Sunday, May 27, 2012

Niat Khalid Nak Malukan Noh,Akhirnya Dia Yang Disekolahkan Noh

Sepanjang 4 tahun Khalid Ibrahim memegang jawatan MB Selangor sudah beberapa kali dia kantoi berbohong.

Daripada pembohongannya menunaikan janji PRU 2008 hinggalah kepada pembohongan yang menggunakan nama Sultan.

Bagi puak-puak itu sedikit pun mereka tidak pernah merasa bersalah atau malu apabila kantoi berbohong.

Dalam parti mereka, daripada sekecil-kecil ahli sehinggalah ke sebesar-besar pangkat, semuanya tidak pernah rasa malu untuk berbohong.

Sebab apa mereka tak malu berbohong ? Sebab ianya sudah menjadi amalan mereka. Itu rutin tetap atau makanan harian mereka.

Manusia jenis Khalid Ibrahim adalah manusia yang bodoh sombong.

Cuba anda ingat kembali kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor satu masa dulu.

Undang-undang dah terang dan jelas bahawa kuasa perlantikan adalah kuasa persekutuan. Tapi dia tetap berkeras juga mengatakan dia ada kuasa untuk lantik.

Berapa lama perkara itu ding...dong...ding...dong....sampai lumat Datuk Khusrin dikerjakan puak-puak PKR,PAS dan DAP.

Oleh kerana sikap bodoh sombong yang tebal dalam dirinya dia panggil pula sidang Dun khas untuk pinda undang-undang tubuh negeri.

Dia tahu yang kerajaannya tidak ada majoriti 2/3 dalam Dun dan usulnya itu tidak akan berjaya.

Tetapi dia tetap berkeras nak adakan juga. Akhirnya apa jadi ? Semuanya sia-sia,masuk angin keluar asap. Kalau bukan bodoh sombong apa yang kita boleh panggil ? Bodoh piang ?

Begitu juga dalam isu Loji Langat 2 sekarang ini.

Beberapa hari lepas Datuk Noh keluar kenyataan yang mengatakan rizab air terawat sekarang ini berada di paras kritikal.

Kemudian dia tempelak Datuk Noh dengan mengatakan air di Selangor masih banyak lagi dan Lembah Klang tidak akan hadapi krisis air dalam masa setahun dua ini.

Keesokan hari Datuk Noh sekolahkan dia balik. Datuk Noh bercakap pasal air yang dirawat. Khalid pula bercakap pasal air yang masih kotor di empangan.

Sekarang ini masalah di Selangor adalah masalah loji untuk merawat air sebelum dibekalkan kepada pengguna. Yang kerajaan pusat sedang berlawan dengan kerajaan Khalid sekarang adalah tentang pembinaan LOJI di Hulu Langat untuk merawat air. Kerajaan pusat bukan bercakap pasal EMPANGAN.

Bila Datuk Noh cabar dia minum air di empangan yang masih belum dirawat, dia pusing cerita pula suruh Datuk Noh jangan sibuk hal air dan jaga kementerian sendiri.

Dah malu lah tu....

MB apa kalau air terawat dengan air yang belum dirawat pun tak tahu ?

Dia nak perleceh Datuk Noh sebagai Menteri Pertanian kononnya tak tahu apa pasal air dan dia sebagai MB lebih tahu.

Sekarang siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh ?

Dia ingat nak tunjuk cerdik ,rupanya kebodohan yang terserlah.

Kerana sikap keras kepala dan bodoh sombong Khalid,percayalah satu hari nanti kita semua akan menghadapi masalah air di Lembah Klang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments:

Anonymous said...

kembong perut khalid minum air sungai..hehehe,...hujan dan banjir jadi kayu ukur betapa murah dan kaya serta banyaknya air di Selangor ini......hebat....pakar eko nie....!

Anonymous said...

aaaku..mmmmemmmmmaang...bbboodoooh
taaak pppuaaas aaati kerr.

HAHAHAHAHAHAHA

A.K.U said...

ni nama dia BODOH tak dapat diajar... CERDIK tak dapat diikut.. terlebih gula gamaknye dia nih

Meow Bergaya said...

Sebab tu MB Selangor cepat2 cari alternatif utk menghadapi sekiranya berlaku kekurangan bekalan air bersih di Selangor. Pada dia senang saja mengatasi masaalah tu, apa nak panik!

Loji rawatan yg dibina DAP atas persetujuan MB Selangor tumbuh macam cendawan musim hujan di Selangor, dan rakyat disajikan dgn air semulajadi - AIR LENDIR.

Anonymous said...

khalid minum mineral water. mana dia amik pot pasal air2 terawat ni semua.

Anonymous said...

nanti kalau air terawat tak cukup dia tuduh umno la puncanya. apa nak susah sgt..

Anonymous said...

Beberapa bulan selepas menjadi MB Selangor, Khalid Ibrahim telah menunjukan tanda2 jelas bahawa dia akan gagal mentadbir Selangor. Selepas 4 tahun menjadi MB Selangor Khalid terbukti Khalid Ibrahim GAGAL. Terlalu banyak permasaalahan yang ada di Selangor hari ini. Segala2nya berpunca dari ketidak cekapan Khalid Ibrahim mengurus negeri Selangor. Itu belum lagi dibangkitkan janji2 PRU12 yang tidak ditunaikan. Yang kelihatan berkembang pesat ialah rumah2 urut di Selangor yang melebihi 4000 buah ( yang berlesen). Sampah sarap yang tidak terurus juga adalah 'sumbangan' besar Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor. Ini ditambah burukan dengan kadar demam denggi yang meningkat.

Nampaknya Selangor 'pesat' membangunkan perkara2 negatif yang merugikan rakyat Selangor srndiri.

Sebenarnya Tidak sukar untuk membuat penilaian terhadap kegagalan Khalid Ibrahim. Jika dia gagal sebagai ahli perniagaan yang hanya bertanggungjawab keatas sebuah organisasi, bagaimana kita boleh menharapkan dia berjaya mentadbir sebuah negeri seperti Selangor?

Khalid Ibrahim dari 'tokoh' korpearat hari ini menjadi seorang KEPARAT.

MTK

Anonymous said...

Bila lagi rakyat selangor nk jadi macam kitaorang di kelantan..

Guna air dari parit tepi sawah, air sungai Golok pun kita guna juga..

Tapi selangor negeri terkaya..

Emm...