Keangkuhan Lim Guan Eng akhirnya goyah juga apabila beliau
semalam mengakui yang beliau merasa bimbang yang Pakatan Rakyat akan kehilangan
kuasa di Pulau Pinang. Kenyataan beliau di dalam akhbar berbahasa Cina, Nanyang
Siang Pau semalam jelas menunjukkan ketidakyakinan beliau dalam menghadapi
pilihanraya akan datang.
Kebimbangan beliau berpunca dari kesungguhan BN bekerja
dalam memulihkan sokongan rakyat negeri itu, yang menyaksikan lawatan yang
kerap dari pemimpin-pemimpin tertinggi BN ke kawasan-kawasan panas di sekitar
negeri itu. Selain itu, beliau juga merasa bimbang mengenai insiden-insiden
keganasan yang berlaku kerana isu-isu tertentu.
Menurut beliau lagi, adalah sukar bagi PR untuk menandingi
BN dari segi jentera, wang dan media atau 3M (machinery, money and media) di
mana BN mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat. Sasaran kini, katanya
adalah untuk memenangi 100 dari 222 kerusi sudah dikira mencukupi bagi PR
kerana ia pasti menimbulkan huru-hara di dalam UMNO. Apabila BN kehilangan 2/3
majoriti, Dato’ Seri Najib pasti akan dicabar dan pencabarnya akan membantu
melemahkan BN secara tidak langsung.
Itu adalah kenyataan dari mulut Guan Eng sendiri. Yang
pasti, kebimbangan Lim Guan Eng bukan terhad kepada beberapa faktor yang
disebutnya di atas sahaja. Tetapi, faktor yang paling kritikal ialah dirinya
sendiri.
Sebelum berkuasa di Pulau Pinang, Lim Guan Eng atau DAP
secara keseluruhan sememangnya sinonim dengan imej rasis dan chauvinis. Hakikat
bahawa DAP adalah pencetus 13 Mei tidak mungkin dapat dipadamkan daripada
sejarah walau bagaimana licik pun mereka berusaha mengubah sejarah.
Apabila Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, rakyat
telah diberi amaran berkenaan sikap rasis dan chauvinis DAP. Ternyata apa yang
ditakuti menjadi nyata apabila Lim Guan Eng dengan selamba memungkiri janji
kepada kaum India dengan merampas tanah kampung mereka dan dengan angkuh
menghalau dan merobohkan kedai-kedai dan kampung milik kaum Melayu.
Para pemerhati politik dan mereka-mereka yang berfikir
dapat melihat dengan jelas bagaimana Lim Guan Eng menghalau kaum-kaum lain
secara sistematik dan licik menggunakan kuasa dan undang-undang ke atas mereka
yang lemah. Tanah-tanah kampung yang dirampas, didirikan rumah-rumah dan pusat
komersial berkos tinggi bagi memastikan kaum Melayu dan India yang majoritinya
terlalu jauh ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina tidak akan
mampu memilikinya hatta terpaksa keluar dari Pulau Pinang.
Selain itu, sikap diktator Guan Eng juga semakin terserlah
sehingga tidak lagi disenangi bukan sahaja oleh kaum bukan Cina, tetapi kaum
Cina sendiri. Antaranya, Lim Boo Chang, bekas ahli MPPP telah bertindak keluar
parti atas alasan khusus iaitu ‘sikap diktator dan autokratik’ Lim Guan Eng yang
menggunakan taktik mengugut dan menekan dalam pemberian projek sPICE. Sikap itu
juga sekali gus menunjukkan yang Guan Eng tidak telus atau korup dalam
pemberian projek-projek kerajaan negeri.
Guan Eng juga tidak mampu menyembunyikan kebenciannya yang
meluap-luap terhadap Melayu dan sikap inilah yang sering menimbulkan ketegangan
antara beliau dengan pegawai-pegawai kerajaan berbangsa Melayu. Bagi melakukan
‘damage control’ apabila sikapnya berjaya dihidu media, beliau terpaksa
berbohong dan berbohong mengenai apa yang sebenarnya berlaku.
Malangnya, Melayu tidak sebodoh yang Guan Eng sangka. Satu
demi satu pembohongannya didedahkan seluas-luasnya sehingga beliau kini digelar
sebagai Ketua Menteri lidah bercabang.
Sikap kepimpinan tertinggi DAP juga tidak mampu membantu
Guan Eng dalam meraih sokongan rakyat. Walaupun sibuk melaungkan keterbukaan,
menuntut kebebasan bersuara dan kebebasan media tetapi kepimpinan DAP sendiri
tidak bersikap terbuka. DAP terkenal dengan budaya memberi tekanan kepada
sesiapa sahaja yang menegur kepimpinan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka
juga menyeru boikot terhadap media yang mengkritik mereka. Bayangkan, bagaimana
Guan Eng boleh mengharapkan sokongan rakyat jika beliau sendiri bercakap tidak
serupa bikin?
Itu belum lagi dikira amalan kronisme dan nepotisme dalam
DAP di mana hanya mereka-mereka yang punya pertalian atau yang rapat dengan
kepimpinan atasan sahaja yang akan diberikan jawatan. Sikap komunis yang
sentiasa prejudis dan tidak mempercayai orang luar begitu menebal menjadikan
DAP sebagai parti yang ‘dingin’ dan tidak mesra rakyat.
Semua ini adalah faktor-faktor yang menyebabkan Lim Guan
Eng hilang keyakinan untuk menang dalam PRU akan datang. Mungkin Guan Eng
enggan mengakui semuanya tetapi kita yakin yang jauh di sudut hatinya dia tahu
setakat mana kebolehannya untuk mentadbir negeri. Seorang yang angkuh selalunya
akan banyak berbuat silap kerana enggan menerima teguran dan nasihat.
Walaubagaimanapun, ‘jatuh’ atau tidak Pulau Pinang kali ini
bukan bermakna PR akan selamat. 100 kerusi sasaran PR boleh dikatakan satu
cita-cita yang terlalu tinggi dengan keadaan Selangor yang dipenuhi sampah dan
berlubang di sana-sini akibat korupsi kerajaan negeri. Apa lagi dengan keadaan
pentadbiran Kedah yang terumbang-ambing dan Kelantan yang seolah-olah ‘koma’
selama-lamanya.
Oleh itu, kebimbangan Guan Eng sebenarnya amatlah
bertepatan sekali dengan perkembangan politik hari ini. Rakyat tidak lagi marah
dengan BN sepertimana tahun 2008 dahulu. Rakyat kini marah dengan PR pula, kerana
belum pun sampai sepenggal, sudah dilanda berbagai-bagai skandal.
Beruang Biru

15 comments:
Saudara,
Harap jangan percaya pada cina sial ini. Ini adalah kerana, semasa interview sehari sebelum PRU 12, si jahanam ini mengatakan bahawa mereka akan kalah, tidak setanding dengan BN dan lain lain yang serupa dan sewaktu dengannya.
Jadi, untuk kita membuat satu andaian bahawa dia dah nak mampos mungkin terkeluar dari kepompong kebenaran. Jangan percaya pada si haram jadah ini dan keturunannya.
Kita buat kerja kita dan teruskan perjuangan. Biarlah dia dengan resepi masakan babi nya kerana orang Melayu gerenti tak makan punya.
PAS percaya sangat kelentong kapir sekor ni yang kata dia nak masuk isle. Habis dijaja sana sini konon dia ni berwatakan seperti salah seorang khalifah sahabat Nabi.
Terus terang aku cakap, kalau PAS nak terus hidup dan dihormati cepat2lah PEMIMPINnya insaffff terutama sekali Mursyidul amnya dan presidennya sekali.
dio ado duo muko. bilo nak kan undi melayu dio senyumlah macam tak do senyum lagi, tapi bilo dio toleh belakang muko cam komunis tu bersori. bilo lah aku bolih bunuh melayu ni kato hatinyo.
baik lge ,samo jo lah lks duo namo yang synonym dongan dap. tak terlopes ks dan anak anak nyo. dan diperak pulo ngo and ngeh saudara.
parti kroni anak beranak,saudara bersamo. hai oran melayu dan oran india, ingat ingat lah yah
bullshit!!umno will use everything to win.by hook or crook!!!
Apa yang telah berlaku adalah sebagai teladan yang patut diingati. Ini adalah tahu yang ke 62 saya hidup di bumi bertuah ini dan saya amat bersyukur di atas kedamaian yang dikecapi selama ini. Saya tak faham bagaimana orang Melayu boleh berpecah belah di atas idologi yang dibawa parti politik. Masyarakat FELDA dulu aman dan kemewahan yang diberi kepada mereka seolah-olah ada diantara mereka yang melupai akan nikmat yang dikecapi. Bersyukur? Jika kita buka mata dan buka minda kita, banyak perkara-perkara yang kita lihat sekarang,seolah-olah orang Melayu sendiri yang hendak meruntuhkan perpaduan yang dikecapi selama ini. Kita dianugerahkan otak untuk berfikir jadi gunakanlah anugerah Allah ini untuk kelangsungan keamanan bagi anak-anak kita dimasa akan datang, jangan samapai generasi kita akan datang susah mencari makan di tanah air sendiri.
Wake up la poyo...this has nothing to do with wining by hook or by crook...open your your eyes la...all PR states are having difficulty with their own rakyat...promise land konon...pooorah...one terms is enough for them..enough is enough.....ABAI!!!!!!
baniAdam, this is the facts! umno will do anything to regain penang.and at the end it will be still gerakan who will be the CM.and dont forget, he is also chinese.If yu said guang Eng not capable to lead penang, what has gerakan and umno do in penang during its tenor for the malays.where the malays now, damm it!! u tell me.u just look at penang island.its like living in hong kong.
salam 1Malaysia
sila layari blog ocean13 di http://ocean-13.blogspot.com/..
terima kasih
keturunan sakibaki MPAJA dan BINTANG TIGA ini akan dipastikan tdak akan berkuasa...hanya orang bodoh je yang menyokong serpihan keturunan ' pailang ' ini.
Poyo dear...again please open your eyes...during 90's Anwar were there in Penang, he got all the capacities to help the malays yet nothing is being done except to gain his power through his cronies but time have change whereby Najib has done a lot to help not just for the malays but to all malaysians....you must accept that PR has FAILED!!!!...please wake up la...ABAI
Kalau PAS Melayu masih tidak sedarkan diri... betullah mereka telah KOMA! Akibat berkawan dengan PKR dan DAP... PAS telah hilang kredibiliti... PAS tidak dapat menilai yang mana permata dan yang mana KACA...
Salam perjuangan saudara RBF.
Minta tolong dipautkan semula blog saya di ruangan bloglist saudara. TK
Ant Jumud
ini taktik lapuk, orang kata mengemis undi kesian - mula dgn cerita sedih, kemudian buat muka sedih, muka ronyok supaya rakyat simpati lalu bagi undi sedekah
Lagipun apasal orang melaka pulak yg tadbir penang??
Kalau PAS masih sokong anwar walaupun telah membuat kenyataan membela israel, maka memang benar PAS hanya gunakan agama utk kepentingan politik
bro..minta izin copy yer..bess crita ni, tq :)
baniADAM, Najib help all the Malaysian? by increasing electric tarif,give KTM land to singapore,iskandar malaysia (for singaporean too),flip flop decision...you got to be joking!PR not fail but BN just cannot accept loses.I think Rosmah should take his place.
Post a Comment