Friday, May 25, 2012

Dari Selangor: Kisah Seorang Ahli Parlimen Yang Kepalanya Dimasuki Air

Jika di Perak ada seorang ahli parlimen Pas yang kepalanya putus wayar hijau, dimana beberapa minggu lepas dia membuat tuduhan mengatakan Datuk Najib telah berbincang dengan ATM bagi merampas kuasa sekiranya BN kalah dalam PRU akan datang.

Di Selangor pula ada seorang ahli parlimen, juga dari parti Pas yang senasib dengan rakannya di Perak. Jika yang di Perak kepalanya putus wayar hijau. Yang di Selangor pula kepalanya dimasuki air.

Kenapalah YB-YB Pas kebanyakannya jenis graduan lepasan Universiti Of Tanjung Rambutan ? 

Mungkin itu semua bala Allah kerana mereka-mereka terlalu melampau melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka....

Fakta:Mengikut statistik Kementerian Kesihatan bilangan pesakit mental di Malaysia meningkat setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun lepas sahaja ianya meningkat sebanyak 15.6 % berbanding tahun 2010. Sini

Pada pendapat saya kemungkinan peningkatan bilangan pesakit mental berlaku selepas PRU 2008. Peningkatan semakin tinggi selepas peristiwa 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan. Ada yang sudah tempah suit, tempah baju melayu hitam , bawa suit dan baju melayu dalam kereta setiap hari kerana siap sedia menunggu panggilan daripada Istana Negara untuk majlis angkat sumpah. Ada yang memasang impian menggunung, nak jadi menteri, timbalan menteri dan sebagainya. Tiba-tiba harapan tinggal harapan.....Itu mungkin salah satu sebab bilangan pesakit mental meningkat.

Selepas itu pula berlaku peristiwa pertukaran kerajaan di Perak. Lagilah meningkat bilangan pesakit mental. Bagaimana tak mentalnya, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Mental tahap kronik sampaikan ada yang sudah tidak menjadi MB tapi masih mempengurusi mesyuarat exco dan luluskan macam-macam. Lebih kronik lagi mentalnya apabila sampai adakan persidangan Dun di bawah pokok. Ada yang masih memakai nama MB sehingga ke hari ini. 

Berbalik kepada kisah seorang ahli parlimen Pas Selangor yang kepalanya di masuki air....

Petang semalam dia tweet seperti dibawah


Penyokong pembangkang tidak boleh marah jika saya guna istilah putus wayar terhadap orang tersebut sebab dia memang putus wayar. 

Cara dia bercakap seperti diatas dia menggambarkan keyakinannya bahawa partinya dan parti-parti sekutunya akan menang PRU akan datang. Tetapi dalam masa yang sama dia dan rakan-rakannya yang melalak bahawa sistem pilihanraya di Malaysia tidak betul serta memihak kepada BN. Tidak ke gila namanya itu ?

Kalau sistem pilihanraya tak betul dan memihak kepada BN, mengapa pula mereka boleh yakin yang mereka akan menang ? 

Kata orang tua-tua, jangan dilayan orang gila nanti dengan kita-kita pun akan jadi gila. Tapi tak mengapalah, saya nak layan juga. Kita kena tunjuk ajar atau kaunseling kepada mereka. Manalah tahu mungkin mereka boleh sembuh. Kalau tak sembuh pun mungkin boleh kurangkan sikit tekanan mentalnya kerana dia merasa masih ada orang yang mahu melayan dan menghargainya.

Malaysia sudah menghadapi 12 PRU sejak merdeka sehingga ke tahun 2008. Pilihanraya kecil mungkin sudah beribu-ribu. Dalam setiap PRU pasti akan ada berlaku pertukaran di sesuatu kerusi. Dalam pilihanraya kecil pun ada juga yang berlaku. Ada kerusi yang disandang BN bertukar kepada Pas atau parti-parti yang lain. Ada kerusi daripada PAS atau parti-parti lain yang bertukar kepada BN.

Setakat hari ini dalam mana-mana PRU atau PRK sekiranya kerusi-kerusi yang disandang BN tewas dan bertukar kepada pembangkang, belum pernah terjadi calon BN yang kalah membuat hura-hara atau tuduhan-tuduhan jahat kepada mereka yang menang. Berlaku pertukaran wakil rakyat dengan baik. Tetapi jika Pas atau rakan-rakannya kalah kerusi yang mereka sandang, maka mulalah suara-suara iblis kedengaran menyalahkan BN dan SPR. 

Itu contoh pertama....

Kedua.....

Tahun 1990 BN yang memerintah Kelantan tewas dan Pas berjaya membentuk kerajaan. Tidak ada sebarang masalah. Pertukaran kerajaan dan peralihan kuasa berjalan dengan lancar. Sedikit pun tidak berlaku huru-hara atau suara-suara iblis yang kedengaran. BN menjujung prinsip demokrasi dan menerima kekalahan dengan terbuka. Sekarang sudah 22 tahun Pas perintah Kelantan tanpa sebarang pertumpahan darah atau rampasan kuasa dari tentera.

Ketiga.....

Tahun 1999 BN yang memerintah Terengganu tewas dan Pas berjaya membentuk kerajaan. BN terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Yang berperangai seperti spesis berkaki empat adalah juak-juak Pas. Malam keputusan pilihanraya mereka sudah mengepung bangunan pentadbiran Kerajaan Terengganu. Menghalau kakitangan-kakitangan pejabat MB yang tinggal di kuaters kerajaan , serta 1001 kerenah lagi. 
 
Keempat.....

Tahun 2008 BN tewas di empat negeri tidak termasuk Kelantan yang telah disandang Pas. BN tewas di Kedah, Pulau Pinang , Perak  dan Selangor. Koh Tsu Koon di Pulau Pinang  dan Khir Toyo di Selangor dengan gentleman datang serah kuasa kepada Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Begitu juga di Kedah dan Perak.

Sekali lagi penyokong-penyokong pembangkang bertindak seperti spesis yang berkaki empat. Mengepung bangunan pentadbiran Selangor serta menyerbu dan menghalau Khir Toyo dari kediaman rasmi MB pada malam keputusan pilihanraya. 

Kelima....

Febuari 2009 dua adun PKR dan seorang adun DAP keluar parti mereka dan menjadi adun bebas yang pro BN telah membuatkan kerajaan pak-khatan rakyat Perak hilang majoriti di Dun Perak dan BN boleh membentuk kerajaan. Apa yang terjadi apabila pak-khatan rakyat hilang kerajaan ?

Huru-hara satu satu Perak dan satu negara dibuatnya. Sampaikan berguling-guling depan kereta Sultan untuk menghalang BN daripada membentuk kerajaan. 

Harus diingat adun keluar parti, masuk parti atau tukar parti adalah sebahagian daripada kemeriahan demokrasi yang ada di Malaysia. Ianya halal dan sah dari sudut undang-undang. Jika perkataan demokrasi boleh dihalalkan untuk pak-khatan rakyat membentuk kerajaan 16 September , kenapa pula apabila tiba giliran BN ianya bertukar menjadi haram ?

Daripada contoh-contoh yang saya beri diatas sekarang anda boleh nilai sendiri siapa yang gentleman dan siapa yang pondanman, dayusman serta baculman ?

Insyaallah setakat hari ini dan saya yakin untuk hari-hari mendatang BN serta para pemimpinnya akan sentiasa gentleman menerima sebarang keputusan majoriti rakyat. Masalah utama di Malaysia hari ini adalah pihak yang minoriti mahu menguasai majoriti. Golongan minoriti yang dimaksudkan adalah pembangkang-pembangkang yang bodoh. 

Dalam kepala saya hari ini sikit pun saya tidak terfikir yang Datuk Najib enggan menyerahkan kuasa sekiranya BN tewas dalam PRU akan datang. Yang bermain dalam fikiran saya adalah apa akan jadi sekiranya pembangkang kalah dalam PRU akan datang ? Demonstrasi , rusuhan, keganasan, pertumpahan darah atau mengheret pihak asing campur tangan ? 

Saya tak mahu pilih dua atau tiga atau kesemua yang diatas (tulisan yang dihitamkan). Cuma saya berani katakan salah satu dari apa yang dikatakan itu akan berlaku sekiranya mereka gagal memenangi PRU akan datang. Yang mana satu akan berlaku ? Wallahualam.....

Kepada Khalid Samad, jangan risau Datuk Najib tidak akan serahkan kuasa sekiranya BN kalah. Tidak perlu buang masa kamu untuk fikirkan semua itu. Adalah lebih baik masa yang ada itu kamu gunakan untuk perkemaskan janggut , rambut serta bulu hidung kamu. Nak jadi menteri mesti kemas-kemas. Kalau janggut dan bulu hidung pun tak boleh diuruskan bagaimana nak uruskan sebuah kementerian ? Lagi satu, jangan lupa makan ubat supaya cepat sembuh....

25 comments:

Anonymous said...

Tulisan yg amat menusuk kalbu. Habis gugur bulu hidung Khalid Samad jika beliau membaca artikel ini. Terbaekk!!
~Stranger

Anonymous said...

VERY GOOD!

CUMA SATU JE KOMEN AKU, AKU TUJUKAN KHAS KEPADA CAI-CAI PAKATAN YANG TERINGIN NAK KOMEN, PEGUAM2 BERTARAF WAKIL RAKYAT HANDALAN KORANG DALAM PAKATAN RAKYAT PUN TAKDE YANG BISING PASAL PILIHANRAYA TAK ADIL SELEPAS DORANG MENANG SELAMA INI..EG KARPAL SINGH..MENGAPA PULAK CAI-CAI KASTA RENDAH NAK MENUDUH SEBARANGAN? KALAU BENAR TIDAK TELUS, SURUH PEGUAM2 HANDALAN MERANGKAP WAKIL RAKYAT KORANG BERTINDAK..TAPI SMP HARI NI..TAKDE SORANG PUN YANG BERTINDAK KAN?

Anonymous said...

makin serabai laa khalid kalau baca artikel ne.. wahahaha

KHALID MASUK AIR

Anonymous said...

komen yang cantik

Anonymous said...

Terbaek dari ladang la bro!. mantap!teruskan perjuangan murni tuan..

Anonymous said...

nik aziz keluarkan patwa..

Bila adun Bota lompat masuk PKR - NIK AZIZ BERPATWA KATA HUKUMNYA ADALAH HARUS..

Kemudia Adun Bota keluar dari PKR dan masuk BN serta 3 adun pembangkang jadi bebas - Nik Aziz kata HARAM..

Dalam situasi ini, Nik Aziz sebagai pemegang cop mohor hukum, boleh buat hukum sesuka hati.

Harramu Hallalku

Anonymous said...

BILA KHALID LUDAH KE LANGIT

BUKAN SAJA KALAH MEMBUATKAN DEPA TAK KERUAN MALAH KETIKA MENANG SEKALIPUN BOLEH JADI KECOH MACAM BERUK DAPIGS DAPAT BUNGA 13 MEI!

KAH KAH KAH

Anonymous said...

RBF, ko nie kan selalu ajer membuatkan tk wali ANUgerah TUhan (?) naik hangin satu badan..lain kali kalau sindir2 pun, tak payah ler nak berlapik ker nak sipi2 ker..direct ajer biar diorang (PR) tahu langit tinggi ke rendah...baru best.

Anonymous said...

Analisis & pandangan yang mantap saudara RBF. Rujukan yang berguna untuk pulangkan paku buah keras penyokong tegar pakatan rakyat yang sengaja membutakan hati & mata.. Teruskan nukilan-nukilan anda yang bernas..

Anonymous said...

BILA PAKATAN KALAH

untuk apa kami menang...

kalau menangpun bn bukan nak bagi putrajaya kepada kami...

inilah sebenarnya intipati di sebalik twitter di atas iaitu persediaan berdepan situasi kalah

Anonymous said...

Semoga Tuhan tidak memperkenankan hasrat mereka.
Mereka terlalu bongkak!

Anak Lenggong said...

Yang nak tergelak nya dia konfiden tu yang dia boleh menang kah kah kah..sedar2 laa diri dan jangan dok jadik mat jenin pulak..

Sports said...

RBF mmg best... nilai sendiri siapa yang gentleman dan siapa yang pondanman, dayusman serta baculman ? - i like!!!!

Anonymous said...

blog yang baik untuk pembangkang yang asyik membangkang ja...

Anonymous said...

sebenarnya khalid samad tu dh tau yg pr nk kalah,tp sj nak pujuk hati dia,tu yg ckp mcmtu,biasalah klu org dh nk kalah mesti ckp pun merapu mcm ikan kerapu hahahaha!!! khalid samad! khalid samad!

Anonymous said...

Nanti dia bole upah bob bagan pinang lagi konon kena tetak dgn parang.baju je koyak tp badan x cedera.hebat geng lembu pas dan pr

Anonymous said...

kesian puak2 sebelah sana...rupa2nya ramai yang dah putus wayar..kalau tak putus pun aku ingat cuma 'sort' aje...manala tak cakap merapu meepek meraban. Gereja...gereja. Cuba tengok cermin dan repair sikit bulu hidung tu..kahkahkah

aliffnajmi said...

Saya CABAR Khalid Gereja terima kekalahan dgn hati terbuka pada PRU13 nti.

Anonymous said...

wahh tulisan yang :') harap terbukak la hati pancacai pakatan ranap hahahah

abe ja said...

cantikla bro lu punya tulisan.

tak perlu mencarut..tak perlu maki hamun..

tapi menusuk kalbu.ni kalau si khalid gereja baca ni,mau gugur sendiri semua bulu2 badan dia ni.

keep it up bro!

Anonymous said...

Sebenarnya Pakatanlah yg tidak akan gentleman menerima kekalahan mereka dalam PRU13 nanti.Saya bersependapat dengan Dr.Mahahthir bahawa PR akan menghuruharakan negara jika mereka kalah selepas PRU13 nanti.Alasan saya ialah Bersih 3 bertujuan utk menegaskan kepada penyokong mereka bahawa SPR tidak adil,jadi jika mereka kalah adalah kerana ketidak adilan ini bukan kerana mereka benar-benar kalah,oleh wajar mereka merusuh.Bersih 3 juga merupakan 'trial run' gerak kerja mereka selepas PRU13.

Anonymous said...

Tukun tukun PR elok dicampak kelaut ada gak faedahnya..

Anonymous said...

Korang patut bersyukur bila tertubuhnya PKR.


Semua tahi tahi dalam Umno dulu semua dah lompat masuk jamban pkr.

Cepat ucap alhamdulillah.

Anonymous said...

wayar hijau putus ok lagi. ground je x de. kalau ikutkan tahap kepala si khalid tu wayar merah yang putus. sekali power dah takde. otak dah tak mampu bergerak.

Anonymous said...

Shah alam pun tak terjaga. Rumput dan lalang sbg landskap baru sejak ahli parlimennya khalid samad. Hampeh khalid gereja