PKR Selangor mendesak Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menggantung
sementara Faekah Husin dan menyiasat sama ada Setiausaha Politiknya itu
salah menggunakan kuasa berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat
Menteri Besar.
Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie berkata Khalid harus
konsisten dengan tindakan dan kenyataan-kenyataannya sebelum ini dan
patut mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah.
Shuhaimi mempertikaikan pendirian Khalid dan Faekah itu
dengan merujuk perenggan terakhir surat yang ditulis oleh Faekah kepada
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Datuk Ahmad Bin Omar.
Perenggan itu berbunyi: "Pentadbiran ini (Tan Sri Abdul Khalid) juga
berpandangan bahawa peluang HARUS diberikan (kepada syarikat Zeenat
Asyiqin & Associates) selagi ia tidak menyalahi mana-mana peraturan
syarikat."
Shuhaimi berkata perenggan itu tidak kena pada tempatnya kerana boleh
diibaratkan sebagai cubaan mempengaruhi proses dalaman PNSB melantik
panel guamannya.
Selanjutnya sila klik di sini
1 comment:
Apabila surat yang ditulis oleh seorang yang 'berpengaruh' dan menggunakan kepala surat rasmi Pejabat Menteri Besar pula maka dengan sendirinya ia boleh dilihat sebagai satu surat sokongan.
Apabila surat sokongan itu pula adalah bertujuan 'memberi' peluang kepada kroni maka ianya dilihat sebagai menyalah gunakan kuasa.
Apabila MB berkenaan tidak mengambil tindakan sewajarnya keatas sipenulis surat 'sokongan' tersebut hanya kerana dia adalah orang 'kesayangan' MB sedangkan sebelum ini tindakan telah diambil keatas individu lain yang melakukan kesalahan serupa. maka MB berkenaan boleh dianggap sebagai mengamal 'double standard'.
Pusing ikut mana pun, realitinya PKR tidak ada kredibiliti untuk menjadi pemerintah yang baik.
mtk
Post a Comment