Friday, June 22, 2012

Kerana Mulut Kini Setpol MB Selangor Terima Balasannya

Faekah Husin bukanlah seseorang yang asing bagi blog ini. Malah blog ini adalah antara blog yang awal mempopularkan dia di laman maya. 

Mulutnya.....hanya tuhan sahaja yang tahu. Kalau dalam bahasa kasar orang panggil mulut jahat. Hanya orang yang mengenali dia sahaja yang tahu tentang keceluparan dan kejahatan mulutnya. Mungkin sebab itulah sampai ke tua dia tak kahwin.

Pertama sekali, saya nak ajak anda imbas kembali kata-kata yang pernah diungkapkan dia yang sepanjang dia menjadi Setpol MB Selangor.

Anda baca dulu perlahan-lahan dari atas sampai ke bawah....Tak perlu gelojoh-gelojoh nak terus kebawah.

Selamat membaca....

Berdasarkan kajian, rakyat tidak terlalu menekankan janji berupa habuan wang ringgit tetapi menuntut pentadbiran telus, efisien dan bertanggungjawab - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 27 Mac 2012 - malaysiakini

Pihak yang tertekan sejak Pakatan Rakyat menerajui negeri tersebut dan mereka adalah kroni dan suku sakat Umno-BN.  Golongan tersebut telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para  pelobi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 24 September 2011 - malaysiakini 

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 18 Januari 2011 - malaysiakini

Rakyat sebenarnya tidak peduli dengan sandiwara politik ini. Bagi rakyat, apa yang lebih penting ialah tindakan yang diambil pihak berkuasa terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang mengamalkan rasuah dan sejauh mana kesungguhan parti itu menangani masalah rasuah. Kesilapan yang dilakukan oleh Umno dan BN tidak akan diulangi oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana kami tidak akan sesekali memandang rendah kebijaksanaan rakyat membuat penilaian dan pilihan - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 9 Disember 2010 - malaysiakini

Rakyat tetap akan menghukum mereka kerana selama 50 tahun, pemimpin-pemimpin Umno bukan saja mengamalkan rasuah malah gagal mentadbir  Selangor secara bijak, cuai dan tidak telus. - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor ,  9 Disember 2010 - malaysiakini

Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat. Pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN. Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Mac 2012 - selangorku

Beliau mendabik dada kononnya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat tetapi membiarkan pembaziran dan salah guna kuasa yang berlaku di bawah portfolio pertaniannya,cakap tak serupa bikin - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 28 Januari 2012 - selangorku

Kerajaan BN telah merompak kekayaan Selangor sejak 50 tahun dan perbuataan ini terhenti apabila hero sebenar iaitu Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 16 Januari 2012 - selangorku 

Inilah sikap jijik pemimpin UMNO yang tidak pernah mengaku salah sebaliknya menuding jari kepada orang lain. Perdana Menteri sepatutnya meminta maaf kepada rakyat Selangor - Faekah Husin, Setiausaha Politik MB Selangor , 15 Mac 2012 - selangorku

Sikap jijik ya ?

Jijik ya ?

Jijik ?

Nah....ambil yang ini siapa yang jijik ?

Surat anak buah kepada makciknya....


Surat makcik kepada bos GLC
Untuk membaca pendedahan berkenaan sila rujuk di sini

Itulah sikap dan perangai sebenar PKR. 

Ibarat perompak yang berpura-pura mengejar pencuri. 

Itu yang kecil yang dapat kita kesan. Belum lagi keluar yang besar-besar. Allah Maha Kaya, Insyaallah satu hari nanti akan keluar semuanya.

Persoalannya kini, adakah Khalid Ibrahim berani untuk menggantung tugas Faekah sepertimana beliau menggantung tugas pegawai khasnya , Yahya Sahri pada tahun 2008.

Kita imbas kembali apa yang diungkapkan oleh Khalid Ibrahim ketika itu,

Pihak kami memandang serius tentang isu yang melibatkan ketelusan dan tanggungjawab dan sebab itu pihak kami tidak teragakagak untuk mengambil tindakan terhadap pegawai terbabit walaupun ia bukanlah tindakan popular di peringkat parti - Khalid Ibrahim, 26 Jun 2008 - mstar 

Menurut Abdul Khalid, tindakan gantung tugas dan gaji itu dibuat bagi membolehkan siasatan dibuat dengan meneliti semula semua dokumen yang pernah dikendalikan pegawai kanan di pejabatnya itu. Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan- rakan Pas dan DAP setuju, mesti ada ketelusan dan tanggungjawab, kita percaya kena buat (siasat) dengan betul, kalau pegawai itu tidak bersalah, akan diambil balik untuk bekerja, kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan sewajarnya, kita memberi peluang kepadanya - Khalid Ibrahim , 24 Jun 2008 - Utusan Online

Walaupun bukti telah terbentang depan mata, saya yakin, bukan setakat yakin malah amat-amat yakin bahawa Khalid Ibrahim tidak akan mengambil tindakan menggantung tugas Faekah kerana Faekah terlalu istimewa baginya dan dilindungi Presiden PKR. 

Khalid akan bagi alasan apa yang dilakukan Faekah bukan satu kesalahan, atau dia akan kata Faekah telah mendapat keizinannya terlebih dahulu sebelum menghantar surat berkenaan menggunakan letter head pejabat MB.

Soal samada tindakan akan diambil atau tidak , itu terpulang kepada mereka. Cuma kita nak tunjuk kepada rakyat Malaysia atau rakyat Selangor khususnya, itulah wajah orang yang siang malam selama 365 hari setahun menuduh UMNO dan BN mengamalkan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kronisme.

Kata orang tua-tua kerana mulut badan binasa....

Hari ini kerana mulutnya yang jahat dan selalu menengking pegawai-pegawai Kerajaan Selangor, Faekah menerima pembalasannya.

23 comments:

Anonymous said...

kah
kah
kah
gud job rbf
padan muka.kata orang rasuah diri sendiri penuh dengan taik.

Anonymous said...

jatuh kan PKR
pasti kan PR kalah!
allahuakbar!!

#kamisayangpkr said...

terima kasih kerana membantu kami untuk pecat faekah

bukan satu itu ja.kami tahu banyak lagi penyelewengan faekah.dia & arfa tinggal di hotel mewah luar negara guna wang kerjaan negeri.

ambil komisyen dari kontraktor atas nama tabung pilihanraya mb.

guna surat pejabat mb untuk urusan parti.

banyak lagi.

bagaimana kami nak berhubung dengan tuan blog ini ?

#kamisayangpkr said...

geran selangorku hanya untuk faekah dan kroni-kroni dia sahaja.
semua kontraktor dia yang tentukan.

Pengundi Baharu said...

Semoga BN kembali di Selangor. Amin.

Anonymous said...

Ungkapan-ungkapan Cik Faekah tu sebenarnya ditujukan pada PKR, dalam konteks ini, kepada Kerajaan Negeri Selangor. Mungkin RBF ada typo error atau tersilap cetak kot, UMNO-BN punya nama pulak yang naik. Hurrrmmmmm, Faekah, Faekah. Udah-udah la tu berbohong dan menabur fitnah, kata dulang paku serepeh!

Anonymous said...

umpama menuding jari tangan kanan tuduh orang melanxxx....rupanya jari tangan kiri sendiri tengah cocok xxpap!

#pecatfaekah said...

support kami di #pecatfaekah

RH said...

Itulah melayu tal sedar diri, bila dapat kuasa semua orang nak dihemburnya seolah2 dunia ni dia empunya. Walaupun saya tidak bekerja di SUK, saya boleh agak perangai Melayu tak sedar diri ni. Angkuh dan sombong. Sekarang rasalah. Langit tak selalu cerah.
Saya support orang2 yg pernah kena tengking dan ditindas oleh si fekah ni. Allah sedang memberi balasan kpd dia.

RBF Online said...

Kepada #kamisayangpkr

Maaf....saya tak sayang pkr.

Selama ini kamu semualah yang menuduh kami ini rasuah, jahat, zalim dan sebagainya.

Hari ini bila kamu ada kepentingan pandai pula cari kami dan minta e mel address.

E mel address ada kat blog. Lihat sebelah kanan.

Anonymous said...

AKU HENSEM

kamisayngpkr...
tp rbfsayangumno

MACAM MANA NI??????????

Anonymous said...

Janganlah....keciaaan Faekah Cayangku...Faekah jangan ambik hati tau...diaorang tu semua jahat kacau Faekah...Faekah tolonglah bagi ape-ape yang dapat janganlah diaorang tu jer...Saya kan teman Feakah....Jajaka Selangor.

Anonymous said...

Kamisayangmalaysia.

Anjing pr mana tau semua ni.video bukti pemimpin depa pun tak caya.tetiba kalo bangsat anuwar tu jd pm,senang je negara lain anjingkan malaysia.tak mau ikut,kami sebarkan videolucah.takkan la time tu anuwar berahi dan anak beranak anjing pengikut dia nak kata negara lain ikut sama konspirasi dgn umno...

Anonymous said...

melayu sentiasa bekelahi sesama sendiri. tapi rafizi berhenti tu bukan kerana fekah tapi kerana penipuan penjualan harta kerajaan dibawah kdeb. banyak jualan tapi where is the money, not in kde. macc must investigate.

Anonymous said...

Allah maha kaya..kalau fitnah orang rasuah, crony, nepotisme hari ini kita lihat semua itu sebenarnya berlaku dalam pkr sendiri drp ketua umum hinggalah ke akar umbi.

nasib rafizi fitnah sesama islam said...

kita sesama islam tidak bolih berkelahi. allah tidak memrahmati kaum islam berkelahi sesama sendiri. malah allah tidak mahu kita berbaik dan memilih orang kafir sebahai ketua. kita perlu berbaik sesama islam dan tidak perlu berbaik dengan kafir at the expanse of orang islam. jadi perangai saperti anwar atau rafizi tidak direstui allah. rafizi di kumpulan dahrul ehasan memfitnah bos dia hingga bosnya dibuang kerja just to enable him to sell the property belonging to kdeb and siphon the money away for azmin, anwar and pkr. penghainat saperti rafizi ini akan dilaknat allah.

allahu akhbar said...

pkr tidak akan menang kalau kita orang islam memahami quran. ayat di ali imran, anisaa, dan juzud lain pun tidak membenar kita memilih orang kafir sebagai ketua. kita tidah bolih berbaik dengan orang kafir at the expanse of orang islam. agama kita tidak membenar orang islam menfitnah sesama islam. perangai anuar, rafizi, dan azmin ali bertentangan dengan ugama islam. olih itu kita tidak bolih memilih mereka dan rakan-rakan mereka dari dap sebagai calon. kita akan dilaknati allah.

allahu akhbar said...

pkr tidak akan menang kalau kita orang islam memahami quran. ayat di ali imran, anisaa, dan juzud lain pun tidak membenar kita memilih orang kafir sebagai ketua. kita tidah bolih berbaik dengan orang kafir at the expanse of orang islam. agama kita tidak membenar orang islam menfitnah sesama islam. perangai anuar, rafizi, dan azmin ali bertentangan dengan ugama islam. olih itu kita tidak bolih memilih mereka dan rakan-rakan mereka dari dap sebagai calon. kita akan dilaknati allah.

Anonymous said...

Muka mcm cipap tak basoh. "kata dulang paku serpih" kini Allah turunkan balasan.

Anonymous said...

tengoklah..

dari dulu sampai skrg asyik mengutuk dan mencemuh pihak lawan tapi dorang sendiri buat jugak. Parti Kencing Rakyat lah katakan..

Anonymous said...

taik bertemu taik busuk habis selangor wahahahahahah

rafizi pembohong dan menfitnah said...

kita tidak bolih mendengar pembohongan rafizi. dia sentiasa membuat fitnah dan mejalankan kerja-kerja mekhinat atas surohan anuswar ibrahim. jadi hari ini dia menkhinat faekah, dalam kumpulan dahrul esan, dia kianat his lady boss and get her sacked, dipetronas, dia disuroh berhenti olih his lady boss juga kerana membohong. dalam case bafia pun dia membohong tetang johari. mana rafizi berja disitulah dia membuat fitnah. dia tak suka perumpuan yang lebih berkuasa darinya.

Anonymous said...

Semoga Umno dan Barisan nasional belajar dari apa yg telah terjadi..