Tuesday, February 28, 2012

Syabas Rais Yatim Kerana Membuat Keputusan Yang Cukup Berani Di Saat-Saat Akhir

Inilah yang dikatakan menyelami denyut nadi rakyat....

Menteri kita seorang ini yang serba serbi berseni dan beradat termasuklah susunan tutur katanya dan bahasa-bahasa indahnya ketika berucap telah membuat keputusan yang cukup berani.

Lebih kurang 30 jam sebelum konsert Erykah Badu berlangsung di KL esok menteri ini telah mengambil langkah drastik dengan mengarahkan konsert tersebut dibatalkan kerana penyanyi tersebut telah menyentuh sensitiviti umat islam dengan meletakkan tatu Kalimah Allah di dadanya.

Dipetik dari mstar online
PETALING JAYA: Kerajaan pada Selasa mengarahkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini, Rabu (esok) dibatalkan serta-merta.
 
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," katanya.

Bagaimanapun, Rais tidak menyatakan dengan lebih lanjut sama ada pembatalan itu disebabkan penyiaran gambar kontroversi penyanyi tersebut dengan tatu kalimah Allah pada dadanya menerusi sisipan Star Two, akhbar The Star, Isnin.

Konsert 'Erykah Badu Live in KL' itu juga merupakan konsert dalam siri jelajah "Australasian" di mana Malaysia terpilih sebagai destinasi pertama.

Pada Selasa, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda PAS menuntut konsert itu dibatalkan serta-merta.
Menteri peduli apa dengan persiapan yang telah dilakukan penganjur. Lantak merekalah. Kalau dia tak pandai hormat kita, apa ke jadahnya kita nak layan dia.

Terima kasih Datuk Seri kerana memahami perasaan rakyat dibawah. Saya cukup-cukup bangga dengan keputusan berani Datuk Seri.

16 comments:

hashim peon said...

saya juga menyokong 100% keputusan yang dibuat menteri berkenaan.

Anonymous said...

TAHNIAH !

NSK said...

Pertama tahniah....

tp kedua, agak lembab buat keputusan.

Dr sudut pandang politik mungkin keputusan batal sehari sebelum konsert bermula amat realistik, seolah2 menteri menyelami denyut nadi rakyat...

Tp pada sy, Rais gagal melalui kementeriannya dlm hal ini. Sepatutnya pembatalan ini lebih awal. Malahan tidak ada kelulusan pun sepatutnya diberikan terhadap penyanyi ini.

Ini bermakna agensi terbabit, bertindak tanpa membuat penyelidikan awal... Jadi RAIS YATIM GAGAL....

Anonymous said...

juga untuk NSK

pertama takziah untuk anwar...

kedua, kerana ucapan2 anwar di luar negara tidak menggambarkan dia sebagai pejuang islam sebenarnya
spt.

1.menyokong menghapuskan undang2 lapuk termasuk liwat...

2. menyokong persamaan dlm
berakidah (pliralisme)

3. jelas mempertahankan keselamatan Israel waima negara israel berdiri atas gerak kerja yg haram...

jadi... Anwar Ibrahim gagal sebagai pejuang Islam yg spt dianggap oleh penyokongnya

hehehe

Anonymous said...

Dah bertahun tahun hidup di Malaysia, penganjur buat lupakah sensitiviti di negara ini?

Anonymous said...

Ya Anuar yang gagal...gagal..dan seterusnya gagal...syabas dan tahniah Rais.

Anonymous said...

alhamdulillah tahniah Dato seri ....

Anonymous said...

Ingatkan tarik diri tak bertanding dalam pru 13!

Bingai @ Bangang said...

Sepatutnya kita berterima kasih kepada The Star kerana kesilapan mereka menyiarkan gambar tersebut membolehkan kita mengenali penyanyi tersebut. Kalau masa konsert dia tunjuk tattoo tu lagi haru. hehehehe

anti bohmau said...

Alhamdulillah, syukur. terimakasih ds rais...

cukuplah dgn beberapa pemimpin pembangkang bersetuju kalimah Allah dihina dlm gereja di negara kita. jgn ditambah luka dgn menayangkan kalimah Allah di badan penyanyi lahanat ini pula!

lambat? mungkin tidak di war2kan sblm ni pnyanyi ini bertatu sedemikian rupa. bukan semua orang kenal & ikuti siapa penyanyi ni??!!

betul tu bingai!
elok sedar sblm dia datang...

Anonymous said...

Bro,
Setuju. Kalau ada artis yg tak sensitif dan hormat dengan negara kita, kasi pangkah. Negara lain pun buat macam tu. Ingat tak si Paris Hilton kena ajar dengan Jepun. Imigresen dia kata...'you take the next flight back to US'. Kat airport dah kena halau. Kita kena tegas dan jangan pula ada tangan2 yang mencelah.

ZEK said...

Tindakan yang berani dan tepat. SYABAS Dato!

NSK said...

Sy tidak menyebut pun soal anwar dan sy bukan penyokong anwar malah pakatan haram sekalipun... Rasanya sy lebih anti anwar drp saudara 1024.

Insyaallah jiwa dan perasaan tetap pd BN yg penuh jasa pada sy.

Maksud sy disini saudara, sewajarnya pembatalan ini bukan disaat akhir... Pekara seperti ini dah banyak kali berlaku. Ada kesan negatifnya terhadap negara dan industri hiburan.Itupn kalau saudara faham.

Bagi mereka yg bekerja dibawah RAIS YATIM mereka tahu siapa dia sebenarnya.... maju dan berkesankah agensi2 menteri pantun nie...

Menyokong parti tak semestinya setuju apa saja, malah sy faham jugak kenapa ungkapan tahniah ini ditulis.

Boleh tgk dan lihat komen2 sy dlm blog lain, apakah sy ini PEMBANGKANG....

Inilah kelemahan BN @ Kerajaan, bila dibantah, didesak br bertindak... Serupa mcm agensi Rais,bila TV3 keluar br terhegeh2 nak cr bahan... kenapa jd begitu.. sbb pantunnya kah? Akhirnya mereka gagal membantu kerajaan menerangkan kpd rakyat... Berfungsikah menteri PANTUN ini.... Walaupun begitu, adalah jugak jasa dia ini.Tapi masih relevankah utk masa2 akn dtg.DS Najib kena fikirkan hal ini.

Saya tidak menulis pakai anon... tp pakai nama, bukan sembunyikan tangan... Sekali lagi sy tegaskan tindakan pembatalan itu memang betul dan tepat, tapi LEMBAP... Jika diteliti sedalamnya tindakan itu GAGAL kerana banyak juga yg menerima kesan buruk. Jgn hanya pandang diri kita pandang juga org lain...

TQVM

Anonymous said...

Tranformasi beginilah yang rakyat mahukan. bagus. Berani membuat keputusan

antususu said...

Pendapat NSK ada benarnya juga.sepatutnya semasa permohonan dibuat untuk membawa masuk artis tersebut, kementerian atau agensi berkenaan seharusnya menyiasat dan mengkaji latar belakang artis tersebut dan hendaklah memastikan segala ok dan bukannya apabila didedahkan oleh akhbar baru hendak mengambil tindakan.alasan 'terlepas pandang' memang sinonim dengan agensi² kerajaan dan perkara ini perlu diperbaiki.

apa² pun tahniah juga diucapkan kepada Dato Sri kerana telah membuat keputusan yang tepat walaupun lambat.

Anonymous said...

bagus kuda tua terus jadi popular utk menjadi winable canidate,bertanding di parliment PRU 13 utk tiket BN kian rebah