Thursday, April 26, 2012

Video: Aksi Brutal Geng Bersih Serang Majlis Keagamaan Kaum China


Seperti yang kita katakan, agenda bersih adalah agenda untuk menimbulkan kacau bilau kepada negara. Jika mereka tidak berniat untuk menimbulkan kacau bilau maka sudah tentu mereka akan terima tawaran kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

Menteri KDN dah beri jaminan, sekiranya mereka adakan di Stadium Merdeka, pihak berkuasa akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Termasuklah mengawal pergerakan lalulintas serta keselamatan peserta.



Mereka tolak semua itu atas alasan kesuntukan masa. Alasan yang paling dangkal. Dengan dunia teknologi telekomukasi termasuklah internet yang berkembang pesat, setakat nak umumkan pindah lokasi dalam masa sehari ianya boleh diselesaikan.

Kenapa mereka pilih Dataran Merdeka ?

Malaysiakini ada jawapannya....
"Jika penganjur berjaya membawa 500,000 rakyat ke Dataran Merdeka, imej yang akan bermain dalam media asing akan kelihatan seperti apa yang berlaku di Dataran Tahrir, Mesir.

Jika itu berlaku, seluruh dunia akan tahu bahawa Dataran Merdeka 'dikuningkan' oleh kerana rakyat Malaysia mahukan reformasi sistem pilihan raya.

Pelabur asing akan mula berhati-hati. Ini kerana, sesebuah pilihan raya jika tidak dipercayai oleh majoriti besar rakyat, ertinya politik sesuatu negara tersebut tidak akan stabil.

Jika dibiarkan, sesebuah kerajaan yang dipilih tidak mempunyai legitimasi politik. Ini boleh mengundang kebangkitan rakyat untuk menjatuhkan sesuatu kerajaan melalui pilihan jalan raya."
Bukan kita yang kata, itu mereka sendiri mengakui mengapa perlu mereka buat di Dataran Merdeka. Mereka mahu huru-hara dan pertumpahan darah sepertimana di Mesir berlaku di negara kita. Dan juga untuk mensabotaj ekonomi negara agar pelabur asing hilang kepercayaan kepada Malaysia.

Tidak mustahil huru-hara akan tercetus Sabtu ini akibat kerakusan mereka mengejar kuasa. Puak-puak itu memang ganas atau pun brutal. Mereka hati kering dan mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka.

Dibawah ini ada satu video yang yang memaparkan satu kejadian yang berlaku di Perak beberapa malam lepas sewaktu mereka melancarkan bersih peringkat negeri Perak.

Mereka adakan majlis di satu kawasan perumahan berhampiran bandar Ipoh. Dalam masa yang sama pada malam berkenaan orang-orang cina dikawasan berkenaan mengadakan satu majlis keagamaan mereka. Jarak antara majlis keagamaan itu dengan tempat mereka melancarkan bersih lebih kurang 100 meter.

Ketika orang-orang cina sedang menjalankan aktiviti keagamaan mereka, datanglah segerombolan puak-puak pembangkang menyerbu ke arah mereka serta memarahi orang-orang cina yang sedang sembahyang. Difahamkan mereka ada juak-juak pembangkang yang cuba mencabut khemah mereka dan melaung-laungkan reformasi di sana. Tidakkah itu ganas ?

Berita selanjutnya boleh dibaca di sini


Sebab itu saya kata, mereka semua memang hati kering dan sanggup lakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka. Sikit pun mereka tak rasa takut atau bersalah untuk menyerang majlis orang dan melalak-lalak di sana.

Dalam banyak-banyak kawasan yang ada di Perak, mereka pilih kawasan tempat kediaman untuk melancarkan bersih. Kenapa ? kerana mereka memang suka menyusahkan orang dan suka kepada kekacauan.

Jika di peringkat negeri dan dengan jumlah kehadiran yang tidak ramai pun mereka berani bertindak sedemikian rupa, apakah anda percaya perhimpunan Sabtu ini mereka hanya sekadar duduk dan bantah ?

Adakah anda ingin mengangkat orang-orang yang ganas, kurang ajar serta tidak bertamadun untuk menjadi pemimpin kita ?

Tepuk dada tanya selera...

10 comments:

Pewaris Wasiat said...

Sah laaa NIAT nak menghancurkan Negara...!!! manusia yang Buta Mata Buta Hati...!!!

Adi Kencana said...

Mereka kononnya perjuangkan kebebasan bersuara, tp bila org lain nak bersuara, mrk halang secara ganas!!

BUKTI JELAS AMBIGA & BERSIH SENGAJA NAK CETUSKAN KEKACAUAN! Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

cikgu det said...

Kemaruk...

aiMan said...

RBF: next time sila print screen apa2 data dari malaysiakini ataupun sumber maklumat... nnti copy paste akan di anggap satu fitnah dan rekaan di pihak mereka...
sekian

aku melayu said...

Muka2 Melayu yang bodoh bodoh bodohhhhhhhhhhhhhhhhh...

Anonymous said...

TIDAK ADA MANA-MANA KERAJAAN DI DUNIA YANG DAPAT MENGAWAL PERHIMPUNAN POLITIK YANG DIADAKAN DITENGAH-TENGAH BANDARAYA.

JUSTERU MANA-MANA KERAJAAN TAK PERLU BUANG MASA, TENAGA DAN MATERIAL UNTUK MEMANTAU PROGRAM SEUMPAMA INI.

DALAM KONTEKS LOKAL, INILAH MASANYA UNTUK PIHAK PENGANJUR PERHIMPUNAN POLITIK MEMBUKTIKAN MEREKA DAPAT MENGAWAL KEADAAN.

KEH KEH KEH

Anonymous said...

BUKANKAH PENGANJUR PERHIMPUNAN SELALU MENGATAKAN YANG MEREKA TIDAK PERLUKAN PIHAK BERWAJIB DALAM BANYAK URUSAN?

SEMUA PIHAK HARUS TIDAK TERLALU BERSANGKA BURUK HINGGA MENGANGGAP PERHIMPUNAN POLITIK BAKAL MENJADI KECOH.

OLEH KERANA PERHIMPUNAN TIDAK SEMESTINYA MENJADI KECOH-MECOH MAKANYA TAK PERLULAH ADA KAWALAN RUTIN MELEBIHI HARI-HARI BIASA.

DAN KALAU PIHAK BERWAJIB MENJALANKAN TUGAS SEPERTI HARI BIASA MAKANYA TIDAK ADA INSAN YANG RASIONAL YANG AKAN MENYALAHKAN PIHAK BERWAJIB KALAU PERHIMPUNAN BERSIH BERUBAH MENJADI KERUH DAN KOTOR.

LAGIPUN BUKANKAH TUGASAN MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI TEMPAT AWAM ADALAH TANGGUNGJAWAB DIRI INDIVIDU BERKENAAN.

KALAU ITULAH HALNYA MAKANYA TIDAK SALAH KALAU PERHIMPUNAN POLITIK DILAYAN DENGAN UNGKAPAN INI: "BIARKAN, BIARKAN"

HIK HIK HIK

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA Freemalaysiakini2

Anonymous said...

perghhhh tetiba ada satu orang keling nak jadi pejuang....butl kata pepatah kalu jumpe ular dan keling...biaq ketuk keling dulu ....

Anonymous said...

Pautan yg rbf letak telah dipadam oleh malaysiakini