Tuesday, March 13, 2012

Kisah Dua Kubur Di Shah Alam

Ini kisah berhubung tanah perkuburan islam di Kota Kemuning Shah Alam dimana ianya terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam

Sebidang tanah seluas 5.5 hektar telah disediakan pemaju untuk dijadikan tanah perkuburan islam dikawasan Kota Kemuning dan sekitarnya. Bagaimanapun, setelah bertahun-tahun penduduk islam yang menghuni kawasan tersebut tidak dapat menggunakan kubur itu untuk urusan pengkebumian jenazah  penduduk setempat yang meninggal dunia kerana mendapat tentangan dari penduduk bukan islam. 

Campur tangan MBSA dan pemimpin setempat tidak menyelesaikan masalah, malah kes dibawa pula ke mahkamah oleh 147 orang penduduk bukan islam Kota Kemuning dan Kemuning Greenville. Sehingga kini kes masih lagi di mahkamah. Difahamkan sebelum kes dibawa ke mahkamah ada 2-3 jenazah telah dikebumikan disitu.

Itulah sebahagian gambaran bagaimana susahnya untuk orang-orang islam nak buat kawasan kubur walaupun kawasan tersebut telah digazetkan sebagai kawasan perkuburan. Hinggakan terpaksa berentap di mahkamah bertahun-tahun.

Sekarang mari kita lihat pula kisah tanah perkuburan bukan islam yang dibangunkan secara haram untuk tujuan komersial dan tidak perlu bayar premium tanah, juga di Shah Alam dimana ianya juga terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam

Kisah ini didedahkan oleh laman sel13.com


Sebidang tanah yang luasnya 49 ekar yang terletak di Seksyen U14 Shah Alam telah dibangunkan oleh dua buah syarikat swasta untuk dijadikan tanah perkuburan bukan islam, dimana lubang-lubang kuburnya dijual dengan harga-harga tertentu.

Mengikut laman sel13.com, perkuburan komersial tersebut dibangunkan secara haram dan tidak pernah mendapat kelulusan MBSA . Bukan sahaja tidak mendapat kelulusan, premium tanah pun tidak dibayar. 

Kenapa dua syarikat berkenaan mendapat layanan yang begitu istimewa dari MBSA ?

Siapa dalang disebalik layanan istimewa tersebut ?

Sel13.com ada jawapannya. Klik di sini.....

Untuk kubur islam ditanah yang telah digazet sebagai kubur serta telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan, mereka bantah dan heret ke mahkamah sehinggakan nak kebumi jenazah pun tak boleh. 

Untuk kubur puak-puak mereka yang dibangunkan secara haram, malah dijual pula lubang-lubang kuburnya tidak menjadi sebarang masalah kerana semuanya telah di kawtim.

12 comments:

Anonymous said...

Ini lah kesah antara dua darjat,yg satu mendapat tanah ehsan dari kerajaan yg satu tanah milik mereka sendiri jadi mereka boleh buat apa yg mereka suka.Satu hari nanti orang Islam yg meninggal akan di arahkan di kebumikan di kampung halaman asal mereka .Selangor dan KL bukan hak orang Melayu Islam lagi.Kita menumpang di bumi sendiri sekarang.

Itulah sebabnya kalau kita biarkan DAP, Pas dan PKR menang,jajahan puak kaya raya akan bertambah.PP sudah pun menjadi jajahan mereka.Dengan apa cara sekali pun kit kena mempertahan kan tanah air kita dari di jajah oleh puak berkaitan.

Anonymous said...

10.14AM. Setuju dengan apa tuan katakan. Malang sekali penyokong pembangkang tidak. Depa sanggup dan rela hidup bertuankan kafir dimasa depan. Kenapa?

Jokiden said...

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

Salah siapa ni??? Nuar dan Nik Abdul Aziz, sebab mereka berdua DAP naik tocang...

Anonymous said...

Ramainya puak2 pencacai di sini,makan bulat2 bila terima berita bodo2 mcm ni. Sian pencacai pencacai, maapla, takde harapan puak2 rasuah Umporno akan menang di Selangor lagi, daripada aku byr cukai utk biaya anak toyol melancong, baik la aku bayar cukai utk dpt air free. Selamat mencacai...

PAS Bengong said...

Anon 2.54 tidak mengatakan bahawa berita ini tidak benar. Sebalik menuduh UMNO semata mata. Kalau ekonomi Greece jatuh pun disalahkan UMNO. Inilah cara Anwar Ibrahim dan pencacainya DAP dan PAS berfikir.BANGANG BETUL MAKHLUK YANG TAKDA OTAK NI !!!!

to anon diatas.. said...

betul ke ko bayar cukai.. dari ayat ko tak macam org yg layak bayar cukai je.. ko dah keje ke blum.. tau maki hamun je la.. otak tak nak pakai..cheh

Anonymous said...

biar nuar dan ajis dikuburkan dikubur cina ..padan muka..

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

asal sembang pasal kubur ni je kata UMNO tipu..

hmmm...

Anonymous said...

Padan muka org selangor, nak sgt perubahan kan... undilah lg pembangkang si penipu tu... skrg nak hidup pun susah, mati pun susah.. silap2 haribulan nanti buat kubur bertingkat mcm kt singapore..

Anonymous said...

mana pi suara orang melayu macam PEKIDA , perkasa dan ngo lain.takkan la semua semangat bila dapat liputan jer....

haih....ditelan mati emak diluah mati bapak

Anonymous said...

YB di kota kemuning orang melayu PKR. Mana dia? Gedebeh...

Anonymous said...

sdih gak dgn kisah 2 kub di Shah Alam ni...ade khalid gagap tak leh harap...harapkan songkok senget dia je!tak de telor...dok nyonyot punggung dap...ade pun macam patung ...macam kata org tua2 yg dikejar tak dpt yang dikendung berciciran.... nasib pak kaduk ayam menang kmpung tergadai...pengajaran beguna tstlah!