Tuesday, March 20, 2012

Depan Orang Indonesia Anwar Kagumi Salman Rushdie, Depan Orang Malaysia ???

Dibawah ini adalah rakaman audio ucapan Anwar Ibrahim di Gedung Komunitas Salihara yang terletak di Jakarta Selatan, Jakarta, Indonesia.

Tarikh ucapan : 11 Oktober 2010

Sedikit info berkenaan Gedung Komunitas Salihara.

Komunitas Salihara merupakan komuniti pencinta pelbagai cabang seni termasuklah bidang teater, muzik dan penulisan.

Sebelum kehadiran Anwar, Komunitas Salihara pernah mengundang beberapa personaliti 'popular' untuk menyampaikan syarahan. Mereka semua dianggap sebagai tokoh Islam Liberal. 

Salah seorang individu yang pernah dijemput bersyarah di Komunitas Salihara adalah Amina Wadud, seorang wanita Islam yang pernah mencetuskan kontroversi kerana mengimamkan solat Jumaat di AS. Amina dilaporkan menyampaikan syarahan mengenai feminin dan ketuhanan serta kualiti feminin dari Tuhan.

Seorang lagi tokoh yang dijemput untuk menyampaikan syarahan adalah Musdah Mulia, wanita yang mendapat anugerah di Barat kerana keberaniannya menghalalkan gay dan lesbian.

Berdasarkan maklumat tersebut, tidak hairanlah kenapa Anwar dijemput untuk memberikan syarahan kepada komuniti berkenaan.

Sumber info: Utusan Online

Berikut adalah rakaman audio ucapan Anwar pada hari berkenaan...


Antara petikan-petikan  menarik ucapan Anwar pada majlis tersebut...
Midnight's children penghinaan terhadap agama islam keterlaluan. Tetapi, itukan satu karya.

Salman Rushdie seorang pencerita yang cukup menarik


Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju..

Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang
Di depan orang-orang Indonesia dia mengkagumi dan menjulang Salman Rushdie


Kepada orang-orang Malaysia pula dia kata



Sekarang anda nilailah sendiri siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

Sampai bilakah anda perlu ditipu olehnya ?


Sekian.....





Terima kasih kepada rakan-rakan di www.anwaraidc.com yang tidak pernah jemu-jemu buat mencari sumber maklumat, membuat kajian serta penyelidikan dalam usaha untuk membongkarkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya.

7 comments:

Anonymous said...

depa ni bkn tak nampak. dh jelas makin byk bukti yg diberi masih buat2 tak nampak. cth ketara video dgn china doll tu laa.. dato nalla kata 99.9% tu anwar. sampai la ni tak pun saman nalla tu. siap offer suh bawak ke mahkamah lg. tu pun depa buat2 tak nampak. sbb apa. sbb maruah beb. dah ludah berkahak takkan nak jilat balik. apa rasa eh kalo jilat kahak tu kan.. siksa beb. so, terpaksalah tegakkan juga benang yg basah. tak tegak2 pun, asik kantoi je.

Anonymous said...

depan china doll dia takyah cakap...tibai jek

Anonymous said...

Macam bukan suara DSAI 100% jer... siapa plaklah upah org suara ala2 DSAI ni buat lawak, hahaha

Anonymous said...

Nuar yang kuat kencing... bau hancing kencing dia boleh dihidu seluruh dunia. Kalau tak masa kan blogger dari Amerika pun berani gelarkan Nuar ni "SESUMPAH"....!!!!!

el halim said...

Aku selalu mengikuti AIDC..kupasan mantap dan bukan direka-reka..semuanya berdasarkan bukti-bukti yang jelas,hanya pengikut tegar Anwar sahaja tidak mahu menilai dan mencari kebenaran tentang apa yang diperjelaskan di dalam AIDC..teruskan usaha murni AIDC dan RBF..

Anonymous said...

AKU TIDAK AKAN MENGUNDI KETUA PEMBANGKANG YANG RENDAH AKHLAKNYA. YANG PASTI AKU DAN KELUARGA SERTA RAKAN2 AKAN MENGUNDI BN PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Anonymous said...

Di Malaysia, Kecenderungan memisahkan agama dengan pegangan politiknya boleh dilihat terselit didalam tindak-tanduk Dato Seri Anwar Ibrahim apabila enggan bermuhabalah. Hakikatnya keengganan beliau bermuhabalah bukanlah disebabkan oleh keengganan beliau bersumpah kerana sepertimana yang kita tahu, beliau langsung tidak kisah dengan pengikut-pengikutnya seperti Raja Petra, P. Balasubramaniam, Dr. Pusrawi, Dr. Munawar Ahmad Anees, Sukma, Meor Razak dan Nalla Kurapan untuk bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dengan mengiktiraf format Sumpah dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 namun enggan mengiktiraf format Sumpah Saiful secara Muhabalah disisi agama (atas alasan tidak sah disisi undang-undang dunia?), maka jelaslah bahawa pemimpin PKR ini telah mematuhi polisi pemisahan agama daripada wadah politiknya sendiri. Tidak syak lagi sekiranya PKR berjaya memerintah, maka Artikel 18 Perlembagaan akan diserapkan (walaupun secara berselindung) ke seluruh cabang kerajaan.

Sekiranya Muhabalah Saiful Bukhari itu mencukupi dibalas dengan Akuan Berkanun beliau dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 yang tidak memerlukan nama Allah dan Rasul disebut, maka saya rasa sudah tentu Anwar Ibrahim rela memfailkan Akuan Berkanun setebal buku telefon bagi membuktikan dia tidak meliwat. Namun masalah sebenarnya adalah kerana Muhabalah bukanlah Muhabalah sekiranya tanpa menyebut nama Allah Dan Rasul. Jadi masalah sebenarnya bukan Muhabalah, tetapi kerana beliau enggan menyebut nama Allah dan Rasul di depan umum. Anwar tidak dibenarkan menyebut nama Allah dan Rasul oleh penaja-penajanya kerana bertentangan dengan Artikel 18 Perlembagaan. Kepintaran penaja-penajanya telah berjaya membentuk Anwar agar mempromosikan athiestsm disebalik samaran politik sekular, dan yang paling hebat adalah apabila ia dilakukan oleh seorang muslim bersongkok dan mencanangkan dirinya pemimpin Islam.