KUALA LUMPUR 27 Mac – Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng mempersoalkan kenapa kerajaan melepaskan bekas Ketua Pegawai
Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Marican, sehingga diberikan jawatan
oleh syarikat Singapura, memakan diri hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
berkata, tindakan Guan Eng (DAP-Bagan) yang cuba menunjukkan perhargaan
bagi pihak pembangkang terhadap usaha Hassan memajukan Petronas,
bertentangan dengan serangan yang dibuatnya terhadap Petronas dan
Hassan semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada 2008.
"Saya gembira kerana YB Bagan kini puji Tan Sri Hassan sebab saya
masih ingat selepas menjadi Ketua Menteri pada tahun 2008, antara
kritikan pertama yang beliau lakukan ialah terhadap pengurusan
tertinggi Petronas.
“YB Bagan telah mengeluarkan komen bahawa pegawai atasan Petronas
iaitu Tan Sri Hassan sering berbelanja dengan tinggi seperti
menggunakan jet milik Petronas. Itu dulu la tapi sekarang dah puji,”
katanya kepada satu pertanyaan Guan Eng semasa sesi soal jawab.
Guan Eng meminta Perdana Menteri menyatakan sebab kenapa kerajaan
melepaskan Hassan dan menyifatkan kehilangan itu sebagai satu tamparan
terhadap usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang
meninggalkan Malaysia sejak merdeka serta berapa ramai yang berjaya
ditarik balik sejak Talent Corp ditubuhkan.
Nor Mohamed berkata, Hassan memang diakui seorang tokoh korporat yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita yakin beliau akan terus menyumbang dari luar negara menerusi
jaringan perniagaan dan jawatan yang disandangnya di Singapura dan ini
akan membantu mengeratkan lagi hubungan antara dua negara,” katanya.
Sumber: Utusan Online

3 comments:
nak bodek maalayu. terlupa dulu pernah pijak malayu..
haiya apek mau tipu malayu ka
Apek celaka ni mmg LIDAH BERCABANG..Padahal dh berbakul fitnah dilemparkan terhadap Tan Sri Hassan dn pengurusan Petronas..
Apa yg diaorg tak sebut??
Gaji ratusan ribu sebulan,belanja mewah guna jet kerajaan, dakwaan kono Hassan ni kaki botol dn kaki pmpuan mcm2 lg tohmahan dn fitnah yg aku penah baca sndiri di blog2 pembangkang..
Hari ni nk jd hero plak.Tp katakan la kerajaan lantik dia dlm sebrang jwtn cth la jd Penasihat pd Kementerian Kewangan ker, BOD Petronas ker comfom puak2 pencacai ni akan kata tuuuuuuudiiiaaa UMNO BELA KRONI!
Ptuuuiiiii.Celaka punya cina!
Itu lah strategi dorang ni....so yg melayu jgn ternganga je dgn 'kebaikan' apek ni....ingat jgn sampai tergadai bijik sdh lah..
Post a Comment