Friday, March 16, 2012

SPR Punya Pasal, Umno dan BN Yang Galas Beban

Berikut adalah kenyataan dari SPR berhubung pemindahan kawasan mengundi Khalid Ibrahim yang disiarkan malaysiakini. Saya sendiri tidak pasti samada apa yang disiarkan malaysiakini kenyataan dari SPR yang benar atau yang telah diputarbelit.

Jika apa yang disiarkan malaysiakini adalah kenyataan yang benar dari SPR, nampak gaya SPR kini telah menjadi satu beban yang besar kepada BN dalam PRU akan datang. Ini kerana apa yang dilakukan oleh SPR memberi persepsi kepada orang ramai ianya arahan parti pemerintah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya.
Kalau ya pun SPR nak lakukan pembetulan sempadan ianya mesti mestilah dibincangkan dengan wakil-wakil parti politik atau pun umumkan kepada pengundi di kawasan terlibat.

Apatah lagi dalam kes Khalid Ibrahim, ianya bukan setakat pertukaran parlimen, malah turut melibatkan pertukaran negeri. 

Bagaimana pula SPR boleh berkata Khalid Ibrahim tidak dipindahkan dan masih berdaftar dialamat yang sama ? Kalau tak dipindahkan bagaimana pula dari kawasan mengundinya di Petaling Jaya Selatan boleh bertukar menjadi Lembah Pantai ? Dulu boleh mengundi Dun dan parlimen, akan datang boleh mengundi parlimen sahaja.

Saya sendiri pun membuat semakan di laman web SPR dan mendapati Khalid Ibrahim adalah pengundi di Parlimen Lembah Pantai.

Terkini
Lama
Selepas PRU 2008 hingga sekarang bukannya musim persempadanan kawasan pilihanraya. Mengapa perlu SPR nak lakukan pembetulan sempadan peta ? Tak boleh tunggu musim persempadanan tiba ke ? Jika selama ini bertahun-tahun boleh digunakan, mengapa tak boleh tunggu 1-2 tahun lagi untuk masa persempadanan tiba ? 

Saya bukannya berniat untuk mempertikaikan tugas SPR atau nak mencari pasal dengan SPR. Selama ini kita juga yang kuat pertahankan SPR. Cuma dalam hal ini saya nampak tindakan SPR seolah-olah hendak memberi masalah Umno dan BN.Bebannya Umno dan BN yang menanggung lebih teruk. SPR tidak ada apa-apa masalah jika Umno dan BN kalah pilihanraya. Mereka tetap SPR dan kerja serta dapat gaji macam biasa.

Tindakan tidak cekap SPR ini seolah-olah mereka hendak mengesahkan segala tuduhan yang pembangkang lemparkan kepada mereka selama ini. Akhirnya yang jadi mangsa Umno dan BN.

Saya yakin dan saya pasti, jika benar apa yang dikatakan oleh Timbalan Pengerusi SPR seperti yang dilaporkan malaysiakini, isu ini akan dijadikan isu besar oleh pembangkang dan tidak mustahil mereka sekali lagi akan berhimpun di jalan raya menjelang PRU tidak berapa lama lagi. 

Masa yang ada yang sepatutnya digunakan oleh SPR untuk melakukan persediaan menjelang PRU, terpaksa digunakan pula untuk bersilat melawan tuduhan-tuduhan pembangkang. Jawatankuasa khas berhubung penambahbaikan proses pilihanraya dah nak selesai buat kerja mereka dan tekanan terhadap SPR pun sudah banyak berkurangan, tiba-tiba jadi begini pula. Tidakkah itu semua sia-sia ? 

5 comments:

Anonymous said...

Sebab SPR boleh buat ape saje kerana tak perlu berhadapan dgn Audit.

Ade pernah dengar Auditor General yg timbulkan kes NFC tu sebut tentang SPR.

Mungkin diluar bidang kuasa tapi nampak gaya SPR boleh buat ape saja ... susah ni !

Anonymous said...

hairan kenapa alamat dia masih lagi kat PJ sekarang dia duduk kat mana, dah 4 tahun pun alamat dia masih lagi kat PJ, ha ha ha, alamat sendiri pun tak boleh tukar, macam mana nak tukar kerajaan.

Anonymous said...

aku lagi tak pahammmm .... berlakon jer semua nie nak letak batiu atas kepala UMNO/BN/MCA?MIC?GERAKAN/PROPA

Anonymous said...

sabotaj lah tuh.tak nmpk lagi ker

Anonymous said...

ENTAH LE SPR NI..TUNGGU JE LA MASA PERSEMPADANAN SEMULA. YANG DOK SIBUK NAK BETULKAN PETA SEKARANG NI APEHAL?
NAMPAK SANGAT BINGAI. TENGOKLA SKRG NIH. TAK PASAL2 KERAJAAN BN PULAK KENA TOHMAH.
AKU RASA LA ADA YANG SENGAJA NAK SABOTAJ KERAJAAN BN NIH..