Monday, April 30, 2012

Demo Haram:Langkah Polis Sebelum-Sebelum Ini Tepat

Sebelum ini semua diantara kita tahu apa langkah-langkah yang diambil polis sebelum sebarang perhimpunan jalanan atau perhimpunan haram berlangsung. Polis mengambil tindakan mencegah atau menghalang.

Banyak pihak sebelum ini mengkritik polis atas tindakan pencegahan dan halangan yang dilakukan. Ada yang kata kerana polis buat begitulah membuatkan peserta-peserta perhimpunan haram menjadi semakin ganas. Menyusahkan orang ramai dan macam-macam lagi. Pembangkang pula menuduh kerajaan tidak mengamalkan demokrasi yang betul dan bermacam-macam tuduhan lain lagi. 

Sebelum ini undang-undang yang ada menyatakan sebarang perhimpunan yang melebihi 5 orang perlu mendapat permit polis terlebih dahulu. Banyak pihak mengatakan itu undang-undang lapuk dan sebagainya.

Mengambil kira semua pandangan selaras dengan dasar transformasi yang dibawa oleh PM, lalu dibentanglah rang undang-undang perhimpunan aman. Jika dulu pembangkang berkata dan membuat macam-macam tuduhan buruk kepada kerajaan apabila perhimpunan mereka dihalang. Tetapi sewaktu rang undang-undang perhimpunan aman hendak diluluskan mereka lari keluar Dewan Rakyat

Oleh kerana rang undang-undang perhimpunan aman telah diluluskan maka polis membenarkan perhimpunan bersih 3 diadakan tanpa sebarang halangan ditempat-tempat yang telah dinyatakan dalam undang-undang tersebut. Untuk pengetahuan anda semua, Dataran Merdeka tidak termasuk dalam tempat yang dibenarkan untuk berhimpun dalam rang undang-undang tersebut. 

KDN dan polis mengambil langkah yang cukup berhemah dan berlembut dengan penganjur bersih atas semangat rang undang-undang yang baru diluluskan itu. Jika KDN dan polis tidak memberi kerjasama kerajaan akan dituduh cakap tidak serupa bikin pula.

Menteri sendiri menawarkan Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil kepada penganjur serta polis pula berjanji akan membantu untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Tetapi semua itu dibakul sampahkan oleh penganjur dan mereka tetap berkeras untuk adakan di tempat yang tidak dibenarkan. 

Akhirnya apa yang berlaku semalam, kesalahannya diletakkan kepada kerajaan dan polis. Penganjur yang keras kepala lepas tangan. Dalam banyak-banyak perhimpunan haram yang dilakukan pembangkang sebelum ini, perhimpunan semalam adalah yang paling ganas selepas perhimpunan hari Anwar dijatuhkan hukuman penjara pada 14 April 1999.

Kita harus mengambil iktibar dari apa yang berlaku semalam. Semalam adalah ujian pertama kepada polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan beberapa bulan lepas. Melihat kepada apa yang berlaku semalam nampaknya undang-undang lama lebih baik lagi. 

Terang-terangan usaha baik kerajaan untuk membenarkan perhimpunan telah disalahgunakan oleh puak-puak lahanat tersebut untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Madu yang diberi tuba yang dibalas.

Selama dua minggu polis memberi muka dan bersabar kepada puak-puak lahanat tersebut . Tetapi makin diberi muka mereka makin naik toncang. 

Bermula dengan perhimpunan anti PTPTN pada 14.April.2012. Mereka berhimpun depan Sogo, kemudian berarak ke Dataran Merdeka sehingga sehingga menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam. Kemudian mereka nak berkhemah di Dataran Merdeka. Polis tidak masuk campur, hanya DBKL sahaja. 

Bas PDRM disekat dan anggota dimaki. Sabtu 12.30 malam


Sabtu 28 April 2012, seawal jam 12.01 tengah malam mereka mula berkumpul dan buat huru-hara berdekatan Dataran Merdeka sehingga jalan raya menjadi sesak. Polis bersabar.....Tidak bertindak kerana tidak mahu dituduh zalim dan menghalang hak rakyat. 

Sejak jam 6.30 pagi Sabtu saya berada di sekitar kawasan Pudu Raya, Petaling Street dan Pasar Seni untuk melihat dengan mata sendiri apa yang akan terjadi pada hari tersebut. Seawal jam 7 pagi peserta-peserta demo sudah tiba dengan memakai baju kuning dan hijau . Kebanyakan mereka tiba dengan bas di Pudu Raya dan LRT di Stesen Pudu.

Simpang Kota Raya-Jalan Sultan
Jam 10 pagi mereka sudah mula berkumpul tepi jalan sekitar Jalan Sultan dan bangunan Kota Raya. Kemudian mereka berkumpul ditengah-tengah jalan raya sehingga menimbulkan kesesakan lalu lintas termasuklah bas-bas yang keluar masuk Pudu Raya. Sedangkan mereka kata perhimpunan akan bermula jam 2 petang.

Jam 11 pagi mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan berarak sambil menjerit-jerit mengikut laluan yang ditetapkan dan akan bertembung kembali di Dataran Maybank. 

Keadaan lalu lintas tidak terkawal apabila mereka membuat halangan atas jalan raya, dan tutup jalan sesuka hati mereka. Manakala peniaga-peniaga mula tutup kedai. Mereka buat seperti mak bapak mereka punya jalan. Mereka boleh ishtihar mereka berhimpun secara aman. Tetapi mereka tak sedar yang tindakan mereka berarak sana sini telah menimbulkan kekacauan lalu lintas. Apabila satu jalan mula sesak, selepas itu kesesakan akan berantai-rantai sehingga ke jalan-jalan lain dan akhirnya semua jalan masuk ke pusat bandar sesak dan berantai-rantai pula ke pinggir bandar. Akhirnya polis yang akan dimarahi orang ramai kerana tidak mengawal lalu lintas. Sedangkan arahan polis puak-puak lahanat tidak patuh. 

Depan Menara Maybank
Sepanjang berada disana saya perhatikan setiap kali kenderaan polis lalu mereka akan sorak dan maki. Termasuklah kepada helikopter polis yang sedang memantau dari udara. Itu pun mereka sorak dan maki juga. Gilakan ? 

Jam 12 tengahari mereka mula naik sheh apabila ada pemimpin-pemimpin mereka mula tiba dan berucap di Dataran Maybank. Jam 1 tengahari mereka semakin menggila dan keadaan semakin tidak terkawal. Bimbang sesuatu yang buruk berlaku saya bergerak ke arah Pasar Seni . Di depan Bangkok Bank saya lihat gerombolan peserta demo berarak sambil menjerit-jerit. Unit amal Pas yang berbaju merah berada di barisan hadapan sambil meniup wisel dan menjerit-jerit supaya memberi laluan. Rupa-rupanya Ambiga yang berada dalam gerombolan tersebut untuk menuju ke Dataran Merdeka. Lebih kurang sejam disana, tiba-tiba unit amal Pas mengeluarkan arahan supaya bergerak ke Dataran Maybank dan tunggu arahan selanjutnya. 

Jihad ! unit amal yang menjadi benteng mengawal Ambiga.
Disana keadaan juga peserta-peserta demo menggila. Tiba-tiba mata dan hidung terasa pedih kena gas pemedih mata yang dibawa angin. Tekap muka dengan tuala basah. Dua malam boleh tidur lena. Selesai masalah resdung saya apabila kena gas pemedih mata.

Melalui sistem BBM, rakan yang berada di Dataran Merdeka memaklumkan polis mula melepaskan pemedih mata setelah peserta-peserta demo mula bertindak ganas dengan membuka halangan masuk ke Dataran Merdeka selepas disuruh Anwar dan Azmin. 

Semuanya kerana lampu hijau dari Anwar dan Azmin. Bagi peserta-peserta demo biasa atau pun yang bukan totok Pas dan PKR mereka mula bersurai selepas gas pemedih mata dilepaskan. Termasuklah orang-orang cina yang sebelum itu begitu ramai.

Amiga dikawal rapi petugas parti islam yang tiada maruah
Dari tengah malam sebelumnya hinggalah ke tengahari polis bersabar kerana tidak mahu dituduh zalim dan kejam, walaupun mereka dicaci dan dihina.  Tetapi apabila dibiarkan mereka makin menjadi-jadi.

Apabila mereka dah naik ke kepala, apakah polis masih nak biarkan mereka bertindak ganas ? 

Setelah lebih 12 jam polis beri muka dan bersabar dengan mereka, adakah menjadi kesalahan untuk polis bertindak selepas mereka mula mengganas ?

Pernahkah kita semua terfikir bagaimana seksanya polis dengan pakaian yang dipakai, dengan cuacanya , dengan makan minum yang tidak tahu kemana, dengan tidurnya yang tak tahu kemana , nak buang air pun susah. Kemudian dimaki dan dihina pula. Walaupun mereka polis tetapi mereka juga manusia seperti kita. 

Anggota polis sedang dimaki dan dicaci
Setiap kali mereka melaung-laungkan perkataan polis anjing darah saya akan berderau hingga ke kepala dan bulu roma saya akan meremang. Kalau kita yang bukan polis pun boleh begitu, apakah perasaan orang yang dilemparkan kata-kata begitu ?  

Apabila mereka kalah undi Pos mereka kata SPR yang memanipulasi undi berkenaan. Mereka tidak pernah sedar yang tindakan-tindakan bodoh mereka itu membuatkan polis tidak mahu mengundi mereka. 

Kesimpulannya apa yang saya nak kata bahawa, langkah-langkah pencegahan dan halangan yang diambil oleh polis kepada perhimpunan-perhimpunan haram sebelum ini adalah satu langkah yang tepat. Puak-puak lahanat itu memang tidak boleh diberi muka dan peluang kerana mereka memang jenis manusia yang tidak pandai menghargai peluang yang diberi.

London 2011
Sebagai penutup saya ingin mengajak rakan-rakan pembaca semua untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada polis diatas kerja keras dan kecekapan mereka semalam. Jika ada kesilapan atau kesalahan yang mereka lakukan dalam tugas mereka semalam, sebagai rakyat kita pakat-pakat maafkan mereka. 

Kita kena ingat bahawa amanah yang dipikul mereka lagi besar berbanding jika ada sedikit kesilapan yang mereka lakukan. 

Jika anda lihat ada blog-blog pembangkang tunjuk gambar perusuh dipukul polis, itu perkara biasa bagi mana-mana polis dalam dunia ini apabila berdepan dengan perusuh. Tidak ada polis dalam dunia ini yang berhadapan dengan perusuh seperti pakar kaunseling berdepan dengan orang yang mendapatkan khidmatnya. 

Apa-apa pun saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana telah menggali lubang kubur mereka sendiri semalam, dan kubur-kubur yang digali semalam akan diisi dengan jenazah mereka sendiri pada malam keputusan PRU 13 nanti. 

London 2011
London 2011
Italy 2010
Sepanyol 2012
China 2009 
Greece 2012

24 comments:

rose said...

terima kasih PDRM

Anonymous said...

terima kasih PDRM.

saya cadangkan usahlah anda berlembut lagi. bertindaklah dengan tegas seperti polis2 negara luar itu.

dan saya minta, menteri KDN yg tersangat lembik itu segera letak jawatan!

sekian

Anonymous said...

Saya sendiri sebagai isteri anggota polis telah membuat satu laporan polis semalam meminta kerajaan bertegas dan tidak membenarkan lagi pihak polis di pergunakan untuk menunjukkan betapa baiknya mereka. Alternatif yang mereka ada adalah meminta pihak tentera yang menangani peserta demonstrasi ini di masa hadapan. Moga laporan saya dipandang dan didengar oleh kerajaan

Anonymous said...

Apabila Undang2 baru bagi menggantikan ISA yang dimansuhkan dibentangkan di Parlimen, Pembangkang menyifatkan Undang2 Baru itu lebih 'ZALIM' dari ISA.
ISA adalah Undang2 bagi tujuan mengawal kegiatan yang boleh menimbulkan suasana huru hara oleh anasir2 subersif.
Pemansuhan ISA menjadikan sesiapa bebas melakukan apa sahaja asalkan mereka meletakan undang2 itu ditempat sewajarnya.
Soalnya: Adakah Demo BERSIH (KOTOR) telah meletakan undang2 ditempat yang sewajarnya. TIDAK. Pembangkang tetap tidak berpuas hati kerana mereka tidak boleh melakukan sesuka hati mereka.
Apa pun undang2 yang diperkenalkan tidak akan dapat berfugsi dengan berkesan selagi ada pihak2 yang mencabuli undang2.
Pembangkang sama sekali tidak akan berpuas hati selagi mereka tidak dibenarkan melakukan sesuatu perkara mengikut suka hati mereka.
Jika mereka memerintah nescaya mereka akan mengamal perinsip 'ikut suka hati' sebagai teras pemerintahan mereka. Adakah ini yang majoriti rakyat mahukan? Saya tidak akan membenarkan perkara tersebut berlaku.
Oleh kerana pembangkang sendiri 'mengakui' ISA adalah lebih baik maka ada kewajaran Kerajan mengembalikan ISA sebagai alat untuk mengawal dan menyelamtkan Malaysia dari menerima akibat buruk dari perbuatan tidak bertanggung jawab oleh sesiapa pun.
MTK

Anonymous said...

Bhai, gua nampak najib stand down dulu beb, polis pun sama, takpe rilekk dluuuu... Sap kok dluuuuu.... Sebab pru nk dekat beb, pastu bila kita menang majoriti meningkat, masak la dorang niq kena tibai..

Bila majority dh steady dgn bn, baru la kita hentak bhai!

kita taknak polis carry baggage masa bersih ni, biar pr yg dpt taik..

-Pengundi B.B.Bangi

Cencaluk said...

Salam.

Apa yang saya lihat dan perhatikan tindakan pihak Polis dalam menangani masaalah Bersih ini harus dipuji.

Menteri dan Ketua Polis patut diberikan pujian kerana mereka masih boleh berfikir dengan waras walaupun menghadapi dugaan ini.

Sebagai manusia yang waras kita seharusnya tidak mengikut rentak lawan. Jika api di lawan dengan api maka ianya akan marak, seharusnya kita layan dengan air atau pasir.

Jadi tindakan pihak polis harus dipuji kerana tidak membawa rusuhan ini melarat panjang.

hilbert said...

Terima kasih PDRM...rakyat Malaysia yang bermaruah tetap memberi sokongan 100% atas apa jua tindakan yang akan anda ambil demi mempertahankan keamanan serta keharmonian di negara ini.

Syabas dan Tahniah kpd seluruh warga PDRM dan juga mereka2 yang terlibat dalam menangani keganasan para pemberontak Bershit 3.0 dua hari yang lalu...

Anonymous said...

NOK NOK
Lo pe hal bhai...lo tau tak Wali gua yang ada karomah leh bagi cuci orang nyer dosa da bagi patwa WAJIB...sekali lagi ....WAJIB hadir...so..lo orang jangan nak memandai eeh..nyalahkan orang yang datang berdemo tu..

Adi Kencana said...

Tahniah PDRM.

HOT!! BUKTI ANWAR ARAH AZMIN CETUS REMPUHAN DI DATARAN MERDEKA! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

TERIMA KASIH PDRM .... DI ATAS JASA ANDA MENGAWAL NEGARA INI DARI ZAMAN DARURAT HINGGA KE ZAMAN MAKSIAT SKARANG NI. KAMI ORANG M'SIA SEDAP TIDO MLM ANDA PULA MENJAGA KETENTERAMAN AWAM ... TERIMA KASIH SEKALI LAGI

Di harap menteri lembik letak jawatan ... sakit mata memandang .. ORANG MELAYU BUKAN X BERTELUR!!

Anonymous said...

1st-tahniah&tkasih kpd polis kerana telah jalankan tugas dgn baik.

2nd-tindakan menyalahkan menteri kdn lembut tidak tepat.sbg menteri kdn hishamuddin perlu ambil kira byk faktor blm sesuatu tindakan diambil termasuk pertimbangan politik.kerajaan yg ada hari ini kerajaan yg lemah.bukan seperti zaman dr mahathir.kerajaan yg lemah perlu berhati2 kendali kes2 begitu supaya mereka tidak akan terus lemah lalu ditolak rakyat.

Anonymous said...

Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...

Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?

Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...

Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...

Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...

Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?

Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...

Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...

Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...

Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....

Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....

Amin...

Anonymous said...

apa-apa pun tindakan kdn & polis handle kes bersih kali ini lebih smart berbanding dengan dulu.polis biarkan dulu mereka nak buat apa.bila dah melampau baru bertindak.barulah rakyat tahu perangai binatang2 itu.tahniah kdn dan pdrm

Anonymous said...

KEPADA ANAK2 POLIS & PASUKAN KESELAMATAN, BERPESANLAH KPD SAUDARA MARA & RAKAN2 ANDA AGAR TIDAK MENGUNDI PAKATAN PADA PRU13 INI. ANDA HARUS MENGEMBALIKAN MARUAH BAPA/ABANG ANDA YG TELAH DICACI & DI PERBODOHKAN OLEH PAKATAN.

Anonymous said...

Anon, April 30, 10:83am,

Berpakat2lah anda dgn kwn-kwn yang lain agar mereka juga membuat laporan spt anda. Tahniah krn ada amat perihatin. Suami anda bekerja bkn untuk dimaki & sumpah seranah oleh mereka yg tak bertanggung jawab

Anonymous said...

kupasan yang menarik dari abg faisal...tapi sayang, mereka diluar sana masih buta..

jay said...

syabas PDRM...geram betui dgn segelintir melayu bodoh ni (pembangkang)pihak polis jgn bg muka kat depa ni...tangkap n sumbat dlm penjara dua tiga minggu....

Anak Lenggong said...

Tahniah kepada sikeling betina penyokong Murtad dan sex bebas kerana berjaya menjadikan pak lobai PAS sebagai melayu murahan umpama khinzir dan anjing jalanan..

Anak Lenggong said...

Tahniah kepada sikeling betina penyokong Murtad dan sex bebas kerana berjaya menjadikan pak lobai PAS sebagai melayu murahan umpama khinzir dan anjing jalanan..

Anonymous said...

syabas kpd pihak polis kerana bersabar dengan kerenah anjing2 pakatan. diharap abang2 polis yg mengundi dalam pru nanti, jgn beri peluang kemenangan kpd bapak2 anjing pakatan yg bertanding dalam pru nanti. nyahkan mereka dari politik negara yg tercinta ini. begitu juga rakyat malaysia yg cintakan keamanan jgn bagi peluang anjing2 pakatan ini berkuasa. Ya Allah jauhkan negara ku ini dari diperintah oleh anjing2 pakatan belaan yahudi laknat ni. satu lagi unit amal pas, melindungi orang2 kafir, apa nak jadi dengan bangsa ku ini. sayang seribu kali sayang, nampaknya melayu bakal merempat di negara sendiri nanti, bila negara ini diperintah oleh org cina. jgn harap nak dapat balik kuasa sebagai pemerintah. jika ini berlaku, tahulah melayu2 yg jadi anjing pakatan ni, langit tinggi ke rendah. ketika itu berdoa, menangis air mata darah pun tak guna lagi. ingat sebelum jadi, kalu dah jadi .........

Anonymous said...

marah ,kecewa dan rasa kesal dengan tindakan PR yang tidak berhemah...menggunakan akal nafsu dan emosi mengajak pengikut2 yang memang kurang berakal melakukan kerosakan, kemusnahan dan keganasan. Pelik juga dengan pemikiran pengikut2 ini yang seolah-olah tidak nampak impak atau kesan jangka panjang dengan apa yang mereka lakukan. Entah apa yang mereka mahukan pun tak nampak lagi..sibuk je dengan hal org lain..negeri yg ditadbir pun tak tentu arah..walau bijak pandai mana sekali pun mereka ini dah jadi kurang waras kerana telah dihasut syaitan..semua kesalahan orang mereka nampak namun tiga jari yg berbalik kepada mereka disembunyikan. Sememangnya aku benci bersih yang langsung tiada unsur bersih..apa yang bersih ? hati pun tak bersih ? jalan pun jadi tak bersih...KL pun dicemari dengan imej yang tak bersih...saya hanya mampu bersimpati dengan nasib anggota PDRM yang teraniaya dengan tindakan2 PR yang tidak menguntungkan ini.TAHNIAH PDRM...AKU ANTI PR AKU ANTI BERSIH

Anonymous said...

Syabas PDRM.....terus maju kehadapan PDRM.......

Anonymous said...

SEBENARNYA PIHAK POLIS MASIH MEMPUNYAI BANYAK CARA UNTUK MENANGANI MEREKA INI TETAPI BERSIH 2.0 JELAS TELAH MEMBUKTIKAN NIAT PANGANJUR ADALAH SEMATA MATA UNTUK MEMPERGUNAKAN PIHAK POLIS DENGAN BERHARAP PIHAK POLIS BERTINDAK DAN KEMUDIAN VIDEO ATAU RAKAMAN AKAN DI MANIPULASIKAN DAN BERSIH 3.0 INI PULA JELAS PUAK PERUSUH YANG TERKENA DENGAN PIHAK POLIS...KINI IMEJ PERUSUH BERSIH INI AMAT JIJIK DAN RAKYAT AMAT BENCI KEPADA MEREKA

RashidAli said...

rasanya dah sesuai pdrm+atm wujudkan skuad khas. buat apa bela mereka yg menghina kita. andai ditakdirkan jua bn tewas dan ps (pakatan setan) menang pru13, apa kata kita demo hari2 dan di mana2...pastu import sebanyak mungkin senjata advance baru mereka tahu betapa sukarnya menjaga dan mempertahankan keamanan. ikut rasa binasa, ikut hati mati...

i think pdrm has done a good job...pickup as many demonstrators possible, unlearn, relearn then let them hit their own people

partner in puchong (pip)...hehehe