Thursday, March 8, 2012

Skim Saraan Malaysia (SSM) Ganti Skim SBPA, Gula Gula Untuk Rakyat?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.
Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:
  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
  •  Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
  •  Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
  •  Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan Ketua Setiausaha.
Apakah pandangan anda...?

52 comments:

Anonymous said...

bagus lah, tapi barang2 kena kawal gak harga

Anonymous said...

Satu keputusan yg baik,tahniah PM !

Anonymous said...

Seluruh penjawatan awam/tentera/polis seharusnya bersyukur di atas keputusan tersebut. Firman Allah " jika kamu bersyukur Aku akan gandakan nikmat Ku ke atas kamu, tetapi jika kamu kufur terimalah siksa yang amat pedih"..

Harap-harap Otai-otai (bekas penjawat awam) yang dah pencen dapat lah merasa tempiasnya.. Insya Allah. Setuju tak? SETUJUUUUUUUU...Heheheheh.... jangan marah haaaa. Wassalam

Anonymous said...

ini tidak adil... ha ha ha, kami yg swasta bawah 5 pekerja takde pun kenaikan :(

kalau tak gomen 2020 bankrup bayar gaji je

RBF Online said...

alhamdulillah...., nampaknya semua positif

hanizam said...

pandangan aku, pekerja swasta tak boleh salahkan kerajaan kalau gaji naik tak banyak @ sebagainya...

pekerja swasta tertakluk pada majikan masing-masing...kalau kena spesis "TAIK HIDUNG MASIN" paham-paham jelah...

kadang tu, pekerja swasta dapat bonus lebih dari kakitangan awam, apesal tak bising???

kakitangan awam diperjuangkan oleh CUEPEC, kalau swasta, mintaklah pada MTUC...

ni kerajaan cadang nak buat gaji minimum untuk swasta pun, majikan banyak alasan...

siap nak tarik balik beberapa insentif pekerja, salah kerajaan jugak ke kalau majikan sendiri tak mau laksanakan gaji minimum tu??

ape pun, kena bersyukur dengan ape yang ada...

Anonymous said...

Keputusan yang baik. Tapi mungkin ada yang tak puas hati. Tak mungkin dapat memenuhi kehendak semua orang. Yang dapat faedah perlu bersyukur. Saya fikir kalau SBPA dilaksana jugak, banyak akibat tak baik perlu ditanggung kerajaan terutama PRU13 nanti.

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini freemalaysiakini2

Anonymous said...

Alhamdulillah...satu keputusan yang tepat dan bijak.

Anonymous said...

Mejoriti penjawat awam adalah Melayu,saya menyokong sebarang tambahan pendapatan utk mereka.Tapi agak malang kerana ramai di antara mereka ini produktivitinya tak sebarapa,ianya menimbulkan kemarahan dikalangan orang awam.

Rasuah juga memang menjadi amalan sebahgian dari mereka ,terutama yg melibatkan urusan perniagaan dan kewangan- sesuatu urusan menjadi senang bila kita berurusan melalui egen mereka.Saya seorang peniaga,memang cukup meluat utk berurusan dgn kakitangan kerajaan,kalau tidak 'terpaksa'.Terus terang saya katakan rasa hurmat saya kepada mereka ini agak kurang.Polisi kerajaan adalah utk kesajahteraan rakyat,tapi gulungan inilah yg menjadikan ianya di sebaliknya.

Walaubagaimanapun saya memuji kaunter di pejabat imigresion kerana memang banyak penambahbaikan yg sudah di lakukan berbanding 5-10 thn yg lalu .

baniADAM said...

Suruhanjaya penambahbaikan urus tadbir awam dari kalangan berkepentingan.....idea yg baik...syabas kpd semua.....syukur

mat din said...

ALHAMDULILLAH;daripada tak dapat langsung,ambil sajalah apa yg nak dibagi.syukur..syukur.

Anonymous said...

"Apalah pulak yg "aku" nak spin lps ni.. Dah lama buat persiapan ingatkan SBPA jadi.. Banyak modal aku nak kutuk kerajaan..Rupanya DS Najib lebih cerdik..Huhu..Habis rosak perancangan aku" Tahniah DS Najib..

x takut ke brg akan naik? said...

JUSA : Jutawan Sector Awam naik tinggi gak..Dah la semua kerajaan tanggung, business class plus silap2 dpt kete gomen, naik 9%...perghhh!!

Anonymous said...

Pencen kena naik juga tu....
SATU UNDI sudah pasti!!!!
Hidup DS Najib!!!!
Hidup BN!!!

Anonymous said...

apo ni flip-flop decision...

Anonymous said...

ada mangkuk hayun yang nak gaji besar berlipat ganda..tapi buat kerja yang akhirnya menjejaskan imej kerajaan...dan mangkuk2 hayun ni masih terus berada di JPA..bangang sungguh...

RBF Online said...

Hanizam....,

dulu ramai org tak suka kerja dgn kerajaan, sekarang..?? Kerajaan pimpina DS Najib

RBF Online said...

Anon 12;40 pm, saya suka... "kalau SBPA dilaksana jugak, banyak akibat tak baik perlu ditanggung kerajaan terutama PRU13 nanti."

RBF Online said...

Anon 12;55 pm,

semoga ada pengunjung blog ini dikalangan kakitangan kerajaan berbangsa melayu boleh respon...

RBF Online said...

Anon 2;29 pm, iya saya sokong!!

hanizam said...

rbf...

aku tumpang payung & gumbira je...

alhamdulillah, rejeki anak-anak...wife cikgi...

macam aku ni nama je dalam GLC, kena management IQ macam Petronas baru bagus...ni macam kura-kura..lem...

kalau kerajaan nak ambik balik pun takpe...hu..hu..hu..

Lebai Malang said...

...apa-apa pun 'gula-gula' DS Najib lebih baik daripada dok tunggu air kencing DS Anuuwar....

Anonymous said...

tolong la jangan barang naik.... dulu beli 2 ratus ringgit kat tesco boleh penuh satu troli....skarang suku troli pon susah....

Anonymous said...

SBPA SEMEMANGNYA PERLU DIMANSUHKAN KERANA JELAS DIGUBAL TANPA MENGIKUT KEHENDAK SEBENAR PM DAN TAHNIAH KEPADA CUEPEC KERANA PANTAS BERTINDAK DAN MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PM.BAGI SAYA SEBAGAI PENJAWAT AWAM SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN PENGUMUMAN YANG TELAH DIBUAT DAN MEREKA YG BERTANGGUNJAWAP MENGUBAL SBPA HARUS DIKENAKAN TINDAKAN

CopyPaste-TembakJerr!!! said...

ok

Anonymous said...

berterima kasih bebnyk kat PM!! beliau dh dapat satu undian dari aku utk PRU 13 nnt.... saksikan!! :)

azman said...

Assalamualaikum..

Kakitangan kerajaan mesti bersyukur,jangan jadi "enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing masing"

Pihak swasta kenelah faham hasrat kerajaan, untok mendengar denyut nadi pekerja.

azrin said...

saya suka...satu undi sudah pasti untuk BN

popeye said...

akibatnya..barang naik harga...kerajaan bn nak kawal? jangan haraplah!!macammanapun ini memang gula2 manis buat kakitangan awam. HIDUP RAKYAT!

Anonymous said...

korang jangan berterima kasih dengan DS Najib, korang kena berterima kasih kat keADILan, sebab Puan Nurul Izzah dah keluar statement ini semua hasil kritikan berterusan daripada keADILan dan presiden CUEPACS. Lucu rasanya bila aku baca!

http://www.nurulizzah.com/site/2012/03/08/pembatalan-sbpa-sudah-terhantuk-baru-terngadah/

-sabahan-

Anonymous said...

Satu keputusan yg terbaeeekk dari PM. Kerajaan dapat sokongan dari rakyat. Kalau sbpa diteruskan, yg dah kaya makin kaya raya, yang miskin makin miskin. Jurang perbezaan antara kaya dan miskin makin bertambah jauh.

Anonymous said...

Anon 12.55 dan yg lain2 yg berkenaan. Sekiranya semasa anda berurusan dgn pegawai kerajaan dan didapati ada unsur2 rasuah, kenapa tak lapor saja pada sprm? Rasuah tak berlaku kalau hanya satu pihak saja yg berusaha. It takes two to tango, tepuk sebelah tangan tak bunyi. Masalahnya masyarakat juga menggalakkan rasuah ni kerana bersubahat demi nak dapat projek. Lepas tu komplen kerajaan corrupt. Cuba kalau semasa dioffer dgn rasuah terus buat laporan, lambat laun semua malaun dlm kerajaan takut nk buat rasuah. Kerajaan dah buat macam2 usaha termasuk yang terkini Pelan Integriti Nasional untuk membenteras corruption dalam kerajaan. Takkan nak suruh PM pegi tangkap sorang-sorang. Semua pihak perlu memainkan peranan. Ntah2 yg rasuah tu semua puak PR, bising kerajaan tak bersih sebenarnya dia orang yg kotorkan kerajaan.

Juga org gomen

Anonymous said...

Terima kasih Najib, jasamu dikenang.

Anonymous said...

Alhamdulillah, rezeki penjawat awam, tapi apa pun keadaan penjawat awam mesti ada daya usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang pada pendapat saya belum pun boleh di banggakan,tak salah untuk minta pelarasan gaji atau bonus tiap tiap tahun, tapi mestilah juga ada perubahan dari segi produktiviti Kakitangan awam sepatutnya berkhidmat pada rakyat yang memerlukan perkhidmatan mereka dan bukannya rakyat yang terpaksa menerima tanpa ada penambah baikan.

Anonymous said...

Anonymous said...
ini tidak adil... ha ha ha, kami yg swasta bawah 5 pekerja takde pun kenaikan :(

kalau tak gomen 2020 bankrup bayar gaji je

March 8, 2012 12:09 PM

Kerja pun swasta mintalah naik gaji dgn boss awak..bukan gomen yg byr gaji awak.

Anonymous said...

12.55

'Tapi agak malang kerana ramai di antara mereka ini produktivitinya tak sebarapa,ianya menimbulkan kemarahan dikalangan orang awam'.
----------------

'Ramai' dan 'produktiviti tak seberapa'...satu tuduhan melulu dan mementingkan diri. Jabatan mana yg awak refer dan sila kemukakan bukti. Jangan hanya pandai menuduh pakai hentam keromo. Awak sendiri pakai ejen sebab malas nak berurusan, ambil nombor dan tunggu, jadi jangan nak kaitkan kemalasan awak dengan produktiviti orang lain.

Ada pegawai2 kerajaan yg kerja siang malam nak bagi peluang perniagaan dan majukan berbagai industri supaya orang macam 12.55 tu dapat berniaga. Kadang2 jumpa anak-bini hanya beberapa jam dlm seminggu. Sampai rumah rehat pun tak cukup, tukar beg baju lain berlari ke KLIA. Nak close deal supaya pelabur/pelancong masuk bukan satu kerja mudah. Ada orang macam 12.55 tu fikir tentang kredibiliti mereka? Ada 12.55 berterima kasih dengan pegawai2 kerajaan tu?

12.55....lihat dalam diri anda. Jangan hanya komplen dan komplen.

njah50 said...

Alhamdulillah. Terima kasih kepada PM kita kerana telah menyelesaikan isu SSM. Semoga dengan rezeki yang bertambah ini tidak membuatkan kerajaan leka dengan kerakusan peniaga-peniaga terutama sekali keperluan harian. Pegawai menerima habuan, tetapi pendapatan orang kampung dan pekerja sewasta macam itu juga, jadi kerajaan perlu membuat pemantuan terhadap peniaga-peniaga

Ibni Ismail said...

Sdr. Faisal,

Rakyat sudah dibiasakan bahawa pegawai kerajaan dan parti pemerintah itu sebagai satu badan yg sama. Korupsi pegawai kerajaan maka korupsi lah parti pemerintah. Sedangkan pegawai kerajaan ini hanyalah penjawat awam yg digajikan untuk menguruskan negara dengan berpandukan polisi yg ditentukan oleh parti pemerintah.

Masaalahnya pada BN adalah dilihat terlalu melibatkan diri dalam urusan penjawat awam ini. Asingkan diri sebagai pembuat dasar dan pelaksana dasar. Persepsi rakyat adalah segala tindakan penjawat awam ini adalah hasil arahan berterusan BN. Bukan salah rakyat kerana inilah yg diamalkan oleh BN, UMNO khususnya. UMNO kena study hal ini kembali kerana zaman sudah berubah dimana pemikiran dan kehendak rakyat juga sudah berubah. Saya berharap pemisahan ini dapat dilaksanakan jika tidak sepenuhnya pun biarlah nampak ada perubahan ketara.

Berkaitan rasuah ini, ianya tidak semudah seperti yg saudara katakan. Jika kontraktor tidak beri rasuah, mereka tidak dapat projek. Jika dedahkan pula makanya akan datang disenarai hitamkan oleh penjawat2 awam ini. Penjawat awam yg korup ini yg kita pun tak tahu undinya pergi ke mana biasanya menjual nama pemimpin UMNO. Betul atau tidak yg pemimpin UMNO terlibat itu masih boleh dipertikai tetapi yg pasti adalah persepsi rakyat telah menerima korup sinonim dengan pemimpin UMNO bahagian. Sebab itu UMNO mesti bertindak dengan bisingnya bukan senyap2 dalam memerangi rasuah di setiap parlimen. Senyap ertinya setuju.

Bab naik gaji ni, tahniah lah. Orang swasta macam saya ni yg termasuk dalam golongan pembayar cukai yg mana hasil keringat saya di cukai untuk bayar gaji pegawai kerajaan, berharap anda semua berkhidmat dengan jujur dan cemerlang.

Anonymous said...

SBPA merupakan cubaan baik dari anai2 dlm perkhidmatan awam dalam sabotaj usaha kerajaan menambahbaik sektor awam.kumpulan yg menggubal SBPA tu wajib dikenakan tindakan.paling baik dedahkan nama,biar rakyat tahu.berani buat berani tanggung.

Anonymous said...

anon 9:45,

Sama Melayu mereka tak minta dan segan nak terima,tapi cara mereka melayan kita menyakitkan nhati.Nak minta kelulusan sesuatu,kaau buat sendiri susah nak dapat tai mudah kalau melalui orang tertentu dengan membayar 'wang perkhidmatan'.Ada agen mereka datang boleh tolong dapat kan grant utk berniaga tapi kena bagi komisyen 20%.Ini cara mereka berurusan.

Anonymous said...

Anon 12.55

saya setuju kenyataan anda..memang pahit utk ditelan kerana sy kakitangan awam,,tp tak semua pejabat kerajaan mengamalkan budaya tak sihat tuh..mungkin tak sampai pengetahuan bos nya...jadi harap org luar di sana jgn salahkan kerajaan..kerajaan dh sehabis baik utk memmusnahkan amalan rasuah..ini masalah tahap keimanan,pegangan agama penjawat awam itu sendiri...

sy juga turut tidak berpuas hati dengan servis yg diberikan klinik2 ibu @ desa...terlalu sangat menyembang..ade klien pun buat dunno..

Anonymous said...

salam.....1 malaysia....
alhamdulillah dan TQ for PM berikan kenaikan gaji pd PA....
kenaikan ini adalah komitmen yg perlu diberikan kepada kerajaan dlm merealisasikan semua yang terkandung dlm NKRA....
sbg PA....jgn hanya memandang pada nilai....tp nilaikan kerja buat kira sekarang adakah setanding dengan pendapatan yg diberi...
jd kan sebgai pendorong dlm meningkatkan integriti.....jgn leka menjlnkan tugas.....igt...Allah sentiasa memerhatikan kita....balasan di sana lebih indah dr yng kita terima skrg jika kita sntiasa mnjlnkan tugas mengikut amanah yg diberi.....igtan buat dri sndiri....kerja juga adalah ibadah....

vote for BN ..ABAI bye bye

Anonymous said...

tkasih ds najib...jasamu dikenang & undiku dan keluarga buat mu

Anonymous said...

DAP = Dalang Anti Perpaduan

Anonymous said...

tak ada faedah apa apa pun kat aku ...

usin said...

apa salahnya kalau ini gula2 utk rakyat. paling tidakpun manis gak kalau masuk mulut. nk harap sapa lg bagi gula2? nk harap anwar ibrahim, mampos kering tak akan dapat. cukup sekali aku kena kencing 16 sept, tobat aku nk percaya dia lg. selagi ada dia, aku haramkan undi aku utk pr. panas ati aku kena kencing 16 sept tak kunjung padam. mcm sial je, dh la janji tu tipu, muka buat kering je mcm tak bersalah. cam haram!!!!

Anonymous said...

terima kasih kepada kesatuan sektor awam(ceupecs) terutamanya dato omar osman

Kama Irahsa said...

benda ni mmg gula2. xde faedah utk pekerja swasta. byk pekerja swasta yg terima kesan akibat kerajaan nk puaskn 'nafsu' kakitgn awam.. itupun masih tidak bersyukur lg..

Anonymous said...

Tak terkejut kalu pru13 nnt BN jatuh lg mcam pru12...
Skrip pru12 diulang lg. Cuma harga myk x naik.
Pru12 BN jatuh sbb Pak Lah naik gile2 harga myk n gaji awam...
Gaji awam dh setanding dgn average gji swasta pd kenaikan yg lepas..malah boleh dikatakan telah mengatasi gji swasta...
Tahniah! Gji awam naik lg...
Peniaga : Aku nk gk rasa naik gji...Jadi, aku kene naikkan harga brg skit.
Swasta : Aku dpt kesan harga brg naik je...
Antara awam, peniaga & swasta, siapakah plg ramai di Malaysia?

Anonymous said...

Kenaikkan gaji ni sungguh memberi erti buat saya, jutaan terima kasih. Saya dan keluarga tanpa berbelah bagi akan mengundi BN.

konfius dot com said...

Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete.

Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com

Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja.

Ini youtube link untuk kempen kesedaran pengguna malaysia http://www.youtube.com/watch?v=8mCdL0sIXk0