Friday, February 17, 2012

Hilang Aziz Bari Kini Muncul Dr Maszlee Malik


Aziz Bari dah hilang, sekarang muncul pula seorang lagi warga UIA yang ingin mencari populariti yang berkemungkinan besar berhajat untuk menempatkan dirinya dalam kelompok pembangkang menjelang PRU 13.

Orang yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik, pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sebelum daripada ini kita tidak pernah mendengar suara-suara Dr Maszlee , melainkan apabila menjadi moderator bagi program wacana anjuran Sinar Harian.

Beliau baru nak bermula berjinak-jinak dengan politik nampaknya apabila beberapa hari lepas beliau telah menghantar surat terbuka seperti yang disiarkan Sinar Harian kepada orang yang beliau katakan kenalan rapatnya, iaitu Hassan Ali.

Itu tandanya beliau cuba nak cari populariti. Jika beliau tidak berniat untuk cari populariti beliau tidak akan hantar surat terbuka yang boleh dibaca di seantero dunia kepada orang yang beliau anggap sahabat. Beliau boleh berjumpa Hassan Ali secara peribadi untuk bercakap apa yang ingin dicakapkan. 

Mungkin kerana sudah syok kerana menerima sokongan atau pujian pencacai-pencacai pembangkang hasil dari tulisannya kepada Hassan Ali , hari ini pula sekali lagi beliau menulis surat terbuka. Kali ini surat terbuka kepada Datuk Ahmad Maslan berhubung buku jingga yang dibuang ke dalam tong sampah.

Ahmad Maslan membuang buku jingga ke dalam tong sampah setelah beliau menjawab satu-persatu apa yang dikata dan dijanjikan oleh puak yang menjual mimpi kepada peneroka Felda tidak betul.Semuanya bohong dan tidak masuk akal. Apa salahnya benda yang bohong dibuang ke dalam tong sampah ? Memang itu tempatnya. Tak kan nak buat frame pula dan hantar ke setiap rumah peneroka ? 

Sebagai seorang ahli akademik sepatutnya Dr Maszlee membuat kajian terlebih dahulu apa yang dikatakan dalam buku tersebut benar atau bohong. 

Saya tidak mempertikaikan hak Dr Maszlee untuk bersuara kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Akan tetapi sebagai seorang ahli akademik yang bersifat bebas beliau kena adil. Lainlah sekiranya beliau memang seorang ahli politik yang berpihak kepada mana-mana parti. 

Dimana suara Dr Maszlee ketika pemimpin DAP memijak gambar tiga adun bebas Perak ? Atau pun boleh atau tidak selepas ini Dr Maszlee menulis satu surat terbuka kepada pemimpin-pemimpin DAP bagi mengulas kejadian tersebut ? 


Dimana juga suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menggunakan perkataan PANDIKUTTI atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud ANAK BABI kepada PM ? 

Dimana suara Dr Maszlee apabila pemimpin-pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang karut-marut. Seperti undi Pas masuk syurga, doa pecah perut dan yang lain-lain lagi. 

Jika Dr Maszlee berkata itu perkara-perkara lama dan beliau tidak berminat nak campur. Tak mengapa, kita ambil yang baru-baru pula.

Dimana suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menyokong Israel ?

Jika pembangkang yang ada di Malaysia adalah pembangkang yang bertamadun saya juga akan 'menyembelih' Ahmad Maslan habis-habisan kerana tindakannya itu . Akan tetapi oleh kerana pembangkang yang ada di Malaysia hari ini adalah pembangkang yang tidak bertamadun, pembohong dan pemfitnah, maka tindakan yang diambil oleh Ahmad Maslan itu adalah satu langkah yang cukup tepat. Orang cerdik kita kena layan cara cerdik. Orang bodoh kita kena layan cara bodoh.

Semoga Dr Maszlee berjaya menempatkan dirinya dalam senarai calon Pas atau PKR pada PRU 13. Jemaah-jemaah JIM yang sebahagiannya parasit yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali mungkin telah bersiap sedia menolong Dr Maszlee.

26 comments:

Anonymous said...

ni semua pensyarah kangkung yang perlu di buang segera kerana tk mengajar, buat research tak pandai, kat UM pun ada sorang pensyarah kangkung - abu hassan goggle

Anonymous said...

tokoh hebat yg akan meneraju mlsia..

Anonymous said...

Anonymous said...

ni semua pensyarah kangkung yang perlu di buang segera kerana tk mengajar, buat research tak pandai, kat UM pun ada sorang pensyarah kangkung - abu hassan goggle

February 17, 2012 4:15 PM

...................................

kerana pensyarah2 seperti inilah yang membuatkan rating universiti2 kita makin jatuh. kemudian letak atas bahu kerajaan yang memerintah.yang mengajar adalah mereka

Anonymous said...

ada ka dr ni kata pas sama macam ikhwanul muslimin di mesir.macam langit dengan bumi.patutnya dr tu suruh pas keluar dari pakatan haram,berjuang sendirian mengikut landasan islam macam ikhwanul muslimin.tengok muka pun memang betul macam hasan ali kata parasit.

Anonymous said...

bro rbf,aku suka ayat ni & sokong 100%

Jika pembangkang yang ada di Malaysia adalah pembangkang yang bertamadun saya juga akan 'menyembelih' Ahmad Maslan habis-habisan kerana tindakannya itu . Akan tetapi oleh kerana pembangkang yang ada di Malaysia hari ini adalah pembangkang yang tidak bertamadun, pembohong dan pemfitnah, maka tindakan yang diambil oleh Ahmad Maslan itu adalah satu langkah yang cukup tepat. Orang cerdik kita kena layan cara cerdik. Orang bodoh kita kena layan cara bodoh.

Anonymous said...

menyokong arab spring dgn bersandarkan dgn dr yusoff qardawi, kita mesti menjadi gerakan islam yg post islamist, moderate dan sanggup bekerjasama dgn segala mak nenek liberalis, maknanya keutamaan kita ialah kuasa dahulu dgn membenarkan apa sahaja isu yg boleh melemahkan, menjatuhkan maruah islam demi kuasa putrajaya dahulu.

Dr maszlee amat obses dgn arab spring tetapi tak berjaya menzahirkan dokongan akhlak rasul dlm perjuangan dgn melupakan kaedah gadafi dihapuskan, mengaibkan mayat seorang islam, suasana anarkis di mesir, faktor realiti yg berlaku setelah arab spring seolah tidak dihraukan oleh maszlee, pembunuhan adalah satu kemestian demi kuasa spt yg berlaku di syria langsung tak diulas oleh maszlee dlm konteks mencari himah dan hikmah rasul saw dlm berjuang di era mekah dan madinah dan setelah pembukaan kota mekah.

Napa nak membenarkan arab spring mesti berlindung di balik qardawi dan cuba membawa situasi di sana ke msia dlm konteks gerakan islam mesti moderate?

Lupakah maszlee dgn perancangan neo imperialis berpaksi pd zionis berlangsung sebelum penjajahan haram palestine lagi dan masih lagi dlm usaha menakluki dunia dibawah neo-con, obses pd arab spring dn justify dgn kebangkitan Islam dgn hujah qardawi, mana mata2 zionis dlm arab spring?? Takkan zionis pejam mata sesaat cuma dlm dunia ini sbb matanya hanya satu shj iaitu hal dunia sj yg digenerate.
Butakah maszlee dgn kelemahan ummah ni, lalu obses dgn gerakan islam yg moderate, jgnlah jadi wahabi era ibnu saud, atau memang maszlee ini adalah sisa2 kekejaman wahabi diera kebangkitan mereka, iaitu biar melimpah darah sesama makhluk yg bersyahadah asalkan kuasa mesti dipegang.

Aku cadangkan bawa qardawi dok kat msia, ajak dia buat study kes dgn academician disini tanpa bias, kita pakat lihat apakah kesimpulan yg qardawi buat dgn nasib umat islam dimsia dgn halatuju politik yg dianjurkan sekarang dimsia. Jgn quote statemen qardawi dgn kes arab spring utk justify dn rasionalkan gerkan poltik pakatan rakyat yg ada kolabrasi dgn kebangkitan Islam, itu namanya sesat dipangkal jalan dlm menghujah ilmu, pastinya hujung jalan sesat jua kerana nafsu yg ada pd diri terperi masih liar lagi, akhirnya setiap masa mengatakan aku sahaja yg betul.

wallahualam.

Drp.
ilahi anta maksudi waridhakamathlubi.

Anonymous said...

tau la ni la PUNDEKKUNTAKUTTY wohahah

helang said...

Maka akan jahanamlah malaysia sekiranya lambakan prof kangkung di dalam universiti.

Anonymous said...

Prof kangkung sebegini harus di beri option smaada berhenti atau terus berkhidmat pada bangsa dan negara.

Anonymous said...

Bagus juga tu bro RBF, semakin banyak topeng2 pembangang yang terbuka bila pensyarah seperti Dr Maszlee ni berbicara begitu. Selama ini mereka hanya pandai menyorok disebalik jawatan pensyarah je. Di dalam kuliah pula asyik menyelitkan propaganda perjuangan pembangang mereka tu. Ini adalah realiti.....

Semakin ramai yang membuka topeng pembangang mereka lagi bagus, sekurang-kurangnya kita akan tahu siapa mereka ni. Kita boleh menilai tahap keilmuan yang mereka miliki, apakah benar analisis yang mereka lakukan atau hanya sanggup menjadi barua pembangang je. Kita telah lihat analisa yg dibuat oleh Prof Kangkung bernama Ajis Bebiri sebelum ni. Kini dah ade pensyarah lain.. bagus la...

Anonymous said...

Seandainya di jabatan kerajaan, pegawai-pegawainya diberi kebebasan untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu, saya rasa mesti ramai yang akan lakukannya. Jika tak kerana dikawal oleh pekeliling atau tindakan tatatertib, ramai penyokong parti pembangkang pastinya takkan segan silu memberi komen 'bernama' di media-media cetak dan alam maya serta menggunakan title Dr atau Prof.

Mungkin di universiti, kebebasan diberi sepenuhnya kepada tenaga pengajar untuk memberi sebarang kenyataan kepada media tanpa tapisan.

Anonymous said...

dr prof atau pun peg kerajaan...memang sedap komen atau kutuk kerajaan....lupa akan kebaikan yang pernah diterima serta faedah2nya pada tuan2 sekelian...anda semua belum kena dengan pembangkang yang anda semua sanjung sekarang....nanti bila dah kena,menyesal apa pun dah tak guna...sepatutnya anda semua yang dikatakan profesional,mengembeling tenaga membantu kerajaan agar terus dedikasi dan meneruskan perjuangan demi islam,bangsa dan raja2 melayu...ini tanah kita, rumah kita...jangan duduk dilantai,jangan hanya makan kuah seperti lagu yg dinyanyikan saudara n.d.lala...hayatilah

Anonymous said...

Aku keja dengan kerajaan. Aku bersyukur. Aku tahu dalam kerajaan banyak yang korup, terutama yang sokong pembangkang. Alasannya kerajaan tak betul buat apa kerja betul2. Mereka ini yang menjadi duri dalam lipatan yang membocorkan rahsia kerajaan. Untuk menyelamatkan keadaan kerajaan perlu bertegas seperti Singapura. Siapa yang melanggar undang-undang jangan pilih bulu, tentu ramai yang akan respek dengan kerajaan. Undang-undang diperketatkan barulah ada kedaulatan undang-undang.

Nanang Kesuma said...

Kalau rasa diri berilmu maka anak bangsa itu dididik dulu,bukan dengan cara berpolitik yang kotor atau mencari publisiti murahan...Dulu belajar tinggi-tinggi pun disara oleh kerajaan, maka balik ke Malaysia curahkan lah ilmu yang ada, bukan hanya menjadi kacang yang lupakan kulitnya atau lebih sudu dari kuah.... Saudara Mazlee malik, ini surat terbuka pendek dari aku kawan lama yang belaja kat Jordan dulu...Harap kau betulkan niat dan jangan cuba nak jadi juara yang hanya merugikan anak bangsa dan negara serta yang paling aku takut kau cuba nak jual agama kau sendiri...Kalau kau boleh beri surat terbuka pada orang maka kau juga sanggup terima surat terbuka ni...Ok setakat ini saja maka aku doakan moga kau akan terus berjaya jadi insan yang berguna demi Agama Bangsa dan Negara...

Anonymous said...

dia ni fikrah ikhwanul muslimin..sentiasa lawan pemerintah.

Anonymous said...

kerajaan perlu sedar bahawa tak semua pensyarah universiti yang bertitle dr dan prof yang menentang kerajaan, biasanya yang menentang kerajaan adalah prof dan dr yang gedebe terutamanya dari kelantan yang beraliran sastera (maaf laa orang kelantan) sebab mereka selalu fikir mereka betul. kalau tak caya buat lah survey, mereka bukan pandai mengajar pun, cakap berdegar-degar tapi satu hapa benda pun tak buat

Anonymous said...

habis lah sesiapa yg terhutang budi dgn anwar harus bayar balik budi tu

jangan sesekali makan budi dgn anwar & keluarga

Anonymous said...

Assalamualaikum RBF,

Kalau rajin baca artikel ni, Maszlee Malik popular dgn artikel ni dan pernah "menggegarkan" alam jamaah dengan gagasan "ummah centric vs Jamaah centric":

Jemaah centric???

BTW, Maszlee Malik ni JIM, puak2 JIM ni adalah core kepada parasit kpd PAS. Kalau nak tahu siapa JIM dalam PAS, google JIM dan Maharaja Zhou.

wassalam.

Anonymous said...

RBF,

Artikel yg patut dibaca oleh tuan,

hassan-ali-isytihar-perang-ke-atas-jim-dalam-pas

bacaan-awal-untuk-memahami-siapa-erdogan/parasit-dalam-pas

To Live Again said...

to ilahi anta maksudi waridhakamathlubi.

Syabas di atas hujahan mantap dan ilmiah saudara.Seronok sy membaca tulisan saudara yg sarat dgn fakta dan sandaran hujah yang solid lg jitu.

Sebenarnya saudara, Dr. kangkung mcm ni hnya bercakap bersandarkan BUKU dan bukan realiti.Sbb 2 la ranking U di malaysia jatuh mendadak sbb ramai melahirkan DOCTORATE tp DOCTORATE yg hanya PNDAI MEMBACA BUKU semata2 dn bukan hebat dlm Research dn tesis mereka.

Anonymous said...

Manusia berilmu lebih bhaya bilamana ilmu digunakan untuk menghancurkan keamanan,kesejahteraan,dan ekonomi ummah..menjustifikasikan penentangan berdasarkan keadaan,senario,dan reasoning yg sonsang dgn mengetahui public at large x akan memahami pembohongan dilakukan...inilah contohnya agaknya

Anonymous said...

Dr Maszlee Malik pernah jd lecturer sy mase di matric IIU dulu. He was a good lecturer to me back then. Dia suka berdebat dgn kami pelajar2. xingtla die aja ape, fiqh ke apatah. tp ilmu islam la. xsgka lak die terjebak bab karut marut ni. haishh, sush bile kite dah lari dr landasan sebenar...

Anonymous said...

Orang2 mcm ni yg perlu dibuang dr universiti.Buat rosak anak bangsa. Kalau dh sibuk nak berpolitik, letak jawatan

Anonymous said...

Dr Maszlee Malik pernah jd lecturer sy mase di matric IIU dulu. He was a good lecturer to me back then. Dia suka berdebat dgn kami pelajar2. xingtla die aja ape, fiqh ke apatah. tp ilmu islam la. xsgka lak die terjebak bab karut marut ni. haishh, sush bile kite dah lari dr landasan sebenar...
May 23, 2012 1:46 PM

***

Suka belajar dengan dia, tapi apabila baca entri ni terus berubah hati.
Mudahnya.

Anonymous said...

Dr ni bekas pensyarah saya. Pada penilaian saya dia antara pensyarah yang paling tak guna....setuju disebut pensyarah kangkung. Yang cuma makan gaji buta dari hasil duit kerajaan dan rakyat.... Sebagai anak murid, kalau dia benar-benar nak berjuang atas landasan dan pemikiran yang beliau percaya eloklah quit je dari UIA.Jangan menyusahkan kami yang nak belajar ni dengan idea-idea bangkrap ni. Agak-agak dr berani ke resign....kalau berani memang kita tabik la...baru nama pejuang sejati

Anonymous said...

korang memang pandai label org pensyarah kangkung..korg ape??pensyarah longkang??muahaha sembang kencang sorg2..apa pon tada..