Wednesday, May 9, 2012

Isu Air Selangor : Sungguh Memalukan Hingga Sultan Terpaksa Campurtangan


Tahun 1998 Lembah Klang pernah menghadapi isu air yang serius. Pelbagai langkah yang diambil kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut termasuklah mengswastakan perkhidmatan air di Selangor. 

Memandangkan saban hari bilangan penduduk semakin bertambah serta pembangunan yang semakin pesat dan bimbangkan masalah air akan berulang kembali yang tentunya akan menyusahkan rakyat dan membantut perkembangan ekonomi, maka kerajaan telah membuat beberapa persediaan awal untuk mengelak berlakunya krisis air.

Antaranya Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) di Hulu Langat .

Bagaimanapun projek itu kini tertangguh akibat dari permainan politik kerajaan PKR yang memerintah Selangor. Jika mereka terus bermain politik , maka pada tahun 2014 nanti sekali lagi akan berlaku krisis air di Selangor. Selanjutnya boleh dibaca di sini

Masalah air bukan sahaja bakal meyusahkan rakyat malah telah terdapat pelabur yang membatalkan pelaburan kerana tiada jaminan mereka akan mendapat bekalan air secukupnya selagi Loji Langat 2 tertangguh kerana mainan politik PKR. 

Setelah terlalu banyak mainan politik PKR, akhirnya hari ini Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Lihat di sini

Sungguh memalukan ! Nampak sangat MB tidak pandai mentadbir dan asyik berpolitik sepanjang masa sehingga memaksa Sultan terpaksa campur tangan.

7 comments:

Anonymous said...

Apabila semuanya dipolitikan yang menjadi mangsa ialah rakyat. Sebagai rakyat Selangor, sejak awal pemerintahan PKR, saya tidak ada keyakinan langsung keatas Khalid Ibrahim.Khalid lebih banyak mencipta kontroversi dari menjalankan tugas sebagai Ketua Eksekutif di Selangor. Kenyataan dan tindakan2kannya hanya mencerminkan betapa dia tiada kredibiliti dan tidak layak menjadi MB Selangor. Tidak ada satu pun idea Khalid yang boleh dibanggakan malah menampakan dia terlalu lemah.
Air adalah keperluan asas yang sepatutnya diberi keutamaan, bukan dipolitikan. Sebenarnya Khalid telah membuat kesilapan terlalu besar kerana mempolitikan air di Selangor. Majoriti rakyat Selangor akan menjadikan isu air untuk menjatuhkan rejim Khalid Ibrahim dan PKR.
Khalid Ibrahim mempolitikan air dan air jugalah yang akan menjadi salah satu punca kejatuhan Khalid Ibrahim.

MTK

Anonymous said...

sapa kata MB selangor x risau pasal air???? Dia banyak pikir pasal air tu yang jd bengong..dia pikir pasal air dia...pasal air boss penasihat ekonomi dia...air Assmin...air Eli..perghhhhhh..mcm2 air wooo..mana lar sempat nak pikir pasal masalah air rakyat...hehehehe

Anonymous said...

Dan ahli2 politik pakatan yang meleleh AIR liur sebab tak kayo2. Peluang terhidang depan mata tapi malu2 kucing...kalau dapat ngammmm

Anonymous said...

Kat meru dah berbulan2 ada masalah air. Siang ada, mlm takder. Hari sabtu ahad - siang mlm takder. Dr Rani buat tak jer. Kecewa betul, klu keperluan basic mcm ni pun kerajaan PKR selangor tak leh handle, mcm mna nak tadbir negara?

Anonymous said...

TO : MTK, May 9, 2012 9:19 AM

Kalau dia xlayak, nk soh dorg lantik ko ke jd MB ?

Anonymous said...

aku dari dulu duduk selangor..dari lahir sampai la anak 4 orang ni..

aku rase masalah air kt Selangor ni da lame..tapi dulu tak jadi isu sebab BN yang pegang..

sekarang pembangkang pegang sume nk tuduh cam-cam...

aku rasa la kan...kalau la..kalau....kalau la pembangkang menang kt Johor lk PRU kali ini, mau pembangkang kena tuduh macam-macam seperti jual air murah kt Singapore & beli balik dengan harga mahal..
yg ni korang tak nk cite..

yang aku tau, sekarang dapat gak air free..

korang yang bisign-bising n, xsuke dapat benda free ke ? masuk tandas bayar 30 sen pun da memekak & menyalak...

Anonymous said...

Aku dok kt s.alam ni dari bujang hinga da ade anak 3...
dulu memang la air kena byr, x smp pun Rm10 sebulan.
Skang ni da free, tapi...tapi...tapi kan...kalu slalu xde air baik takyah bagi free, aku bayar pun sanggup asal air x putus kat umah aku...asal ade je orang/family datang umah aku, bermalam mesti kering tank, ble check tank,air x masuk pun dalam tank, kena la tunggu setengah ari kalu nak mandi...malu la aku kat family yang datang dari jauh...