Wednesday, May 23, 2012

Fakta Mengenai Finland Yang Disorok Oleh Rafizi

Seperti yang saya kata pagi tadi, Rafizi Lembu datang semalam bukannya dia nak berdebat pasal PTPTN pun dengan KJ. Dia nak ambil kesempatan diatas siaran langsung untuk berceramah menghentam BN dan menonjolkan dirinya.

Malah lebih teruk lagi dia sanggup berbohong sebagaimana dia kantoi dengan KJ semalam berhubung apa yang dia kata pendidikan percuma di Turki.

Dalam ceramahnya semalam Rafizi Lembu memuji negara Finland kerana memberi pendidikan percuma. Dia juga kata cukai di Finland lebih rendah dari Malaysia. Mengikut seorang pembaca yang hantar komen , apa yang dikatakan Rafizi Lembu itu tidak benar. Katanya cukai di Finland lebih tinggi dari di Malaysia. Saya tak berani nak komen lagi mengenai perkara tersebut kerana saya tak jumpa nas-nasnya lagi.

Apa yang saya nak kongsikan bersama anda adalah mengenai Finland yang tidak diceritakan sepenuhnya oleh Rafizi Lembu malam tadi.

Rafizi kata Finland bagi pendidikan percuma, manakala Malaysia pula penuntut perlu buat pinjaman PTPTN.

Sekarang mari kita lihat perbezaan antara Finland dan Malaysia dan kenapa mereka boleh beri pendidikan percuma...

Merdeka

Finland - 1917
Malaysia - 1957

Bilangan Rakyat

Finland - 5,375,276  (2010)
Malaysia - 27,565,821 (2010)

Pendapatan Negara Kasar

Finland - USD 253 bilion (2010)
Malaysia - USD 242 bilion (2010) 
* RM 727 bilion / 3.0 = USD 242b

Inilah yang KJ katakan Rafizi Lembu berceramah kemudian bandingkan apel dengan rambutan. 

Finland yang merdeka 40 tahun lebih awal dari Malaysia dan sebuah negara maju serta dikelilingi negara maju dan berada EU, maka sudah tentulah mereka mempunyai pendapatan yang baik dan mampu memberi pendidikan percuma.

Sebab apa dia mampu beri pendidikan percuma ?

Sebab rakyatnya hanya 5 juta....

Kita pula rakyat 27 juta.....

Cuba anda bayangkan dengan hanya rakyat 5 juta, berapa kerat sangat yang masuk universiti setahun ? Bolehlah mereka percuma.

Kalau Malaysia yang berada di tempat Finland dengan pendapatan dan rakyatnya seperti itu, jangan kata beri pendidikan tinggi percuma , kereta , rumah sampai ke bini atau laki pun kerajaan BN boleh bagi percuma.

Pendidikan yang tak percumanya di Malaysia hari ini adalah pendidikan tinggi. Pendidikan rendah dan menengah semuanya percuma. Pendidikan tinggi pun masih ada harapan untuk dapat percuma, dengan syarat pelajar lulus dengan baik. Segala pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa. Kalau belajar setakat kelas Adam Adli dan Khalid Ismeth ataupun geng-geng semahasewelnya, jangan haraplah nak dapat percuma.

Kadangkala saya pun terfikir juga bahawa kerajaan BN yang perintah negara hari sebenarnya pelik. Apa tak peliknya, kalau dari lubang rahim ibu hingga ke lubang kubur semuanya boleh dapat bantuan kerajaan. Di Finland apakah anda ingat rakyatnya boleh lahir anak di hospital dengan bayaran belasan ringgit sahaja ? Jangan haraplah....

Di Malaysia beranak kena bayar belas-belas ringgit sahaja. Kalau ada duit bayar, tiada duit tak payah bayar. Kemudian bidan pula mari ke rumah periksa anak sihat atau tidak. Siap timbang lagi....

Anak nak membesar cucuk itu, cucuk ini, vitamin itu, vitamin ini, ubat kutu dan macam-macam lagi. Kemudian masuk sekolah pula, dapat duit untuk beli pakaian dan alatan persekolahan. Tak cukup boleh pergi jumpa wakil rakyat. Buku teks percuma, yuran percuma. Dah masuk sekolah, datang pula jururawat dan doktor gigi untuk periksa gigi agar tidak buruk dan siap ajar lagi cara gosok gigi. Sampailah ke sekolah menengah....

Habis sekolah nak masuk universiti, dapat pula pinjaman. Kalau lulus elok pinjaman bertukar jadi biasiswa. Kalau tak lulus kena bayar. Kalau tak boleh bayar datang bincang. Kemudian nak berniaga, berebut peluang-peluang perniagaan dari kerajaan atau swasta. Dapat projek kerajaan atau swasta , tiada duit nak buat modal, boleh pula pinjam dengan kerajaan. Dah habis projek dapat bayaran, duit yang dipinjam dipulang balik dengan jumlah yang dipinjam, kalau ada pun sedikit caj pentadbiran. Duit untung kau dapat semua, kerajaan tak minta pun. 

Ish...ish...ish....kalau nak cerita satu persatu tak habis beb.... Bila dah bertaubat nak pergi haji, bayar RM 10 ribu sahaja. RM 4 ribu subsidi pula.. Bila dah tua dapat pula bantuan JKM.  Mati pula, kalau tiada duit nak uruskan jenazah tidak menjadi masalah. Wakil rakyat atau wakil-wakil kerajaan berada dimana-mana sahaja untuk menolong. 

Itu belum lagi dikira subsidi beras, gula , minyak , susu dan barangan subsidi lain lagi.

Satu lagi tertinggal , duit BR1M pun boleh dapat....

Opsssss satu lagi, FELDA...FELDA....itu anda huraikan sendirilah apa benda yang peneroka dapat dari mula mereka masuk ke tanah rancangan sampai ke hari ini.

Pendek kata di Malaysia ini tiada orang mati tak makan, melainkan mati terlebih makan. Mewahnya kita hari ini kerana duit senang dapat sekarang ini.

Hari ini Tabung Haji Travel bawa orang pergi umrah bukan lagi guna penerbangan komersial. Tak cukup tempat duduk dalam penerbangan komersial . TH Travel kena sewa sebiji kapal terbang khusus untuk bawa orang Malaysia pergi umrah. Begitulah gambaran banyaknya duit orang Malaysia hari ini sampaikan berduyun-duyun orang boleh pergi umrah.

Tetapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak reti bersyukur dengan kenikmatan yang kita kecapi. Cuba undurkan kebelakang balik dan renungkan kehidupan kita 10 , 20 , 30 ,40 atau 50 tahun yang lampau. Apa yang kita ada dan bagaimana kehidupan kita pada masa itu dan apa yang kita ada serta kehidupan kita masa kini. 

Adakah benar kerajaan yang memerintah negara hari ini zalim, kejam dan kuku besi sehingga mereka layak dipanggil regim ? 

Kalau ikut cerita Anwar ekonomi negara ini akan hancur sejak sehari selepas dia dipecat September 1998. Dah 14 tahun dia ulang cerita yang sama, ekonomi teruk, rasuah, penguasa zalim , kejam dan sebagainya. Tapi Alhamdullilah sehingga ke hari ini rakyat dan negara Malaysia semakin hari semakin maju dan hidup rakyat pun semakin bertambah baik dari tahun ke tahun. 

58 comments:

Anonymous said...

chis!rakyat 5 juta bolehlah bagi percuma.

Anonymous said...

http://www.facebook.com/notes/helmi-effendy/analisis-debat-ptptn/363515647034827

Anonymous said...

bini laki boleh dapat percuma!!

Anonymous said...

http://www.universityworldnews.com/article.php?story=20110618182020414

Anonymous said...

mantap rbf

Anonymous said...

Kenapa tak nak bandingkan dengan singapura yg rakyat nya pun 5 juta?

Anonymous said...

bro, rafizi lembu sure terkencing baca tulisan u. hahaha

mabong said...

dan fakta yang paling penting sekali ialah:
1)In Finland, homosexuality has been legal since 1971
2)Finland legalized registered partnerships in 2002
3)Homosexuality declassified as an illness since 1981
4)Homosexuals allowed to serve in the military since 1981
5)Anti-discrimination laws covering sexual orientation in all areas since 1995
6)Equal age of consent since 1999
7)Right to change legal gender since 2002
8)Anti-discrimination laws covering gender identity in all areas since 2005
9)Transvestism declassified as an illness since 2011

malaysia tak gitu.

Kjee said...

Hebatnya RBF!!!

Anonymous said...

Makan dalam kalau Fafizi lembu baca ni...aku rasa mak die pun beranakkan die kat hospital kerajaan....sekolah pun bantuan kerajaan...tapi bila beso jadi lembu la pulak...

Anonymous said...

HEHEHE RAFIZI LARI TOPIK PUN PENCACAI PEMBANGKANG BOLEH KATA DIA YG MENANG DEBAT SEMALAM?TUE BELUM CAMPUR MODERATOR YG PRO PEMBANGKANG TUE LAGI...

Anonymous said...

KAN DAH KATA DAH.. JANGAN BANDINGKAN DGN FINLAND. MEMALUKAN DIRI SENDIRI SAJA. TAPI PENGARAH TAK STRATEGIK PKR TAK HABIS2 KANTOI.

APA2PUN..VERY GOOD ARTICLE BRO RBF.

Anonymous said...

Factual & spot on! Well done bro RBF! Londehkan penipuan PR satu persatu!

Anonymous said...

Artikal terbaek. Tahniah RBF. Tak sia2 bukak blog ni.

poyo said...

yang percuma tu boleh bg kroni umno jer...

Anonymous said...

poyo 6.55 BR1M pun berderet org pas n pkr beratur, tak gitu?

Anonymous said...

poyo said...
yang percuma tu boleh bg kroni umno jer...

May 23, 2012 6:55 PM
----------------------------------

Yang banyak kene bayar mahasewel macam Adam Adli je....

Anonymous said...

Aku pun tak sampai Finland lagi, tapi rakan2 ku Blogers ProBN ko ingat bodoh macam lembu Rafizi ke???
Tak payah gi jauhlah..Brunei Darul Salam lagi kanan...apa tak ceta Negera terdekat tu??? sebab kat Brunei tu LGBT haram macam kat Malaysia kot!!!

Anonymous said...

Dah agak mesti kantoi mcm Turki jgk...cuma org yg akal pendek je akan percaya pemimpin PR nie...aku rasa Rafizi tu pun tau fakta dia x betul tapi sbb dia dah terlanjur join PR...dia mcm anwar jgk kalu dia ada peluang join UMNO dia akan join...PAKATAN RAKYAT nie memang x logik pun.

bot said...

Top 10 countries with the highest measured cumulative illicit financial outflows between 2000 and 2009 were:

China: $2.74 trillion
Mexico: $504 billion
Russia: $501 billon
Saudi Arabia: $380 billion
Malaysia: $350 billion
United Arab Emirates: $296 billion
Kuwait: $271 billion
Nigeria: $182 billion
Venezuela: $179 billion
Qatar: $130 billion

http://iffdec2011.gfintegrity.org/

Anonymous said...

pencacai umno, kalau berani bagi la link mana dapat sumber perbandingan Finland dan Malaysia, tak berani pun. Sebab nama pun keja dengan penipu.

Anak Omak Kembali said...

KJ tikam Najib, bantu Anwar

Anak Omak Kembali said...

KJ tikam Najib, bantu Anwar

RBF Online said...

Anon 10.00

Baru belajar baca blog ke ?

Tuan blog ini blog jenis spesis yang sama seperti rafizi lembu yg bercakap ikut sedap keluar mulut.

Blog ini tidak bercakap kosong tanpa bukti.

Yang merah-merah itu adalah link. Letak tetikus kamu dimana2 yg ada tulisan merah dan klik. Lembab...lembab....itu pun nak kena ajar....

RBF Online said...

Pembetulan sikit....

Tuan blog ini bukan jenis spesis yg sama seperti rafizi lembu....

Anonymous said...

Bangang punye Anon 10

Anonymous said...

aku sedih tgk ada umat melayu yg singkat akal, pembohong bersiri, jumud dan bebal spt rafizi. Sentiasa nak mperdaya bangsa sendiri.

Anonymous said...

Anon 10..ko ni buta it ke..bangang macm adam adli

Anonymous said...

Kalau Finland maju sangat dan rakyatnya bahagia.. kenapa kadar bunuh dirinya antara tertinggi di Eropah.

Orang Finland banyak meneguk arak satu sebab sejuk dua sebab tekanan.

Cukai negara2 di Scandinavia adalah antara tertinggi di dunia. Cukai GST sahaja dekat 40% harga barang beb..

Anonymous said...

artikel terbaek dari bro RBF..tahniah bro..sepatutnya artikel ini di print out dan disebarkan biar semua rakyat malaysia terutamanya puak2 pembangkang baca atas katil sebelum tidur..biar terbuka sikit minda dorang ni..

Anonymous said...

silap la anu-ar cakap negara rosak,dia sendiri yg dah rosak cuba merosakkan negara.

Anonymous said...

Ingatkan si Rafizi ni bijak sangat, rupa rupa tak la sebijak yg disangkakan.

Anonymous said...

tahniah rbf-secukup rasa
sepanjang pemerhatian kepada blog ini saya dapati blog ini salah satu blog yang mampu mempengaruhi pembaca.hujah kemas-fakta cukup.buat homework b4 present.
teruskan berblog dengan hujah & fakta.

mae said...

tak payah link2 kalau fakta itu betul yg ko boleh cari sendiri. bodoh la ko ni atau malas, nak guna google pun tak tau. Link2 tu zaman dulu2. Kat universiti skrg student kena cari maklumat sendiri. Ko tak masuk U ke?

Anonymous said...

serius


aku malu la ada manusia macam rafizi.


rafizi tak habis2 menjemput KJ join PKR sejak debat pertama di london.

nampak sangat PKR desperate mahukan pemimpin yg berintelek.


Kalau rafizi profesional dia tidak akan membuat tawaran di depan umum. Ada caranya.


Sudah lah begitu, rafizi jugak beri fakta salah dan di patahkan oleh KJ secara live. Secara live beb.

Malu. Malu. Malu.




Bekas penyokong PKR.

Anonymous said...

KAH KAH KAH..

PENCACAI PR MEMANG TERBUKTI BODOH DAN BANGANG. BUKTINYA ANON 10:00PM TU..PATUT PUN KENA KENCING SEUMUR HIDUP..KAH KAH KAH

YB Raz said...

rafizi memang sah lahir dulu kenan lembu...bodol menyondol x tentu pasal..eeee kecik je aku tgk org tua ni..rasa nak lempang lempang jer..

Anonymous said...

Cakap pembangkang semuanya tak boleh pakai. Lembu pun jauh lebih tinggi nilainya daripada pembangkang. Lembu tahu membezakan antara jantan dan betina. Lembu jantan bergaduh dengan lembu jantan. Lembu jantan tak pernah meliwat lembu jantan.

Pembangkang di Malaysia memalukan. Banyak bercakap tapi tidak bernilai. Berpolitik sepanjang masa. Dalam mimpi pun agaknya mereka berbohong.

Pembangkang Malaysia tidak ada kelas.

MTK

Mr Amatt said...

rafizi ni... nampak fakta terus nak pakai... Apple to Apple mende kalu rakyat Finland 5juta je.....

Adi Kencana said...

Nampak sangat si Rafizi ni penipu...

KRONI – ANTARA NIK AZIZ DAN RAJA NONG CHIK. Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

kah kah.. apabila geng2 lembu umno bersidang... terhasilnya puji memuji sesama lembu.... semuanya baghal... antara fakta dan perasaan, tak reti nak urus... BODOH!

Anonymous said...

kah kah.. apabila geng2 babi pakatan rakyat beri komen... terhasilnya kerendahan IQ dan kebusukan hati.... semuanya baghal... antara fakta dan perasaan, tak reti nak urus, tak reti nak komen, taunye nak spiiiiiiin je..lagipun tak habis2 nak kantoi... BODOH!

Anonymous said...

tuan rbf,
ye sy menyokong tuan. smlm sy br habis baca buku jutawan senyap yg chef li buat tu. kesimpulan lps sy baca adalah : no wonder mat2/minah2 indon sanggup bergolok gadai harta dan nyawa nak dtg sini. sbb nak carik duit kat malaysia ni mudah yg amat bg diorg. itu pun da cukup membuktikan yg maha2sewel kat malaysia ni sebenarnya terlalu dimanjakan walhal kjaan dah sediakan terlalu byk peluang kat depa.

jentayu

Anonymous said...

Mantap artikel ni tuan RBF. saya dah forward pada kawan2 totok saya yang pekak badak buta tuli..tak mahu dengar fakta!

Anonymous said...

Purata rakyat finland bayar cukai tahun adalah termasuk mandatory insuran 29.8% bagi gaji antara 37,400Euro setahun. Manakala negara kita kurang dari 12%.

Anonymous said...

Bangang punya kj.nape ko debat hr tu?lain kali bg org yg bijak pandai lwn dgn rafizi lembu tu.kj x tau ape2.jwb pon pakai koboi jer.anak gampang

Anonymous said...

Meh nak tengok GDP Malaysia dan Finland secara perbandingan dengan graf. :) Bleh juga check sumber alam semulajadi kat Finland cam minyak dan gas :D Finland zero minyak dan gas. :)

http://www.indexmundi.com/g/g.aspx?v=66&c=fi&c=my&l=en

Anonymous said...

to 2.57 pm,

to growth rate lah bangang. compare lah GPD per capita in dollar value.

MoFaz AJ said...

Saya ada post comment ni di FB Rafizi, takde sapa counter lagi buat masa ni, tapi ada sorang bagi komen cakap debat PTPTN dah habis, tunggu debat Anwar-Najib pulak... dah terkantoi terus senyap... buat apa nak berdebat lagi kalau dah kantoi dalam debat ni Rafizi menipu rakyat?
Fakta dan perbandingan yang digunakan oleh saudara Rafizi tu kurang tepat. Jangan guna Finland sebagai perbandingan sebab rakyat Finland sekadar 5juta orang, sama macam Singapore je. Rakyat Malaysia ada 28juta dan lepasan SPM & STPM sahaja ada lebih setengah juta. Adakah Finland memberikan pendidikan percuma kepada sebegini ramai? TIDAK! jumlah pelajar universiti di Finland dalam satu-satu tahun sekitar 300,000 orang sedangkan kita ada berjuta.
Dan kenapa saudara Rafizi guna RM200,000 untuk perbandingan cukai pendapatan? kalau majoriti rakyat Malaysia dapat gaji RM200k, tak perlulah kerajaan beri subsidi, tak perlu PTPTN dan tak perlulah debat ni. Saya berpendapat memang wajar kerajaan mengenakan cukai yang tinggi pada orang yang lebih kaya. Tetapi, untuk perbandingan yang lebih jelas, gunakan pendapatan perkapita (GDP/PPP) sebagai purata dan rujukan cukai. PPP di Finland adalah €30,250 dan kadar cukai untuk nilai tersebut adalah 17.5%. Itu belum termasuk 'social security tax', dan VAT 23% untuk setiap barangan yang anda beli, barang makanan pun perlu bayar VAT 13% di Finland. PPP di Malaysia pula ialah RM49,000 dan cukai yang perlu dibayar berjumlah RM3205 atau hanya 6%. Jauh bezanya kan? Jangan lupa juga bahawa harga minyak di Finland ialah RM6.50 seliter, bermakna mereka membayar 120% tax untuk minyak! mengapa tak dinyatakan sekali dalam point-point debat tersebut? Bukankah ini membuktikan bahawa pendidikan percuma itu datang daripada cukai yang tinggi? Atau, adakah Rafizi setuju subsidi minyak dihapuskan dan digantikan dengan subsidi pendidikan tinggi? Tak boleh buat begitu sebab PR dah janji kalau mereka menang, harga minyak turun, so mereka kena tambah subsidi minyak, bukan melupuskannya.
Oh ya, saudara Rafizi juga mempertikaikan kenapa hanya 10% bayaran yang dikutip setakat ini. Jika pinjaman lebih RM50,000 diberikan kepada seorang pelajar untuk tempoh 4 tahun, tempoh bayaran semula pinjaman tersebut adalah sehingga 20 tahun. Maknanya, jumlah yang PTPTN belanjakan selama 4 tahun itu hanya akan dapat diperoleh semua selepas dibayar secara ansuran pada tahun ke 24...senang cakap, tempoh kutipan semula adalah lebih panjang daripada tempoh pembiayaan. Adakah Rafizi beranggapan pelajar perlu membayar semula RM50,000 itu sekaligus sebaik sahaja pelajar turun dari pentas selepas menerima ijazah?

Anonymous said...

rafizi lembu dah goyang takut kena libat kes nfc kerana bersubahat dengan staff public bank bocorkan akaun pelanggan..

eddievader said...

jika kamu wahai pencacai dap tak dapat terima perbandingan sebenar, jangan cuba untuk mula membandingkan apa jua isu selepas ini, keranan pakatan akan di telanjangkan secukupnya...

Anonymous said...

Suka sangat cakap sana rasuah sini keroni. Kepala butuh pun lembu tak hisap. Senyap pulak main sondol ja. Nak mintak link lah nak itu lah ini lah. Dah tunjuk Rafizi apa cita nak debat lagi. Tak yahlah belajar dulu lepastu masuk BN itu pun kalau diterima. Muka pun nampak macam penipu. Fakta dia korek dari bontot lembu kot.....

jijul0910 said...

http://www.taxrates.cc/html/finland-tax-rates.html .......nah ni link nak tgk tax kat finland.... siap blh cek tax negara lain lagi....lepas tu bandingkan dgn malaysia....ok ke x....nak lebih search kat google

Gampit said...

Rafizi kata: peruntukan pendidikan yg disalurkan bg pendidikan tggi oleh kerajaan Finland adalah lbh tggi dari kerajaan Malaysia..?
Betul kea..? Ya Betul..

Tp kita perlu lihat peruntukan krjaan bagi semua level iaitu dari peringkat rendah-menengah-tggi.. Why Rafizi hiding the overall facts?

Jawapannya di sini :

For Malaysia:
http://stats.uis.unesco.org/unesco/TableViewer/document.aspx?ReportId=120&IF_Language=eng&BR_Country=4580&BR_Region=40515

For Finland:
http://stats.uis.unesco.org/unesco/TableViewer/document.aspx?ReportId=120&IF_Language=eng&BR_Country=2460&BR_Region=40500

2009 - Mal (18.9%) vs Fin (12.1%)

Kesimpulan: PKR => Parti Kencing Rakyat..

Pembuka Selera said...

RAFPU (RAFIZI PENIPU)

Rafizi Ramli ni mmg penipu. Betul ke dia seorang akauntan yang bertauliah? Kepada semua yg menyokong Rafizi Ramli ni, berapa pasti awak dgn qualification yang dia ada? Siapa dia ni sebenarnya? Tengok resume dia pun dah ada kesangsian. Dia kata dia BEST STUDENT SPM 1994 kat MCKK. Tapi masalahnya best student menda dapat 7A1s, 3Cs??? Best student bukan patutnya STRAIGHT A1s ke? Takkan la keputusan student MCKK paling tinggi 7As je?? MCKK kot. Come on, fikir sejenak betul ke Rafizi ni.. Nampak benor penipunya...


Lepas tu nak dibuatkan cerita.. dia kata 7A1s dia adalah subjek Fizik, Kimia, Biology, Matematik, Matematik Tambahan, BM, English. Bagus betul budak ni.. tapi apa yg 3Cs? Saya agak la subjek yg dpt C mungkin Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam.. kesian.. patutla sibuk nak menhentam negara sendiri.. sanggup join Anwar Ibrahim.. rupanya sejarah negara sendiri dapat C.. kesian.. macam ni ke rupa bakal pemimpin PKR yang korang hamakkan? Pendidikan Islam pun C? Hmm lagi kesian.. pegangan agama tak berapa kuat tapi sibuk nak mencari kesalahan org dan menghentam demi kepentingan parti sendiri??? Rafizi.. berbalik la ke pangkal jalan...

Tambah lagi, nak dibuatkan cerita lagi best.. dalam resume dia yg boleh korang semua tengok kat link ni :

http://mymassa.blogspot.com/2012/02/panas-dokumen-bukti-pemimpin-rafizi.html

Dia kata dia best student for SPM 1994 utk beberapa kategori subjek.. mungkin ni utk pencapaian sekolah la, cikgu saja nak buang duit bagi sijil kat budak-budak ni.. mcm kat sekolah saya pun dulu ada.. tapi saya takde la dpt sbb saya mengaku ramai lagi yg pandai dari saya.. kalau awak semua tengok la kat resume tu.. dia kata dia best student utk subjek HISTORY, fizik dan BM. Kenapa saya bold kat HISTORY atau nama lainnya SEJARAH. Aik? Bukan ke saudara saudari tengok, dia kata sejarah dia kan dpt C? Takkan la dia best student utk subjek sejarah? Tak berapa cerdik budak-budak MCKK ni pasal sejarah? Teruk betul ni.. sampai Rafizi yg dapat C pun boleh dapat best student utk subjek ni?? Hebat hebat!! Sejarah aku A1, kalau aku masuk MCKK confirm aku dpt tewaskan Rafizi! Patutla Rafizi ni bebal sgt.. dia tak belajar mcm mana Malaysia capai kemerdekaan kot... terlalu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim.. org pembangkang ni.. kalau nak membangkang.. patutnya benda2 undang-undang dan sejarah la nak kena master.. ye tak? baru boleh nak hentam.. kalau sejarah pun kau dpt C.. hmm diamkan mulut saja la wahai Rafizi..

Mmg tak disangkalkan yang dia ni mmg pandai ckp dalam kata lain auta je lebih.. mmg menampakkan KJ seakan tewas di medan perdebatan TETAPI dari segi FAKTA mmg KJ menang 100%. Kelebihan Rafizi adalah pandai berkata-kata je tapi akal dia kurang cerdik atau bahasa kasarnya bongong dan tolol. Aku cakap mcm ni sbb aku dah kaji pasal dia ni.. aku pun suka benda-benda tak masuk akal mcm ni.. korang tengok la sendiri.. aku ckp berdasarkan dokumen yg aku nampak.. bukan aku ckp saja-saja.

Wallahualam~

Pembuka Selera said...

Haa satu lagi.. eh lupa pula bagi salam.. huhu

banyak lagi aku tau pasal Rafizi ni.. tapi rasa macam penat pula nak bgtau korang semua.. korang pun pandai2 la tengok resume dia pastu kaji sendiri.. Ni link dia :

http://mymassa.blogspot.com/2012/02/panas-dokumen-bukti-pemimpin-rafizi.html

Resume ni pun kira baru lagi.. sbb rafizi lahir 1977.. so skrg dia 35 tahun.. dia buat resume ni time dia 32.. 3 tahun lepas.. so kira baru lagi.. valid lagi.. Kalau korang malas nak kaji, jom aku tolong korang fahamkan penipuan si Rafizi ni dalam resume dia..
Dia kata dia grad dari Leeds University.
DIA kata 1st year : first class honours
DIA kata 2nd year : first class honours

TETAPI graduated with 2nd Class (LOWER)
Apa ceritanya ni.. kemain lagi 1st and 2nd year katanya first class honours.. KATANYA la.. aku ni tak berapa nak cerdik tapi benda yg nyata mcm ni tak payah nak nampak sgt nipunya la.. setahu aku la..

first class patutnya 3.5 keatas
second class upper 3.0 keatas
second class lower 2.5 keatas.

Macam mana 1st and 2nd year boleh kekal kan 3.5 pointernya tapi graduate tiba-tiba jatuh 2.5?? Rafizi buat menda kat sana ni.. apa yg menganggu fikiran dia sampai result teruk sgt? kalau aku bagi dia scholarship petronas, mesti la aku nak keputusan maintain sepanjang semester.. mcm mana org boleh panggil dia ni anak emas petronas aku pun tak faham.. aktif sgt join Anwar Ibrahim sampai teruk keputusan ye Rafizi.. NAMPAK sgt menipu Rafizi oi.. ckp je la kau tak berapa nak cerdik sebenarnya.. resume pun sapa je nak baca kan.. kalau orang nak amik kerja, dia tade sempat nak baca kau grad berapa2 semua.. sebab tu kau amik jalan mudah dgn menipukan resume.. betul ke tak betul? Kita serahkan pada Tuhan.. aku bercakap berdasarkan apa yg aku nampak.. bukan aku yg sendiri buat cerita.. kesian kat kau ni rafizi.. semoga Tuhan meredhai perbuatan kau.. inshaAllah Amin.

Melayu bertamadun said...

Rafizi Ramli sinonim dengan jawatannya iaitu PENGARAH STRATEGIK PKR. Sebagai seorang yang bertanggungjawab mengaturlangkah demi kepentingan parti itu sendiri, strategic planning adalah satu kemestian. Kalau dah kerjanya mengatur langkah, die mestilah kena pandai putar belit dengan agenda yang tersendiri supaya dapat menarik minat rakyat pada PKR dan untuk terus membenci kerajaan.
Rakyat bukan semuanya celik terpelajar dan intellectual..jadi pada mereka yang hanya menerima kenyataan tanpa membuat analisis terlebih dahulu, mereka inilah yang selalunya cepat terpedaya pada kenyataan-kenyataan yang diberikan dari pihak pembangkang.kesian pada mereka.. kesiann.. terpedaya pada tipu daya dan janji-janji kosong pihak pembangkang-(RAFIZI RAMLI).
Ternyata pada sesi debat ptptn yg lepas, rafizi banyak memperbodohkan dirinya dengan fakta-fakta yang tidak masuk akal! Ada ke patut rafizi bandingkan peruntukan university tempatan dengan university swasta (monash)..?? kalau ye pun nak putar belit, jangan la sampai begini sgt terserlah kebodohanmu cik rafizi..kata seorang yang pakar dalam ilmu hisab, tapi xkan la nak kira pun xpandai??
aduhaii rafizi...tolongla jgn malukan melayu dengan memporak- perandakan kaum sendiri!!org lain, kaum lain & org negara luar, senyum shja tgk melayu nk jatuhkan melayu sendiri.. slm..

demi bangsa dan negaraku-

Anonymous said...

Jambatan manek urai tu berbulan juga perbincangan dibuat baru proses pembinaan di jalankan.

bukan boleh main2 buat benda ni..untuk keselamatan. Struktur tanah, tanah mcm mana, air dalam tanah, tanah milik penduduk, pelan tu pelan ni, cerucuk berapa nk tanam, simen kena test, jambatan lama kena test juga..

pas senang.. sebulan je.. tup2 jadi mcm bazar tok guru, laluan sempit sampai kena gelar bazar berlaga jubor.. tup2 kena buang ruang niaga agar jadi luas..

pentadbiran yang bijak..!