Friday, February 3, 2012

Lynas: Fuziah Salleh Perlu Buang Televisyen dan Telefon Bimbitnya Terlebih Dahulu


Dalam pembangkang orang yang cerdik pandai tidak akan popular. Yang popular adalah orang-orang yang bodoh seperti Mahfuz Omar, Mat Sabu, Idris Ahmad, Fuziah Salleh dan ramai lagi. Jika orang yang cerdik pandai nak popular, mereka kena buang segala ilmu yang mereka ada dan harus jadi bodoh seperti golongan yang bodoh.

Contoh , Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man. Dia bukannya calang-calang orang. Dulu dia seorang pensyarah universiti. Dulu dia tidak berapa popular kerana dia kurang bercakap dan bercakap perkara yang cerdik-cerdik sahaja. Bagaimanapun selepas kalah dalam pemilihan Pas di tangan Mat Sabu, dia dah jadi bodoh sekarang. Tiap-tiap hari sekarang ini kita boleh lihat kenyataan-kenyataan bodoh dari dia. Sah dia akan menang dalam pemilihan akan datang kerana dia telah memenuhi ciri-ciri kebodohan yang dikehendaki oleh pengikut-pengikut parti mereka.

Begitu juga dalam hal kilang Lynas. Orang yang cerdik, lulusan sains nuklear, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat tidak diberi ruang untuk bercakap atau membuat penjelasan. Sebaliknya orang yang bodoh dan tiada ilmu sains nuklear seperti Fuziah Salleh yang galak bercakap dan dijulang sebagai heroin oleh Pas , PKR serta DAP.  

Cerita bab kilang Lynas lebih kurang sama dengan cerita NFC yang pernah saya tulis beberapa minggu lepas. Semuanya kerana politik. Isu Lynas tidak selamat tidak akan timbul sekiranya kilang berkenaan dibina di Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan. Pada masa itu nada mereka akan berbunyi begini "ohhhhhh inilah buktinya kerajaan pimpinan pak-khatan rakyat pandai mencari pelaburan dan pelabur yakin dengan kami berbanding dengan negeri-negeri yang diperintah BN yang penuh dengan "rasuah dan kronisme".

Sama juga apabila mereka kalah pilihanraya, "ohhhh ini semua kerana BN mengamalkan taktik kotor , menggunakan SPR untuk kepentingan mereka, menipu undi pos dan bla....bla....bla...bla.....bla....".

Apabila mereka menang, "ohhhhh inilah buktinya rakyat telah menolak Umno dan BN yang selama ini hidup dengan rasuah, merompak wang rakyat, merompak harta negara dan bla....bla...bla....bla...".

Begitu juga dalam kes-kes mahkamah. Bila kalah kes mulalah kata mahkamah jadi alat Umno, hakim zalim dan macam-macam lagi. Bila menang kes, "ohhhhhhh inilah bukti hakim tersebut seorang yang adil dan tidak mahu bersekongkol dengan kezaliman serta penipuan"

Itulah perangai orang yang tak percaya kepada Qada dan Qadar . Percaya kepada Qada dan Qadar adalah salah satu perkara yang terkandung dalam rukun Iman. Orang yang tak percaya kepada Qada dan Qadar termasuklah dalam golongan apa ? Tentulah golongan MUNAFIK....

Berbalik kepada kisah Lynas....

Projek tersebut diperlukan untuk melonjakkan lagi ekonomi negeri Pahang khususnya dan bagi Malaysia amnya. Selain dapat menjana ekonomi dan ia juga dapat membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Sejarah telah membuktikan bidang industri yang dimulakan oleh Tun Dr M selepas dilantik menjadi PM telah mengangkat Malaysia kepada kedudukan yang ada pada hari ini. 

Dulu negara kita banyak bergantung kepada bidang pertanian, setakat mana sangat hasil yang kita dapat. Bagaimana dengan hidup rakyat pada masa itu ? cuba bandingkan dengan keadaan sekarang bagaimana pula hidup rakyat ? Dulu orang Malaysia berduyun-duyun pergi kerja buat rumah batu dan bangunan di Singapura. Sekarang ini pula berduyun-duyun orang Indonesia, Bangladesh, Nepal , Vietnam dan macam-macam negara lagi yang datang buat rumah batu atau bangunan di negara kita.

Pelaburan yang dibawa masuk oleh Lynas Corporation ke negeri Pahang bukan kecik anak punya pelaburan. Untuk membina kilang sahaja mereka dah belanja RM 700 juta. Itu belum dikira lagi setelah mereka beroperasi kelak. Sudah tentu mereka perlukan pekerja, perlukan pembekal dan macam-macam keperluan lain lagi. Apabila rakyat ada kerja, mereka ada duit. Apabila mereka ada duit, mereka akan berbelanja. Apabila mereka berbelanja ekonomi akan berkembang dan terus berkembang. Apabila ekonomi berkembang sudah tentulah rakyat yang mendapat labanya. Macam lagu bangau oh bangau pula jadinya.

Jangan ada yang berkata "ah peduli apa aku dengan perkembangan ekonomi negara,bukannya dapat kepada kita". Itu cakap-cakap orang bodoh. Bagi yang berusia lebih 40-50 tahun sila undurkan balik kebelakang fikiran anda dan kenang balik kehidupan anda  20-30 tahun lampau. Bagi yang berusia 40 tahun ke bawah sila tanya ibu bapa atau orang-orang tua bagaimana kehidupan dulu dengan kehidupan sekarang. 

Dulu siapa ada kereta, satu kampung akan cari orang itu untuk nak bawa mereka ke hulu dan ke hilir. Sekarang semua ada kereta depan rumah masing-masing. Dulu semua pakat naik bas untuk bergerak ke sana ke sini. Sekarang semua syarikat bas nak bangkrap kerana tiada orang nak naik lagi. Masing-masing dah ada kenderaan sendiri. Sampaikan kerajaan pula terpaksa bagi bantuan kepada syarikat-syarikat pengendali bas. 

Mungkin ada yang berkata "aku dapat beli kereta dan hidup senang kerana hasil usaha aku sendiri, bukannya usaha kerajaan". Saya jawab "kepala hangguk hang" ! Kalau kerajaan tak bangunkan negara, tak pandai jana ekonomi, tak pandai cari pelabur-pelabur,apakah kamu ingat kamu boleh dapat kerja ? Lihat contoh di Kelantan, setiap tahun selepas tamat tingkatan 5 berduyun-duyun anak-anak negeri berkenaan bergerak keluar meninggalkan ibu bapa untuk mencari pekerjaan di negeri-negeri maju. Sampaikan beberapa hari lepas seorang majistret pun menasihatkan seorang remaja agar mencari pekerjaan di luar Kelantan. 


Kerajaan yang memerintah negara dan negeri Pahang tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada sekarang. Mereka perlu berusaha untuk memajukan lagi ekonomi dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru untuk masa depan rakyat. Ramai lagi dibawah sana yang sekarang sedang berada di bangku sekolah memerlukan pekerjaan, perlu duit, , perlu kereta , perlu rumah, nak bina keluarga dan sebagainya kelak. Persediaan perlu dibuat dari sekarang. Pembinaan kilang Lynas adalah salah satu dari perancangan jangka masa panjang untuk kemudahan rakyat. Tiada kerajaan yang gila dalam dunia nak suruh rakyatnya mati.

Lainlah dengan Kerajaan Kelantan, mereka kerajaan islam. Tak perlu bina ekonomi dan fikir masalah rakyat. Cukup dengan hanya mendengar ceramah pemimpin-pemimpin Pas dan bertakbir, duit akan turun dari langit mencurah-curah. Negeri mereka dah jadi negeri maju kerana mereka ada Tesco. Siapa cakap Kelantan maju kerana ada Tesco? Nik Aziz yang cakap. Kalau tak percaya klik di sini

Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarungnya berkata kilang Lynas tak selamat kerana rakyat akan terdedah kepada radiasi dan boleh menyebabkan kanser. 

Semua itu bohong dan tidak lebih dari bohong. Orang-orang PKR asal buka mulut sahaja tiada yang benar melainkan semuanya bohong. Daripada pemimpin atas sampailah ke cicak-cicak mengkarung peliharaan mereka. Tidak ada yang tidak bohong melainkan semuanya bohong.

Satu kajian terperinci telah dijalankan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa ( IAEA) pertengahan tahun lepas dan mereka mendapati kilang berkenaan selamat serta menepati piawaian IAEA. Itu kajian sebuah badan antarabangsa yang diiktiraf dunia. Bukannya kajian yang dibuat tepi semak di Kampung Tok Sira oleh Prufesok Fuziah Bt Salleh.

Menurut Pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia ,  Profesor Dr. Ismail Bahari, radiasi hanya membahayakan manusia apabila ia melebihi paras tertentu dengan 100 mSv boleh menyebabkan meningkatnya risiko mendapat kanser.

Menurut Profesor Dr. Ismail lagi operasi Lynas hanya akan menyebabkan pendedahan radiasi kepada orang awam sebanyak 0.002mSv setahun dan ia 10 kali lebih rendah berbanding pendedahan radiasi menonton televisyen selama empat jam sehari untuk tempoh setahun.

Ada faham ke Prufesok Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarung PKR ? 10 kali lebih rendah dari menonton televisyen. 

Jika Fuziah Salleh benar-benar seorang pejuang yang menentang radiasi seperti yang ditunjukkan dia selama ini, kita cabar dia buang terlebih dahulu televisyen di rumahnya. Kalau itu dia tak boleh buat, tak usahlah dia nak melalak anti radiasi. Jangan nak memperbodohkan orang ramai supaya mengikut gelagat bodoh kamu.

Profesor Dr. Ismail juga berkata, pendedahan radiasi kepada paru-paru apabila merokok sekotak sehari setiap hari selama setahun adalah 150 mSv atau 75,000 kali ganda lebih tinggi berbanding pendedahan radiasi daripada operasi Lynas.

Semenjak menjadi Ahli Parlimen Kuantan berapa kali Fuziah Salleh adakan kempen anti rokok di kawasannya untuk mengelak rakyatnya daripada terkena kanser ? Berapa kali Fuziah Salleh pernah bangkitkan isu rokok dalam Dewan Rakyat ? 

Buat yang itu terlebih dahulu jika kamu benar-benar pejuang radiasi dan kanser kerana itu yang lebih merbahaya daripada Lynas. 

Kepada doktor-doktor di sekitar Kuantan yang berjaya diperbodohkan Fuziah Salleh, jangan rendahkan martabat anda dan jangan sia-siakan ilmu yang anda ada. Lebih baik doktor semua perhebatkan kempen anti rokok daripada dijadikan lembu oleh Fuziah Salleh untuk menentang Lynas.

Di Kemaman, iaitu kawasan yang bersebelahan dengan Kuantan serta di Pulau Pinang ada tempat yang tempat yang mengeluarkan radioaktif, tiada apa-apa masalah pun. Tiada pun yang mati atau terbunuh kerana perkara itu. 

Pendapat dari Profesor Dr.Ismail dan Profesor Dr. Tarmizi Ramli berhubung kesan Lynas boleh di baca di sini.

Seperti yang saya katakan awal-awal, perkara ini bukannya apa sangat, semuanya kerana politik. Fakta diputar belit dan kebenaran disorokkan hanya semata-mata nak pastikan dia menang sepenggal lagi dalam PRU akan datang.

Fuziah Salleh nak tunjuk dia hebat, dia cerdik, dia membela rakyat, dia menentang kilang yang katanya boleh membuat rakyat kena kanser. Itu semua tipu, yang sebenarnya dia nak undi untuk memastikan dia menang lagi selepas ini. Perjuangannya bukan perjuangan rakyat, tetapi perjuangan untuk dapat undi.

Maklumlah jadi ahli parlimen pembangkang di negeri BN tugasnya senang. Tak perlu jaga rakyat. Jika rakyat datang mengadu mereka suruh mengadu kepada wakil rakyat BN. Jadi ahli parlimen dapat pelbagai kemudahan. Elaun itu elaun ini. Dapat pergi luar negara dan pelbagai kemudahan lain. Dapat pula beli rumah baru secara tunai dan baik pulih rumah juga tunai. Sepenggal mana puas, kalau boleh nak sepenggal lagi. Demi untuk mencapai hasrat maka rakyat perlu diperbodohkannya.

Kepada MB Pahang pula, jangan terperangkap dengan mainan politik mereka. Jangan sesekali layan game mereka.  Dia nak ajak berdebat suruh dia pergi berdebat dengan pakar-pakar tenaga atom. Projek harus diteruskan untuk kemajuan ekonomi demi kesenangan rakyat di masa depan.

Jika nak ditakdirkan BN hilang beberapa kerusi di sekitar Kuantan dan Indera Mahkota dalam PRU akan datang , biarlah ianya hilang. Poket rakyat lebih penting daripada satu dua kerusi berkenaan. 

Kepada penduduk sekitar Kuantan dan Indera Mahkota pula, janganlah anda termakan cerita-cerita bodoh daripada Fuziah Salleh dan cicak-cicak mengkarungnya. Otak mereka hanya besar sikit dari puting mancis, tetapi mereka berlagak otak mereka besar tempurung kelapa. Jangan sesekali biarkan diri anda dijadikan alat oleh Fuziah Salleh untuk kepentingan politik dia.

Jika Fuziah datang nak meracun pemikiran anda kononnya anda akan berdepan dengan radiasi dan akan menghadapi kanser, suruh dia buang terlebih dahulu televisyen di rumahnya dan suruh dia juga buang telefon bimbitnya. Jika dia lakukan semua itu baru dia boleh bercakap pasal radiasi dan kanser. 

30 comments:

Anonymous said...

Satu artikel hebat dari RBF!!! Welcome back bro.. terbaik setelah pulang ke tanah mekah!

Anonymous said...

Terbaik bro RBF. Petikan ni kalau buat modal kempen atau ceramah memang power. Bang Non, Pok Nik, Khalid Gagap pun boleh menangis kalau baca cerita ni. Mantap, ayat yang mudah difahami. Tapi apakan daya, orang PR memang takkan faham.

akuantiPAKATAN.

ruang bicara faisal said...

terima kasih, hilang rasanya letih menulis.

dengan juak2 pak-khatan ni kita tak berapa boleh main sangat dgn angka dan fakta. sebab mereka nak main politik. so, kita kena layan mereka ikut cara politik.

tadi ada seorang pembaca tweet saya (abibcik), katanya byk lagi yang fuziah salleh perlu buang. jam tangan, cermin mata,lantai amrmar serta dinding rumah.

Anonymous said...

Sampai sekarang aku tak tahu, Fauziah Thoron nie ada Ijazah ker ?, atau sekurang2nya Diploma ?, kalau ada ijazah atau diploma tapi dalam bidang apa ?..Culinari atau Art Design ajer or what?...jangan jadi mcm Mat Sabun 121, jangankan Diploma, SPM pun pangkat 3, sebab tu tahap kecerdikan (baca : bangangan) atau bahasa saintifiknya disebut sbg Bodoh Bertingkat-tingkat..pelik la aku, mcm mana orang Kuantan boleh bagi undi kat Fauziah Thoron nie ?...

FataMorgana said...

okay tq en RBF. sekarang dah ada point nak menjawab kalau kena attack isu lynas ni. =)

Anonymous said...

rbf kamu selalu lewat.isu nfc dah nak jadi bubur baru kamu jelaskan.isu lynas dah setahun lebih baru sekarang kamu jelaskan.lain kali pastikan cepat.anyway tk atas penjelasan yg bernas.


mat hadi

Anonymous said...

rbf kamu selalu lewat.isu nfc dah nak jadi bubur baru kamu jelaskan.isu lynas dah setahun lebih baru sekarang kamu jelaskan.lain kali pastikan cepat.anyway tk atas penjelasan yg bernas.


mat hadi

ROS said...

Apabila tuan blog ini menulis kisah rakyat malaysia kerja buat bangunan di singapura teringatkan arwah ayah saya.

dia dulu kerja buat bangunan di singapura tahun 80an sewaktu saya masih di sekolah rendah.
setiap 2-3bulan dia akan balik ke kampung di raub.

selepas setahun kerja disana dia meninggal dunia kerana kemalangan ditempat pembinaan.
sedih apabila mengenangkan arwah yang terpaksa merantau untuk mencari rezeki bagi besar anak-anak.

kini negara ita telah maju.segala kemudahan ada.
kerja senang dan segala-galanya senang.

terima kasih TUN DR MAHATHIR


ros

Anonymous said...

Dear Br RBF..like your new masthead...

njah50 said...

Hanya orang bodoh bercakap bodoh dan cuba membodohkan orang. Rakyat tak bodoh macam dulu lagi. Orang yang menentang kemajuan adalah orang yang iri hati dengan idea dan sumbangan orang lain untuk membangunkan negara. Ekonomi bukan boleh jana dengan omong-omong kosong sahaja

Anonymous said...

spa fuziah salleh ni?

oooo...doktor bodo yg MEMBAZIRKAN MAKANAN TU KA?

PHUH! mati idup balik pun tak payahla sokong doktor sewel ni!!

tak berbaloi utk Islam langsung! dahla sokong alliwati!!!

Anonymous said...

spa fuziah salleh ni?

oooo...doktor bodo yg MEMBAZIRKAN MAKANAN TU KA?

PHUH! mati idup balik pun tak payahla sokong doktor sewel ni!!

tak berbaloi utk Islam langsung! dahla sokong alliwati!!!

Anonymous said...

SAYA SUKA ARTIKEL ANDA SAUDARA RBF. WELL DONE!

Anonymous said...

terima kasih bro..sebagai penduduk kuantan saya amat menghargai penjelasan ini. dari awal saya telah menjangka Yb Fuziah seorang yg bodoh dan penyebar ilmu songsang. yg saya hairan ada cerdik pandai terpengaruh dgn idea2 longkang fuziah ini.. satu undi utk BN..

Anonymous said...

Bukan HP dan tv saja. Patutnya Minah ni buang bra dan seluar dalamnya sekali.Dah sewel kot ??

Anonymous said...

Well done bro. Positif 100% minda dan vision bro. Aku benci puak pakatan bodoh. Semua nampak negative. Asyekkk complaint je. Bodoh !!!

smsuzaidi said...

Assalamualaikum Bro Aku paling suka Post ni.. penuh dgn sindiran tajam, ibarat tercucuk jarum didalam gelap, yg pasti pedihhh tahniah...

Anonymous said...

Satu penjelasan yang hebat pasal Lynas ni hanya orang bodoh aje yang termakan dengan dengan kempen bodoh Fuziah nie..kerajaaan berusaha nak memberi peluang ekonomi yg baik untuk rakyat Pahang khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk mendapat peluang pekerjaan. Memeng betul Pakatan rakyat ni parti yang hanya tahu bangkang w/pun dia tahu perkara itu baik tetapi oleh kerana tidak memihak kepada parti mereka, mereka menolak dan membuat tomahan dan menakutkan rakyat yang sememengnya tak tahu keadaan sebenar. Syababs saudara RBF hebahkan artikel ini dalam akhbar

Anonymous said...

salam bro!

welcome back! posting terbaik dr bro..slalu menunggu posting terbaru dr bro rbf..


dr sabah

Adi Kencana said...

Posting yg bagus. Perlu disebar kpd semua.

NURUL IZZAH SOKONG AGENDA ANTI-MELAYU DAP!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

rakyat mmg patut hargai jasa kerajaan. Pembngkang ingat semua orang blh hasilkan ksenagn yg kita ada pada hari ini. Sdgkan mereka yg berkorban utk perjuangkan kesenangan kita hari ini, tidak terkira banyaknya.

yg patut dipuji, kena puji. Yg patut dikeji? Sendiri mau ingatlah...

terbaik! sokong UMNO dan BN

Anonymous said...

kadang kala kita juga seperti bodoh dan bangang bila kita memperbodohkan orang...bukankah bahasa melambangkan bahasa.Hinanya kita bila menggunakan bahasa kasar untuk orang lain. Cuba ketepikan soal politik,lihatlah bandar Kuantan yang walaupun Parlimen PKR duitnya masih UMNO,Masih MB yg ada berkuasa...banyaknya isu yang menyedihkan....tiada pengangkutan awam, jalan yg rosak, MPK yg bertindak sesuka hati, Pembinaan jalan yang amat menyedihkan selama bertahun-tahun,terkini MB mahu MAIP membeli MS Garden(Bukankah sumber wang MAIP) dari zakat kami dan pembinaan bangunan bersebelahan kubur Setali. Alangkah baiknya jika MAIP berkerja keras membenteras maksiat seperti pondan yg amat berleluasa sejak dulu dan melihat pertumbuhan kelab-kelab malam di kuantan bersama pemuda dan puteri UMNO. selain isu LYNAS (yg menyebabkan kami sesak nafas).Saya dah baca kertas kerja LYNAS di PPAwam PHG,nipis dan amat mudah jalan penyelesaiannya.(Pasti saudara yang hebat ini sudah membacanya juga).Cuba lah menilainya bukan dari kacamata politik wang anda dan lupakan juga Fauziah. Nilailah drp pandangan kemanusiaan,Apa akan berlaku masa akan datang...kita dah tak ada, tetapi anak-anak cucu kita...harta kami di sini, kami tiada wang berjuta dr projek mana-mana utk lari dari negeri ini. Sedih ya,anak-anak kancil tersepit menyokong atas dasar cintakan parti sedangkan yg diatas kekenyangan mengaut jutaan ringgit singa mengaum melepaskan diri......

Anonymous said...

bukan mintak...
tapi kang kalau da jadi cm jepun, sendri mau ingat rrr..
negara kecik cmni pun menggatal nk wt nuklear tu..
bakun tu pun bertahun nak siap2..

yg ckp nyk dlm blog ni, yg sokong projek ni, kalau aku soh korang dok dlm stesen nuklear tu korg nk ?
byk la punye sengal korg ni..

Anonymous said...

Tapi bro,camana nak lupuskan sisa radioaktif dari kilang ni bro?cuba explain in detail la bro.Selamat ke sisa radioaktif tu?kalau dah banyak sisa tu nak di campak kemana nanti?kenapa tak leh hantar atau ostolia pun tak terima sisa radioaktif tu?Cer cita cer cita cer cita bro.....
Atas Pagar der.

Anonymous said...

to anon2 yg kat atas tu aku ada ckit je nk gtau n nk tau kat korang nih.. kalau dh mp kuantan tu PKR pasaipa dia langsung x aktif dlm kewajipan dia untuk bantu kawasan parlimen dia sendiri, pnah dngar dak dlm parlimen dia bangkitkan pkara2 untuk bantu pengundi2 kawasan dia sndiri. pemuda and putri umno ke kelab mlm? wah hebatnya ko sjak bila ko ni ada ilmu pengesan nih hehe, kalau xdak bukti yg sahih tlg jgn tuduh bkn2 bhai, leh dtg dosa besar bhai...

pening gak aku ngan PEMINAT2 PR nih, depa tau ka pa benda rare earth tuh... kalau ada uranium element msti ada nuklear ka? tlg jgn jd bengap la.. material2 rare earth ni dh ada dlm kbnyakan komponen2 elektronik, mesin industri, jet, keta pun jugak and mcm2 lg la bhai... wat la research dulu sblm menonjolkan kebangangan diri masing2.. islam x pnah ajar kita untuk jd bodoh bhai, fikir2 la ngan akal tu baik2...

Anonymous said...

bai de wei, rare earth nih xdak radioactive cuma waste toxic material tp x seteruk mcm waste pcb manufacturing (etching process)di kwasan industri elektronik....

Anonymous said...

rre earth tu mmg la..
tp yg dorg wt kt skng ni pe ?

benakkkkkkkkkkk
yg ckp byk ni xguna..
yg sokong sgt ni, g bwk family korg sume dok ctu..dok kt sebalh tmpt tu..

korg kate slamat sgt kn..
ha..
ada brani ?
ckp pndi..
kobar kuat..
soh buat sume hampeh..
dlm tv bukan main..bile real sume sampah

Anonymous said...

Syabas bro di atas artikel yg meransang adrenalin kawan. Mungkin bro boleh bagitau Fauziah Salleh yang org Kuantan dah naik menyampah dengan muka dia, tak turun melawat kawasan dan bantu golongan yg memerlukan tapi sebok berpolitik menegakkan benang yg basah. Dia tu masih berhutang RM 150k kepada seorg kontraktor Melayu yang dok siapkan rumah dia. Bila kontraktor mintak duit habis dimakinya siap ugut "Alangkan PM aku langgar inikan pulak engkau!" Memamng krg ajar dan jijik akhlak org PKR ni. Cukuplah kawan tertipu sokong PKR masa 2008.

Anonymous said...

alaa abang anon 11.59pm, kasi tau le kat kita camana nak lupus kan sisa radioaktif tu. Bukan ke uranium dan thorium tu ada bahan sisa dan menatang tu radioaktif? Pergile ke Bukit Merah tu kalau nak tau kesan menatang uranium dan thorium tu, bukan buat fitnah ni bang...so camana dan kat mana nak buang sisa toksik(kalau bukan radioaktif la) ni bang anon...
ATAS PAGAR DER.

Anonymous said...

org biru merah sume memang menepati janji mase pilihanraya..
jgn xundi dorg ni..
sume menepati janji..
sume rakyat miskin die tolong, selalu tengok kawasan..
tol x ?
hakkkkktuihhhhh

g tgk bersama mu dari episod 1, season 1..nape byk mereka2 yg susah tu dari kawasan biru merah ???