Wednesday, June 27, 2012

Ahli Umno dan Penyokong BN Perlu Berdoa Agar Faekah Tidak Dipecat Atau Letak Jawatan


Jika melibatkan individu lain Khalid Ibrahim akan bertindak tegas dengan menggantung atau memecat orang yang melakukan kesalahan tersebut. Tetapi apabila melibatkan Faekah , tiba-tiba Khalid Ibrahim tutup sebelah mata. Dimanakah ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini ?

Selepas 3 bulan PKR memerintah Selangor, seorang pegawai khas MB digantung tugas dan akhirnya beliau meletak jawatan kerana kesalahan yang sama sepertimana yang dilakukan Faekah. Iaitu menyalahguna kepala surat Pejabat MB untuk mengutip derma dan juga sebagai surat sokongan untuk kontrak pembersihan di Petaling Jaya.

Julai 2010 pula Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan supaya anggota pentadbirannya mengelak daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan yang berunsurkan perniagaan.

Ogos 2010, Khalid Ibrahim mengarahkan supaya Ahli Majlis Perbandaran Klang dari parti DAP, Tee Boon Hock, bercuti sementara siasatan dijalankan kerana menyalahguna cop dan kepala surat Ronnie Liu untuk dijadikan surat sokongan. Tee didapati menggunakan surat sokongan tersebut untuk syarikat milik keluarganya dan 20 syarikat lain. Ahkirnya Tee dipecat oleh DAP. Lihat di sini....

November 2010, Ketua Wanita PKR Kapar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Klang, Hamidah Mat Som, dipecat kerana mengeluarkan surat sokongan kepada syarikat milik suaminya bagi mendapatkan kontrak dari Majlis Perbandaran Klang. Lihat di sini....

Jun 2012 Khalid Ibrahim berkata tidak salah bagi Setiausaha Politiknya, Faekah Husin menggunakan kepala surat (surat sokongan) Pejabat Menteri Besar untuk  membolehkan sebuah firma guaman anak saudaranya memperolehi kontrak daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad.

Lagi nak bercakap pasal ketelusan, penyelewengan dan rasuah ? 

Apabila kena atas orang yang dia sayang, dia kata tidak salah. Kena atas orang lain yang dia tidak sayang atau tidak rapat dia gantung dan pecat.

Dalam kes Faekah ini terang-terang nampak berlaku kesalahan dan penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan ahli keluarga.

Seorang anak saudara hantar surat kepada makciknya dan makciknya mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat anak saudaranya.

Saya yakin Faekah yang minta anak saudaranya buat surat itu dan dituju kepadanya. Kalau mereka tiada niat untuk menyalahguna kuasa surat tersebut tidak akan dilamatkan kepada Faekah. Ianya akan dilamatkan terus kepada MB atau GLC yang berkaitan.

Lainlah sekiranya surat itu dilamatkan kepada Faekah dan kemudian Faekah panjangkan kepada MB dan seterusnya MB yang panjangkan kepada GLC berkenaan. Ini tidak, surat daripada anak saudara terus kepada makcik dan makcik pula terus panjangkan kepada GLC berkaitan dengan meminta peluang diberikan kepada syarikat anak saudaranya. 

Dari satu sudut kita rasakan Faekah patut dipecat, namun jika atas kapasiti sebagai seorang ahli Umno saya rasakan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat kepada BN jika Faekah terus kekal disana. Ini kerana menurut laman web yang mendedahkan salah guna kuasa Faekah, banyak lagi pendedahan yang bakal menyusul berhubung salah guna kuasa serta rasuah yang membabitkan Faekah. Lihat di sini...

Selagi kekalnya Faekah disana selagi itulah rasa tidak puas hati ahli-ahli PKR akan meluap-luap kepada Khalid Ibrahim dan tidak mustahil satu hari nanti mereka sendiri yang akan mengamuk atau mensabotaj Khalid. Bukankah itu menyenangkan tugas BN untuk merampas Selangor ? 

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama berdoa agar Faekah terus kekal kerana kita nak tahu banyak lagi cerita yang bakal didedahkan oleh laman sel13.com.

7 comments:

Anonymous said...

Amin ya Allah. Amin ya Rahman. Amin ya Rahim. Amin ya Rabbul'Alamin.

Minta juga doakan MuhSHITduh amPAS wali Nikki kekal berkuasa lagi 22 tahun agar kita leh berterimakasih padanya nanti atas segala usha menserambikan Makkah di Kelantan nuh.

YB Raz said...

faekah kena pecat atau tak, tetap tak membebaskan orang palestin dari kezaliman yahudi zionis apatahlagi menaikkan lagi ekonomi orang melayu.

Anonymous said...

teeelusssss la sangat..selcat konon. phuihhh!

Anonymous said...

Secara peribadi, saya berpendapat sama ada Faekah dipecat atau tidak, ianya tidak akan mendatangkan sebarang kelebihan kepada pemimpin2 PKR Selangor. Disedari atau tidak Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sama2 mempunya saham didalam MEROSAKAN PKR khasnya dan PR amnya. Kerosakan telah berlaku lama dahulu dan ditambah dengan kerosakan2 baru hasil dari ketamakan kuasa kedua2 pihak.

Rakyat Selangor sudah tidak sabar untuk menunggu PRU13 untuk menghumban PKR khasnya dan PR amnya dari bumi Selangor.

mtk

Jokiden said...

Ado soghang laie tuan yang Khalid Gagap ni sayang bona, buah hati pengarang jantung dio.. Elli Wong tu!!!!

Aliffnajmi said...

UMNO buat salah, PKR buat tak salah.
Begitu mudah pemimpin2 menepis dakwaan salahguna kuasa. Pencacai2 pun terus kata; "ooo, tak salah rupanya".

Sama jugak betapa mudahnya mereka menolak kes RM3bilion anwar tu.
Mereka hanya perlu ckp: "Murat diugut dan mohon maaf pd anwar".
Tak payah tunjuk dokuman, tak payah bentang bukti, tak payah sumpah pd Allah mehupun sumpah dlm mahkamah.
Pencacai2 percaya belaka, tak payah fikir.

Anonymous said...

Betul Tuan, kita mesti sokong watak2 yg menjadi liabiliti dlm parti haram PR agar memberi kelebihan pd parti halal BN.