Saturday, February 18, 2012

Saifuddin Nasution Pun Main Pasir Di Selangor Juga Ke ?


Berita dari Utusan Online
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan sokongan bertulis terhadap sebuah syarikat bagi permohonan aktiviti perlombongan pasir di Selangor. 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, desas-desus mengenai isu itu kini bertiup kencang terutama selepas berlaku pendedahan penglibatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor iaitu ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam syarikat Double Dignity (M) Sdn. Bhd. 
Beliau berkata, seperti mana isu Double Dignity, Saifuddin didakwa telah memberi sokongan kepada syarikat yang beliau sendiri dikatakan ada kepentingan
“Tugas Saifuddin dalam isu yang dikatakan melibatkan dirinya itu mudah sahaja. Beliau perlu menjawab ya ataupun tidak. Jika benar katakan ya dan jika bukan katakan tidak. 
“Kami di luar sini ingin mendengar pengakuan daripada Saifuddin agar segala kekeliruan terjawab lebih-lebih lagi ia membabitkan seorang pemimpin penting dalam PKR,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai pembabitan Saifuddin dalam memberi sokongan bertulis kepada sebuah syarikat untuk tujuan perlombongan pasir seperti mana isu yang dihadapi oleh syarikat Double Dignity. 
Isu mengenai pembabitan pemimpin PKR di dalam syarikat melombong pasir mula tercetus apabila pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa Amiruddin dan Shuhaimi terlibat dalam skandal rasuah pasir di Selangor pada 9 Februari lalu. 
Raja Petra turut mendakwa kedua-dua ADUN tersebut telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat baru yang dikenali sebagai Double Dignity iaitu sebuah syarikat yang terbabit dengan industri melombong pasir di Selangor. 
Anuar berkata, sebagai seorang pemimpin yang telus dan bertanggungjawab, Saifuddin tidak perlu takut untuk menyatakan kebenaran mengenai spekulasi tersebut. 
Dalam perkembangan berkaitan Anuar berkata, sekiranya Saifuddin mengakui yang beliau ada memberi sokongan bertulis kepada syarikat terlibat, Setiausaha Agung PKR itu perlu cermin terlebih dahulu dirinya sebelum menuduh orang lain amalkan kronisme.

Ini cerita best....

Din pun main pasir di Selangor juga ? 

Siapa Din di Selangor ? Adun ? Ahli Parlimen ? 

Kalau tiada angin pokok tak bergoyang. 

Menuduh orang mengamalkan kroni, rasuah, seleweng dan salah guna kuasa , tapi dalam diam-diam dia pun cakap tak serupa bikin. 

Pada pandangan anda semua adalah Saifuddin Nasution berani menjawab perkara ini ?

15 comments:

Anonymous said...

1 untuk ko 1 untuk aku, 2 untuk ko 2 untuk aku, 3,,, he he he ini sudah lebehhhh...

Anonymous said...

muka dia pun muka penyamun beb.mana ada sempat semua dia samun

Anonymous said...

DIA TAK AKAN JAWAB !!!!!!

pucukpaku said...

tak baik ckp yb saifuddin mcm tu dia ikhlas berjuang utk rakyat dia pejuang tulin kut betoi la dia balas pasiaq mungkin nk tanam pokok bunga kut takkan yg tupon tkleh uhhhh sian kt dia

Anonymous said...

ketuanan..perlukan tanah dan selembar jahitan putih ditambah sedikit wangian duka..53 thn sudah berlalu. ada tempat patut dituju..lupakanlah pasir2 itu..moga2 ada berkat untuk mu..

Anonymous said...

xyah tunjuk baik la,sume sama jela...klu x cmne nk kaya..

Anonymous said...

salam tuan RBF..
ini link blog saya..
http://penaksj.wordpress.com
mohon dipautkan.tq

Anonymous said...

lepas ni panggil din pasir....

Anonymous said...

kat machang takder pasir arrr..kena gi selangor

Anonymous said...

Dia ni agen Yahudi no 1 kat Kelantan.

Harap maklum.

Anonymous said...

dia orang ni nak sapu tapi tak pandai nak sorok sana sini bogel ... lain la orang BN kan pengalaman luas 55 tahun sauk wohahahaha

Anonymous said...

duit beb,

kak rosmah ku sayang said...

hahahah...isu pasir lagi....camni la kita kembali pada sorotan isu dari dulu hingga la ni...dulu kalau UMNO wat salah laku dan seleweng, org kampung xkan amik tahu sbb apa?...x kena mengena ngan dia dan xkacau dia pun.....sama la dgn lani....hampa saja bising dgn papaer...kita ikut realiti....banding antara isu NFC,LYNAS,thaipusam najib dan pasir..mana lebih menonjol?..ini kerana akhbar arus KERAjaan sedang jatuh dia punya jualan...akibat boikot...cara nak up?...isu camni la....dua isu UMNO iaitu Israel anwar dan Pasir..lawan dgn 3-4isu pakatan.....sapa yg kena teruk la ni.....setakat cakap kita buleh amik kelantan tu...rentikan la....semua org gelak....

Anonymous said...

jadi anon bangsat 859pm mengaku la pr memang teruk?

ooo takpe biar je anuwaq berahiim sokong yahudi israel.umno pun jahat gak.jadi takpe la anuwaq jahat.

oo takpe curik pasir sbb umno pun curik pasir gak

dasar bangsat hanjing.sok anak cucu cicit tanya,atok anon 859.kenapa atok haramjadah sangat dulu main sokong je orang yang merosakkan malaysia.

jawab anon bangsat..oo dah sebab umno jahat dulu jadi takpe la atok sokong orang jahat.lalu keturunan haramjadah dia pun sambung,oo jadi takpe la kami buat jahat,liwat suka sama suka pun pasai atok (anon 859) dulu pun sokong orang cmtu.woha~

Aliffnajmi said...

Anon 8:59...
ANDAIKATA umno jahat krn NFC, maka pakatan pulak jahat sbb jual kompleks PKNS, robohkan asrama yayasan & halau YBK.

Ini mermakna pakatan lebih kesihankan lembu dari anak2 yatim & miskin.