Tuesday, May 29, 2012

Lebuh Raya Husam Musa Sebuah Hikayat Dongeng Menjelang PRU


Dua tiga minggu ini Pas Kelantan sedang kalut mencanang berita yang mereka akan membina lebuh raya sepanjang 73km dari Kota Bharu ke Kuala Krai dengan kos RM 1.9 bilion. L/raya itu kelak tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol.

Majlis pecah tanah untuk pembinaan tersebut telah pun dilakukan semalam oleh MB Kelantan. Manakala orang yang memainkan peranan penting disebalik pembinaan tersebut tidak lain tidak bukan adalah Husam bin Musa.

Kebiasaannya projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Husam, Insyallah ianya tidak akan ke mana. Hanya gah pada nama dan pelancarannya sahaja sepertimana projeknya yang lepas-lepas.

  • Projek kambing jamnapari
  • Projek Kelantan Koridor Depu
  • Dinar emas Kelantan
  • Bazar Tok Guru
  • Skim takaful warga emas Kelantan
Daripada tahun 1990 hingga tahun 2012 sudah tidak terbilang berapakah pengumuman projek-projek besar yang Pas hendak laksanakan di Kelantan tetapi itu hanya sekadar pengumuman dan pelancaran sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Adalah lebih baik Kerajaan Pas Kelantan cucikan dulu najis-najis lama terlebih dahulu sebelum buat najis baru.

Berikut adalah antara senarai janji-janji Kerajaan Pas Kelantan yang dinyatakan sendiri oleh pemimpin Pas Kelantan.

  • Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
  • Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
  • Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
  • Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
  • Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
  • Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
  • Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
  • Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
  • Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
  •   
Rakyat Kelantan lebih tahu dan lebih arif adakah projek-projek tersebut wujud pada hari ini ?

Salah satu kegagalan projek Pas yang boleh dijadikan contoh terbaik untuk projek lebuh raya Husam Musa adalah Projek Pembangunan Bandar Baru Pengkalan Kubor. 

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan umum untuk membangunkan pekan Pengkalan Kubor yang terletak bersempadan dengan Thailand sebagai sebuah bandar baru. Penduduk setempat sungguh gembira dan teruja dengan pengumuman tersebut.

Tahun 1996 juga satu MOU telah ditandatangan antara Kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut. Antara janji kerajaan Pas untuk projek berkenaan adalah membina sebuah Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4000 unit rumah, kawasan perindustrian , pasar borong, masjid dan institusi pengajian tinggi. 

Borang tawaran membeli rumah yang akan dibina dikawasan tersebut diedarkan merata tempat dan berebut-rebut penduduk membelinya dengan harga RM 1. 

Akhirnya sampai ke hari ini jangan kata bandar baru yang siap dibina, piling sebatang pun tiada. Itulah Pas sebuah parti yang pandai berjanji. Sanggup mereka memberi harapan yang menggunung kepada orang kampung, kemudian mereka tak laksanakan. 
Bandar baru kebanggaan kerajaan Pas Kelantan
Itu satu contoh , ada lagi satu contoh penipuan Pas yang terang dan nyata....

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan umum akan bina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Palekbang yang terletak dalam daerah Tumpat ke Kampung Cina di Kota Bharu. KDYMM Sultan Kelantan telah dijemput untuk meletak batu asas pembinaan jambatan tersebut. Baginda sanggup mencemar duli untuk turun padang bagi meletak batu asas tersebut. 

Kini 16 tahun telah berlalu batu asas jadi tempat lembu makan, jambatan tak nampak bayang. Satu penghinaan kepada Sultan Kelantan. Baginda dijemput untuk meletak batu asas dan akhirnya tempat yang diletak batu asas menjadi tempat lembu makan. 

Jika tiada aral melintang kawasan batu asas tersebut akan menjadi kubur untuk kebumikan Pas dalam PRU akan datang dan batu asas itu akan ditukar menjadi batu nisan Pas. 

Untuk pengetahuan pembaca , sepanjang pemerintahan Pas sejak tahun 1990 sudah tiga jambatan yang merentasi Sungai Kelantan dibina oleh kerajaan persekutuan. Dua telah siap dan satu lagi dalam pembinaan.

Jambatan Pasir Mas ke Salor -  mula dibina dizaman pemerintahan BN dan siap dizaman pemerintahan Pas. 

Jambatan Tendong ke Wakaf Che Yeh - dibina di zaman Pas dan siap di zaman Pas.

Jambatan kedua Sultan Yahya Petra - sekarang dalam pembinaan di zaman Pas dan Insyallah akan siap dizaman BN tidak berapa lama lagi.

Semasa kempen pilihanraya kecil Manik Urai , Tan Sri Muhyiddin Yasin berjanji dengan penduduk Kampung Manik Urai Lama, sekiranya BN menang dalam PRK tersebut kerajaan pusat akan membina sebuah jambatan yang menghubungkan kampung berkenaan dengan Manik Urai Baru.

Ketika itu jambatan yang menghubungkan kedua kampung tersebut hanya boleh dilalui sehala pada satu-satu masa. Keputusan p/raya menyaksikan BN tewas dengan 65 undi. Jika diikutkan apa yang dijanjikan oleh TPM, kerajaan pusat tidak perlu membina jambatan tersebut kerana BN kalah. Akan tetapi kerana mengenangkan ramai penduduk kampung berkenaan yang mengharapkan jambatan itu dibina maka kerajaan pusat dengan rela hati membina sebuah jambatan di kawasan tersebut. Kini ianya dalam pembinaan. 

Mampukah, bolehkah , berjayakah Pas nak buat lebuhraya berbilion-bilion dengan duit mereka sendiri dan sumbangan orang ramai ?


 Masa umum nak bina l/raya katanya akan dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Pas (lihat keratan akhbar diatas). Hari ini pula lain jadinya. Minta derma dari orang ramai atas nama wakaf.....

Kalau BN yang buat begitu gerenti mereka akan kata BN tekan rakyat, tindas rakyat, itu tangungjawab kerajaan dan bla....bla...bla...bla.... Tapi bila mereka buat guna nama wakaf.....

Kalau Umno rasuah dan kalau mereka pula sedekah jariah. Itulah Pas......

Kalau dah hebat sangat dan boleh buat lebuhraya percuma tanpa tol , teruskanlah percumanya tanpa perlu sibuk nak minta sedekah dari orang ramai.

Contoh mudah dan ringkas....

Kerajaan Pusat bagi RM 600 juta untuk mereka mengatasi masalah air di Kelantan, sampai hari ini pun mereka tak mampu untuk urus dan selesaikan masalah air sedangkan wang telah ada. Lagi nak bercakap pasal nak bina lebuh raya berbilion-bilion yang duit pun belum tahu dimana....

Mei tahun lepas dengan penuh bangga dan gahnya Nik Aziz umumkan kerajaan Pas Kelantan akan bina sebuah Stadium Islam di Pasir Puteh. Kini setelah setahun berlalu apa yang jadi ? Difahamkan sebatang cerucuk pun tak masuk lagi....

Jadi anggaplah projek lebuhraya Husam Musa tidak lebih dari sebuah cerita dongeng untuk menghadapi PRU tidak lama lagi. Dan juga sebagai menambah koleksi najis-najis janji Pas di Kelantan. Sebelum BN masukkan dalam manifesto PRU , dia potong awal-awal untuk buat terlebih dahulu. Sebab itu awal bulan umum hujung bulan pecah tanah.

Sedikit hari lagi mereka umum pula kita tak boleh teruskan pembinaan l/raya ini kerana kerajaan pusat enggan bayar royalti minyak.

Jambatan sedia ada (sehala) yang menghubungkan Manik Urai Lama dengan Manik Urai Baru
Jambatan baru dalam pembinaan bersebelahan jambatan lama bagi membolehkan pergerakan kenderaan dua hala
Mercu tanda apakah itu yang berada dalam semak samun ?
Ini bukan ladang rakyat Pas
Inilah batu asas projek jambatan Pas yang diletakkan 16 tahun dulu dan dalam PRU akan datang Insyaallah batu asas ini akan bertukar menjadi batu nisan Pas di Kelantan.

54 comments:

Anonymous said...

parok nise pade gulo trik ni

Anonymous said...

Wow RM1.9 billion. Kalau sorang penyokong bagi RM100 kena ada 19 juta penyokong PAS dermakan duit ni. Rakyat Malaysia ada 30 juta. Penyokong PAS ada ratusan ribu ja. Mana Husam nk cari duit ni. Ikut kiraan matematik pun tak logik. Esok ni tengok la duit kutipan derma tu akan jadi duit kempen pelihanraya. Tak caya tengok la.

Anonymous said...

Ingat pas ingat berhala buddha.itu je yang laju dibina.besar plak tu

Anonymous said...

Rakyat kelate dah lali dgn upacara pecah tanah..! lebuh raya rakyat ? percuma ekk ? best nyerrr percuma...pahtuu pahtuu senggaraan pun percuma juge ekk ? best nyerr ..percuma semua! soalan nya sampai bila nak Free ??

Anonymous said...

stadium baru kelantan ape cerita?

kawanlama said...

Kita ambil iktibar dari salafussoleh. Sebelum minta wakaf dan derma dari rakyat, pemimpin-pemimpin harus infaqkan harta mereka dahulu. Saya terdengar ada pemimpin PAS Kelantan mempunyai akaun RM60 juta atas nama .... di Pulau Pinang!

Anonymous said...

awal bulan umum..hujung bulan pecah tanah!.giler hebat..
projek besar2 mcm ni selalunya akan timbul isu tanah dn alam sekitar..yg tu dh selesaikn ke?
projek kecik buat jambatan ngan stadium pn tak lepas..mcm mana rakyat kelantan nak percaya yg ni!!

Anak Lenggong said...

Setakat buat janji main air liur boleh laa..tapi perlaksanaan nya tarakk..sama saperti apa yang dijanjikan oleh kerajaan selangor sampai sekarang tak tertunai..malah harta kerajaan negeri dikikisnya..sekarang ni dah dekat pilihanraya ..banyak janji ditaburkan..cuma melayu PAS dan PKR sahaja yang bangang..rela membiarkan diri ditipu oleh pemimpin mereka..

Anonymous said...

pas boleh buat semua ni. logik la

cuba tengok macam mana dia boleh dapat:

penduduk kelantan - 3 juta
penduduk kelantan di KL - 500 000
jumlah 3.5 juta

setiap seorang sumbang 1000
dah ada 35 000 000 000
dah cukup

he
he
he

lepas ni boleh husam lantik
1. kontraktor
2. plan jambatan
3. pentaksir ganti rugi ( rasanya tak payah bayar satu sen pun sebab dia orang sayanngkan nik ajis... masa bincangtu letakkan gambar nik ajis... tag line - tak bau syurga...
4. kerja-kerja teknikal awal.
5. majlis pelancaran rasmi... tag line - sumbangan pas ke arah kesejahteraan kelantan


..
he he he
macam nak buat longkang aja


Plan B
1. minta sumbangan orang ramai

tak dapat sambutan
- minta kerajaan pusat

kerajaan pusat tak bagi

dah ada satu lagi modal pilihan raya
- kerajaan pusat zalim
- mana pergi wang rakyat

Anonymous said...

alasan..royalti minyak rendah diterima dari persekutuan..tak akan kerajaan kelantan bergantung kepada sumber royalti seratus peratus??
x de sumber kewangan dari lain ke..x kan x de duit masuk dari sumber industri pelancongan, pembuatan, etc.

Anonymous said...

apa yg gua nmpak PAS ni dok bg beban je kat rakyat kelantan.. janji nafsu dh mcm tu la...agama pun x ajaq becakap ikut nafsu tp pemimpin2 PAS semuanya leh halal je pkara yg mungkar..PAS..PAS..gi mapoh la mu...

lakloh said...

gua ingat gambar last tu adalah nisan husam musa, rupanya tokong nik ajis

Anak Lenggong said...

Tak payah la janji nak buat itu nak buat ini..buat dulu masjid untuk rakyat kelantan..ni tak ..dah lebih 20 tahun memerintah cuma satu masjid je yang kerajaan negeri kelantan bina..

Serban Merah said...

Macam ni aku pun boleh janji menang PRU13 semua rakyat Kelantan kecil besar abang adik, akan dapat wang terima kasih satu juta satu orang.

Semua otomatik jadi jutawan. Hidup goyang kaki.

Tak payah seusah kerja cari makan.

Semua tanggung beres.

Kalau orang tanya mana dapat duit.

Aku jampi daun kering, balik taruh bawah bantal bangun pagi daun kering akan bertukar jadi kepingan-kepingan emas.

Hebat-hebat. Sekarang ni semuanya main jampi sahaja.

Aku pun belajar dari Tok Guru Mursyid PAS juga.

Anonymous said...

LEbuhraya TAK NAK membazir, bukan ada pembangunan dan pekerjaan buat Rakyat Kelante, Rakyat Kelantan lagi bersyukur kalau duit bikin Hway ni boleh buat rawatan Air BERSIH.

KATAKAN TIDAK KEPADA HWAY..KATAKAN YA PADA AIR BERSIH.

Anonymous said...

terbaik lah RBF, suka betul saya baca artikel anda!

Anonymous said...

Laporan terbaik mengenai Lebuhraya Rakyat Kelantan. Tahniah.

Anonymous said...

Bila PAS niatkan projek2 pembangunan untuk negeri/rakyat Kelantan, menda2 tuh sume hanyalah bersifat sementara, duniawi semata2.

Penyokong2 PAS akan menikmati menda2 yg lebih hebat dari itu sume di sinun nanti yg kekal abby abadi selama2nya.

Air paip berkarat AKAN bertukar jadik champagne lazat tapi tak memabukkan.

Jambatan konkrit AKAN diganti ngan jambatan emas padu.

Jalanraya bitumen hitam AKAN dijadikkan jalan permata berkilauan.

Bandar yg penuh kekotoran asap kenderaan & najis manusia AKAN disediakan bandar baru menandingi Jannatul Firdaus.

Sume nih milik penyokong2 PAS dunia & akhirat dan AKAN diberikan segala2nya pada mereka dalam waktu yang sangat hampir lagi terdekat.
Begitulah ikrar Tok Budu pemegang kunci Sorge PAS!

Anonymous said...

highway to heaven beb! Dah nak dpt tiket ke syurga bila pangkah PAS, kena la ada highway.... Kedua-duanya tak perlu dlm bentuk fizikal, tak nampak kat dunia ni pun takpa, nanti kat syurga PAS boleh nampak sumua tu. Terbaik RBF.

Anonymous said...

pas nak cari dana pru la bro hahahaha

Anonymous said...

Ada satu lagi kegagalan pas pimpinan pok nik, Projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai..

Molek kita pakat2 edit gambar, di Kuala Krai kita letak projek Pelabuhan Darat, di KB kite letak batu nesan PAS iaitu gertak Plekbe..

Come dah..

Anonymous said...

Kaorang tengok nama Kontraktor yg nk bina Lebuh Raya Huse tu..

Menta Const..

Menta dalam loghat kelantan, bermaksud Sebentar/Sekejap/Jangka Pendek (masa).

Projek ni sekejap saja, letak batu asas, lepas tu blah.

Note : Stadium tu sepatut pecah batu asas bulan Mac 2012 (sebab masa tu ada ura2 PRU 13 pada bulan Nov 2011.

Mohd Taib Kamin said...

Kesian sungguh rakyat Kelantan. Asyik kene tipu hidup2 oleh PAS. rampas tanah rakyat dan tukar nama Ladang rakyat. Rakyat tak dapat apa2 sebaliknya tauke dari luar yang hidup kaya raya dan rakyat terus jadi papa kedana.

Isu air di Kelantan sampai hari ini tak boleh nak selesaikan.

Hari ini timbul gimik baru - Lebuhraya Rakyat.

Sampai bila rakyat Kelantan mahu membiarkan diri mereka ditipu?

Anonymous said...

Pasa oghe2 Klate bijok bena la Pork Nik buleh jadik MB lebih duopuloh taun....!

Anonymous said...

apa nak kecoh kecoh, rakyat kelantan tak perlukan duniawi, takat doa aje dah cukup bagi mereka...siang malam siang malam syurga neraka aje si kelantanese ni tahu...bab pemimpin PAS, hanya tahu makan gaji buta dan tambah bini...hampir semua pemimpin PAS berbini 2 dan perasuah agama dan seks....tanya le MAT JILAT SABU.

Anonymous said...

Rasanya ramai yang sudah datang ke Melaka untuk berehat, melancung atau urusan kerja...

Kami di sini berbangga sungguh dengan LEBUHRAYA AMJ. Lebuhraya yang dibina melintasi negeri Melaka dari Simpang Empat sehinggalah ke Muar. Jumlah keseluruhan lebuhraya ini melebihi 90km.

Tetapi sejak pembinaan bermula dari 2004 sehingga selesai projek pada 2008 dengan kos RM500 juta,juga tiada dikenakan kutipan tol.

Jika mahu dikecohkan tentang lebuhraya tanpa tol, negeri MELAKA sudah lama ke hadapan jika dibandingkan dengan Kelantan. Kos pun tidak sebanyak kos lebuhraya di Kelantan ini.

Sepanjang pembinaan Lebuhraya AMJ, tiada pula ianya jadi satu isu politik yang dijadikan satu kelebihan ketika PRU. Yang penting bagi kami rakyat Melaka dan juga yang tinggal di kawasan utara Johor, lebuhraya ini adalah satu hadiah BN kepada rakyat yang memerlukan perjalanan yang selesa.

Terimakasih kami kepada DS Mohd Ali Rustam atas anugerah ini.

Anonymous said...

Alaaaa..paham paham la..PAS kan kaki kutip derma..tu jer yg dia orang tau..nak pakai duit nak pilihan raya jer tu..Lepas dapat duit tu...ONE for U,One for me,TWO for u,THREE for me laaa..nak bagi2 la tu..Peduli apa dengan janji...yg penting PILIHAN RAYA...RAYA sakan la puak puak PAS..Parti Islam haprak..

Anonymous said...

kalu tak derma bukan PAS la namanya..
dgr ceramah pun kena huluq duit...patutnya kerajaan bantu rakyat..nih rakyat bantu kerajaan...

myi said...

Terbaik RBF. Rakyat klate bangga gila dan sayang abis kat guru mereka ni selama lebih 20th mendidik hidup zuhud, mereka redho hidup zuhud(bukan miskin spt kita sangka). xperlu ade sistim paip air dan xkisah kalau terpaksa minum air bumi asli sbb ini semua dh takdir, kena terima. Lagi pun zaman NAbi Nabi dulu mana ade sistim paip air atau jembatan atau highway.

Anonymous said...

Air ntah kemana...
Hudud ntah kemana...
Janji PRU 2008 ntah kemana...
Janji Lebuhraye Huse pulak dah...
Parking naik
Tepi stadium tpt tak pernah ada parking, kena bayar dah sebab ramai tgk bola..

Bila dalam ceramah pemimpin PAS termasuk artis2 yg kononnya berhijrah masuk PAS sebab nk glamor, kutipan derma kurang..

Sampai ceramah Nik Aziz sendiri kurang dengan amat ketara kehadirannya..

Kalu sampai PAS terpaksa guna duit Penerangan Negeri untuk buat banner "ke PutraJaya"..

Itu maknanya PAS dah nazak..

Anonymous said...

Tak payah H.Way 2 ni Tok Guru .Sejak dibawah pemerintahan Tok Guru rakyat hidup mewah .Makan mudah , buah-buah kayu pun jenoh. Terasa sejukkk aja dibawah payung pemerintahan tok guru terutamanya musim tengkujuh . Jadi tak payah buat H.way ni. Cukup apa yang ada. Nak pulak harap sedekah rakyat . Malu Tok Guru. Tak ada dalam sejarah kerajaan minta sedekah ni.

Anonymous said...

HWAAAAHAAAHAHAAHAHAHAHHAHAHAAAA...

LAWAK! LAWAK! PAS NDAK URUS AIR PUN TAK RETI! NI NAK BUAT HIGHWAY PULAK!!

ADEIIII..

Anonymous said...

Hujung May ini, project akan bermula dengan menarah laluan yang diselaputi hutan tebal. Selepas balak disapu licin baru start buat laluan berperingkat-peringkat pada kawasan tanah yang tak perlu diambil dari rakyat untuk elak bayar gantirugi. Rakyat diseru bermurah hati, beri tanah pada kerajaan, sebagai balasan ke Syurga atau mendapat balasan pahala. Bila dekat piliharaya, akan jadi alasan project lambat siap kerana BN tak beri wang royalty minyak. Project tertangguh kerana wang yang di dermakan rakyat tak cukup. Silap2 kalau tak kawal dengan betul, wang ini akan jadi macam 'Derma Memali'. Akhirnya kalau PAS masih memerintah Kelantan, 10 ~20thn lagi baru siap sepenuhnya.

RD

Anonymous said...

Kekadang ksian jugak..kes dadah paling tinggi rogol sumbang mahram kemiskinan paling tinggi dan mcam macam lagi...dalam serambi mekah kununnya..kerajaan kelantan x mkn rasuah ke??betul ke..asik dok hentam org diri sendiri terlondeh kain..mana janji janji pada rakyat klantan...aku rakyat kelate

anamas said...

Nampaknya cerita Husam nak buat lebuhraya sama lah macam cerita dongeng Hang Tuah masa pi minang puteri gunung ledang....minta air mata 7 tempayan, hati nyamuk 7 tempayan juga, darah anak raja dan jambatan emas dan perak dari istana sampai ke puncak gunung ledang. Akhirnya Sultan tak mampu nak tunai permintaan puteri gunung ledang lalu terbatallah urusan pinangan itu...dalam kata lain TAK JADI KENYATAAN. KHAYALAN SEMATA2...Inilah yang akan jadi kepada lebuhraya yang dia janjikan itu....hehhehhheeeh...cerita dongeng PAS dari dulu sampai la tak pernah berubah.Bab pembohong nombor satu....

Anonymous said...

buat signboard je ..tak caya tengok 10 tahun akan datang....jadi bahan sejarah Pas...

Anonymous said...

Wah hebat tol la tajuk ni, puak PAS tak berani komen langsung. Bagi la komen sikit, bagi bukti-bukti kukuh kemajuan Kelantan yang tak disedari oleh rakyat....

Anonymous said...

Mana komen juak juak pas....hahaha....sedekah wakaf sedekah wakaf...duit masyuk duit masuk kena songlap...hidup2 kena tipu...tu pun baik...jugak...hahaha

Anonymous said...

mereka buat gimik majlis pecah tanah sebelum lancarkan tabung pecah amanah..

Anonymous said...

PAS = PARTI ACAH SAHAJA.
Parti Islam yang menipu rakyat

Anonymous said...

Diorang ni bukan nak buat lebuhraya, nak buat baju raya kot, plan awal bulan, hujung bulan terus kira jadik! usahkan buat jambatan, buat jamban pun belum tentu mampu kerajaan kelantan nak buat....

Anonymous said...

PAS hanya bolih buat jamban segera!

Anonymous said...

Suruh rafizi buat kira kira gerenti boleh settle punya hahaha

Anonymous said...

"Sedikit hari lagi mereka umum pula kita tak boleh teruskan pembinaan l/raya ini kerana kerajaan pusat enggan bayar royalti minyak"

aku rasa statement rbf ni akan jadi kenyataan...

Anonymous said...

Membina 'Hiway' bukan macam tukang karut dalam dikir barat jaa...macam2 boleh buat.Dah ada ke kontraktor2 atau konsortium yang sanggup membina lebuhraya rakyat.... sepanjang 73km tuuu (bukan 73meter). Bila nak mula... tempoh siap kerja bila? 1 tahun, 10 tahun atau 100 tahun??? Jurukur Bahan dah buat 'estimate' ke?? Pengambilan tanahnya macamana, rampas saja ke? Jurutera2 perunding dah dilantik ke?? Kami bukan pakar...tapi pakar membetulkan perkara2 yang tak masuk akal....

hangkedee said...

Dari atas sehingga kini semua kutuk PORK ni tak habis habis apa jadahnya pork nik nak buat jambatan mas mo tak suko celako ...celako ...celako.Hak set kelate kecek kalte nak jadi lembu Dapig apo mo nak kato...

Anonymous said...

Kalau dah siap nanti..yang kutuk-kutuk ni jangan lah pulak malu-malu kucing nak guna jalan tu... Insyallah semua boleh ambil manfaat.

Anonymous said...

confirm jadi macam tabung memali ni...

Anonymous said...

Soh JADI punyo!! Sebab Huse besunggoh bena nok buat l/rayo nih. Kalu tak silap 2007/2008 dulu ada cadange kerajae pusat nak buat,pasa sien ko oghe klatea balik rayo kena tido dlm kereta (seakan2 masa flight ke Mekah & transit Bakok 5jam,).Tambahan pulak YAB Denan MB Pahang da stat bekki jalan baru sapai Merapoh. Tapi konsultan royat kos asal dok dlm 1.2b jah.Konsultan mana pulok yg tambah 700juta tu. Aku setakat 3 amah bulehla bui ketabung l/rayo Huse ni atas semangat anok klatea diperantauan,tu pung begatung utong nego bundel aku kat nilai3 nih.Sien jugak ko Huse nya dok suko ko Ppatah..

Johan said...

Ada pengkritik mengatakan kutipan derma itu semacam kutipan tol sebelum guna... bila dah siap jalan raya itu kutipan derma jugalah diguna pakai dengan pelbagai alasan... itu pun jika siap jalan raya itu....

Anonymous said...

Mu tok napok ko..
Signboart atau billboard besar2 cecah riban2 tu projek jugak tu..

Masuk poket jugak tu bro..
Ore pas kata 'sejuk kelih billbord lebuh raya ada gambar nik aziz'.

Sejuk2 juga duit masuk poket tu..

Anonymous said...

Sekarang Majlis pecah tanah diikuti Besok2 Majlis pecah Amanah.

Ingat derma Wakaf L/Raya
- Ingat Tabong Jihat
- Ingat Tabong Mamali
- Ingat Saham kohilal yang Kohilang.

Anonymous said...

isu nak buat lebuh raya KB - K Krai adalah kesilapan besar PAS ianya isu yg akan makan tuan dlm PRU 13. Rasanya ore Kelate doh serik kena belawok PAS. Ambo nak tanya mana mustahak air dengan lebuh raya ?

Tolanglah PAS selesai dulu masalah air ore Kelate. Rekod terbukti setelah 23 tahun memerintah masalah air pun semakin teruk. Apa hal pulak nak buat lebur raya

Anonymous said...

aku asalnya pengikut dan penyokong kuat pas. rumah aku pun tak jauh dari rumah MB kelantan. aku pun kaum kerabat MB dan sorang dua wakil rakyat pas. fahaman pas tertanam di benak aku sejak dari alam persekolahan. pernah jadi tukang kutip derma pas. tapi itu cerita dulu. aku cari makan di luar negeri kelantan dah 12 tahun. aku ikuti perkembangan politik, siang dan malam. lepas aku sedar akan segala pembohongan dan pengkhianatan terhadap rakyat kelantan keseluruhan, maka AKU PASTI PANGKAH BN dalam PRU13 ini dan mengharapkan BN mengubah masalah-masalah yang berlarutan selama 23 tahun. sungguh, aku tidak mahu pemimpin yang pandai bercakap dan menabur janji sahaja, tapi amat lemah untuk urustadbir negeri. pada PRU 2008 dulu nyaris-nyaris bertukar kerajaan. kepada rakyat kelantan yang membaca siri pendedahan di dalam blog ini, berfikirlah dengan fikiran yang jernih dan terbuka. ramai rakyat kelantan kini sudah sedar. jangan takut untuk berubah. orang kelantan lebih matang berpolitik. terima kasih untuk tuan blog.