Saturday, March 31, 2012

PTPTN: Buktikan Di Selangor Terlebih Dahulu

Pak-khatan rakyat berjanji hendak hapuskan semua hutang PTPTN jika mereka memerintah negara.

Janji lagi....

PRU 2008 berpuluh janji yang ditaburkan di Selangor. Sampai hari ini dah masuk 4 tahun lebih 90 % janji yang dijanjikan belum tertunai.

Antaranya...

Janji nak turunkan cukai pintu, harapan hampa...

Janji nak beri elaun suri rumah jaga anak kecil ,harapan hampa...

Janji nak bagi elaun nurseri,harapan hampa...

Sekarang menjelang p/raya janji pula nak hapuskan PTPTN dan nak beri pendidikan percuma kepada rakyat.

Kerajaan Selangor ada sebuah universiti yang bernama UNISEL.

Saya yakin 90% pelajar-pelajar UNISEL pinjam duit PTPTN untuk bayar yuran.

Apa kata kalau majlis pimpinan pak-khatan rakyat buat satu keputusan minta Kerajaan Selangor beri pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar UNISEL.

Apabila diberi pendidikan percuma maka sudah tentulah pelajar-pelajar tak kalut nak pinjam duit PTPTN dan mereka tidak akan dibebani hutang.

Selangor sebuah negeri yang kaya. Khalid kata dia berjaya cipta sejarah Selangor kerana dapat simpan duit RM 1.9 bilion.

Theresa Kok pula kata Selangor mencatatkan pelaburan yang tinggi di bawah pimpinan mereka.

Kalau duit dah banyak, pelaburan pun tinggi, apa nak tunggu lagi ? Berilah pendidikan percuma kepada rakyat sebagai bukti atau komitmen kepada apa yang dijanjikan jika dapat memerintah negara.

16 comments:

Anonymous said...

selain itu, hapuskan tol, hapuskan cukai pintu, petrol/diesel paling minimum, wang bulanan dsb..buat segera di negeri2 pakatan..confirm jika pakatan buat, rakyat negeri lain akan berpusu2 undi pakatan selepas ini..

tapi..

sehingga hari ini tak buat..sekadar janji dan janji...nampak sgt tipu. walhal ini boleh jadi senjata paling power utk dapatkan sokongan rakyat..

Anonymous said...

hapuskan semua hutang PTPTN? mungkin benar mereka akan hapuskan..

tapi..selepas itu, PTPTN dilupuskan terus. yang nak sambung belajar, kena ada insurans pendidikan, kena guna duit poket sendiri, takde dah pinjaman2 atau biasiswa..sebab nak cover balik hutang2 tu..amek kaw!!! hehe

Anonymous said...

fikirkanlah.....sudah kerajaan beri pinjaman PTPTN utk memudah pelajar menimba ilmu...maka kewajipan membayar balik hutang
adalah dituntup dlm agama!!!

pada masa sama ada puak menjanjikan
bulan dan bintang utk warganegara
walhal utk rakyat negeripun belum tertunai janji-janji!!..mungkir!!!

apa yg dikata pendidikan percuma...jika kos hidup dan pelajaran masih perlu dibayar tanpa
pinjaman?..tergadailah tanah pusaka
maka tertekanlah jiwa selamanya!!!

awie958 said...

Pelajaran percuma tak apalah, tapi bukankah dengan duit PTPTN jugak budak belajar ni guna untuk duit belanja makan, sewa rumah, minyak motor, top up hp,tambang pergi balik kampung,kos untuk buat assignment dan sebagainya, jadi kalau dah takda PTPTN apa nanti kerajaan pakatan nak tanggung semua ni ka?

Anonymous said...

Kalau negeri selangor pun tak mampu, tak payahlah nak gebang. Juburi tu hantar anak2 dia belajar sampai oversea guna duit halal tak? Dia laki bini bukan kerja, apa pendapatan dia? Kalau tak halal, tuhan ambil balik dgn bermacam cara.

So, adik2 yg dah pinjam ptptn tu, bayarlah. Jangan nak mengelak, jadi tak halal. Bila tak halal macam2 hal berlaku....kena rogol, accident, kena rompak, kena tipu, keldai dadah, tak pass belajar dan seribu satu cara tuhan nak ambil balik tau! Jangan dengar cakap Juburi tu....dia dah memang gone case. Kesian kata diri kita dulu.

Anonymous said...

INDAHNYA BILA KITA DI LAMBAKKAN DENGAN
JANJI JANJI MANIS.

TAPI BILA JANJI MANIS HANYA TINGGAL JANJI

RASA RASANYA MAU AJE DI KAHAK HIJAUKAN

MUKA SI PENJANJI MANIS TU...KAN..KAN.

timun said...

janji2 manis PR ...senjata tipu paling ampuh..bersedia lah ditipi oleh penipu tegar...kehkehkeh..
Tidak mungkin akan berlaku..!!!

Anonymous said...

PTPTN....kalau tidak bayar mana ada berkat, makin banyaklah roh roh akan berterberbangan bila dan mati nanti, ingat Allah tahu hutang tidak bayar...dan sebab itu ramai penghutang PTPTM susah dapat kerja...apa tak nya CGPA cukup cukup makan...sedarlah sikit..kalau tak tahu malu dgn manusia..malulah kepada Allah....kalau BERIMAN

Anonymous said...

Pi mampus la....Sampai kiamat aku tak percaya diaorang nak bagi free ptptn !!!!! nak gula2kan rakyat biar munasabah la....jangan la nak mengarut sana sini...baik buat free petrol je untuk rakyat....cukai pun tak turun lagi ....bising lebih....banyak lagi janji penipu pr ni tak diKOTEkan lagi......sesungguhnya penyokong pr memang dah kena manderam si juburi ni...patut la dia sealu pergi India....amik manderam kot kat sana.....

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Anonymous said...

Nyanyi lah lagu Janji Manis Ku .Janji janji mans ku....

Anonymous said...

Ape yang Pakatan janji dah bagi pun. Dia orang bagi kat suku sakat dia aje. kita jangan harap dia bagi.

Anonymous said...

GEMPAR ..! Anwar Kata Sheikh Yusuf Al-Qardawi Mintak Beliau JANGAN Saman Dato Nalla....


http://medan-info-kita.blogspot.com/2012/03/gempar-jumaat-anwar-kata-sheikh-yusuf.html

hahaha. so apa maknanya

Anonymous said...

janji pakar air liur boleh lar...
aku dok kat selangor...kalau pkr jalankan benda nie dulu kat selangor...aku sanggup pangkah pkr di pru 13...ada bran ke anwar oit???

Anonymous said...

Masaku belajar d sabah dulu zaman 80n semua percuma dari baju,makan buku2 etc.

Tu dulu... Sekarang mana ada dlm dunia ni free. Masuk toilet pun kena bayar dik ..

Anonymous said...

benda yang sewajib nya percuma..pasai pulak dikenakan bayaran?

hak kewajiban tu..hangpa semua tak mau selidik pulak..haru sungguh eh..hehehe