Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr.
Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi
berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat
namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan
bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana
Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri)
pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan
Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di
Dewan Rakyat pada ketika itu.
Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga,
Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997
[dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh
YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06
malam.
Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan
menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan
seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula
berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media
semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif
penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang
ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib
Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan
menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN
17 comments:
Senang jer diaorg nk lepas tangan kan..Hbs 2 time 2 lgsg x dgr suara BANTAHAN atau BANGKANGAN pon dari anugerah Tuhan yg kononnya Pejuang Rakyat Marhaen..Ptuuiiii..
Ckp Menteri UMNO pak turut dia pon sama pak turut dan kaki membodek..Apa jer Tun M nk buat suma sokong.
Tun M kata AUKU kekal dia pon ckp kekal.Siap ckp akan empertahankan AUKU selagi nyawa dikandung badan..
Tun M kata ISA akan dipertahankan, dia pon melompat jumpa reporter ckp dia pon akan PERTAHANKAN ISA smpai ke titisan darah terakhir..
Punya la munafik manusia sorg ni.Bila kena tendang dari umno semua org slh..Tun M salah,Najib salah,Muhydin salah..
Mmg sial la!
Memang benar ketika PTPTN digubal, Tun Mahathir ialah PM dan DS Najib ialah Menteri Pendidikan.
Tetapi, Tun Mahathir dan DS Najib tidak ingin memansuhkan PTPTN.
Kini, orang yang ingin memansuhkan PTPTN ialah DS Anwar Ibrahim.
DS Anwar Ibrahim merupakan Timbalan PM dan Menteri Kewangan ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.
MCM NI LA SENANG..
KALAU NAK HAPUSKAN PTPTN...AKU NAK NEGERI2 BAWAH PEMBANGKANG HAPUSKAN DULU BAYARAN MASUK TANDAS AWAM SELIAAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN CAJ MURAH AJE 20 SEN DAN 50 SEN JER...KORANG HAPUSKAN BAYARAN MASUK TANDAS DULU...ADE BERANI?
Senang je... Hapuskan PTPTN... Lepas ni sambung belajar, buat loan dgn bank dgn syarat kena ada gadaian... Kalau kerajaan tanggung kos yuran RM500-700 1 semester pun mgkn xde msalah kot... Yang jd masalah ialah bab korang nk mencekik + topup + tmpat tgal (dlm khemah boleh kot) + lain2... takkan berak pun nk suruh kerajaan tanggung... pnjman PTPTN tu nk kurangkn beban mak ayah bg belanja bln2... bknya PTPTN tu utk yuran semata2... bangang pnye budak...!!!
dulu sana sini pembangkang canang kata kerajaan guna duit Petronas....abis tu belum perintah sendiri cakap nak guna duit Petronas...apa cerita....nak tipu rakyat ke
Sesiapa pelajar yang nak hapuskan ptptn, buat surat kepapa ptptn untuk membatalkan pembayaran pada semesta akan datang, dan disamping itu ambil personal loan bayar baik wang ptptn yg telah digunakan,barulah menjadi contoh tauladan untuk memasuhkan ptptn, jangan asyik melalak ditepi jalan macam orang gila,tetapi bila ptptn lambat kredit akaun, muka macam sial dimesin atm.....
ANWAR TAK MENGAKU DIA TERLIBAT TAKPE..TAKPE... ORANG KAMPUNG AKU SEMUA BANGGA ADA PTPTN. BESAR JASA PEMIMPIN YG BUAT PTPTN TU. KERAJAAN DAH SUBSIDI 90%, KITA TINGGAL CARI 10% DAN DUIT SARADIRI. TAKNAK PINJAM PTPTN PUN BOLEH. KUMPUL DUIT DARI KECIL DAN BERJIMAT.
najwan halimi oooi..
sape yang dok gebang pasal pendidikan percuma? sape yang nak mansuhkan ptptn? tun M ke? najib ke?
memang korang semua dasar manusia tolol yang mengaku pandai..
Apakah masalah utama yang timbul sehingga PTPTN perlu dihapuskan?
takde pulak dalam hansard tu kata al juburi membantah, ada bangkangan dari al juburi ke. Pada ketika tu, kalau dia nak bantah, sebagai pemangku PM, takde hal pun. Ataupun selaku Menteri Kewangan. Mana dia? Yilek. Keadilan memang kena jubur dan main jubur la.
Setakat Timbalan Ketua Penerangan PKR belum cukup kuat untuk "cover line "
Turunkan lah ayat-ayat syahdu Ketua Pembangkang barulah gempaq.
Tengok macam mana kami budak2 nak lunyai dia.
Pebodoh Mahpus dengan Mat Sabu bolehlah. Sama tahap dengan dia.
tu sbb xguna main isu sape lulus n sape yg cdg ptptn ni. skrg dh mkn diri blk. patut blogger kerajaan ni trgkn ttg kewajaran ptptn tu. xkira la yg cdg tu najib ke atau yg luluskn tu anwar. org xnkt au tu semua. org nk tau kepentingan ptptn tu. n syarat2 yg menekan tu kalu bole diperbaiki skit.
Nice try, but you have failed. NEXT!!!!!
Mansuhkan dulu YURAN PENGAJIAN di IPT negeri2 pembangkang :
Yuran di KUIN, Kedah : Degree Syariah, Usuluddin, Lughah (4 Tahun = RM10,000)
Yuran di KIDU, Kedah (milik PAS) = Diploma Syariah = RM 5,000 (tak nak mansuh ker ?)
Yuran di KITAB, Penang = Diploma Syariah = RM 10,000++
Yuran di KIAS, Kelantan = Diploma Syariah, Usuluddin, Dakwah = RM 9,000 (bakal naik lagi sesi September 2012)
Yuran di KUIS, Selangor = Degree Syariah = RM 36,000 (Giler !!)
Bila nak mansuh semua yuran nie ?
Najwan halimi awak ni tak sekolah......
Kenapa bodoh sangat. Najib dan Tun M tak pertikai pun PTPN. Mereka tak minta di mansuhkan. Yang minta ialah Anwar Ibrahim. Bodoh wal Baghal
Masa Anwar jadi TPM memangku PM kenapa dia tak tangguh rang undang2 PTPN? Atau buat cadangan lain......kaji la balik berapa banyak rang undang2 yang Anwar buat atau dia pinda semasa memangku PM. Banyak.....
Dia mempengerusikan kabinet dia ada kuasa supaya tidak bentangkan rang undang2 PTPN
Jangan dok asyik salahkan org lain la
ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim
orang umno yg telah dibasuh pemikiran oleh pemimpin yang jahil
1Malaysia semua...
Daripada anda semua blog 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.
Kalau takut dan tidak yakin, boleh lah cuba invest sikit sikit. RM 2300, boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.
Kalau berminat, sila layari :
(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html
(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com
( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)
Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.
Belum cuba belum tahu, selamat melabur.
Post a Comment