Sunday, February 19, 2012

Surat Yang Tidak Disiarkan Oleh Malaysiakini

Surat dibawah ini telah dihantar oleh seorang pembaca kepada malaysiakini.com beberapa hari lepas bagi menjawab surat tulisan Dr Maszlee Malik. Namun ianya tidak disiarkan oleh malaysiakini yang selama ini mengangkat diri mereka sendiri sebagai sebuah media yang bebas. 


Assalamualaikum Dr. Maszlee

Saya ingin merujuk pada tulisan Dr. di Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/189406) yang bertarikh 17 Februari 2012. Dalam tulisan tersebut, Dr. membuat satu surat terbuka pada Datuk Maslan yang bertindak mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ Pakatan Rakyat. Tulisan Dr. nyata penuh dengan istilah-istilah besar demokrasi yang pasti dikagumi oleh orang yang membacanya. Jadi izinkan saya juga menulis satu surat terbuka pada anda. Tulisan saya bukan untuk menjawab bagi pihak Datuk Maslan, kerana saya yakin beliau lebih berkemampuan untuk menjawab atas kapasiti beliau sendiri. Cuma, tulisan saya ini adalah dasar terkilannya saya melihat corak penulisan Dr. sebagai seorang ahli akademik yang ternyata amat bias dan penuh dengan percanggahan fakta dan hujah.

Menurut anda, ‘Buku Jingga’ yang dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat merupakan sebahagian dari pengamal domokrasi yang adil dan tatakelola yang baik. Persoalannya adakah sesiapa yang menyekat Pakatan Rakyat dari menerbit dan menyebarkan ‘Buku Jingga’ mereka? Kalau ada sila kemulakan. Sekiranya Pakatan berhak menerbitkan ‘Buku Jingga’ apakah kita sebagai rakyat tidak berhak menolaknya, terutama apabila kita mengkaji isi kandungannya, kita merasakan ia satu idea propaganda yang lebih bersifat retorik dan tidak berpijak dibumi yang nyata? Apakah Datuk Ahmad Maslan tidak mempunyai hak sebagai salah seorang pengamal demokrasi untuk menolak ‘Buku Jingga’ bila beliau merasakan ia tidak lain merupakan satu propaganda murahan yang tidak praktikal untuk dilaksanakan? Dan apakah kita rakyat jelata tidak boleh mendengar pandangan yang tidak bersetuju dengan isi kandungan ‘Buku Jingga’ yang diutarakan oleh Datuk Maslan? Tindakkan Datuk Maslan membuang buku jingga hanyalah satu bentuk ekspresi untuk menguatkan hujah beliau bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ adalah ‘tidak boleh pakai’. Apakah mengkritik dan menolak ‘Buku Jingga’ bererti kita ini sudah tidak demokrasi dan menyekat kebebasan maklumat? Jadi nampaknya kebebasan maklumat yang dilaung-laungkan Dr. juga sekadar satu retorik yang pada pendapat saya bersikap bias terhadap usaha propaganda pembangkang.

Menurut Dr. lagi, “Di antara sine qua none (perkara yang mesti ada) bagi demokrasi ialah kebebasan maklumat serta ketelusan fakta.” Itu saya setuju. Tetapi bagaimana kita boleh mengetahui maklumat serta fakta itu telus sekiranya kita tidak dibenarkan untuk mengkritik maklumat tersebut. Apakah tindakan Datuk Maslan bukan termasuk dalam mengkritik maklumat yang terkandung dalam ‘Buku Jingga’? Apakah jaminan Dr. bahawa kandungan dalam ‘Buku Jingga’ itu betul-betul telus?

Seterusnya Dr. menulis, “Maka, berdasarkan prinsip ini, ‘Buku Jingga’ yang telah dihasilkan oleh pihak Pakatan Rakyat sekaligus sebagai tawaran pihak Pakatan merupakan sebahagian daripada pengamalan demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik.” Persoalan saya ialah apakah kerana ia tawaran dari Pakatan, secara automatik ia menjadi pengamal demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik? Sepatutnya, demokrasi yang adil dan tatakelola yang baik ialah setiap pihak diberikan peluang untuk mengemukakan tawaran mereka dan pihak lawan juga perlu diberikan peluang untuk mengkritik tawaran pihak lawan. Jadi saya ulangi, sila buktikan dimanakah Pakatan dihalang daripada mengemukakan tawaran ‘Buku Jingga’ mereka. Tunjukkanlah pada umum, bila dan dimana KDN menyekat penerbitan ‘Buku Jingga’. Jadi tindakan Datuk Maslan adalah semata-mata menjalankan demokrasi adil dan tatakelola yang baik, sedangkan Dr. sendirilah yang mencabulinya dengan tidak membenarkan pihak lawan menkritik ‘Buku Jingga’.

Perlu diingat bahawa Datuk Maslan adalah pembangkang bagi ‘Buku Jingga’ sepatutnya beliau mempunyai segala hak untuk melakukan apa yang dilakukan. Ini kerana tindakan beliau bukan atas kapasiti pihak berkecuali, sebaliknya sebagai pembangkang kepada ‘Buku Jingga’. Yang jeleknya ialah pihak yang sepatutnya berkecuali dan bertindak atas kapasiti pihak berkecuali (umpama seorang ahli akademik) tetapi melakukan perkara-perkara yang nyata bias terhadap kecenderungan peribadinya (saya tidak tujukan ini pada Dr., tapi secara umum). Mungkin alasan Dr. ialah tindakan membuang ‘Buku Jingga’ adalah tidak beradab, namun begitu, ia adalah tafsiran Dr. semata-mata sedangkan pada pendapat saya, ia adalah satu bentuk ekspresi yang sah, selagi ia tidak menjadikan peribadi individu sebagai sasaran.
Pesuruhjaya Pas Trengganu merangkap MP Kuala Trengganu sedang mencucuh api untuk membakar akhbar Utusan Malaysia

Arab Spring 

Bakar Utusan Malaysia menghina demokrasi
Dr. seperti ada satu obsesi pada Arab Spring. Hakikatnya ialah Malaysia adalah amat jauh berbeza dengan sesetengah Negara Arab. Membandingkan Malaysia dengan Arab dan menjadikan Arab Spring sebagai ukuran ternyata merendahkan rakyat serta system yang wujud dinegara ini. Dr. ada menulis “Sistem yang tidak memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat maklumat yang tepat adalah sistem demokrasi yang tiruan (pseudo-democracy). Sistem seperti ini hanya meletakkan rakyat ditahap mentaliti yang rendah. Rejim yang berkuasa seakan-akan mengatakan bahawa pihak rejim sahajalah yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat, kerana rakyat masih tidak mampu berfikir. Sistem yang berat sebelah di mana sesebuah rejim menguasai semua maklumat dan tidak memberikan ruang yang adil kepada semua pihak yang bertanding merupakan politik dunia ketiga.” Sekiranya diteliti apa yang Dr. tulis, ternyata Dr. lah yang mempelopori budaya pseudo-democracy. Dr. seperti mengatakan Pakatan sahaja yang paling tahu dan bijak untuk menentukan pilihan rakyat melalui ‘Buku Jingga’ mereka sehinggakan orang yang mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ dianggap telah menolak kebebasan maklumat serta ketelusan fakta. Apakah Datuk Maslan tidak mempunyai ruang untuk beliau mengkritik dan mengtongsampahkan ‘Buku Jingga’ sehinggakan tindakkan beliau dianggap tidak beradab dan menyanggahi demokrasi? Bukankah tindakan Datuk Maslan itu semata-mata proses demokrasi untuk beliau menzahirkan pandangannya kepada rakyat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Kita tidak pernah mendengar pun Datuk Maslan menghalang sesiapa dari membaca ‘Buku Jingga’ dan sebagai individu dalam sistem demokrasi, bukankah beliau mempunyai hak untuk menzahirkan pandangan beliau? Apakah itu pun dianggap salah menurut kaca mata demokrasi Dr.?

Perlu disedari bahawa bukan semua rakyat mempunyai peluang untuk mencapai maklumat dan bukan semua mempunyai pengetahuan untuk mencerna maklumat dan menentukan mana yang betul dan mana yang salah. Oleh itu menjadi tugas ahli politik dalam sistem demokrasi untuk menyampaikan pandangan serta idea mereka. Pihak pembangkang telah kehulu dan kehilir untuk mempropagandakan ‘Buku Jingga’. Bukankah kalau menurut pandangan Dr., rakyat sudah mampu berfikir dan mereka sepatutnya dibiarkan menilai sendiri tanpa campur tangan ahli politik? Kalau Dr. kata itu hak pembangkang untuk mempropagandakan ideologi mereka, maka persoalan saya kepada Dr. ialah apakah Datuk Maslan tidak mempunyai hak untuk mempropagandakan pandangan beliau yang tidak menyetujui ‘Buku Jingga’.

Demokrasi ala DAP , Pas dan PKR
Seterusnya, Dr. menulis “Walaupun mungkin ramai yang terpaksa tersenyum di hadapan Datuk ketika Datuk beraksi, yakinlah di dalam hati mereka, mereka rasa terhina.” Saya seperti terkejut melihat kenyataan sedemikian keluar dari seorang ahli akademik dalam pengajian Islam, sedangkan semua ahli agama tahu tentang hadith Usama Ibn Zaid r.a yang telah membunuh seorang yang mengucap dihadapan beliau sewaktu peperangan dengan anggapan beliau mengucapkannya kerana takut dibunuh. Apabila perkara tersebut dibawa pada Nabi S.A.W., maka Nabi S.A.W. mengatakan apakah anda sudah membelah hati beliau dan mengetahui apa yang tersirat. Saya biarkan bahagian ini untuk difikirkan pembaca lain, tetapi persoalannya ialah apakah kerana Datuk Maslan membuang ‘Buku Jingga’, Dr. sudah tahu ramai orang Felda yang akan terhina? Seolah-olah ‘Buku Jingga’ ini satu kitab yang tidak boleh dipertikaikan dan seolah-olah Dr. tahu ‘Buku Jingga’ ini diterima ramai warga Felda?

Sebagai akhir kata, dapat saya simpulkan, tulisan Dr. ternyata banyak sangat kecacatannya. Dr. menyeru kepada kebebasan maklumat, demokrasi adil dan tulen, tatakelola dan segala istilah-istilah besar demokrasi masakini, tapi Dr. sendiri menyanggahi prinsip-prinsip tersebut dalam tulisan Dr. sendiri. Dr. seolah-olah member gambaran yang bebas, adil, tatakelola dan segala istilah itu semua hanya hak mutlak Pakatan sedangkan pihak lain tidak mempunyai hak untuk mengkritik dan menolak persembahan Pakatan. Tulisan Dr. nyata amat bias terhadap pakatan. Mungkin itu adalah parti sokongan Dr. dan saya tidak mempunyai masalah terhadap kecenderungan Dr. Ini kerana dalam tulisan Dr. sendiri pun tidak menyatakan yang ia adalah satu tulisan yang tidak berpihak. Cuma fokus saya adalah pada tulisan itu sendiri yang ternyata bersikap “double standard” dan tidak bersikap adil kepada kedua-dua pihak, walaupun motto tulisan itu adalah tentang keadilan dan ketelusan maklumat. Cacatnya tulisan Dr. bukan kerana kecenderungan politik Dr., tetapi adalah kerana kelemahan hujah yang ternyata menyanggah apa yang Dr. sendiri sarankan.

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan dijadikan orang yang benar-benar Adil oleh Allah S.W.T.

Sekian

Grand Marquis

23 comments:

Anonymous said...

siapa yg jawab ni? rbf?
hahaha...

kalau setakat tulis sendiri2 ni, serah pada aku org bawah pun boleh jawab tulisan ni...serius, ingat susah sgt ke nk jawab...heh

Anonymous said...

Bila dah kena atas batang hidung terus ja fitnah.kalau kata boleh jawab silalah jawab disini.jgn sembang ja lebih.

yadden said...

Setuju dengan jawapan nie

Badut Rakyat said...

salam,bro RBF,tolong link kan blog saya http://badutrakyat.blogspot.com
terima kasih.

Anonymous said...

x kisah siapa pun tulis.. siapa pun jawab surat ni.. tapi kalau hangpa dok ckp psl demokrasi, kebebasan maklumat, tukang sapu sampah pun berhak bercakap. jadi x perlu persoalkan siapa tulis. yg penting, isi. kalau betul, ambil.

ustaz2 selalu cerita.. xkan sebab sorang tukang sapu sampah bgtau bhw ada perompak selalu merompak kat satu lorong, maka kita buat sambil lewa dan tak percaya.

rakyat yg bijak semua, berfikir. jgn jadi tok kaduk. isi dlm tulisan ni mempersoalkan kebenaran. penulis pun x bias. xde pulak menyebelahi mana2..cuma mempersoalkan.

Anonymous said...

sapa tulis pulak dah yang dipersoalkan. baca point dia bagi tu. susah sgt ke nak paham?

kalau puak m'siakini tak paham logik gak la sbb puak tu bukan reti bahasa melayu sgt. tulis berita pun ayant tonggang langgang.

Anonymous said...

takde salahnya sesapa nak tong sampahkan buku jinggay tu. bukan kitab suci pun. tak berdosa lansung..

NSK said...

Saya cuba cr sape Dr Maazlee Malik nie...
Akhirnya jumpa dan tak hairan dia tulis mcm tu.. Mmg dia dah lama pun sokong Pakatan, mmg dh byk pglibatan dia cuma tak menonjol...
Jd biasalah tu, sbgai ahli akademik maka suara dan tulisan dia akan dlht lbh hbt drp org lain... inilah mentaliti murahan politik pakatan..
Kita sarankan Dr Maszlee nie, mufarakah jer dr bidang akademik n joint politik pakatan... hbs cerita.

Anonymous said...

Salam buat anon 9:56, hawat hang ni meroyan...knp ya, siapa yg hantar bkn isunya, hujahan balas yg dikemukakan sgt relevan, knp nk pertikai siapa yg hantar..ada pg sekolah ke. Knp tak tanya pulak kt cikgu kita masa di sekolah siapa yg hantar buku teks tersebut, pasti kita akn tanya, apa kandungan buku teks tersebut. Jgn jadi spt org yg bijik, tpi tidak mahu berkongsi, bodoh x blh di betulkan..fahamkan inti pati serta justifikasi hujan tersebut. Bukan dok siasat siapa yg hantar..takut2 rupanya mak atau pak hang yg antar..mcmna..sila berckp dan bertanya spt manusia yg bertamadun dan mempunyai akhlak agama islam yg tggi. Tak tahu la kalau mamat ni ahli DUMC members..

Anonymous said...

saya sokong surat ini,pakatan ini selalu berckp tntng demokrasi..tapi kenapa marah sgt bila org membakul sampahkn buku jingga?.org yg tak suka buku jingga boleh saja buang dlm tong sampah ata t pun lubang tandas,kenapa marah? Adakah pakatan memaksa org ramai menerimah buku jingga?kalau cm tuh tak demokratik langsung.

Kalau org lain tidak boleh membuang dan mengkritik buku jingga itu buku kuku besi namanya..kalau pakatan dpt berkuasa saya percaya org ramai langsung tidak boleh mengkritik polisi pakatan..tidak boleh bersuara..

Ini keadilan versi keADILan..WTF

Adi Kencana said...

MalaysiaKini & Malaysian Insider mmg alat propaganda Pakatan Haprak. Kalau surat yg bantai diorang memang selalu kena blok.

NURUL IZZAH: ANAK PENASIHAT EKONOMI YANG GAGAL SUBJEK MATEMATIK!! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

tukyop said...

kalau nak tengok orang dengu ramai ada dalam Malaysiakini dan Malaysiainseder lama dah tingalkan Malaysiakini kerana komin2 tak menyebelahi nya tak akan keluar kalau hentam kerajaan pasti keluar.Malaysiainseder masih rajin mengikuti saja suka dan sudah pasti komin2 yang menyebelahi kerajan akan jadi punchbag. Aku tak kisah janji dapat menyuarakan penentangan kepada pembohongan.

Anonymous said...

kitab suci Pakatan Rakyat Malaysia kini laaa ....

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam Tuan Haji.
Harap pautkan yang lama dah tak berpaut..he he.

Sounds like me,looks like me..but not me.Ha ha..tuan haji ini kelakar jugak sebenarnya.Assalam

Pakcu Rantau Panjang said...

Adat orang main parti....cari makan je... Kalau parti sendiri mestilah diampu dan dikata bagus...kalau kena kritik sikit panas telinga dan mulalah kata melawan tak ikut amirlah , songsanglah...macam-macam ada.....entahlah LabU.....

Anonymous said...

surat kabar kangkung layan doktor kangkung sajalah....mujur ada rbf, dapAT JUGA KITA BACA IDEA YANG BERNAS.....

man on da street said...

Jangan kita semua teruja dengan gelaran "doktor" di hadapan nama seseorang. Pada hakikat nya ,sebagai manusia biasa , beliau ada lah hanya seorang manusia yang ada perasaan hasad dengki dan berperasaan serta kemahuan kelekakian , kelemahan sebagai manusia. sebagai contoh, banyak doktor yang di "deregistered " olih kerana dik kerana nafsu sendiri!Kadangkala kita tertipu pabila pergi klinik, kita anggap yang merawat kita ada lah doktor, akan tetapi dia hanya lah seorang"locum" mungkin "senior HA sahaja"!Betul atau tidak wallah hu allam, Sama lah jugak ngan doktor sorang ni. Just because dia ada doktor depan nama dia , kenapa kita kena terima bulat bulat apa yang dia kata, as if its the god's forsaken truth. Itu dia kata, he's just an arm chair critic, cuba lah kita cabar dia supaya resign ngan dia punya posts kat universiti tu dan menceburbankan full time ngan politik. Ada berani kah wei, si tuan doktor yang konon maha arif?:Apa dia cakap does not really translate the reality on the ground. Cakap senang , dapat gaji kat universiti, hidup comfortable life,comfort zone, tiap bulan tekan ATM machine ada gaji keluar! Cuba lah resign dulu "as a matter of principle" before you comment dan menceburkan diri di dalam politik, minta gaji kat PKR, baru tahu langit tinggi rendah. Macam macam jenis "doktor" yang ada kat dunia ni sekararang, so which one are you bro?

Johan said...

Pandai doktor ni kata tidak bertemadun. Puak-puak Pakatan tu yang bakar akhbar UTUSAN itu bertemadun ke.... Patutnya bagi diri saya Dato' tu nasib baik buang dalam tong sampah, sekurang-kurangnya doktor boleh juga kutip buat recycle. Kalu ikutkan hati elok rasanya bakar aje buku tu...

Johan said...

Pandai doktor ni kata tidak bertemadun. Puak-puak Pakatan tu yang bakar akhbar UTUSAN itu bertemadun ke.... Patutnya bagi diri saya Dato' tu nasib baik buang dalam tong sampah, sekurang-kurangnya doktor boleh juga kutip buat recycle. Kalu ikutkan hati elok rasanya bakar aje buku tu...

zopinion said...

Apa2 pun Melayu sudah PANAS...

http://wubra.blogspot.com/2012/02/edisi-gempar-melayu-sudah-panas.html

Anonymous said...

Datuk Ahmad bin Maslan

Panggil datuk Ahmad
Bukan datuk maslan

-w-

Anonymous said...

PERSOALANNYA, MENGAPA MKINI YANG MENGAKU TELUS TAK SIARKAN SURAT ITU?

MASIH NAK PERCAYA MALAYSIAKINI YANG PENIPU TU????

Anonymous said...

BUKAN SEMUA DR DAN PROF TUE BIJAK :)