Friday, May 25, 2012

Jadikan Janji Manis PKR Di Selangor 2008 Sebagai Pengajaran

Kita semua masih ingat lagi bagaimana semasa giliran KJ menutup debatnya Selasa lepas beliau menempelak lawannya dengan membangkitkan pembohongan janji p/raya PKR Selangor.

Perkara yang ditempelak KJ itu sungguh memalukan,tambahan pula ianya disiarkan secara langsung di kaca tv.

Bagaimana PKR hendak menjanjikan pendidikan tinggi percuma sekiranya bantuan tadika yang dijanjikan pun tidak dilaksanakan. Begitulah lebih kurangnya tempelakan KJ terhadap PKR.

Tempelakan KJ itu telah membuatkan PKR tersentak. Kemungkinan besar antara pemimpin atasan PKR dan MB Selangor telah bermesyuarat malam itu juga bagi membincangkan perkara berkenaan.

Ini kerana pada keesokan harinya,iaitu pada hari (Rabu), Kerajaan Selangor telah mengumumkan mereka akan mula beri bantuan untuk pendidikan tadika RM 50 bermula Julai 2012. Berita berkenaan disiarkan akhbar semalam (khamis).

Mengikut laman blog selangordaily.com keputusan untuk memberi wang tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan terpaksa. Tiada dalam rancangan mereka sebenarnya untuk memberi wang itu. Namun ianya dilakukan kerana terpaksa setelah dimalukan oleh KJ. Juga untuk menjadi modal politik mereka menjelang PRU akan datang. Kononnya mereka komited pada janji dan rakyat Malaysia harus percaya pada segala janji mereka dalam buku oren.

Kenapa dikatakan ianya dilakukan tergesa-gesa dan terpaksa ?

Tergesa-gesa untuk menutup malu.

Terpaksa pula kerana nak tunjuk mereka tunai janji.

Tapi kenapa pula dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM 1500 sebulan ?

Sedangkan dalam manifesto yang dijanjikan pada PRU 2008 tidak dinyatakan terhad kepada keluarga yang pendapatannya bawah RM 1500 sahaja.

Disini kita sudah boleh baca game politik mereka. Ianya tidak dilaksanakan dengan ikhlas sepertimana yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU 2008. Hanya untuk perkara itu tercatit dan mereka boleh pukul canang seluruh dunia yang mereka kerajaan kebajikan terbaik di planet bumi.

Jika kerajaan Khalid Ibrahim ikhlas nak bantu rakyat sepertimana yang diwar-warkan hasil negeri untuk rakyat, merakyatkan ekonomi Selangor, dan kerajaan kebajikan mereka perlu laksanakan seperti dibawah untuk bantuan yuran tadika.

Bayar RM 50 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke pra sekolah bermula dari Mac 2008 hingga Jun 2012.

Budak yang berada di tadika pada tahun 2008 sdekarang dah darjah 4. Mereka layak dapat tunggakan untuk tahun 2008.

Sebab PKR dan PAS berjanji sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan mereka akan beri bantuan. Mereka bentuk kerajaan Mac 2008.

Rakan-rakan sekalian,inilah yang dikatakan lidah tidak bertulang. Nak tabur janji atau nak cakap apa sahaja semua orang boleh cakap dan semua orang boleh janji. Tapi untuk mengotakannya ? Huh.....

Beberapa hari lepas ada seorang pembaca hantar komen. Katanya bercakap memang senang tapi nak buat bukan benda senang. Contohnya seseorang berkata "sedapnya makan sup kepala keretapi". Tapi bila sup kepala keretapi benar-benar berada depan mata siapa yang sanggup makan ?

Begitulah dengan PKR di Selangor,waktu mereka berjanji tahun 2008 mereka sendiri pun tak sangka akan menang. Sebab itu mereka main janji sesuka hati.

Tapi apabila dah menang, mereka sendiri pun tak mampu laksanakan apa yang mereka sendiri janjikan.

Orang yang suka berjanji indah-indah adalah orang yang penipu.
Contoh dah banyak berlaku di sekeliling kita.

Orang yang kendalikan skim cepat kaya. Mereka datang kepada kita minta kita labur RM 2000 nanti akan dapat pulangan RM 3000 sebulan. Maka terpesonalah kita. Tamak punya pasal RM 4000 yang kita lapur dengan harapan sebulan boleh dapat RM 6000.

Akhirnya bukan duit yang hilang, dengan tauke-taukenya lesap. Siapa yang rugi ? Kita juga....

Kes keldai dadah. Lelaki negro datang Malaysia atau kenal dalam internet tawar yang bukan-bukan yang boleh buat kita gelap mata dengan tawaran itu. Kerana terpesona dengan tawaran menarik tanpa berfikir panjang terus terima tawaran. Akhirnya kantoi bawa dadah.

Itu padahnya orang yang suka percaya kepada janji-janji manis. Janji manis adalah pembohongan semuanya.

Kita kena pegang satu perkara sahaja. Dalam kehidupan ini tidak ada benda yang mudah atau jalan singkat. Bukan senang nak senang...

Orang yang jujur dan ikhlas mereka tak janji bukan-bukan. Mereka berjanji mengikut kemampuan. Boleh mereka akan kata boleh. Tak boleh mereka akan kata tak boleh.

Contoh, anda ada duit RM 2 juta dan anda pergi ke bank untuk masuk ke simpanan tetap. Bank kata mereka hanya boleh beri keuntungan 2.5%.

Cuba anda bawa duit 2 juta pergi jumpa tauke skim cepat kaya. Nescaya dia akan janjikan pulangan beratus-ratus persen. Dapat 2 juta terus dia lesap. Tapi bank walaupun dapat berpuluh juta dia tetap disitu dan pulangan anda terjamin.

Begitulah juga bezanya BN dan pembangkang. Yang boleh BN akan kata boleh. Yang tak mereka tetap kata tak boleh. Walau orang tak suka macamana sekali pun yang tak boleh mereka tetap kata tak boleh.

Alhamdullilah sudah lebih 50 tahun BN berjaya membangunkan negara ini dengan begitu baik. Ada lebih kerajaan kongsi dengan rakyat. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


Psstttt.....Maaflah kalau saya mengomel panjang sangat. Dalam penerbangan 3 jam, tiada benda yang nak dibuat. Maka terhasillah tulisan ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 comments:

Anonymous said...

hj rbf pergi terbang ke mane?

Anonymous said...

AKU HENSEM

SECOND

Anonymous said...

pada aku kau tak mengomel.kau bagi contoh perbandingan & perumpaan yang jelas & mudah difahami.
orang yang gila kuasa sanggup janji apa sahaja untuk nak dapat kuasa.

NurulNafisa said...

Anak aku lahir tahun 2009, beralamat di Shah Alam. Datang Survey tahun 2009 jugak, kononnya menunaikan janji pilihanraya setiap anak yang lahir di Selangor akan dapat RM100. Okeylah..Rezki anak la.Tapi yang paling bangang bila duit RM100 anak aku akan dapat pada usia 18 tahun.... Bayangkan 2009 + 18 Tahun = 2027 itu pun kalau Pak Khatan Rakyat masih jadi gomen... Apa punya jahanam punya janji daaaa...

Anonymous said...

jangan teruja sgt nak dpt rm50 bermula julai ni. Kalau PRU jatuh bulan jun, macam mana? Pakatan haram x menang pulak di selangor, putih mata la lg rakyat selangor.

Anonymous said...

abis kes aku macamana? anak aku masuk tadika lepas PRU12. dok tadika 2 tahun..aku bayarla sorang2...la ni dah masuk SRK...tu duit yuran RM50/bulan tu boleh claim balik tak?

Anonymous said...

hoi penipu

xda pun ckppun bawah 1500..gaji aku 1600...penipu punya pakatan...

aku nak tarik balik undi aku 2008 boleh tak.. agak2 kalu bawak mahkamah aku buleh menang tak ??

aku nak mahkamah declare keputusan prn selangor 2008 tak sah ... skrg jugak aku tuntut bubar dun SELANGOR

Anonymous said...

Kekalahan Cybertrooper PRO UMNO

Semuanya bermula bila KJ merasakan beliau adalah panglima Terbaik mengepelai serangan Baru.

Umum mengetahui Pemuda BN selama ini tidur sejak PM berusaha mengerakkan segala jentera baru lah nak bangun.

Bila melihat sokongan kuat Rakyat kpd BN maka berlumba2 lah PEMIMPIN UMNO melaungkan aku lah Yang terbaik.

Perlu dingat serangan psywar sudah bermula lama sebelum pemuda Bangun Tidur lagi.Malah terima lah hakikat blogger2 PRO lah yg membangkit sebahagian kekuatan bukan semua (takut ek pulak).

KJ pula seperti biada nak tunjuk hebat la

TETAPI PENDEBATAN TEMPOHARI MERANAPKAN SEGALA2NYA SERANGAN HEBAT DARI PKR MEMUSNAHKAN BUKAN SAHAJA KJ TETAPI PM DATUK SERI NAJIB.

Sudah sampai masanya KJ FOKUS pada gerakkerja kemenangan bukan nak jadi calon atau angkat diri aku lah ketua pemuda UMNO harapan bangsa.

Pemuda UMNO perlu ingat blogger mereka bukannya hebat sangat ...tak percaya pi la kat video utube media UMNO

MENGAPA PM NAJIB MERAIKAN HARI BESAR UMNO 66 TAHUN DISLIKE LEBIH BANYAK DARI LIKE...PUIII TIDUR SEMUA.

Sekurang2nya blogger pro UMNO yg bermula taNpa duit lebih mulia ....apa2 hal

Blogger-Blogger PRO UMNO perlu bergerak seperti dahulu bersemangat WAJA

KITA LAWAN HABIS-HABISAN bergerak ALA komandO
:SERANGAN HENDAP:............................

mama carrie said...

Anon 10:14.

hape ke mende yg kau merapu ni?? aku xxx faham langsung. sekali bace bunyinye mcm keluhan sore loser je...

2 kali bace, mcm rintihan org meghoyan pulak... gilah makan jamu, atau air ubat periok, atau pun air parit longkang sebelum ghoyan kau melarat.....

kesian kat kau!!!

Anonymous said...

KALAU MENGOMEL PUN, INI MENGOMEL YANG BAIK..HARAP2 PENCACAI2 DEGIL PAKATAN DENGAR BETUL2 DAN FIKIR BAIK2..

Anonymous said...

salah satu manisfesto pr di kedah adalah nak hapuskan cas parking di alor setar.

apa yg jadi :

lebih kurang 2 bulan lps menang. ykt lama yang uruskan parking diberhetikan. semua meter parking di alor setar dicabut. jadi semua parking sekitar alor setar adalah free. waktu ni penyokong pr pakat tepuk tangan dan menjaja cerita betapa bagusnya kerajaan pr.

tapi sebulan lps tu semua meter parking dipacak balik dengan meter baru. tender parking dibuka semula. sekarang semua tempat parking adalah berbayar. asal ada ruang kosong walaupun tepi longkang akan dibuat petak dan kena bayar. bayaran pulak adalah lebih tinggi daripada masa kerajaan BN. zaman BN hr jumaat & sabtu parking free. sekarang kena bayar.

sempoi tak kerajaan pr kelentong org alor setar?

silent killer in de house said...

ak plak x taw sgt pasl negeri2 bwh paktan 2
sebb ak dok johor
ak tkut gile kalu johor jatuh

tp 2la
ak pon x phm
dorg perjuangkn islam
tp islam ade ajr eh
x puas ati je
demo, merusuh, terbalikkn kete, belasah org
ak x pasti dorg ni nmpk ke x sume 2

ke memg dorg nk sgt wat benda2 tu sume?

bile nk PRU 13 je
sume isu berbangkt
gile la
ak nek muak gile da

ak hrap sgtla rakyat malaysia terbukk minda dorg

manifesto lepas pon x tunai lg
ni nk janji mcm2

isu yg kt selangor pon x tertunai
lgkn nk mansuhkn ptptn

membe ak
die ckp say no to ptptn
thanks FAMA

ak bals balik
ak x mampu macm ko
senyap terus die

C3PO said...

Janji sampi ke bulan bintang, tapi tak dapat pape. Lebih membencikan lagi, nampak sangat debate KJ Rafizi membohong.

Rafizi bagi fakta main cakap ikut suka.

KJ balas balik, Rafizi cerita benda lain.

mana pergi janji pakatan yang kononnya nak bagi pelbagai benda percuma?

diam je kan?

isu pasir selangor? apsal PR x cakap pape?

banyak lagi isu pembohong Rafizi tu buat.

Kalau orang PR bijak, dia kaji satu persatu hujah Rafizi.

Lagi pembongak, masa dia dok cite pasal NFC.

Hujah dia kelaut, dengan bukti yang direkayasa atas kehendak nafsu sendiri.

Orang pakatan dok angguk percaya.

Bodoh.

C3PO said...

Janji sampi ke bulan bintang, tapi tak dapat pape. Lebih membencikan lagi, nampak sangat debate KJ Rafizi membohong.

Rafizi bagi fakta main cakap ikut suka.

KJ balas balik, Rafizi cerita benda lain.

mana pergi janji pakatan yang kononnya nak bagi pelbagai benda percuma?

diam je kan?

isu pasir selangor? apsal PR x cakap pape?

banyak lagi isu pembohong Rafizi tu buat.

Kalau orang PR bijak, dia kaji satu persatu hujah Rafizi.

Lagi pembongak, masa dia dok cite pasal NFC.

Hujah dia kelaut, dengan bukti yang direkayasa atas kehendak nafsu sendiri.

Orang pakatan dok angguk percaya.

Bodoh.

chewbacca said...

mengarut lah baru nak bagi duit... pas ni kata nak bagi uni percuma? lepas 5 tahun rasa aku, baru dia letak batu asas agaknya. mengarut mengarut...