengan Al Quran untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa beliau tidak berbohong atau memfitnah Anwar Ibrahim. Manakala si pelaku pula tidak berani bersumpah dengan Al Quran untuk menafikan dirinya meliwat Saiful.

Sepanjang perbicaraan berlangsung, Saiful tidak pernah memohon tangguhkan kes atau kemukakan sebarang rayuan. 


Tan Sri , 

Saya tidak mahu mempertikaikan tentang keputusan mahkamah sepertimana yang kita semua tahu kerana saya percaya kepada sistem kehakiman kita, walaupun banyak yang ingin saya perkatakan.

Hanya satu yang saya pinta, iaitu agar pihak pendakwaan mengemukakan rayuan bagi pihak mangsa. Adalah amat-amat tidak adil kerana mangsa bukan seorang VIP dan hanya sebagai rakyat biasa , maka keadilan untuknya tidak diperjuangkan.

Kita harus menjunjung perkara keempat dalam prinsip Rukun Negara, setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara dan semua rakyat berhak menikmati keadilan yang sepatutnya, tidak kira mereka orang kecil atau orang besar.

Semoga pihak Tan Sri mengemukakan rayuan secepat mungkin kerana saya melihat masih ada ruang untuk mangsa mempertahankan dirinya. Bukan niat saya untuk melihat Anwar Ibrahim dihantar ke penjara, tetapi demi untuk keadilan kepada mangsa.

8 comments:

Anonymous said...

kalau anwar boleh tangguhkan kes berkali2, kenapa saiful tak berhak untuk merayu wlpn sekali? di manakah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang2?

Anonymous said...

Peguam Negara pekak badak, takut kepada Anwar.

Anonymous said...

Ini kan civil suit (saman sivil antara Saiful n BABI)? Kalau peguam negara x nak buat rayuan, Saiful sebagai individu boleh appoint loyar sendiri and buat rayuan...

Dari segi kos, kalau kite org malaysia (lebih kurang 50,000 ribu) yg cintakan keadilan, terutamanya utk Saiful dan saya kire kalau setiap org menyumbang purata RM10.00, maka kos guaman tidak menjadi masaalah.

Yg penting sekarang Saiful perlu peguam yg bukan saja berani tapi yang ade balls. balls yg keras dan kental.... Yang lembik2 x main.

Anonymous said...

Setuju anon 12:25 yang lembik2 x main. aku akan sumbang rm10.00. Peguam Negara jawab jangan tak jawab. Tak kan nak suruh majlis peguam bangang tu jawab...

Anonymous said...

tuan "pegu" (perkataan allahyarham p.ramlee) mane yang cakap kes ini kes civil tu??

aduyaii..!! malu nak teruskan komen!

razuar said...

Rasanya ag tak akan merayu walaupun ia kes jenayah.aku rasa elok tunggu keputusan bertulis hakim,mungkin ada kejutan buat anwar.dia sbnrnya x kisah masuk penjara kerana akan mngundang simpati rakyat dan dunia dan akn beri advantage kpd pr dlm pru13.tapi jika reputasi dia fail kerana meliwat dan dia bebas kerana masaalh teknikal ini akn hilangkn kpercayaan rakyat pdnya kerana ia bukan budaya rakyat timur.karpal singh cuak apa yg ada dlm pnghakiman bertulis hakim.kita akan hukum dia dlm pru13 nanti.

gurlish said...

Mengikut klausa tertentu, perihal undang-undang, keadilan untuk semua pihak. Bukan sahaja tertuduh, mangsa malah semua pihak· Dalam tempoh 3 tahun prosiding berlangsung mahkamah pada saya telah memberi ruang cukup luas buat tertuduh···kini sampai masanya keadilan turut diberikan kepada mangsa· Adakah adil buat mangsa··3 thn bertahan demi maruah diri dan keluarga keseluruhan wajar diadili dengan 3 baris penghakiman?? Kepada Malaysian; ini bukan benda remeh..ia akan dijadikan refference. BAHANA dikemudian hari. Kepada Tan Sri Gani Patail, buktikan kepada Malaysian bahawa Tan Sri jujur, amanah & sistem keadilan yg ditunjangi Tan Sri bebas dari pengaruh & campur tangan politik....Atas keprimanusiaan, saya mohon rayuan dibuat....jangan ade elemen pilih bulu. Keputusan bijak Tan Sri memfailkan rayuan ke mahkamah tertinggi BUKTI Tan Sri anak jantan! ALLAHUAKBAR

sman said...

Salah satu tindakan bagi memenuhi transformasi yg di laungkan oleh DS Najib yg perlu beliau lakukan sebelum pilihanraya ialah menggantikan TS GP. Dato Yusof atau Dato Idrus,layak di beri peluang.Sehingga sekarang rekord mereka kelihatan bersih.Tarik balik kelulusan bersara Dato Yusof ,kerana perkhidmatan beliau msih di perlukan demi kepentingan negara.