Tuesday, May 22, 2012

Polis Pencen dan Artis Menopause Masuk Pas Satu Tamparan Kepada Kerajaan BN ?


Seorang pembaca menghantar komen mengenai kemasukan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS.

Katanya,
man tapah said...
akhir2 ini orang yang pencen atau berhenti dari kerajaan masuk parti pembangkang semakin menjadi2.sebelum ini bekas menteri kabinet, kadir sheikh fadzir.semalam bekas pengarah jsj bukit aman.hari ini bekas pegaumcara negara pula bersama anwar.golongan artis yang masuk pembangkang juga semakin meningkat.
kalau rbf boleh ulas sikit mengenai perkara ini dan puncanya ?

May 22, 2012 7:13 PM
Benar.....sejak akhir-akhir ini Pas sering mencanangkan beberapa orang yang pernah ada nama sebelum ini menyertai mereka. Pas sambut mereka dan Pas canang seperti bulan jatuh ke riba. Pas juga guna kesempatan itu untuk mencanangkan berita kononnya Umno semakin tidak relevan kerana mereka-mereka memilih Pas. Biarkan Pas terus syok sendiri. Kita layan ja....

Berhubung tindakan Datuk Fauzi masuk Pas. Pas puja dan puji Datuk Fauzi kerana tidak takut dan tidak gentar untuk menyertai Pas. Berprinsip, teguh pendirian dan bla...bla...bla...bla....pujian yang diberikan.

Kita tak perlu hairan atau risau dengan perkembangan tersebut. Orang yang dah pencen masuk Pas apa kita nak hairan ? Kalaulah Datuk Fauzi itu masih Pengarah JSJ dan letak jawatan 24 jam untuk menyertai Pas , itu barulah satu tamparan yang hebat kepada kerajaan.

Dah pencen bertahun-tahun dan wang pencen gerenti masuk setiap bulan baru nak sertai Pas, tak peliklah....

Jika hari ini Datuk Khalid Abu Bakar atau Datuk Bakri Zinin letak jawatan dan masuk Pas , barulah kita boleh rasa pelik.

Cerita seorang bekas pegawai besar polis nak masuk Pas dah kedengaran sejak tahun lepas lagi, tapi bulan Mei 2012 baru masuk. Kenapa perlu tunggu berbulan-bulan ? Kenapa dari tahun lepas lagi tak masuk ?

Tidak mustahil cerita mula dicanang sejak tahun lepas sebagai ugutan atau acah-acah supaya ada orang pergi pujuk dan beri apa yang dia mahu. Bila tiada yang memujuk atau tidak dapat apa yang dikehendaki , maka masuklah dia ke dalam Pas.

Isu bab artis masuk Pas pula....

Siapa artis yang masuk Pas ? Yang Pas julang setakat ini Bob Lokman dan Aishah....

Bila dah puas teguk arak ,dah tak laku, badan pun jadi macam tong drum, baru mereka-mereka ini kenal islam. Oleh kerana baru kenal islam , dah tak tahu nak beza pula antara islam yang sebenar dengan parti politik yang guna nama islam. Lalu masuklah Pas kononnya untuk mendekati islam.

Setakat Aishah dan Bob Lokman masuk Pas apa kita nak pelik atau hairan ? Kalaulah Aishah yang ada hari ini Aishah yang sedang popular dengan lagu janji manis mu dulu masuk Pas, boleh kita hairan atau pelik.

Sekarang masuk Pas kutuk Shahrizat Jalil. Dulu dia pergi jumpa Shahrizat mengadu nasib dia ibu tunggal dan bla...bla....bla.... Lalu Shahrizat pun minta KSU kementeriannya pertimbangkan supaya jika ada peluang-peluang persembahan di majlis-majlis yang melibatkan Kementerian Wanita agar diberikan kepada Aishah kerana nak menolongnya sebagai ibu tunggal. Dalam masa setahun dua, ratusan ribu telah dibayar kepada Aishah oleh Kementerian Wanita untuk persembahannya. Sekarang masuk Pas pergi kutuk Shahrizat dan BN pula. Lagi nak bercakap pasal islam ke ?

Oleh yang demikian kita tak perlu hairan atau pelik dengan artis-artis yang dah menopause masuk Pas. Kalau hari ini Siti Nurhaliza atau Rosyam Noor ke yang masuk Pas barulah kita boleh rasa pelik atau pun satu tamparan yang hebat kepada kita. 

Biarkan Pas terus syok sendirian..... 

28 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Cayalah Bro. Artist monopause, hehehe..

Setakat ketua2 polis, lebih ramai yang sokong kerajaan dan bercakap isu-isu yang menyokong kerajaan. Ada yang sanggup disaman jutaan ringgit. Kita tak sebok pun..Bagaimana dengan pegawai tertinggi tentera? Dia ada satu kita ada berpuluh.

Saya layang jugalah...

Anonymous said...

Bro RBF, bagi aku kalau pihak belah sana nak kutuk....kita lawan balik dengan fakta....tak perlulah kita menceritakan balik kisah2 silam depa yang mungkin akan menjatuhkan maruah. Sekadar pandangan.

Anonymous said...

Ini website bekas pegawai askar. Layari dan hayati sikap dan semangat mereka :
www.saffanskot22.com

Anonymous said...

Ini lah TAUBAT NASUHA...namanya, bila dah pernah berGELOMANG DENGAN MAKSIAT & NODA SEMASA MUDA @GLAMOOR ?? Baru Insaf!! Maka tercari2lah pakatan yang boleh mensucikan Noda dan Dosa2 Lampau !!!

Anonymous said...

Jangan dijadikan ALAT @Keldai POLITIK sudahlah...itulah Promo murahan PAS!!!

Anonymous said...

Bro RBF,pada pendapat saya biarlah mereka mereka tu masuk PAS,PKR atau DAP sebab itu adalah hak mereka.Kalau mereka nak memburukkan kerajaan yang sedia ada pun biarkanlah.Tak jadi masaalah pun..lagipun mereka2 semua tu masing2 sibuk nak masuk 'syurga' kerana kerajaan BN selama ini bagaikan 'neraka' buat mereka..
kita semua boleh nilaikan sendiri orang orang yang macam ini..

Anonymous said...

Anon 10:36

Apa yg RBF nyatakan pun, sekadar pandangan beliau.. Aku pun tak boleh nk tolak pandangan 'buruk' beliau pd 'kisah silam' artis2 dan insan2 tersebut. Sebab apa yang insan2 dan artis2 ni buat sekarang (memburukkan kerajaan) adalah dgn menjaja cerita lama dan aib orang. Tidak ada pun yang tampil atas pentas, menyatakan fakta dan bukti. Semua cerita2 yang kita boleh dengar di kedai kopi, ulas sdri.. Aku pun boleh buat mcm2 cerita pasal Fuckatan..tapi tu la, beza kami dengan korang.. Fuckatan adalah pihak mula2 main Politik Melondeh..dok canang buruk dan aib orang lain..

begrateful said...

Dahshatnya bekas polis ni.... Dia bekas polis, tak kan langsong tak dak semangat polis. Baru saja polis kena maki hamun depa panggil anjing. Tak terasa ka? Walau pun polis pencen ikutnya masih anjing pencen la.

Anonymous said...

Agaknya Hadi mohon maaf tak kat Fauzi kerana gelaran hanjing tu ....

Anonymous said...

Rasanya kalau Zarina Anjoulie masuk PAS, gerenti lebih gempak ....

Anonymous said...

Kalau dok dgn umnongok lg rugi, umno bagi duit bayar kat lawyer tapi hampa pi balas kat hampa. hampa ingat lawyer bodoh macam mamat pemuda kampar tu ka? hampa main dengan lawyer hampa silap banyak la. ajk bahagian umno yang tak sekolah tu boleh la hampa dok pekena.

Anonymous said...

bagi pandangan saya.Kalau betul-betul insaf pergi lah cari ustaz ke dan belajar agama betul-betul ,jangan terlibat lagi dgn hiburan.Ini macam sama je siap ada hiburan islam.Saya nak tanya sikit lah.dalam islam ada hiburan ke ,kalau ada ustaz kat sini tolong bagi jawapan

Anonymous said...

Pandangan sy klu depa dh insaf n nk belajar agama elok le belajar dgn org2 tabligh sb aku sgt teruja dgn org2 tabligh ni,mereka berckp dgn penuh kasih sayang,x pernah pun nk kutuk sesiapa pun,mereka ikut cara nabi berdakwah,itulah bezanya antara pas n tabligh

Anonymous said...

banyak yg dulunya setan pun takut tengok depa sebab setan pun tak macam depa. setan lari bila jumpa depa. hari ini baru kenai Islam depa dok kutuk orang kut2 dosa lama bolih terhapus. belajar dulu baru nak ceramah.

Adi Kencana said...

PAS dah tandus isu, org mcm ni masuk parti pun boleh jadi headline utama!!

SKANDAL SEKS NURUL IZZAH DAN TIAN CHUA - SENJATA RPK MAKAN TUAN! Baca di sini.

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Rahsia kenapa PAS nak roboh jugak surau kat kedah tu dah ada dlm kepala otak aku..siap la wahai pemimpin PAS kedah..

Anonymous said...

ALAAA ANON MAY 22 10:36PM

YANG MASUK PAS TU PUN JAJA KISAH SILAM JUGAK BUKAN? ADA DEPA BAGI FAKTA? TAKDE KAN?

Anonymous said...

masuk pas sbb mau jd adun dan ahli parlimen.

Anonymous said...

kahkahkah kalau tak dengki bukan org umno namanya.orang nak baik pun tak boleh. korang ni memang yahudi melayu. ada ulat dalam hati. berapa sen sangat lah , blogger2 umno ni dapat bayaran tak berbaloi kalau kena masuk neraka, insaflah.

Anak Lenggong said...

Biasa la tu ..masa tengah keje dan laku dipuja dan dihormati orang, bila dah tua dan dah pencen ni..semuanya dah ilang..so terasa pulak nak jadi saperti dahulu. Mereka tau penyokong PAS semuanya bangang dan pak angguk je..so bila mereka yang dulu ada nama joint group mereka udah tentu lah mereka ni akan disanjung oleh Lobai PAS yang cuma tau menangguk dan mengikut telunjuk ketuanya..

KALAU KERAP PI JUAL AIR LIUR DALAM CERAMAH DITEPI LONGKANG UDAH TENTU KOCEK PUN MASYUKKK...

Anonymous said...

Bahasa ko pun dah menunjukkan hasil ajaran pas ko. jijik.

Anonymous said...

bahasa dan hati ko pun dah melambangkan ajaran pas. kesian.

poyo said...

alhamdulillah.baguslah tu.bertambah ahli PAS.

Anonymous said...

Dulu bila Hasan Ali masuk PAS bukan main mereka pukul canang jugak. Tapi apa yang Hasan Ali perjuangkan akidah umat Islam tidak dapat sokongan padu daripada pemimpin PAS pusat. Dr Hasan Ali kena tendang tanpa alasan munasabah. Dah banyak keluar cerita buruk tentang parasit dalam PAS. Hakikatnya menjelang PRU 13 PAS bukan lagi pilihan ramai. PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas anti Islam. Ceramah PAS tidak lagi dapt sambutan ramai seperti sebelum PRU 2008.

Anonymous said...

PAS = Parti Angkat Sampah

Pegawai kerjaan yang dah pencen .. dah tak ada kuasa lagi .. cakap pun dah tak laku .. maka Pas lah tempat yang sesuai baginya.


Artis yang dah tak boleh cari makan sebagai artis lagi .. dah tak laku .. dah tak ada sapa nak ambil berlakun .. dah tak ada sapa nak minta rakam lagu .. maka Pas lah tempat yang sesuai baginya.

So jangan kita duk rasa pelik lah .. bila depa dah jadi sampah .. depa ingat Pas lah yang boleh tolong depa .. tolong bersihkan segala dosa mosa yang pernah mereka buat semasa sedang berkuasa ataun popular. Duniaaaaa .....

Anonymous said...

ARTIS ATAU SIAPA2 SAJA YANG NAK BERTAUBAT YANG AFDAL BUAT SENYAP2 JER SEBAB ALLAH MAHA TAHU DAN MAHA MENDENGAR.

TAK PAYAH NAK CANANG MASUK PAS. PAS TU PARTI POLITIK. TAK TAHULAH KALU DH KENE TARBIAH KALU MASUK PAS BOLEH HAPUS DOSA.

LAGI PUN ADA KER UMNO KERAH ATAU PAKSA KAMU SEMUA JADI ARTIS??? JAHAT ATAU BAIK PILIHAN KAMU SENDIRI..MALULAH MUKA NAK TUDUH ATAU TUNDING JARI PD SIAPA2.

DAH TAK LAKU MEROYAN.

Anonymous said...

makhluk tidak boleh mengampunkan dos kita melainkan ALLAH sahaja. Jangan kita canang ayat2 memfitnah spt itu...ditakuti kita bukan shj memfitnah individu tersebut ttp juga seolah2 menyamakan ISLAM dgn agama2 lain .. gunalah iman sblm berkata2..wallahua'lam

Anonymous said...

artis elok juga masuk PAS sebab boleh berjuang untuk agama...tapi MESTI dan WAJIB cari ilmu2 fardhu ain dan ilmu asas islam yang lain pada masa yg sama. Dah elok lah tu..boleh mengajak masykt berfikir. kalau depa boleh buat konsert lompat2 kita tak kata apa..apsal bila depa msk PAS kita bising...bukan ke itu satu perubahan baik???