Saturday, February 25, 2012

Tun Dr M Masih Lagi Hebat dan Berpengaruh

Semalam di PWTC berlangsung satu majlis Bicara Minda bersama negarawan ulung, Tun Dr Mahathir. Program dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia.

Walaupun telah 10 tahun bersara ternyata Tun Dr M masih lagi diterima , dihormati dan disanjungi oleh masyarakat. Program semalam dirancang hanya untuk 1000 orang. Kerusi yang disediakan pun hanya 1000 buah. Lain yang dirancang lain yang jadi.

Seawal jam 8 pagi tempat duduk sudah mula penuh. Kehadiran semakin bertambah dan bertambah. Sebelum jam 9 pagi tempat duduk sudah penuh dan sudah ada orang ramai mula duduk diatas lantai dan berdiri. Semakin lama semakin ramai dan akhirnya penganjur terpaksa membuka satu lagi dewan bersebelahan dan disediakan skrin besar.

Itulah gambaran yang ingin dinyatakan bagaimana sambutan orang ramai terhadap Tun Dr M. Jika ada orang kata Tun Dr M tiada pengaruh dan cakapnya tidak boleh dipakai , ternyata itu silap.

Dengan kawan-kawan saya sering berkata, setakat hari ini orang yang paling cerdik dan pintar dalam Malaysia adalah Tun Dr M. Bagi saya tiada orang yang boleh lawan beliau. Tun cekap dalam serba-serbi, pembangunan, ekonomi, pendidikan politik dan lain-lain. Tetapi dalam cekap-cekapnya itu beliau tetap terkena juga dengan Anwar Ibrahim. Petah berkata-kata dan imej waraknya membuatkan Tun menatang Anwar dalam dulang emas sehingga keperingkat menjadi TPM. Tinggal satu langkah sahaja lagi untuk Anwar menjadi PM. 

Allah Maha Kaya, Allah Maha Besar dan Allah masih menyayangi negara serta rakyat Malaysia. Akhirnya Tun tersedar siapa itu Anwar Ibrahim. Jika Allah tidak hantar gerak-geri kepada Tun sudah pastilah Anwar kini telah menjadi PM dan kita tidak tahulah apa nasib kita hari ini. Sudah tentulah kita telah menjadi sebuah republik , kita juga mungkin telah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan tentera Amerika sudah mempunyai pangkalan dalam negara kita.

Sebab itu saya hanya gelak apabila pemimpin-pemimpin Pas termasuklah Nik Aziz yang begitu taksub dan percayakan Anwar. Jika orang cerdik seperti Tun Dr M pun berjaya dipukau oleh Anwar, apa sangat setakat Nik Aziz dan segelintir parasit dalam Pas.

Berbalik kepada program bicara minda, semasa menyampaikan ucapan serta dalam sesi soal jawab Tun banyak bercakap tentang orang yang jadi pemimpin atau bercita-cita nak jadi pemimpin.

Kata Tun, orang yang nak jadi pemimpin mesti ada ilmu dan kebolehan. Bukan hanya setakat populariti semata-mata. Tidak boleh terlalu taksub dengan kepentingan peribadi. Ada sesetengah pemimpin pula tidak mahu berundur apabila telah diberi jawatan.

Apabila bercakap bab berundur, kita harus menjadikan Tun sebagai contoh. Tun menjadi PM selama 22 tahun. Dalam tempoh 22 tahun pelbagai cabaran, rintangan, kejayaan dan tidak lupa juga masalah serta krisis yang dilaluinya. Semua masalah serta krisis Tun berjaya tangani dengan baik termasuklah krisis ekonomi dunia. Jika krisis ekonomi pun Tun dapat tangani dengan baik tanpa perlu meminjam dari IMF, apa sangat setakat krisis pemecatan Anwar Ibrahim. 

Pendek kata majoriti rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa dan ugama semuanya menyukai Tun. Yang minoriti sekerat dua kerat yang tidak menyukai Tun adalah mereka-mereka yang telah ditanam dalam minda mereka Umno dan Tun adalah kafir kerana tidak memperjuangkan islam. Itu pun belum tentu mereka tidak menyukai sepenuhnya. Mungkin setakat mulut sahaja , hatinya lain. Dalam diam-diam mereka jugalah orang beratur di Pejabat Pos awal-awal pagi setiap kali awal tahun untuk menuntut bonus ASB. 

Setelah 22 tahun berjaya memimpin dan membangunkan Malaysia dengan begitu baiknya dan semua krisis telah diatasi dengan baik, akhirnya Tun membuat keputusan untuk turun dari tampuk kepimpinan. Turun disaat momentum sedang memuncak. Tidak ramai orang yang sanggup lakukan sedemikian. Tetapi tidak bagi Tun kerana beliau kata arwah ibunya berpesan berhenti makan ketika sedang sedap. 

Betullah tu….makanan yang sedap tidak boleh ditambah-tambah atau dipaksa-paksa makan kerana akan jadi muak dan boleh termuntah. Kalau dah sampai muntah, sedapnya semua dah hilang dan kita pun tak mungkin nak makan lagi makanan itu di lain kali. Kalau berhenti ketika sedang sedap, sampai bila-bila pun kita akan ingat kepada makanan itu. Minggu depan nak lagi, minggu lagi sekali nak lagi dan nak lagi….nak lagi….. Bukan setakat nak lagi, kita pula akan bercerita kepada orang-orang lain tentang kesedapan makanan itu. 

Terima kasih kepada Tun kerana sudi berkongsi dengan kita pesanan ibunya. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu Tun. 

Al-Fatihah….. 

Sambung balik, Tun berhenti ketika beliau sedang berada di puncak. Ramai orang yang sedih dan meratapi pemergiannya itu. Ramai juga yang menangis seolah-olah Tun sudah tiada lagi. Padahal beliau masih hidup, hanya berundur sebagai PM. Begitulah sayangnya rakyat Malaysia kepada Tun.

Akan tetapi keadaan boleh menjadi sebaliknya sekiranya Tun meneruskan pemerintahannya lima tahun lagi. Tun mungkin akan kalah dalam p/raya atau digulingkan oleh ahli-ahli Umno sendiri. Jika Tun diturunkan dari jawatan PM dengan cara begitu segala jasa dan baktinya selama ini tidak akan ada orang yang kenang dan beliau pun tidak akan disanjung seperti hari ini. Segala kemanisan telah bertukar menjadi pahit. 

Sebab itu saya kata Tun Dr M ini pintar orangnya. Beliau tahu had masa untuk menjadi pemimpin selama mana. Beliau tahu dalam tempoh itu nak buat apa, dalam tempoh ini nak buat apa, dalam masa itu apa yang perlu dibuat , dalam masa ini apa nak dilakukan dan bila nak turun. Semuanya dirancang dengan baik. Yang paling penting semasa beliau meninggalkan Putrajaya, beliau telah meninggalkan kita semua hidup dalam keadaan yang baik dan aman. 

Kalau semua pemimpin berjaya ikut cara Tun, insyallah orang itu akan berjaya. Tapi dengan syarat kita mesti tahu diri kita layak atau tidak untuk jadi pemimpin. Kalau dah tahu kita tak layak, tapi kita memaksa orang untuk angkat kita, itu tidak akan ke mana. 

Ada sesetengah orang dilantik memegang jawatan semasa dia masih belia dan perlantikannya itu pun atas dasar ingin memberi peluang kepada orang muda. Masalahnya bila dia dah jadi mantan belia pun dia tetap tidak mahu melepaskan jawatannya. Itu kata Tun… 

Yang saya nak kata pula, ada orang yang semasa dia menjadi pemimpin belia bukan main lagi menjilat dan mengampu kerajaan. Apabila diberi jawatandalam kerajaan dia pula yang berlawan dengan kerajaan. 

Setakat hari ini di Malaysia tidak ada seorang pun pemimpin yang boleh menandingi aura kepimpinan Tun Dr M. Contohnya dalam program semalam, apabila Tun berucap dewan menjadi sepi sampai batuk pun tak kedengaran. Semua orang tak kira melayu, cina , india, kadazan, iban, semuanya memberi tumpuan kepada ucapannya dan mereka mendengar dengan penuh minat.  Sekali-sekala kedengaran ketawa apabila ucapan Tun mencuit hati.

Lontaran idea dan ketajaman mindanya berhujah tiada tandingan setakat ini. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya semua benda berfaedah. Tiada benda yang beliau bercakap kosong. 

Kalaulah dapat diundurkan waktu rasanya nak minta Tun kembali sebagai PM. Tapi apakan daya, semua itu tidak mungkin berlaku. 

Tahniah diucapkan kepada KBS kerana mengambil insiatif menganjurkan program semalam. Semoga program sebegitu dapat diperluaskan ke seluruh negara kerana ianya mendapat sambutan luar biasa dari anak-anak muda.

33 comments:

Anonymous said...

bang takder rakaman video ucapan tun ker?

Anonymous said...

Kejayaan Tun M yang paling besar ialah menanam rasa bangga rakyat Malaysia terhadap negaranya.... tidak seperti sebelum era Tun M memerintah.... dikatakan terdapat rakyat Malaysia yang malu mengaku sebagai rakyat Malaysia semasa berada di luar negara..... Moga ianya tidak benar.

Anonymous said...

beberapa idea tun yang luar biasa membuktikan Tun insan terpilih...Slogan Malaysia boleh,Merentasi Selat Inggeris dan Belayar Seorg diri adalah bukti Tun ingin membuktikan kehebatan orang2 Malaysia di mata dunia..

Anonymous said...

Selama tun mahadir duduk dikerusi pm...semua tpm nya di tendang...

Anonymous said...

"Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang mencipta. Dialah yang mencipta manusia dari segumpul darah. Bacalah..... dan Tuhanmu amat Mulia, yang mengajar dengan kalam. Dialah yang mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu........."

Komitmenku, dan pengorbananku, hidupku, dan matiku adalah untuk Allah – Tuhan semesta Alam. Tidak ada sekutu bagiNya – dan demikian itulah aku diperintah – dan aku adalah permulaan orang-orang yang tenteram.” (6:162-163)

“Apakah selain dari Allah harus aku mencari sebagai hakim? Dialah yang menurunkan kepada kamu Al Quran itu dengan terperinci. Orang-orang yang diberi Kitab itu – mereka tahu bahawasanya ia diturunkan dari Tuhan mereka dengan benar. Maka janganlah kamu jadi orang yang ragu-ragu.” (6:114)

Pada pendapat saya Tun M menguruskan kehidupannya dengan berpaksikan ayat-ayat di atas dan banyak lagi dalam Alquran.

Nasihat saya - marilah kita baca seberapa banyak buku-buku dan blog Tun M termasuk komen-komen bernas dari dari para profesional- semoga kita dapat menafaat.

Nok said...

tiada pemimpin terbaik malaysia kini dulu dan sekarang...melainkan pemimpin2 PR seperti MAT Sabo,Nik Aziz,Anuar Ibrahim,kalau PR dapat memerentah...PMnya pulak Bang Nuar...aduhhhh malaysia akan dipandang mulia oleh seantaro dunia.....

minyak akan turun harga...semua barang2 keperluan harian akan turun harga....tol seluruh malaysia percuma semua rakyat warga emas akan di bagi subsidi...air percuma di setiap negeri...income di mangsuhkan.....gaji pegawai k'jaan akan naik seratus peratus....seronoknyaaaa...

marilah kita sokong PR di PRU13 nanti......hidup Nik Aziz alaihislam,hidup Imam mahadi aljuburi,alzinahi.....

gaff said...

Kita rakyat Malaysia patut bershukur kerana Allah melanjutkan usia Tun dalam keadaan sehat walafiat & mempunyai ketajaman fikiran seperti beliau masih menjadi PM dulu. Dengan kewujudan Tun yg masih sehat walafiat dapat beliau menangkis segala tomahan AnuWar "kaki Belit & Putar Alam, macam jugak Orang Yahudi yg dia bela keselamatannya memang dah Allah nyatakan dalam Al Quran, golongan manusia yg penuh dengan tipu muslihat". Bayangkanlah kalau Tun sekarang masih ada tapi sudah nyanyuk & fikiran beliau sudah tumpul, saya yakin & pasti ianya akan menjadi bahan ejekan & cacian AnuWar setiap sesi ceramah beliau satu Malaysia & Dunia. AnuWar sudah pasti akan mengunakan segala kekurangan Tun untuk menyerang Tun. Tapi Allah Maha mengetahui, Alhamdulillah Allah masih meminjam kan umur , kesihatan & ketajaman fikiran Tun Tun untuk semua rakyat Malaysia terutama orang Islam daripada manusia yg berbulu, ayam, musang, memerang, dan banyak lagi binatang yg dia boleh jadi yg bernama "AnuWar". Berhati2 lah kita akan orang ni yg beria-ia ingin mengangkat dirinya sendiri sebagai PM Malaysia, macam seolah-olahnya tiada orang yg paling layak di Malaysia ni boleh jadi PM selain daripada Dia seorang....aje. Jauhi lah orang seperti ni sebab benda yg serupa pernah berlaku dalam zaman nabi Muhammad SAW yg mana ada orang yg cuba menonjolkan dirinya untuk satu jawatan penting tapi Rasulallah menolaknya kerana ianya amat bahaya......Jauhilah diri kamu dari AnuWar, saya satu masa dulu (masa muda belia) pernah mengkagumi orang ni secara senyap. Tapi kebenaran telah terserlah bahawa Orang ni lebih banyak membawa kekalutan kepada rakyat Malaysia daripada kebaikan. Amin

RBF Online said...

anon 1.38

u silap.....pak lah dari tpm diangkat jadi pm

Prince said...

Skrg nie...barula kita dengar sanjungan demi sanjungan drpd org2 Umno lebih2 lagi yg dok sebelah Tun M tu...masa zaman Pak Lah,Tun M nie menangis sorang2...dan kalu ada yg rapat dgn beliau...siap kena warning n dtekan serta dketawakan oleh pengikut2,ahli2 Umno pengejar kontrak.....akhrnye pada Org Tua yg nyanyuk ini juga kita sandarkan harapan...itulah dia Pejuang Umno tulen...walupun dhina bagaikan Paria...Umno dan Melayu tetap dhatinye..

Anonymous said...

Hehehe sape yg tendang pak lah semula..bknkh tun smpai merajuk keluar dr amno....memang tun hebat. melayu mudah lupa...

Anonymous said...

Selagi tun ada jgn haraplah kj akan jadi pm...percayalah tuan tuan semua...

Anonymous said...

Ketika Pak Lah PM,ada beberapa Menteri dan ingat saya seorang Menteri Besar di negeri utara begitu kurang ajar dengan Tun.

Saya cukup marah dan tak akan lupa mereka-mereka ini.

HIDUP MAHATHIR! Saya pengundi Parlimen Bukit Gantang.

Anonymous said...

Sebelum saya ke us belajar pada tahun 90 an dahulu, saya tidak berapa peduli kepada Tun. Tetapi terdapat seorang lelaki rusia di universiti tersebut suka bertanya mengenai malaysia. Dia merujuk tun masa tu setiap kali - Dato Seri Dr Mahathir. Saya jadi malu dan selepas itu saya mengikuti perkembangan Tun.
Pada saya sesiapa yang mengikuti setiap perkembangan Tun akan hormat dan kasih kepadanya. Hanya mereka yang telah dihidangkan dengan fitnah dan
buruk sangka akan membenci beliau. Dari pemerhatian saya, ramai pemimpin dan pengikut pas dan pkr berdosa kepada Beliau.
beliau.

Anonymous said...

SESIAPA YANG BELUM BACA BUKU TUN, DOCTOR IN THE HOUSE, BACA LAH.PENDEK KATA, ALLAH TAALA KURNIAKAN KELEBIHAN SIKIT ATAS DARIPADA KITA KEPADA TUN.

TUN DARI KECIL SUDAH BERCITA CITA BESAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN BANGSA NYA DAN NEGARA NYA.BUKAN SETAKAT NAK MEMIMPIN TETAPI YANG LEBIH PENTING NAK LIHAT BANGSA NYA DAN NEGARA NYA DI HORMATI DAN DI SEGANI.

ANTARA PENGALAMAN PERIBADI SAYA,KETIKA BERADA DI ENGLAND SEKITAR TAHUN 94,DI NEWCASTLE DI SUATU PENEMPATAN KECIL JAUH DARI LONDON UMPAMANYA KAMPUNG TERPENCIL UTARA PERLIS JAUH DARI KL,GITU.SAYA BEURUSAN MEMBELI BARANG RUNCIT DISEBUAH KEDAIDAN DI TANYA OLEH PENDUDUK DI SITU DARI NEGARA MANA SAYA ASAL,SAYA JAWAB MALAYSIA DAN TIBA2 TERPACUL PERKATAAN MAHATHIR KELUAR DARI MULUT SEORANG DUA DI SITU.

KETIKA ITU BETAPA SAYA RASA SUNGGUH BANGGA MENJADI ANAK MELAYU ANAK MALAYSIA.SAYA TANYA MACAMMANA BOLEH KENAL MAHATHIR,MEREKA JAWAB,BILA MAHATHIR MENYERU BUY BRITISH LAST TAMBAH MEREKA LAGI NEGARA KECIL TAPI PEMIMPINNYA JIWA BESAR DAN BERANI.

SAYA DOAKAN TUN,PANJANG UMUR SIHAT DAN DI BERKHATI DI LIMPAHKAN RAHMAT KEPADANYA TERMASUK BONDA TUN HASMAH.

Anonymous said...

PAU 2002. Masa Tun umum letak jawatan. Boleh gerenti... 80% perempuan akan menangis. 60% lelaki pun leleh air mata...

Anonymous said...

memang betul..
aku membesar dlm era Tun M sbg PM. bagi aku Tun M memang tidak terlawan setakat hari ini.
apa yg membuatkan aku amat berpuas hati ialah, aku tetap menyokong Tun M sewaktu era reformasi dulu. Begitu ramai rakan aku yang mengutuk dan mencerca Tun M waktu itu, kini hampir semua drpd mereka meluahkan kekesalan kerana tindakan mereka itu..Aku yakin Tun M bertindak demi kebaikan rakyat Malaysia waktu itu. dan kini memang terbukti.
Pada zaman Tun M, dia digelar diktator, mahafiraun dsb. tapi bandingkan suasana itu. tiada isu2 sensitif. sekarang? Islam dihina semahu2nya..

Anonymous said...

ALAHAI ANON 1:38PM..

KO NI MEMANG BANGANG KE? ATAU KO NI PENDATANG ASING TANPA IZIN??

Anonymous said...

Pak Lah bukan ditendang oleh Tun M la anon 3;04pm

dia diundurkan oleh rakyat yang tidak berpuashati dgn cara pemerintahannya yang lembik. PRU12 aku dan keluarga adalah pengundi protes. pd zaman TDM dulu, kami tak pernah lepas dari mengundi BN. Insya Allah selepas ini kami akan undi BN semula. bagi kami, tiada apa yang boleh dibanggakan pada Pakatan Rakyat. jadi mengapa mesti tukar kerajaan?
sekian

Anonymous said...

Jika hari ini YAB DS NAJIB sendiri kalau nak tunjuk lagak dan kurang ajar dengan Tun(belum dan tak mungkin),nescaya akan hilang lah hormat aku kepada dia.

HIDUP MAHATHIR!

Anonymous said...

orang luar sgt mengkagumi Tun.

Aku penah isi minyak kat kawasan ceruk kampung berhampiran hutan negeri victoria, australia..tokey minyak mat salleh tu puji malaysia..mahathir..thumbs up..

RAKYAT MALAYSIA said...

MEMANG BENAR..

SESIAPA PUN YANG PERNAH PEGI OVERSEA, MUNGKIN PERNAH MELALUI PENGALAMAN PASAL TUN M. eg VERY GOOD LAH, LUCKY TO BE MALAYSIAN LAH, SHOULD BE PROUD TO HAVE HIM AS YOUR PRIME MINISTER LAH..DAN BANYAK LAGI.

TAPI AKU TAK PERNAH PULAK JUMPA MAT SALLEH ATAU ORANG LUAR YANG CAKAP PASAL BEKAS TPM YANG JADI KETUA PEMBANGKANG SEKARANG NI..

NAMPAK TAK BEZA ANTARA MEREKA?

Anonymous said...

Sesiapa yang belum baca buku DOCTOR IN THE HOUSE baca lah.

Selepas baca,nilaikan diri kita bandingkan dengan Dr Mahathir.

Tanya diri kita, kita lebih
Melayu atau Mahathir lebih Melayu.

Mahathir menangis sorok2 melihat budak melayu pandai membaiki hawa dingin(aircond)dalam pejabat beliau,kalau dulu nak tukar bulb lampu pun kena panggil cina.

Walau pun,Tun tak kenal saya,disini ingin saya nyatakan,Saya sayang TUN.

Anonymous said...

Tun Mahathir,kalau dia tegur atau nasihat,saya minta sangat Pemimpin2 UMNO sekarang diam saja kalau tak setuju pun.JANGAN KURANG AJAR DENGAN TUN MAHATHIR.

Anggap beliau adalah bapak kita,terguris hati beliau maknanya terguris juga hati ramai yang tak ada berkepentingan tetapi memang sayangkan Tun Mahathir.

Fenomena said...

Hebat laa Tun M !

Anonymous said...

nak tukar kerajaan sekarang? jauh panggang dari api. belum merintah pun dah huru hara. cermin diri tu dulu. nak tukar sila pilih yang lebih baik ya...kalau lebih buruk tolong pergi main jauh2.

Anonymous said...

Masa saya present paper di Jepun, seorang participant dari China bertanya, adakah saya berasal dari USA, saya dengan bangganya jawab, saya berasal dari MALAYSIA.

Anonymous said...

Menitis airmata ketika membaca semua coments tentang tun. Apa yang mereka lalui begitu juga saya lalui. Ketika era tun menjadi PM, hampir setiap hari saya membeli news paper, and every sunday pasti aemua paper saya beli,saya tertarik semua article tentang Tun or dari tun, sata akan baca berulang2, saya jadi crazy nak baca all about him,benar what anonymous 3.44, saya menangis terlalu teramat sedih seolah tun akan mati.Saya amat sayangkan tun, to be honest saya menangis ketika ini. Saya sentiasa ingat kata kata dan nasihat tun, melayu kena maju.Saya doa tun dipanjang umur dan sihat. We really proud of u Tun.We alls miss u alots.

Anonymous said...

Orang Melayu Singapura pun menangis apabila Tun Dr M meletakkan jawatannya sebagai PM.

Tiap kali Tun Dr M berucap, kami berlari lari menuju kaca TV.

Hingga hari ini kami masih rindu dengar ucapan Tun.

Ada juga teresa iri hati nak jadi rakyat Malaysia ketika Tun masih PM.

Pada kami Tun adalah idola yang memberi satu dorongan dan semangat bahawa Melayu boleh.

Kami Melayu Singapura tumpang bangga dengan kebolehan Tun. Terima kasih Tun, kami menumpang meraikan kejayaan tokoh Melayu yang di iktiraf antara bangsa.

Anonymous said...

mesti angkut ngan bas..dan nasi bungkus..atau terpaksa...kikikikiki

Anonymous said...

semoga Tun mendapat kebaikan dunia dan akhirat...ini saja yg mampu saya doakan bila teringatkan Tun.

Anonymous said...

Sebagai penyunting akhbar, ucapan Tun ketika jadi PM dulu dan kini mudah aku sunting atau cari tajuknya sebab idea yang dilahirkan difahami semua lapisan masyarakat daripada orang kampung hingga ke orang besau2. Kata2 tersurat atau tersirat tak jadi hal nak faham sebab Tun seorang pemikir. Bukan mcam orang yang kemaruk nak jadi PM cakap putar alam berjam2 tapi hampeh. Masa berucap kat sidang UMNO pun yang aku ingat dok keluar perkataan bombastik, plastik... kalu ucapan pak lah lagi pening nak wat paper.

Aku antara yang menangis masa Tun berundur dari Putrajaya. Saat itu berulang setiap kali dengar lagu Pahlawanku nyanyian CT nurhaliza yang kerap ke udara pada penghujung Tun jadi PM. Seorang kawan wartawan pernah bertanya Tun mengapa tak pakai jam Rolex sedangkan beliau mampu memilikinya, tapi Tun jawab apa pun jenama jam yang penting tepati waktu. Kalu pakai Rolex tapi tak jaga waktu tak guna juga. Cuba tanya orang tu kenapa tak pakai jam Omega... ade boleh jawab ka!


Aku doakan Tun tetap iman, sihat dan terus menyumbang kepada anak bangsa. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama Tun dan isteri. Amin!

Anonymous said...

Aku ada distu, setiap bait kata2 Tun amat menyentuh hati, penuh berisi, hinggakan apabila Tun melontarkan buah fikirannya dewan senyap hinggakan jika ada pen terjatuh pun akan kedengaran. Bangganya aku membesar dizaman Tun, bahkan kemana ceruk dunia kita pergi pun org luar akan menyebut Malaysia & Tun umpama irama & lagu..

Kepada Anon yg menuduh nasi bungkus/bas/terpaksa tu.. Harap2 kau sempat betaubat sebelum kau mati sbb fitnah kau ni akan membakar diri kau nanti.. Selamat Beramal

Anonymous said...

musa hitam letak jawatan sbb x puas hati dgn kuli yg kalah2 kali masih jadi menteri, ghafar baba dilingkupkan anwar dalam pemilihan parti, anwar membalun jubo orang....itu semua salah tun m ke?