Friday, April 13, 2012

Aaron Aziz Menjadi Punca Pergaduhan Dua Sahabat


Nampaknya kemenangan rakyat Singapura , Aaron Aziz, pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian beberapa hari lalu bukan sahaja mengundang kritikan beberapa pihak, malah turut mengundang suasana panas antara dua rakan blogger saya.

Yang dimaksudkan adalah Parpukari dan Papa Gomo.

Parpukari tidak puas hati Aaron menang, manakala Papa Gomo pula mempertahankan kemenangan Aaron. 

Lihat di sini , sini dan sini

Bukan setakat berperang dalam blog , malah telah meleret-leret hingga ke luar. Dengar ceritanya malam tadi mereka 'open table' dan berperang sehingga menghampiri subuh untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Tak habis di sana, hari ini dari pagi sampai ke sekarang tak habis-habis lagi berperang dalam group bbm.

Halo geng, kamu berdua superstar blogger.....berbaloikah kamu berdua bergaduh kerana seorang artis ? 

Kalau bergaduh kerana tak puas hati ada blogger menang anugerah logiklah juga. Atau pun bergaduh kerana tak puashati dengan dasar-dasar kerajaan atau hak orang ramai, pun dikira berbaloilah. Ini bergaduh kerana seorang artis Singapura. Apa punya turrrrrr.....

Udah-udahlah tu.....cukuplah.....

Ini pendapat aku pula....

Aaron Aziz sebenarnya tak patut menang anugerah itu kerana ianya bukan pertandingan peringkat antarabangsa. Dia bagus, dia hebat atau apa-apa sekali pun dia tidak patut dinobatkan Bintang Paling Popular Malaysia kerana dia bukan rakyat Malaysia.

Berita Harian selaku penganjur tak boleh beri alasan keputusan ditangan pembaca. Ini kerana pembaca akan pilih kerana Berita Harian telah senaraikan Aaron. 
 
Kalau Berita Harian nak sangat senarai Aaron, wujudkan satu kategori Artis Antarabangsa Paling Popular di Malaysia. Habis cerita.... Bukannya senaraikan artis antarabangsa dalam kategori yang sama dengan artis tempatan.

Maaf Papa Gomo, bukan niat untuk menyebelahi Paprukari, tetapi sekadar menyatakan pendapat. Harap jangan heret ambo turut sama dalam krisis Aaron Aziz antara kamu dengan PK.

38 comments:

Cencaluk said...

Salam,

Aku sokong dengan pendapat RBF artis LUAR tak patut menjadi Artis Paling Popular di Malaysia.

Sokong RBF dan Prapu

Sorry Papa GOMO kali ni memang aku tak sokong dengan pendapat Papa.

BH macam tu tahun depan kita bawa Brad Pit lakon watak JIBON pastu calunkan Artis Paling Popular di Malaysia aku pasti BradPit akan angkat itu anugera walaupun belakon setakat jadi JIBON aja.

BH harus meminta maaf kepada RAKYAT MALAYSIA akibat dari ini.

Aku dan Laki aku sepakat Aron Tak patut menang.

Anonymous said...

Lorgggghhh....kalo yg menang tu Anuwar , xpela yg korang nak gaduh smp lebam2 mato...den pon nyampah tahap dewa kat mangkok jamban tuh...

Sudah2la weh...malu kek org len .... tahun dpn BH kena rombak sikitla peraturan.. hati2 dgn sensitivity rakyat Malaysia...

Anonymous said...

Bro RBF

Kalau gitu boleh tak kita tarik balik semua Award/Anugerah yang artis Malaysia dapat diluar negara - USA, Jepun, Indonesia, UK, Korea, Hong Kong, Singapore dan lain2 sebab mereka tak wajar bertanding diluar negara.

P/s Papa Gomo dan House PK pun pandai berlakon ye!

PAPA GOMO said...

sudah lah lu HAJI, lu dengan Parpu Kari memang suka antara satu ama lain. Gua sokong Aaron Aziz kerana pembaca berita Harian yang pilih Aaron sebagai pemenang.

Artis Malaysia yang dapat anugerah luar negara takda pula dimasukkan dalam kategori artis luar. sama rata je semua.

Kalau macam tu kau cakap Parpu lah Maher zain tu bukan artis tempatan toksah lah nak lambung maher zain sampai menggila lagu ringtone handfone pun maher zain.

apa artis Malaysia ni lagu tak sedap ke?

Haji RBF dan Parpu Kari sama je

Anonymous said...

bro, ini trofi suka2 je, mcm anugerah ni, berita harian nak kasi..ikut suka dia la nak bagi kat sapa2? lepas ni kalu parpukari nak buat anugerah kat artis kat malaysia ni pun boleh, limit utk artis yg warganegara malaysia sj..boleh ape?

lainla kalu anugerah ini mewakili perhargaan dari negara malaysia - aku phm la ade frustation kat situ..tp ni berita harian yg nak kasi..kalu harakah, confirm anuar ibrahim dgn wan azizah jadi pelakon lelaki dan wanita paling popular..anugerah wirama harakah confirm jatuh kepada AMBIGA..heheh

artis popular bukan kayu pengukur utk menilai kualiti artis tu..kepada yg mempertikaikan mcmla artis malaysia tu tak bagus, jgn la berfikir begitu..aaron aziz punye lakonan compare ngan pelakun drama kita pun dia tak lepas..cuma aaoron aziz ni ade rupa je..tak lebih dari tu..

Anonymous said...

Aku bersama mu Papa Gomo.

Aku terbayang lagi gambaran Amy Mastura menang anugerah di kota Tokyo. Masa tu MC tanya pekerjaan dia dan Amy jawab....'I am a stewardess'. Amy menang tempat pertama. Dari situlah Amy mula famous sebagi artis.

Papa Gomo - 1
RBF & PK - 0

Jangan mare...

Anonymous said...

Hahaha..relax bro..lain padang lain belalang..lain org menang, kita jangan berperang..

Fokus balik!!! Kita ada brnda yang nak kna perang...BABI Haramjadah tu..musnahkan dia dgn balaci2 dia..tanam rapat2 demi anak2, ugama, bangsa dan negara...

Lu orang Wira cyber Negara...teruskan..!!

Neutral said...

berbaloi ke korang bergaduh pasal artis?? Camni ke korang nak menangkan BN?

Banyak lagi isu lain yang korang perlu ketengahkan..

p/s: mesti mr cifut tengah bertepuk tangan tgk korang bergaduh macam budak kecik

Anonymous said...

Best winner win, apalah rakyat Malaysia isu kecil pun nak dibesarkan macam budak-budak.

Anonymous said...

Mcm Ghey sial gaduh pasal jantan

Anonymous said...

aku cadangkan AARON aziz jadi calon MP di permatang pauh, lawan si aljuburi..hahahaaa...

kalu ikut vote yg si aaron ni dapat aritu, confirm si nuar berahi tu cirit birit punye..

anyway, papagomo ngan parpukari gaduh mcm la si aaron aziz ni bakal calon MP..

Anonymous said...

ALAH DIORANG NIE BERGURAU JER LAH..GADUH2 MANJA..TAPI PER2 PUN DATO AHMAD MASLAN DAH BISING PENERANGAN UMNO MASIH LEKA..JADI KORANG LAH HARAPAN KAMI UNTUK HENTAM PEMBANGKANG TUE...

Anonymous said...

cuba ko bayangkan kalu siti nurhaliza menang penyanyi wanita paling popular di indonesia dan org indonesia mempertikaikan keputusan yg diundi warga indonesia itu sendiri..

adakah parpu ngan rbf akan kata:

dato siti tak layak menang di indonesia?

aku pasti seluruh rakyat malaysia akan berbangga dgn anugerah yg diterima siti di indonesia..

aku phm semangat kekitaan dan patriotik parpu ngan rbf utk negara malaysia tp biarlah kena pada tempatnya..

Anonymous said...

Gua talak kisah, sapa2 pun boleh masuk award Malaysia dan menang. Inikan negara demokrasi. Katakan suatu hari nanti Lin Dan menukar kerakyatan kepada warganegara Malaysia dan mewakili Malaysia ke peringkat dunia dan terus menang. Adakah beliau tidak layak mendapat pengiktirafan hanya kerana beliau orang luar ?

M. Nasir dah beribu kali mengharumkan nama Malaysia walaupun beliau berasal dari negara seberang tambak. M. Nasir dah mendapat pelbagai pengiktirafan hanya kerana beliau memegang label Malaysia. Made In Malaysia. Selama ini beliau dikenali sebagai komposer dan penyanyi dari Malaysia.

Aaron Aziz berlakon untuk filem Malaysia. Membawa label Malaysia. Filem KL Gangster meletup kerana beliau. Adakah beliau tak layak kerana statusnya sebagai orang luar? Adakah beliau menang kerana wajah? Adakah Saiful Apek menang ABP suatu ketika dulu kerana wajah?

Hey korang, berpijaklah di bumi yang nyata. Industri filem kita kecik jer, buat apa nak bermusuhan hanya kerana taraf kerakyatan. Semua artis menyumbangkan peranan yang penting kepada negara walaupun mereka berasal dari luar negara.

Sekarang aku tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka. Ini KL Gua pegang...muahahaha

PUTERI AISYAH said...

tak lah best sangat dia berlakon

Anonymous said...

alaah aaron orang melayu..maner semangat melayu nie? walaupon dia tunjuk Id singapore dia, tertera Malay as dia punya race..itu mnenunjukkan aaron melayu tulen sbb di singapore x silap aku,kalau asal keturunan org tue jawa bugis arab india, ditulis ikut asal keturunan org tu lah..melayu should support melayu lah walaupun melayu tu dari mana mana...:D

Anonymous said...

Alamak.... sejak bila pulak 3 blog ni jadi blog artis ha??? Sekarang dan tersampuk dengan blogger Flying Kick pulak. Korang tutup je la blog politik ni, tumpu kepada blog artis je la....!!!!

baniADAM said...

aku x kisah sapa yg menang asal berbaloi keluarkan duit nengok filem MELAYU kira ok la tu...... YG PENTING MELAYU MACAM ANWAR IBRAHIM JGN KITA BAGI MENANG...bukan saja dunia hiburan lingkup dgn otak liberal yahudi dia tu tapi negara akan lingkup punah ranah.....period...

Kama Irahsa said...

kt amerika pun byk artis bukan kelahiran amerika yg mng anugerah. xpyh nk kisah sgt la psl ni. takde kesan pun kalu sape2 yg mng. hehe.

Anonymous said...

TAKPELAA...

JADI INI PENGAJARAN DAN SBG PEMBUKA MATA..

MUNGKIN TAHUN DEPAN BERITA HARIAN AKAN MEWUJUDKAN KATEGORI ARTIS NON MALAYSIAN PALING POPULAR DI MALAYSIA..

Anonymous said...

Alahai RBF, PARPU, GOMO. Sudah2 la tu wei...cite artis je pun. Taun depan org lain pulak dpt award. Xkemana pun cite artis ni.

Anonymous said...

Oh .....baru aku tau ring tone pakai lagu maher zain. Ni ke cakap nak sokong artis tanahair? Cakap tak serupa bikin. Apa daaaaa

Anonymous said...

teringat zaman tadika dulu, lawan pendapat antara ultraman dengan power rangers sapa lebih kuat...lawan sampai gaduh2...tapi itu dulu masa pemikiran masih tak matang, jadi please la parpukari dan gomo korang dah matang kan..cukup2 la tu..

Anonymous said...

elok korang join kiah propa...kuakuaaaaaa

Anonymous said...

gambar aron atas tu mmg meloyakan tekak la deyyy

Anonymous said...

papagomo dan papukari memang bodohhhh

Anonymous said...

Halo2 Bro Parpu Bro Papagomo dan RBF kau orang ni tak payah gaduh 2 tahun depan aku suruh Berita Harian tambah lagi satu kategori Blogger Paling Popular. Banyak lagi kerja nak buat, PRU 13 dah nak dekat korang nak goreng2 sana sini buat apa . Aku faham kau orang buat kerja ikhlas sampai ada pemimpin UMNO yang tak suka kaorang tapi bagi aku engkau orang bertiga pemimpin yang jantan sebenarnya...pemimpin UMNO yang lain kaki ampu, bodoh, penakut macam hishamudin, hampes. asyik pikir projek ja... tapi bagi aku baik sikit la dari penyangak bangsat PR kat selangor dan Penang dah macam dajal dan setan aku tengok..Sambung la kerja2 Bro sekalian demi Bangsa, Negara dan ISlam di MAlaysia. Semoga Allah swt memberkati usaha anda.

Anonymous said...

Habis tu, M NASIR, RAMLI SARIP, ANITA SARAWAK tu apehal luorang tak bising ek? Apa diaorang tu bukan singapore jugak ke dulu?

Salfian Nawawi said...

aaa?aron ajis?sapa tu?hehehe

Adi Kencana said...

Gaduh paling lawak...

AMBIGA PERANGAI MACAM ORANG MABUK KELUAR BAR. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

pada pendapat aku pula x payah la bertekak bergaduh pasal artis ini .. dunia dah kiamat elok berjihad ke arah kebaikkan dan meninggalkan perkara maksiat dan mungkar .. takkan nak tunggu matahari terbit arah barat baru nak tobat ..

pejuang UMNO

Anonymous said...

jangan jadi bengong pasal artis pun nak gaduh ke... banyak lagi kerja boleh di buat... tambahan pilihanraya dah dekat...

Anonymous said...

maaf laa RBF, saya rasa anugerah apa2 di malaysia yang melibatkan artis tidak membawa makna kerana lakonan yang masih tidak mencapai tahap yg membanggakan. contohilah kematangan pelakon indonesia.

Anonymous said...

Orang Malaysia juga yang bodoh, dok pi undi dia buat apa dah tau dia bukan artis malaysia....betoi tak?

Anonymous said...

AARON Aziz tak berhak (100 X), dia orang asing, aku nak tanya artis2 kita apa kamu dapat kalu berlakon atau menyanyi di Singapore atau Indo. Puak2 producers tu sedar lah...

Anonymous said...

dlm melodi td punya kerek si aaron aziz ni komen. aku rasa takde lg artis malaysia yg kerek setahap tu. dia la yg 1st.

nasib korang la peminat aaron woi. teruk2 korang undi ucap terima kasih pada peminat pun tak masa berucap terima anugerah mlm abpbh tu. kesian kesian kesian..

Anonymous said...

Papagomo..sy skong aa menang..lgpun kita sama islam..dia bukan buat benda jahat pun kat negara ni..dia mcari rezeki...so adlh 1 challenge buat artis malaysia..nk lwn populArity aa

Anonymous said...

apa kaitan aaron aziz dgn nik aziz? ada kena mengena ke?