Friday, March 16, 2012

Amah: Peraturan Gila

Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita tentang amah dari Indonesia yang akan dihantar masuk ke Malaysia mulai bulan depan.

Menurut laporan itu, amah-amah yang akan dihantar masuk ke negara kita bulan depan hanya dibenar melakukan satu kerja dalam empat bidang khusus.

. Memasak
. Mengasuh bayi
. Mengemas rumah
. Menjaga orang tua

Gaji yang ditetapkan RM 700 sebulan untuk salah satu tugas diatas.

Kalau seseorang amah itu ditugaskan untuk mengasuh bayi, dia tidak boleh buat kerja-kerja lain. Hatta nak tolong tanak nasi pun tak boleh.

Kalau seseorang amah itu ditugaskan untuk memasak,dia tak boleh buat kerja lain. Hatta tolong pakaikan baju anak pun tak boleh.

Kalau nak amah yang boleh jaga anak dan yang boleh mengemas rumah,maka seseorang majikan itu perlu ambil dua amah dan bayar gaji RM 1400 sebulan. Kalau nak suruh memasak pula,majikan perlu ambil seorang lagi amah dan kena bayar gaji RM 700 lagi.

Tidakkah itu satu peraturan yang gila ?

Berapa ramai diantara kita rakyat Malaysia yang mampu bayar gaji amah sampai 2-3 orang ?

Mampukah Kak Siti yang bekerja sebagai kerani di Jabatan Imigresen dan suaminya seorang penyelia di Jabatan Pendaftaran Negara untuk bayar gaji amah 2-3 orang ?

Tak faham bagaimana Pasukan Petugas Khas Bersama antara Malaysia dan Indonesia boleh bersetuju dengan syarat itu ?

Kalau begitu caranya,nampak gayanya selepas ini makin ramailah pendatang haram membanjiri bumi Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Sudah pasti permintaan amah haram akan meningkat kerana peraturan baru yang bodoh itu.

Untuk mengatasi benda haram, benda halal perlu dipermudahkan. Bukannya perlu disusahkan lagi.

Harap kerajaan dapat pertimbang untuk batalkan persetujuan yang telah dicapai oleh wakil Malaysia dalam rundingan dengan Indonesia.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

32 comments:

Anonymous said...

setuju!
peraturan gila!

Anonymous said...

boleh ... sape nak terima je ... tapi dengan syarat amah tu duduk rumah kita kene bayar sewa bilik, api, air ... kita amik lah RM350 tuk semua tu ... makan pakai ... aku tak tanggung ... jgn masak kat rumah aku. kerja ko jaga anak aku .... bagi dia makan asuh dia elok2 aku tengok calar je badan anak aku duit klinik ko tanggung ... cam tu aku setuju!!

RBF Online said...

anon 10.57

Betul tu....

saya sokong pandangan anda. kerja kau jaga anak. so , makan minum sakit demam kau majikan tak perlu tanggung.

kalau semua duduk atas bahu majikan, naik lemaklah mereka.

Mae said...

Itulah akibatnya Malaysia membangga-banggakan diri sebagai negara maju dan rakyatnya banyak duit, maka orang Indonesia berfikir orang Malaysia memang banyak duit ! Mereka juga mungkin tahu khazanah negara sangat banyak hingga berlaku banyak kebas-mengebas tanpa ada kekangan, maka apa salahnya mereka cari duit lebih cara halal melalui perjanjian.

Anonymous said...

Melampau sesangat!!! Boleh.......BOLEH JALAN!!!!!

Anonymous said...

ADA MAJIKAN YANG BAIK ADA MAJIKAN YANG JAHAT..ADA AMAH YANG BAIK ADA AMAH YANG JAHAT...TAPI BILA MAK PESAN ELAKKAN AMBIK AMAH ASING (INDONESIA) KITA MACAM BAWAK MASUK 'BOM DIAM' DALAM RUMAH. I TAK FAHAM SANGAT...TAPI BILA TENGOK MEREKA DOK ASYIK DEMO KAT NEGARA MEREKA BENCIKAN MALAYSIA...LAMA-LAMA I FAHAM SENDIRI. JADI...SUSAH PAYAAH JAGA RUMAHTANGGA KAMI SUAMI ISTERI ELAK PAKAI AMAH. SOAL JAGA ANAK..KAMI CARI TASKA YANG BETUL2 ADA REKOD REPUTASI YANG BAIK SEBAGAI PENYELESAIAN. NOKTAH.

ABANG AWANG

RBF Online said...

rakan2 sekalian

dlm soal orang gaji ni masalahnya timbul kerana ramai orang gaji dari indonesia yang didera.

dalam kes penderaan orang gaji yang selalu dihebahkan oleh media,kita sering didedahkan wajah majikan yang mendera mereka ?

apa bangsa mereka ?

semuanya bangsa cina.

setakat hari ini seingat saya tidak ada lagi majikan melayu yang dihadapkan ke mahkamah kerana mendera maid. jika saya salah tolong betulkan saya.

tidak ada majikan2 melayu yang mendera maid, tetapi kebanyakannya maid yang membuatkan majikan makan hati.

kerana sekerat dua majikan berbangsa cina yang mendera orang gaji , sekarang semua rakyat malaysia menanggung bahananya.

Anonymous said...

KEPUTUSAN YANG MEMBERATKAN RAKYAT MALAYSIA DAN MENGEMBIRAKAN PENDATANG ASING.SELEPAS INI MOHON KERAJAAN MALAYSIA PERTIMBANGKAN PULA GAJI PEKERJA ASING KILANG MINIMAL RM5000. JADI LAH KITA WARGANEGARA YANG SENTIASA TUNDUK DENGAN PENDATANG.KERAJAAN HARUS INGAT TERDAPAT HAMPIR 330,000 ORANG PEMBANTU RUMAH INDONESIA DI 330,000 RUMAH DIMALAYSIA YANG MEMPUNYAI MINIMAL 2 ORANG YANG BOLEH MENGUNDI DENGAN JUMLAH 660,000 ORANG. JANGAN HANYA KERANA HAL PEMBANTU RUMAH UNDI TERSEBUT MENJADI UNDI PROTES. KERAJAAN SEPATUTNYA MENGAMBIL KIRA KEBAJIKAN RAKYAT MALAYSIA BUKAN KEBAJIKAN PENDATANG.KALAU INDONESIA BEKUKAN PEMBANTU RUMAH KENAPA PEKERJA SEKTOR PERKILANGAN TIDAK? KERANA INDONESIA TAHU KITA PERLUKAN PEMBANTU RUMAH TAPI MEREKA PERLUKAN SEKTOR PERKILANGAN. JADI DENGAN BEKUNYA PEMBANTU RUMAH SEHARUSNYA TERDAPAT PEMBEKUAN SEMUA SEKTOR JUGA. JANGAN KITA SAJA MENGALAH.MOHON KEMBALIKAN CARA LAMA DENGAN PASARAN YANG MENENTUKAN GAJI MEREKA. JANGAN BUAT KERJA GILA.TAK MUNGKIN 24 JAM MASAK.

abe ja said...

baik aku kawin dengan orang tempatan yang sanggup jadi suri rumah aku.bini no 2 la..hehe.lebih ekonomi daripada amik amah.

makin melampau lak diorang ni,tak sedar diri.lepas ni nak demand apa lagi?sabtu half day dan ahad offday?bonus tahunan?automatic salary increase?

Anonymous said...

baik kerja kat kampung, ternak lembu... isteri kat rumah tolong jaga ladang atau kebun... pendapatan lumayan hasil dari jualan lembu, isteri jaga anak dan suami... tak payah dah kerja kat bandar ni...

Anonymous said...

sebelum diambil kerja mereka mesti tandatangani dulu perjanjian dengan majikan antaranya:
1. sewa bilik..RM150.
2. makan RM 100
3. air dan api RM 50
4. Utility RM 50..
5. kalau mereka tinggal kat luar..setiap kali lewat potong gaji ikut jam..

USOP said...

Aku nk cari maid yg lawa dan bole diajak main bila aku kegersangan ketika bini dan anak2 aku xde kat umah...brapa pula bayarannya ya...tempat tinggal aku sediakan / bilik berhawa dingin / basuh baju pakai washing machine. Dia cuma jaga aku jer...

Anonymous said...

aku hensem

JAGA BATANG Y BANG USOP

Anonymous said...

JANGAN GABRA SEMUA WAHAI WARGA NEGARAYG CINTAKAN MALAYSIA.
APA SUSAH KITATUNGGU APA JAWAPAN DARI KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA DAN KERAJAAN KITA....

KALAU KONTRA JUGAK MEMANGSAH KITADI MALAYSIA TERMASUK KERAJAAN KITA SENANGDIPERKOTAK KATIK KAN OLEH BANGSA YANGTAK KENANGBUDI DI SEBERANGTU.

Anonymous said...

gila,,,lepas ni berduyun lagi lah amah indon dtg malaysia,,,,,sepatutnya kerjaan malaysia tak payah langsung amah indon jika peraturan mcm ni di kuatkuasakan,,amah indon dan indon keseluruhannya bnyk yg keras kepala,angkuh,,anggap diri mereka kuat,,

kerajaan harus haramkan jer pekeja indon ni,,cari artenetif lain,,,byk lagi cara yg boleh difikirkan

Anonymous said...

tak payah ambil pembantu asing, korang pergi siam/indonesia pilih je mana-mana buat bini no 2, kos ambil pekerja pun lebih kurang je.

HA HA HA, gaji bagi kat mak mertua :))

Anonymous said...

RBF...

rakyat semakin dibebankan..

kerja di bandar,kos nya tersangat tinggi..

keputusan kerajaan Malaysia mempersetujui perkara ini dengan indonesia sangat mengecewakan...

perasan atau tidak,kita sering kali menurut saja kemahuan mereka...walhal,pelbagai masalah yg rakyat mereka bawa di sini...

bagi saya,ini bukan situasi win-win situation...
ini lebih menyusahkan rakyat malaysia.amah2 indonesia pulak,semakin kebal...

-Warga Shah Alam-

SLING SHOT said...

siapa wakil malaysia yang berbincang dengan kerajaan indon tuh.. bodoh ke apa ?

Anonymous said...

sapa lagi yg selalu gi indon hasut org.... BABI ler...

awie958 said...

tak perlu gajikan maid dari indonesia.suruh isteri masing-masing dok rumah wat keja rumah...

Anonymous said...

heran tul, kita majikan ke bibik tu yg jd majikan, siap blh2 demamd lg, nak kerja tu tak nak kerja ni, mmg tahap melampau, ibarat tetamu yg melebih2 dari tuan rumah, patutnye diaorg masuk rumah kita, ikut cara dan peraturan kita, bukan kita tunduk dgn kehendak mereka...

Anonymous said...

Senang citer.. Bukak blk jp visa... Berlambak sebenarnya rakyat indon yg nk dtg keje tak ikut peraturan bodoh tu... Biar je dia bekukan ccalling visa macam dulu, maid masuk guna jp visa.. Kerajaan dia je yg ngada2... Kita plak bodoh, angguk aje apa yg dia mintak....

Anonymous said...

amah jaga anak..kita pulak yang kena masak untuk dia ke? NO WAY! ko nak makan masak sendiri, ikan sayur beli sendiri.

hilbert said...

Setuju dgn bro RBF,

ini memang peraturan gila dan luar tabiee

harap kerajaan Malaysia batalkan segera rundingan dgn Indonesia.

Anonymous said...

tak payah amek amah laa yang mana pompuan-pompuan kerja tu berhenti jaga laki dan anak-anak udahlaa buat apa kerja kalo mendatangkan masalah balik ... balik kepada tuntutan ISLAm ... hehe jangan marah woiii aku bukan kolot ...

Anonymous said...


TAK ADA KE AMAH KHAS JAGA SUAMI?

MINTA KERAJAAN RUNDINGKAN AMAH KAHS UNTUK JAGA SUAMI SAJA. KENA MANDIKAN, SUAPKAN MAKAN, MAINKAN, URUTKAN, TIDURKAN, BANGUNKAN DLL.....

GAJI LEBIH SIKIT DARI RM700 TU BOLEH BENOR TAKDA HAL.

Anonymous said...

sial jer.gaji pengawal keselamatan pun ada yang rendah lagi.tapi hal amah ni jugak yang dapat perhatian dulu

Anonymous said...

hmmmm...utusan dah update mengenai isu ini...nampaknya ada pihak yg lebih sudu dari kuah...memandai2 mengalahkan menteri

Anonymous said...

amah jaga anak - RM700

majikan sediakan tempat tinggal, makan minum, medical, pakaian dll - RM1,000

biar amah pulak berhutang dengan majikan! amacam? ada bran?

Anonymous said...

Charge dia orang sewa bilik, makan minum, letrik, air dll. Potong gaji tiap-tiap bulan. Buat salah potong gaji lagi. Baru adil.

poyo said...

siapalah menteri yang bodoh tu?makan gaji buta.....

mat indera said...

lembu kot!!