Thursday, May 3, 2012

Skandal Azmin: Blogger-Blogger Pro BN Jadi Kambing Hitam

Sudah menjadi kezaliman PKR, PAS dan DAP jika apa-apa yang buruk terjadi kepada mereka maka muncung senapang akan dihala kepada Umno. Amalan lazim itu dipratikkan sekali lagi oleh Azmin dua hari lepas apabila gambar-gambar skandal moralnya tersebar. Blogger-blogger pro BN juga tidak terlepas menjadi mangsa tuduhan Azmin dan PKR.

Bila sebut bab skandal terbaru Azmin, masyarakat akan terus teringatkan blogger Papa Gomo, House PK , MPP , dan ramai lagi yang lain. Tetapi masyarakat tidak mengetahui bahawa rakan-rakan saya tersebut sebenarnya menjadi alat atau kambing hitam kepada PKR. 

Kenapa saya kata begitu ? Nanti saya terangkan.....

Dalam politik yang boleh bunuh kita hanya dua.

1) Musuh politik kita

2) Kawan / orang kita sendiri.

Pertarungan musuh lawan musuh masih boleh ditandingi dan amat-amat jarang musuh mendedahkan pekung busuk kita atau dipanggil kes moral . Ini kerana amat jarang bagi musuh mengetahui hal-hal sedemikian. 

Manakala kawan lawan kawan cukup merbahaya. Ini kerana kebiasaannya kawan-kawan kita yang tahu pekung busuk kita. Sebabnya kita sering berhati-hati dengan musuh dan menjaga gerak geri kita agar tidak diketahui musuh. Tetapi apabila dengan kawan kita atau orang-orang kita maka kita akan berkata "ah takpe ini orang kita, ini kawan kita".

Banyak kes-kes yang melibatkan moral tidak kira dari parti mana sekali pun kebanyakkan datang dari orang yang rapat atau sekeliling individu yang menjadi mangsa pendedahan.

Contoh yang jelas boleh dilihat dalam kes Anwar Ibrahim. Sejak kes liwat Azizan tahun 1998 kepada kes liwat Saiful tahun 2008 sehinggalah kepada kes skandal video, semuanya didedahkan oleh orang sekelilingnya. 

Orang yang dedahkan kes liwat tahun 1998, bukannya musuh politik Anwar ketika itu seperti Mat Sabu, Karpal Singh, Kit Siang atau pembangkang yang lain. Yang mendedahkannya adalah orang yang berada dalam linkungan Anwar ketika itu, Umi Hafilda dan Azizan sendiri. Kini disambung oleh Nallakaruppan, Ezam dan ramai lagi. Semuanya orang keliling Anwar sendiri.

Begitu juga kes gambar Elizabeth Wong satu masa dulu. Siapa musuh yang mampu masuk kedalam rumahnya untuk merakam gambar berkenaan jika bukan orang yang rapat dengannya sendiri yang lakukannya ?

Kes Badrulamin,orang yang rapat dengan wanita berkenaan iaitu suaminya yang tahu tentang hubungan isterinya dengan Badrul. Kalau musuh yang tahu , dah lama perkara itu terbongkar. Belum sempat kena tangkap khalwat dah kecoh satu dunia. 

Begitu juga dalam kes Mat Sabu dengan Normah dalam bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu. Siapa musuh yang boleh tahu Normah akan ke bilik Mat Sabu ? melainkan orang-orang keliling Normah atau keliling Mat Sabu sendiri. 

Dalam hal Azmin Ali, siapa musuh yang mampu masuk ke rumah berkenaan untuk memasang kamera ? 

Mohon syurga ke ?
Semalam saya berjumpa dengan Kickdefella. Sebagai seorang yang berkecimpung dalam industri perfileman beliau tahu hal-hal berkenaan gambar, kamera dan video. Saya tanyakan dia berhubung gambar Azmin yang sedang tersebar sekarang. 

Katanya, gambar tersebut bukannya dirakam CCTV kerana mempunyai 3 sudut yang berbeza. Satu sudut di pintu masuk. Satu sudut di depan sofa dan satu sudut lagi di belakang sofa. Katanya CCTV tidak mampu untuk merakam dari sudut-sudut yang begitu. Dan jika ada CCTV Azmin Ali pasti akan sedar kewujudan CCTV berkenaan.

Menurut Kickdefella, kemungkinan besar dan beliau mengesyaki rakaman dilakukan menggunakan spy camera yang saiznya lebih kurang sebesar butang baju, tanpa wayar. Jika mengikut sudut dari gambar-gambar yang tersiar ianya menunjuk tiga kamera digunakan. Maksudnya ada tiga kamera yang dipasang dalam rumah berkenaan berdasarkan kepada gambar-gambar yang tersebar sekarang. Manakala untuk rakaman di dalam tandas 1 kamera digunakan.

Kamera mungkin dipasang di celah lampu, bingkai gambar, bunga hiasan dan tempat-tempat tersembunyi lain yang tidak disangka oleh suspek. Maknanya ia memerlukan kerja yang teliti supaya suspek tidak boleh mengesan kewujudan kamera pengintip berkenaan. 

Apabila perlu dilakukan dengan teliti maksudnya bukan benda mudah untuk pasang kamera berkenaan dan ianya memerlukan kerjasama tuan rumah. Jadi kesimpulannya boleh dikatakan 99.9 % perempuan yang dalam gambar tersebut memberi kerjasama kepada pemasang kamera samada dalam rumah atau dalam tandas. Perempuan dalam gambar berkenaan juga kelihatan sudah tahu di sudut mana dia patut beraksi supaya mudah dirakam kamera.

Sebab itu jika dilihat kepada gambar yang di dalam tandas bahagian muka perempuan (jarak dekat)  dikaburkan. Maknanya sudah ada MOU antara perakam dengan perempuan berkenaan.

Kamera juga dipasang ke arah jam untuk dijadikan bukti kukuh. Gambar pertama yang menunjukkan Azmin masuk jam di dinding jam 11 . Manakala gambar keempat sewaktu Azmin nak keluar menunjukkan jam 11.45.

Ini sekali lagi membuktikan orang yang rapat dengan individu berkenaan sahaja yang mampu mendedahkan pekung busuk individu itu. Musuh tak mampu untuk masuk ke rumah itu nak pasang 3 kamera dengan begitu teliti. 

Dalam kes ini saya yakin 100 % apa yang terjadi ke atas Azmin adalah permainan politik sesama PKR. Maklumlah pilihanraya dah dekat. Azmin pula ramai musuh. Dalam DAP ramai yang tak suka dia, dalam PAS pun sama dan dalam PKR lagi ramai. Apatah lagi di Selangor.

Cuma yang tak betulnya apabila pertarungan sesama mereka untuk mencantas sesama sendiri , Umno dan blogger-blogger pro BN yang menjadi mangsa.

Suka tak suka yang sebenarnya ramai blogger-blogger pro BN termasuk saya sendiri telah menjadi alat kepada PKR. Kerana kita yang menjadi tukang panjangkan cerita. Mereka baling batu sembunyi tangan dan cabut..... Tapi kalau kita tak rembat pun rugi juga. Orang dah bagi bola tanggung kalau tak smash rugilah.

Cuma apa yang nak saya beritahu kepada rakan-rakan pembaca sekalian, percayalah cakap saya apa yang terjadi ke atas Azmin bukannya kerja Umno atau BN. Itu kerja sesama PKR sendiri. Orang-orang Umno tak buat kerja baling batu sembunyi tangan. Orang-orang Umno gentleman. Kalau mereka buat mereka akan mengaku mereka buat.

Lihat contoh dalam kes pendedahan video skandal Anwar Ibrahim. Rahim Thamby Chik (orang Umno) buat kerja smart. Dia buat satu sesi khas di Carcosa Seri Negara dan panggil ketua-ketua pengarang akhbar untuk tunjukkan video berkenaan. Kemudian dia buat pula sidang media dan mengaku secara terbuka dirinya terlibat dalam pendedahan video berkenaan. Itu kerja Umno.

Bukan setakat itu sahaja, orang-orang Umno gentleman , bila ada tuduhan kepada mereka , mereka tak merapu atau meraban merata salahkan musuh dan mereka tak lari ke Kedutaan Turki.  Mereka bertenang dan kemudian berundur dari jawatan sehingga siasatan atau kes selesai.

57 comments:

Anonymous said...

terbaik bro. tq kerana beri penjelasan tentang camera .

Anonymous said...

Salam RBF,
Kalu demo tulis artikel gak jelas, terang lagi nyata! Pokcik suka cara demo ulas sesuatu isu tak kira kena atas batang idung sapa. Bisa demo.Teruskan perjuangan yg blm selesai.

Anonymous said...

kickdefella ada cerita pasal misai tak?

sebab ada blogger pakatan kata lelaki tu ada misai..

dahla tak tahu pasal kamera..memandai plak bagi alasan ada misai..apsal tak cakap je perut lelaki tu buncit ke, konek dia kecik ke...bla bla bla...hehe

ismaizaz said...

ulasssan ..... cantik nyerrrrr . 100 / 100 bro .

pu3pangkor said...

Yup.ulasan tbaek

Brahim Nyior said...

Ulasan yang jelas. Saya sebenarnya tak setuju isu moral dimainkan, kerana kita sendiri tahu hala tuju PKR, jadi tentulah pemimpinnya teruk dan tidak bermoral.

Bagaimanapun saya setuju bahawa blogger pro -BN dijadikan kambing hitam dalam isu ini.

Moga Azmin cepat bertaubat sebelum nyawa di halkum..

Pengundi Baharu said...

SOKONG

Shacklesmith said...

beyond doubt.. sah2 mmg kerja org dalaman PKR sendiri especially drpd faction wan azizah..

buktinya jikalau drpd pihak umno sndiri mana perginya press conference mendedahkan isu ni?

1 lg pendapat peribadi sy adalah kemungkinan spy cam dipasang oleh azmin sendiri utk mengawasi rumah dia dan dihubungkan kepada smartphonenya utk pemantauan.. yelah, org kaya raya mcm dia mana mau rumah kena break ini.. akan tetapi line-nya sudah digodam.. itu pendapat sy sendiri tp apa yg diutarakan blogger RBF tidak mustahil..

Anonymous said...

RBF ,
Bukankah bilik 121 hotel Perdana Mat Sabun berdrama?

RBF Online said...

Anon 12.46

Ya betul 121. Saya silap. Sudah dibetulkan. T Kasih atas pemakluman

dzimba said...

salam bro

mohon pautan www.pantausblog.blogspot.com disini

saya sudah kembali aktif menulis setelah lama bercuti

tkasih

PAPA GOMO said...

terbaik lah haji rbf. ni semua kerja khalid gagap. kita kasi promote je

azman said...

Assalamualaikum rbf...

Aku suke penyiasat persendirian bro..jujur dan ikhlas...kerane Allah kerrrrrrrrr tak jadi hal, itu lu jawab sendiri kemudian.

azman said...

Assalamualaikum rbf...

Aku suke penyiasat persendirian bro..jujur dan ikhlas...kerane Allah kerrrrrrrrr tak jadi hal, itu lu jawab sendiri kemudian.

Anonymous said...

ulasan sangat2 terbaik...meyakinkan..
terima kasih...

Anonymous said...

sedap2 kulom kote,umno pulak disalahkan..dunia dunia

Anonymous said...

Ulasan yang bagus dan baik, tahniah

Anonymous said...

Terbaik..nak pasang kamera tu perlu bantuan tuan rumah juga..

Anonymous said...

Baik punyer fakta , terbaeekk bro...

Anonymous said...

Ni buat citer CSI hebat ni. Semua video dia pasal isap aje ke?

Megat Alam Gempita said...

Terbaik, dalam PKR sendiri ramai yang tak suka Assmin termasuk Azizah, Nurul Izzah, Khalid Gagap, geng-geng Zaid Ibrahim, geng-geng senior AMK Gombak dan geng-geng pro bekas Ketua Penerangan PKR sendiri.

ark said...

Terbaik ulasan dari RBF. Cuma Anwar & Azmin perlu menerima Qada & Qadar dari Allah SWT kerana negara kita masih dilindunginya drp. malapetaka pemimpin2 yang sonsang. Setiap kali Anwar & Azmin mengatakan mereka difitnah maka Allah SWT akan mendedahkan kelakuan buruk mereka, cuma mereka tidak menyedari bahawa Allah SWT Maha Berkuasa melalui "BESI & KACA". Anwar & Azmin boleh membohongi orang pada satu2 masa tetapi mereka tidak boleh berbohong orang pada setiap masa.

Anonymous said...

3 perenggan terakhir tu betul2 mantap la bro, napa saya tak terpikir selama ni. Bukan ja org UMNO gentleman, Chua Soi Lek pun gentleman.

Tajam kalahkan keris ulasan dan penerangan ko ni, ayo..... Keep da gud wok.

Redhuan D. Oon said...

Jika video ada, tolong serahkan kepada JAWI dan Polis untuk buat siasatan. Lepas itu dihadapkan ke mahkamah syariah untuk pendakwaan menurut lunas enakmen agama Islam. Tidak perlu dedahkan aib sesama Muslim di sini. Malu besar kepada orang bukan Muslim

Anonymous said...

terbaik ulasan RBF.. kemasssss.. ulasan professional.. yg pasal angle camera ngadap jam tuh aku x terpikir la plak sblom nih.. baca ulasan RBF, baru sedar yg kes nih 1 konspirasi terancang..

Cheguman Waadat said...

Memang sgt sgt sgt terbaik bro. Aku betul2 teruja baca posting ni. Jgn salah faham. Maksud aku bukan teruja mcm azmin teruja nak masuk tandas tu. Cuma teruja baca analisis ni.

Anonymous said...

soalannya kenapa buat dlm tandas ...tempat busuk tu.. taik ....

Anonymous said...

Bro wa rasa elok lu letak amanat Haji Hadi ini sebagai satu latar kat mana-mana dalam blog lu ini kerana khabarnya ianya bolih menjadi azimat untuk halau iblis pakatan haram :-
Haji Hadi kata WAJIB dedahkan aib pemimpin.
-DetikDaily bertarikh 27 Ogos 2009
Haji Hadi berkata:
“Saya ingin menarik perhatian, dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir sebagai contoh, Umno dan Barisan Nasional mengatakan kita tidak boleh menyebut keaiban seseorang, sedangkan pilihan raya adalah suatu amanah yang besar untuk rakyat memilih pemimpin.
Di mana dalam amanah memilih pemimpin kita wajib mendedah peribadi orang yang hendak dipilih itu, adakah ia seorang yang benar-benar adil, tidak fasik dan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah.
Itu satu tanggungjawab agama yang tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan pahala puasa. Ini jelas diperkatakan oleh ulama-ulama dalam kitab mereka, khususnya dalam perkara yang seperti ini.
Bahkan, dalam perkara saksi di mahkamah, saksi dalam perkahwinan pun kita kena dedahkan peribadi seseorang. Inikan pula untuk memilih wakil rakyat dalam satu kawasan yang mewakili rakyat untuk membuat dasar dalam Dewan Undangan Negeri (Dun).
Maka, ia perlu ditelitikan dalam perkara maruah dan peribadi pemimpin ini.”
lu letak la vidio nizar dok menipu katanya PM dah jumpa pimpinan ATM bagi menjadikan negara ini kekal dalam pemerentahan BN dengan pertanyaan mana buktinya, ataupun vidio Haji Adi dok berbohong katanya umno telah melepaskan air diempangan semasa pr tenang menyebabkan pas kalah teruk. atau pun mana-mana kepimpinan pembankang dok membohong. dengar cerita kaedah ini boleh menutup mulut hantu pembankang dari menyerang kau.

Anonymous said...

woi anonymous...kan si azmin tu kaki busuk...mmg lah jamban tu tempat dia berpojek...

seruling senja said...

RBF....good job, well done! Ini macam lahh, baru ada kelas!!

Face Off said...

Kesimpulannya... jangan berpolitik jika diri sendiri mempunyai masalah moral. Eloklah letak jawatan cepat-cepat. Jaman sekarang teknologi elektronik dah maju. Jaman dulu tak ada `spycamera' Jaman zekarang dah ada. Esok lusa kita tak tahu teknologi yang lebih canggih. Jangan ditanya bila masalah moral itu didedah pada umum, jangan ditanya mengapa menjelang pilihan raya umum baru nak sibuk-sibuk cerita soal moral dalam tandas dan ruang tamu. Itu semuanya sudah tak penting. Izinkan insan mulia dan berakhlak tinggi untuk menerajui parti anda.

Anonymous said...

Wacaya Lu Bro'

peneroka minda said...

Siapa perangkap siap sudah tidak mustahak. Yang penting kejadian itu sahih. Kamera itu sahih. Orang yang berada dalam rakaman itu adalah sahih. Ia bukan superimpose. Ia bukan penyamaran. Ia bukan mirip. Ia bukan iras-iras. Ia adalah KEBENARAN. Ikhlas dari Anak Peneroka Felda Taman Tun Dr Ismail.

Anonymous said...

100% aku sutuju ngn artikel nie..

peneroka minda said...

Orang tua-tua berkata musuh dalam selimut sangat berbahaya sebab kita tak tahu bila nak kena tikam dari belakang. Dalam konteks Azmin Ali. Musuh dalam selimutnya sukar nak dikesan kerana Azmin tidur pakai banyak sangat selimut.Orang dalam selimut tu marah sebab Azmin suka tukar-tukar dan kongsi-kongsi selimut. Penyudahnya adegan dalam tandas juga menjadi pisau untuk menikamnya. Al kisah.

RBF Online said...

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Idea datang waktu dinihari

merah mato said...

Salam perjuangan.
Artikel yang baik bro..
Mohon pautan http://merahmato.blogspot.com
terima kasih
(blog tuan telah sy follow dan linkkan di blog sy)

Anonymous said...

Korang ni, apa kata kalau prempuan tu isteri dia no2? Tak bermoral org yg tukang tape and siarkan ke or suami isteri yg duduk ais cream? Then mesti org tanya apesal ais cream? Laaaa si isteri tengah period laa. Haaahaha aku buat teori je

Anonymous said...

Kebanyakan orang melayu memang langau, suka benda benda busuk. Kalau bab citer seks memang nombor wahid. Siasatlah dulu baru buat tuduhan, ni main redah jer. Ingat penulisan yang tidak diketahui kesahihannya adalah fitnah. Apatah lagi kalau ada yang percaya. Tapi kalau betul dan kau sendiri adalah saksinya teruskan.

Anonymous said...

sumpah laknat je cara islam....ada berani......

Anonymous said...

memang lah orang berani kerana benar,,,,,letak jawatan,,,tapi PKR penakut tak habis habis kes diketahui umum terus tuduh orang umno.....apakejadahnya bangang tak habis habis,,,hati mereka telah di hitamkan oleh Allah.....

MyOL Marketing said...

ye le PKR jahat2.. pemimpin2 umno x gila sex pun... hihihi

Anonymous said...

logik logik

Anonymous said...

yes 100% azmin dalam video tu. saya yakin! di Malaysia rakyat suka nilai pemimpin dengan jumlah fitnah dia dapat. azmin paling banyak dapat fitnah so automatically dia bersalah. aku melayu yang paling sanjung melayu UMNO. pemimpin UMNO semua baik macam TUHAN.

Anonymous said...

ehh nak panas pulak. aku sanjung pemimpin UMNO sebijik mcm ak sanjung NABI

House PK said...

Perghhh! Terbaik RBF!

Adi Kencana said...

Ulasan yg jelas dan bernas.

NURUL IZZAH BODOH! ISU PENGUNDI HANTU PUN TAK FAHAM? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

MPP said...

Ulasan mantap Tuan Haji.. Tapi gua nak bagitau satu rahsia..., Gua tak dibayar oleh Anwar... Huhuhuhu...

Anonymous said...

Utk perhatian ADMIN. Kes2 pendedahan di media2 utama terjadi kerana mereka mengikut FATWA haji Hadi. Harap Admin boleh siarkan artikel ini:
http://din.huluselangor.net/?p=3416

Anonymous said...

Anon May 4, 2012 1:30 AM,

Sori bro, orang UMNO tak pernah cakap pemimpin UMNO baik macam TUHAN, baik macam NABI pun tak pernah. Tapi penganut PAS sahaja yang kata pemimpin tertinggi PAS macam NABI.

Nak sindir2 pun pakai otak la bro. Kan dah kena batang hidung sendiri. Memang pemimpin korang semua hancus, ada masalah moral dan terbukti.

akuantiPAKATAN.

Cheguman Waadat said...

Tambah sikit... Klu pemimpin umno tak betul, kitorg singkirkan. Cthnya Anwar Ibrahim. Dulu dia timb presiden umno dan tpm. Kita peduli apa?

suzie said...

Buang masa je korang kutuk2 azmin dengan bukti gambar sekali..sebab orang orang PR dah buta dan dah tak tahu membezakan yang mana betul dan yang mana salah..

anti bohmau said...

RBF,

canteekkk!!

would like to copy & keep for own perusal!! tqsm.

mohon pautkan:
http://antibohmau.blogspot.com/

Anonymous said...

saya x mau ckp lah yg tu azmin ke bukan ... cuma saya berpendapat lokasi kejadian mungkin bukan rumah org persorg sebab salah satu gambar tu ada pintu-pintu (3 pintu kalau x silap) seperti keadaan dalam SPA / pusat kecantikan ... pastu kalau kat rumah buat apa main dalam jamban ... bilik kan ada ... lagi best boleh buat macam-macam aksi!

hangkedee said...

rbf terbaik.Parti kuat rogol.serasi.PKR bulat,PAS Bulat berlubang kawan karip Dapig batang butuh..CUN serasi jangan salahkan mereka kuat mengentot.

eXception said...

Sbnrnya Azmin dah tahu... Cuma sengaja buat-buat tak tahu... Dia ambik cuti pasal dia bengkek... Dia nak pergi kampung orang asli, cari tok batin mintak santau orang yg dedahkan video aiskrim dia...

Panas!! Fax Najib Minta 1 Billion Didedahkan!!?

EvaNatasha said...

dr sy, 1 perkataan saja utk artikel ni ,TERBAIK! teruskan perjuangan, kita tangkis fitnah dgn fakta..

#dlm brsahabat, sy selalu pegang kata2 ni "musuh kita yg paling ketat adalah kawan kita yg paling rapat".. itu betul dan selalu terbukti..assalam