Sejak Tun Dr Mahathir menimbulkan isu “regime change” yang
dirancang oleh negara asing. satu demi satu pendedahan telah dibuat
berkenaan campurtangan asing dalam negara ini, termasuk surat-surat dari
Ketua Pembangkang, Dato Seri Dato Anwar Ibrahim kepada Pengerusi National Endowment of Democracy (NED), Carl Gershman dan George Soros.
Hingga terkini, pihak Anwar dan PKR hanya mengambil sikap tidak
mempeduli atau memperlecehkan isu ini supaya ianya tidak membesarkan.
Mereka mahu rakyat anggap enteng saja seolah-olah ianya hanya propaganda
murah UMNO dengan alasan NGO-NGO ini hanyalah aktivis berniat untuk
mengembangkan amalan demokrasi.
Sidang akhbar Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Dato Ir Zin
tengahhari tadi mendedahkan dengan bukti sekali bahawa pihak-pihak ini
bukan hanya memperjuangkan demokrasi tapi mempunyai agenda tertentu
untuk campurtangan dalam pilihanraya negara dengan memberi sokongan
kewangan, latihan dan manual kepada parti-parti pembangkang khususnya PKR.
Penglibatan asing turut mahu menentukan keputusan pilihanraya memihak
kumpulan tertentu dan cara proses politik sedemikian boleh menjejaskan
keselamatan dan kedaulatan negara pada jangkasama terdekat.
Bagaimana pula respons Anwar dan PKR dengan pendedahan berbukti yang
akan didedahkan dan disebarkan keseluruh negara ini? Adakah masih beliau
anggap ianya hanya UMNO mahu sengaja menakut-nakutkan rakyat jelata dan
menjatuhkan kredibiliti Anwar Ibrahim? Sejauh mana Anwar akan terus
menjual nama baik tokoh-tokoh ugama seperti Sheikh Yusoff Qardawi dan
pemimpin Hamas untuk membersihkan namanya?
Untuk pendedahanya selanjutnya sila klik di sini

1 comment:
umno and upco jewish berpisah tiada...
Post a Comment