Thursday, March 22, 2012

Lori Sampah Untuk Syarikat Kroni

Hari ini rakyat Selangor dibebani dengan masalah sampah yang tidak berangkut berhari-hari. Semuanya kerana kerakusan kerajaan yang memerintah hendak memberi projek kepada kroni-kroninya.  

Ada di kalangan kontraktor yang dilantik yang tidak pun mempunyai lori sampah. Mereka angkut sampah dengan menggunakan lori biasa dan air lelehan air sampah jatuh keatas jalan raya serta tidak kurang juga masalah sampah yang diangkut bertaburan.

Untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang telah diberi kontrak mengutip sampah dan demi menyelamatkan tembolok juak-juak mereka,  kerajaan negeri pula yang belikan lori untuk digunakan oleh kontraktor yang telah diberi kontrak. Ronnie Liu sendiri yang mengakui perkara tersebut.


SHAH ALAM, 15 Mac: Kerajaan Negeri Selangor menempah 50 lori pengangkut sampah (kompektor) bagi menyelesaikan isu permasalahan sampah di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata selain menyediakan lori kompektor, beberapa langkah turut diambil bagi menyelesaikan sepenuhnya permasalahan tersebut.

"Masalah yang timbul sekarang apabila ada setengah kontraktor tidak mempunyai lori kompektor, sebab itulah ada sesetengah tempat terdapat sampah yang lewat dikutip mahupun tidak diangkut langsung.

Sumber : harakah daily
Bagaimana mungkin sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan mengutip sampah , diberi kontrak oleh kerajaan, tetapi syarikat tiada lori sampah ?

Jika ini terjadi kepada BN, sudah pasti tidak cukup padang untuk mereka berceramah dan bergegar-gegarlah pentas ceramah dengan laungan kronisme, rasuah dan sebagainya.

Bagaimana Khalid nak ambil alih pengurusan air Selangor dari Syabas, jika nak uruskan sampah pun gagal ?

Mereka ambil alih pengurusan sampah, sampah tidak diangkut berhari-hari. Maka jika mereka mengambil alih pengurusan air, maka jawabnya tidak mandi berhari-harilah rakyat Selangor semua. 
 
 
Selangor Hari Ini
 


11 comments:

Anonymous said...

isu syabas....

RBF setuju dgn kadar kenaikan yg sepatutnya dikenakan syabas pada penduduk lembah klang?

isu sampah..alhamdulillah,di sekitar s.alam semakin pulih...

kontraktor2 lama yg selama ini sudah mewah,jgn la berdendam lagi.

beri peluang org lain sama merasa...

x perlu la menghantar sampah pukal di kawasan2 berhampiran kedai2 dan perumahan lagik,siap rangka motosikal pun diletakkan semata2 utk mengenakan pihak2 PBT dan kerajaan negeri.kami penduduk pun terkejut dgn pembuangan sampah yg entah datang dari mana...


-Warga Shah Alam-

RBF Online said...

warga shah alam

kantoi meliwat - salah umno

ditangkap khalwat - salah umno

tak kan tak sampah yang tak diangkut pun nak salahkan orang lain sabotaj juga ?

sila baca kenyataan ronnie liu yang disiarkan di harakah daily. dia sendiri akui sampah lewat diangkut dan tidak diangkut langsung.

ronnie liu tu org umno ke ?

semoga warga shah alam bermuhasabah dan akui kekurangan.

Anonymous said...

RBF,

Mungkin kita juga patut tanya kepada kerajaan BN ynag dahulu di Selangor, kalau urusan sampah ini sangat penting kepada kesejahteraan rakyat Selangor, kenapa selama hampir 15 tahun Alam Flora beroperasi hanya menerusi perjanjian sementara yg diperbaharui dari tahun ke tahun? Kenapa tidak dimuktamadkan perjanjian konsesi tersebut katakan kepada tempoh yang lama seperti 33 tahun? Apakah kerajjan BN Selangor tidak juga ambil berat urusan sampah tapi amat berminat untuk mempolitikkan isu ini apabila inaya diambilalih oleh PR?

helang said...

Masalah sekarang ni isu sampah hanya terjadi masa pr sekarang. Takda pun dulu. Sekarang ni kalo nak bg projek pun agak2 la. Tak kan kontraktor yg takda compactor pun leh dapat tender. Mcm ada cronism la kat belakang. Jadi aku nak tanya blk apa masalahnya pr tak lantik alam flora ats dasar capacity. Nampak sgt la pr main politik. Kata utk kesejahteraan rakyat. Kalo sampah pun xleh setle mcm mana nak pulak dgn masalah rakyat. Apa hal pulak sampai kerajaan nk beli compactor utk support contractor. Kalo takda competent apa lg terminate la. Ni mcm nk membela croni. Tentu ada musang jebon dlm ramai2 tu.

Anonymous said...

Ini bukan mempolitikkan isu. Inilah kebenarannya apabila perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tidak diurus dengan governance yang baik. Sepatutnya perkara sebegini dirancang dengan teliti supaya tidak timbul masalah berbangkit dan rakyat tidak menerima kesan yang buruk. Di Shah Alam sendiri masalah ini berlaku seperti mana yang Ronnie Liew sendiri akui. Ini jelas menunjukkan kerajaan PR Selangor tidak mengamalkan urus tadbir yang baik, tidaklah seperti yang selalu dicanangkan sebelum ini. BN sila ambil perhatian dengan serius supaya kerajaan BN Selangor selepas PRU 13 nanti dapat menjaga kepentingan rakyat dengan sebaiknya. BN tidak perlu beretorik dan penuh slogan seperti PR ini. Hanya jalankan amanah yang diberi rakyat, InsyaAllah majoriti rakyat Selangor akan bersama BN.

Anonymous said...

RBF,

mmg secara tibe2 wujud sampah berpukal2 selepas tgh mlm...

kontraktor2 lama yg masih mempunyai baki tempoh perkhidmatan mula memboikot utk mengutip sampah kerana mereka tidak berpeluang menyambung kontrak...

bagi kawasan shah alam,buat masa ini kerja semakin kemas...kawasan sekitar seksyen 3,4 pada pengamatan saya dijaga rapi..sampah dikutip,jalan2 perumahan disapu...

berharap sangat kawasan lain dpt mencapai prestasi memuaskan..

-Warga Shah Alam-

Anonymous said...

Dah agak pun kena beli compactor lepas ni beli penyapu pula.

Anonymous said...

berapa harga/halegee satu lori/loli ni RBF?

Anonymous said...

masalahnya yg si UMNO lembu bebal..peluru banyak nak kantoikan fuckatan taknak guna..tido..kalu peluru ni dapat kat diorg, hari2 diorg kasi tembak..

korg nampak tak perbezaan dia?

mmg tugas kerajaan melaksanakan, berbeza ngna pembangkang, duk free je dlaam dewan, tp umno byk manpower, buat satu unit kasi ceramah malam2 kasi tembak fuckatan slalu ape salahnya? ni diorg pun sibuk penuhkan tembolok masing2..

kalu fuckatan menang pru13 nanti jgn salahkan rakyat..hang yg tak pandai amik peluang!

Anonymous said...

warga shah alam,
ko toksah nak bohong la. aku dok
shah alam pun tau pengurusan sampah makin teruk banding dulu. ada ke kat seksyen 19 rumah aku depa guna lori biasa bukan kompektor nak angkut sampah?

Anonymous said...

masalah ni bukan shj brlaku d shah alam...saya yg tinggal d bandar baru bangi ni pun alami masalah yg sama...angkut sampah pakai lori biasa...sampah plak lewat diangkut..saya pernah trbca buletin yg dikeluarkan oleh pihak Pas d sebuah masjid d area kajang..dlm buletin tu diorg menyalahkan kontraktor2 dr kroni umno yg mengugut,menghasut kontraktor bru utk xmlaksanakan tugas,menghalang tugas kontraktor2 baru..memancitkan tayar lori..bagi saya itu hanyalah alasan yg sama skali tidak logik..
mintak tolong, jgn mempolitikkn isu ini..bila dh jd kerajaan ni, terimalh tanggungjwb yg d amanahkn rakyat..jgn salahkn org lain pula..

-warga BBB-