Wednesday, January 18, 2012

Sekali Lagi Bapa Saiful Mohon AG Failkan Rayuan


1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.

Dipetik dari blog Saiful



Selepas keputusan mahkamah pada 9.Januari yang lepas , pihak pendakwaan mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan. Tempoh 14 hari tersebut akan tamat pada hari Isnin (23.1.2012) jam 4 petang.

Memandangkan hari tersebut jatuh pada cuti umum Tahun Baru Cina, maka tempoh 14 hari tersebut perlu diundurkan ke belakang. 

22.1.2012 - cuti (ahad)

21.1.2012 - cuti (sabtu)

Maka tarikh akhir untuk pihak pendakwaan mengemukakan rayuan adalah pada hari Jumaat (20.1.2012) jam 4 petang.

Daripada saat ini tempoh yang ada hanya tinggal kurang dari 48 jam sahaja lagi. Tetapi sehingga ke saat ini belum ada nampak tanda-tanda yang pihak Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan.

Apa sudah jadi sebenarnya ini ?

Adakah Saiful tidak layak mendapat keadilan yang sewajarnya ?

Tolonglah wahai Tan Sri Peguam Negara, tolonglah kemukakan rayuan secepat mungkin. 

Setiap rakyat berhak mendapat keadilan sewajarnya. 

Jasa baik pihak Tan Sri amat diharapkan demi untuk keadilan kepada rakyat marhaen seperti Saiful.

9 comments:

Far Lungeng said...

Apa kata Bloggers yg sewaktu ajak penyokong Saiful wat perhimpunan aman minta Peguam Negara wat rayuan di Mahkamah Persekutuan. OK tak. Cepat sikit...masa dh gawat nih..

Anonymous said...

Uncle,
Sekiranya semua ini iaitu rayun oleh pihak pendakwa tidak menjadi kenyataan saya amat bersimpati dengan uncle sekeluarga terutamnya Saiful.

Tidak mengapa uncle,setidak-tidaknya Saiful telah melakukan sesuatu yang dituntut olehg Allah yakni bertaubat,Saiful membuangkan perasaan malunya atas perbuatannya bersama Anwar,yang penting Saiful telah menyerahkan dirinya pada Allah.

Bermunajatlah dan bermohonlah kepada Allah,sesungguhnya balasan Allah nanti lebih keras dan pedih jika nak dibezakan dengan perasaan malu yang uncle sekeluarga tanggung.

Biarpun berpuloh ribu yang menyokong si pelaku yang satu lagi tetapi mereka sebenarnya didalam hati mereke mempunyai perasaan bongkak dan sombong.

Sokongan puluhan ribu atau jutaan manusia tidak penting,melainkan penerimaan yang Esa,ini yang lebih penting.

Doa saya pada Uncle seisi keluarag terutamanya Saiful diberi kekuatan oleh Allah Yang Maha Besar.

terima kasih.

Anonymous said...

AG dah kena beli oleh Anwar.

RAKYAT MALAYSIA said...

DAN SEKALI LAGI..

KEPADA SAIFUL DAN KELUARGA,
JIKA ANDA YAKIN ANDA DI PIHAK YANG BENAR, MENGADULAH KEPADA ALLAH. INSYA ALLAH, LAMBAT LAUN AKAN DIPERKENANKAN HAJAT ANDA.
YAKINLAH DAN BERSERAHLAH KEPADA ALLAH.

ITU SAHAJA NASIHAT SAYA. SEKIAN

PM AG said...

Semua tahu AG akan ikut sahaja apa kemahuan PM. Bermakna, jika AG tidak mahu rayu nanti, sebenarnya Najib yang tak mahu rayu.

Anonymous said...

Dah tak ada bukti macamana AG nak rayu. Bukti yang ada tu pun dah basi. Pening kepala AG.

Anonymous said...

Salam RBF dan semua pembaca2.

saje nak ingatkan Tuan AG, peguam2 DOJ yg bijaksane dan terutamenye ketua pemerintah negara dan kuncu2nya...

JANGAN NANTI DISEBABKAN KES INI KAU ORG SEMUA TUMBANG DLM PRU13 NANTI.....

nampak gaye justice untuk seorang insan kerdil bername Saiful mmg x akan dpt ditegakkan. sedangkan kerenah maknusia laknat si BABI tu diberi layanan kelas pertama.

so just bear in mind that sekarang ni the RAKYAT's perception is that untuk org kerdil, tobat lahum, TAK ADE CAN LANGSUNG DAPAT SEBARANG PEMBELAAN, tapi kalau org tu berwang mesti terlepaslah....

hmmmm.... food for thought.

proud to be malaysian said...

buatlah rayuan
bagi lah dia merayu
hak dia
sebab tu ditubuhkan mahkamah rayuan

Anonymous said...

kes yang paling bullshit dlm dunia