Tuesday, February 21, 2012

Debat: Haji Hadi Cuba Cantas Anwar

Malaysiakini semalam melaporkan kenyataan Mahfuz Omar yang mengatakan Haji Hadi bersedia untuk berdebat dengan Datuk Najib.

Seperti yang kita tahu,puak-puak PKR sedang mencanang cerita debat Najib-Anwar.

Tup....tup....tiba-tiba Haji Hadi pula kata dia sedia berdebat dengan PM.

Jika begitu gayanya, ia adalah sesuatu yang tidak kena. Sepatutnya Haji Hadi beri sokongan supaya Anwar berdebat dengan Najib. Bukannya potong jalan untuk dia berdebat pula.

Nampak sangat Haji Hadi tak sukakan Anwar dan nak cantas
Anwar.

Berhubung isu debat, sebelum Anwar berdebat dengan Najib apa kata jika diadakan debat di peringkat negeri-negeri yang diperintah DAP, PAS dan PKR terlebih dahulu. Habis peringkat negeri baru dibawa ke peringkat pusat untuk perdebatan Anwar-Najib.

Untuk permulaan kita mulakan di Selangor terlebih dahulu untuk perdebatan antara Khalid Ibrahim dengan Noh Omar.

Setuju ?

4 comments:

Anonymous said...

Kalid vs noh ?

0k set.setuju 100%

Anonymous said...

Setuju sangat, Khalid dengan orang UMNO, sapa2 pun boleh jadi wakil sebab senang je nak berdepan pihak lawan, sebab dia tak berapa lancar bila berhujjah,tajuknya mengapakan negeri Selangor kelihatan begitu 'MISKIN dan serba kekurangan' sekali semasa di bawah pemerintahan PKR.

Debat kedua antara Raja Nong Chik dengan Nurul Izzah dan tajuknya ialah menangani masalah di kawasan kependudukan padat (high-sensity area) di kuala lumpur, termasuk masalah sosial, kesesakan lalu lintas, ketepatan perkhidmatan kenderaan awam,dan tempat tinggal yang bersih,selesa, teratur dan selamat.

Selamat berdebat.

pujangga buta said...

tak payahlh...
buat abis beras jew...
hasil tarak...
kalau kedua-dua pihak ikhlas...
buat kerja untuk rakyat...
pe2 pon...
rahmat semua dtg drpd Allah...
Takbir!!!
Allahukhbar!!!

Anonymous said...

BUAT BUANG MASA JER BERDEBAT NIE..NAK TGK SIAPA PANDAI BERHUJAH KER?YANG PENTING SIAPA YANG PANDAI MENTADBIR DAN MEMBERI IDEA UNTUK MEMBANGUNKAN MALAYSIA..X SETUJU ADA SEBARANG PENDEBATAN...