Tuesday, June 26, 2012

Adakah Gaji Husam Musa Dibayar Menggunakan Dinar dan Dirham Kelantan ?


Seronok sungguh rasanya melihat permainan Kickdefella terhadap Husam sepanjang minggu lepas berhubung isu dinar dan dirham Kelantan. Minggu lepas dah sekali Husam melompat, semalam sekali lagi dia melompat.

Tapi dalam kedua-dua lompatan Husam tersebut, sikit pun dia tak jawab apa yang diajukan oleh Kickdefella. Kenapa ?

Sejak 13 Jun sebanyak lima posting yang telah dikeluarkan oleh Kickdefella , tapi satu pun Husam tak jawab lagi. Sibuk nak berforum dengan Awang Adek pula secara langsung di TV3. Awang Adek sebagai timbalan menteri yang bertanggungjawab hanya memberitahu supaya siasatan dilakukan dan hantar laporan kepada kerajaan. Itu sahaja....kebal sangatkah Pas Kelantan , kalau kerajaan minta lakukan siasatan pun tak boleh sehingga nak mencabar adakan forum secara langsung pula ? Husam tak perlu alih perhatian, isunya sekarang adalah isu Husam vs Kickdefella. Jangan nak pusing-pusing nak pergi kepada Awang Adek pula.Jangan main wayang hindustan lah



Sekiranya Husam tidak mahu jawab banyak-banyak sekali pun, jawab sahaja soalan samada dia kenal atau tidak lelaki yang bernama Omar Vadillo ? Difahamkan Omar Vadillo adalah salah seorang orang yang penting disebalik projek dinar dan dirham Kelantan bersama Husam. Ini kerana dikatakan ada satu laporan polis terhadap beliau sepertimana yang dilaporkan di sini

Memandangkan ada kecurigaan terhadap Omar, sebagai seorang rakyat Kelantan yang bertanggungjawab adalah tidak salah untuk Kickdefella menanyakan soalan tersebut kepada Husam. Ini kerana Omar terlibat dalam urusan dinar dan dirham di Kelantan yang mana arkitek kepada projek tersebut adalah Husam Musa. Mungkin kerana Kickdefella bimbang kerajaan tok guru kesayangannya dan orang ramai di negerinya menjadi mangsa satu hari nanti. 

Husam kenalah gentleman, janganlah sikit-sikit nak saman. Kalau takut kepada kritikan ,teguran atau soalan dan asyik nak menyaman sahaja, jangan masuk politik. Duduk diam-diam kat rumah pelihara kambing. Rakyat berhak tahu dan jangan guna ugutan saman untuk tutup mulut rakyat.

Menyifatkan tindakan Syed Azidi sebagai fitnah, Husam berkata beliau tidak takut dengan dakwaan ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap 'blogger' terbabit - M Star 20 Jun 2012

Tahun 2010 gegak gempita negara ini apabila hasil usaha Husam, Kerajaan Kelantan telah melancarkan mata wang syariah yang dinamakan dinar dan dirham. Mereka punya gebang bagai nak rak kerana nak menunjukkan bahawasanya mereka lebih islamik. Katanya dinar dan dirham akan digunakan sebagai mata wang syariah di kedai-kedai tertentu dan akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Sepertimana yang Kickdefella sering beritahu saya, segala projek Husam Musa hanya panas diperingkat permulaan atau pelancaran. Selepas itu semuanya ruyup. Kalau ada masalah Husam akan jadi seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya. Antaranya projek kambing jamnapari, Kelantan koridor depu, dinar dan dirham, dan yang terbaru projek lebuhraya prepaid.  

Sekarang ini projek lebuhraya dan mula suam-suam kuku. Hangat semasa pelancaran sahaja. Opsssss...sebelum terlupa, ada perkara besar yang akan didedahkan disebalik projek lebuhraya prepaid. Tunggu dulu sehingga kes dinar emas selesai. 

Dulu sewaktu Pak Lah menjadi PM dan beliau ke Kelantan untuk melancarkan Koridor Ekonomi Pantai Timur, Husam pula kelam kabut buat Kelantan Koridor Depu. Keliling negeri Kelantan dipasang billboard berkenaan.  Hari ini apa yang jadi dengan projek berkenaan ?

Berbalik kepada cerita dinar dan dirham yang dikatakan sebagai mata wang syariah yang kononnya akan digunakan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan. Kita nak tanya sikit, sejak dilancarkan pada 2010 sehingga hari ini berapa juta dinar yang telah digunakan oleh Kerajaan Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan ?

Kalau ada pun gimik atau simbolik semasa pelancaran yang diberikan Nik Aziz kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan itu . 

Selepas itu ?   Haram....setengah dinar pun tiada kot ? 

Kalau tak nak bayar gaji kakitangan kerajaan sekali pun, kenapa tak pakai dinar dan dirham untuk bayar gaji Adun-Adun Pas, Exco dan MB ?

Husam sendiri terima gaji pakai dinar atau mata wang RM ?

Gebang bukan main lagi kononnya mereka lebih islamik dari orang lain kerana ada mata wang syariah, tapi tak pakai pun untuk bayar gaji orang mereka sendiri.

Siapa yang nak terima bayar pakai dinar ? Wakil rakyat Pas pun confirm tak akan terima...Ini kerana jumlahnya akan jadi berkurangan. 

Contoh, katakan seorang gaji kakitangan kerajaan RM 2301 sebulan. Angka itu jika dibayar dalam dinar ianya bersamaan dengan 3 dinar. 

Untuk urusan seharian atau pembayaran bulanan, seperti bayar rumah, kereta, api, air , dan sebagainya kakitangan kerajaan tersebut perlukan mata wang RM. Dinar yang diterimanya sebagai gaji sudah tentu akan dijual untuk mendapat mata wang ringgit. Apabila dinar tersebut dijual, dia tidak akan mendapat wang sepertimana jumlah gajinya RM 2301.  Dinar yang dijual hanya akan dibeli berdasarkan harga emas semasa dan kurangnya boleh mencecah sehingga 25 % dari harga yang dijual oleh Kelantan Golden Trade. 

Inilah yang dikatakan oleh Kickdefella sepertimana tulisannya dalam link ke 2 yang saya kemukakan seperti diatas. Skandal Dinar Emas Kelantan – Mempromosikan Riba Bukan Mencari Keredhaan?

Dinar Kelantan
Disinilah bijaknya Pas untuk memukau rakyat Kelantan. Dikatakan kita kembali ke zaman keagungan islam kerana menggunakan mata wang syariah. Maka rakyat yang tidak tahu apa-apa itu pun berpusu-pusulah pergi mendapatkan dinar dan dirham. Akhirnya yang buat untung adalah Kerajaan Pas melalui KGTSB dan Omar Vadillo. Silap-silap Omar Vadillo pun ada berkongsi keuntungan dengan orang lain.

Dinar dan dirham Kelantan bukannya mata wang syariah, ianya sama seperti Kijang Emas yang dijual Maybank, dinar Public Gold dan mungkin ada yang dijual syarikat-syarikat lain dalam pelbagai bentuk. Ianya untuk pelaburan , bukannya mata wang syariah. 

Sehingga jam 2.00 pagi ketika tulisan ini ditulis, harga dinar yang dijual oleh syarikat milik Kerajaan Pas Kelantan yang dikenali sebagai Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, adalah RM 767 untuk 1 dinar. Manakala yang dijual Public Gold pula RM 713 untuk satu dinar. Berat emas untuk satu dinar adalah 4.25 gram. 

Sehingga jam 2.00 pagi juga harga semasa emas di Malaysia adalah RM 162.67 untuk 1 gram. Jika dikali kepada 4.25 gram untuk 1 dinar bersamaan RM 691.35. Perbezaan lebih kurang 10 % dari apa yang dijual oleh KGTSB.

Dinar Public Gold
Kalau Pas kata itu mata wang syariah, mana boleh ambil untung ?

Mungkin ada yang kata kalau tak ambil untung bagaimana dengan kos untuk mencetak dan kos-kos lain ? Itu kau tanggunglah sendiri, siapa suruh kau jadikan ianya sebagai mata wang syariah ?

Bank Negara pun ada juga kos percetakan mata wang dan kos-kos lain, tetapi kos-kos itu tidak dikenakan kepada kita. RM 10 tetap RM 10 dan ianya tidak akan jadi RM 10.99 atau RM 50 jadi RM 55.00.

Bila bercakap bab ini saya teringat satu perkara....

Sekarang bulan puasa dah dekat dan musim untuk orang membayar zakat pun dah tiba. 

Katakanlah, setelah dikira-dikira segalanya jumlah zakat yang perlu dibayar oleh saudara Kickdefella untuk tahun ini adalah RM 3835.00.

Sebagai rakyat Kelantan, Kickdefella menyambut seruan Kerajaan Kelantan untuk membayar zakatnya bagi tahun ini menggunakan dinar. Untuk RM 3835 jumlahnya bersamaan dengan 5 dinar. Setelah mendapatkan dinar tersebut lalu beliau pun pergilah berjumpa dengan asnaf-asnaf yang sepatutnya seramai 10 orang. Setiap orang dibayarnya setengah dinar yang bersamaan dengan RM 383.50....

Asnaf-asnaf yang menerima zakat tersebut sudah tentulah akan menjual dinar-dinar yang diterimanya bagi mendapatkan mata wang RM. Apabila dijual sudah tentu harganya akan menyusut. Boleh susut sehingga 25 %.

Katakanlah harganya susut sebanyak 10 % dan wang yang diterima asnaf kurang 10 % dari zakat yang patut dibayar oleh saudara Kickdefella. Itu kalau susut 10 %, mungkin boleh jadi lebih dari itu susutnya.....

Bayaran sepatutnya dan niat bayaran pada tahun tersebut RM 3835.00. Tetapi nilai yang diterima asnaf-asnaf RM 3431.50. 

Tidakkah bayaran itu tidak mencukupi ? 

Hukumya bagaimana ? 

Siapa yang arif tolong bagi pendapat.....

Dinar emas ini bukannya tidak bagus. Ianya bagus untuk pelaburan. Cuma yang timbul masalah sekarang ini kerana Pas terlalu mempolitikannya untuk menunjukkan mereka islamik dan dalam masa yang sama kelihatan cuba memperbodohkan rakyat Kelantan dengan menggunakan ayat mata wang syariah. Di Perak pun ada juga dinar emas, tapi tiadalah ianya dinamakan mata wang syariah. Kalau dah nama mata wang syariah, tak boleh ambil untung sepertimana yang dilakukan oleh KGTSB.

Inilah yang dikatakan oleh Kickdefella dan Nik Mahani, sekiranya Kerajaan Kelantan ingin terus mengekalkan Dinar Kelantan sebagai mata wang syariah yang boleh digunakan untuk urusan perniagaan , maka ianya perlu diletakkan di bawah Baitulmal atau badan-badan lain yang tidak berorentasikan keuntungan,sebagaimana Bank Negara diletak dibawah kerajaan.

Husam oh Husam....nampaknya semakin hari kau semakin membebankan Pas di Kelantan dan memudahkan tugas BN. Sayonara Pas Kelantan PRU 13.....

17 comments:

Anonymous said...

Huse nusuk alik serban nik aziz tu..

Anonymous said...

AKU HENSEM

SECOND

Anonymous said...

soal bayarn zakat tak cukup bukan perkara main2.rbf pun kena kaji baik2 perkara ni.dari awal DD kelantan muncul saya dah agak itu hanya permainan politik pas.

Anonymous said...

Sebenarnya ape2 saje yg di lakukan oleh PAS , kesudahannya sama dgn nama PAS = hamPAS.....

PAS cume NATO saje...no action TAllllllkkkkkkk only lebat...

keh keh kahak kahak haktuii

Anonymous said...

tahniah bro!
satu ulasan yang mantap berserta segala bukti.takde ruang puak pas nak nafi.

Anonymous said...

Puak puak Pas ni bukannya otak berniaga atau dalam menjana pendapatan tetapi otak menipu lebih. untuk mengaburi mata rakyat jelata buat2 la pandai berniaga atau sebagainya.

Anonymous said...

Pisau karat besi berani
Tidak laku membeli beras
Berlagak macam PAKAR EKONOMI
Rupanya Bodoh macam hempuras.

Anonymous said...

Pisau karat besi berani
Tidak laku membeli beras
Berlagak macam PAKAR EKONOMI
Rupanya Bodoh macam hempuras.

June 26, 2012 1:58 PM

-----------
Nak buat camna, dah lebai-lebai pas senang diperbodohkan oleh yb2 pas sendiri..

Anonymous said...

liPAS taik

Anonymous said...

kesian lembu2 PAS .. dah tak tau berfikir ke? sekarang ni dah tahun 2012 bukan zaman 50an atau 60an dulu

Anonymous said...

husam dah kusam..dia saja yang pandai. Orang lain semua bodoh. Sebab tu dia boleh kelentong pa nik. Siapa berani lawan pak nik kalau dia dah suka kat husam. Ini sikap manupulative and who talk the loudest in exco kerajaan negeri. One man show. The rest of exco members angguk setuju je sebab malas nak layan and lawan pak nik. Pity the people yang put high hope. So HUSAM, jangan berlagak pandai...tapi SOMBONG DAN BAHALUL. TAHNIAH HUSAM BERJAYA MEMPERBODOHKAN MASYARAKAT MUSLIM DAN ORANG MELAYU.

Anonymous said...

itulah calun MB kelantan.

MB ubat kudis tu...!

kehkehkeh...

Anonymous said...

Nik Aziz pernah kata 'Husam adalah seorang yang bijak'. Ternyata Husam telah menggunakan 'kebijaksanaannya' untuk mengelirukan Nik Aziz sendiri sehingga setiap projek yang 'diilhamkan' Husam mendapat restu dan sokongan Nik Aziz. Malangnya bukan sedikit 'projek2' Husam GAGAL dan menimbulkan banyak kontrovesi.

Difahamkan pada PRU13 kelak, Husam akan bertanding bagi kerusi parlimen? Mungkin Husam telah dijanjikan dengan jawatan Menteri Kewangan berdasarkan 'kebijaksanaan' Husam mengurus ekonomi Kelantan.

mtk

Anonymous said...

Boleh cagar di alrahnu ke? berapa nilai mas ni susut RBF

Anonymous said...

dinar dan dirham...?teringat pulak filem PRamlee....filem ala ala negara arab laaa....semua urusan jual beli guna dirham perak dan dinar emas!!...zaman moden di negara ini macamana nak implimenkan penggunaannya?...keperluan wang kertas RM amat meluas!..mudah dan sah dgn nilai!

penggunaan cubalah contohi spt negara arab lah husammm...hehehehe

Anonymous said...

apa yg susahnye..separuh gaji byr cash...separuh lg byr gunakan dinar @ dirham & dinar @ dirham inilah sbg simpanan tetap di mana harganye sentiasa akan meningkat tahun demi tahun...berbanding nilai matawang yg semakin hari semakin mengecil dek krn insflasi

Anonymous said...

Semua yang bg komen & yang tulis blog ni x berilmu. Nah! Baca ni dulu. http://zharifalimin.blogspot.com/2011/11/wang-kertas-penipuan-terbesar-dalam.html
Biar terang hati tu!