Friday, June 29, 2012

Tawan Terengganu:Pas Angkat Bendera Putih Sebelum Perang


Sebelum ini Pas bersungguh-sungguh untuk menawan kembali Terengganu dalam PRU 13 selepas kecundang dalam PRU 2004 dan 2008.

Kita ikuti apa yang diungkapkan oleh Haji Hadi sebelum ini....

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan .

Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan.Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik 


Orang-orang Pas juga mencanangkan cerita yang Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wahid Endut bakal dilantik sebagai MB selepas Pas berjaya menawan semula Terengganu. Bakal MB dari parti Pas itu juga sedang sibuk keliling Terengganu sekarang untuk menabur pelbagai janji manis.

Namun sungguh mengejutkan dan menghairankan apabila tiba-tiba hari ini Pas melalui laporan di harakahdaily menobatkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum  nanti. Lihat di sini....

Shabery Cheek orang Umno....

Maknanya apa ?

Maknanya Pas sudah menyerah kalah dan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang dan BN akan kekal memerintah Terengganu.  Kalau mereka yakin menang mereka tidak akan lapor berita berkenaan. Sudah tentu mereka akan melaporkan berita yang Wahid Endut akan ganti Ahmad Said sebagai MB. 

Kasihan penyokong-penyokong Pas yang diperbodohkan Pas bekerja bertungkus lumus siang dan malam serta korbankan wang ringgit ke dalam tabung Pas kononnya untuk menawan Terengganu. Sedangkan pucuk pimpinan Pas Terengganu pun tak yakin yang mereka akan menang dan awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

MB Terengganu sekarang , Datuk Ahmad Said memang bijak politiknya. Taichi dia memang kelas satu beb. Pas sering menjadi sasau dengan beliau. Tempohari Pas melompat-lompat apabila MB kata Pas parti ajaran sesat. Itu belum dikira lagi gerak kerja beliau di peringkat bawah untuk melemahkan Pas yang sering membuatkan Pas berang terhadapnya. Tiba-tiba sekarang sebelum perang bermula Pas sudah angkat bendera putih dan mengistiharkan MB baru Terengganu dari parti Umno. 

Dalam Umno kalau nak berlawan dengan Pas Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan. Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan Pas. Dari sejarah penubuhan Pas sehingga kepada Pas yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu.

Sebab itu sampai hari ini Pas tak berani nak saman beliau berhubung isu Pas parti ajaran sesat. Tempohari gegak gempita bukan main lagi nak saman. Pas tahu mereka akan rebah dikaki Mat Said sebab itu mereka tak berani.

Ada satu perkara lagi yang ramai orang tak tahu pasal Pas. Saya tahu melalui Datuk Ahmad Said. Kalau anda dengar perkara ini pasti anda akan ketawa berdekah-dekah. Insyallah saya akan cerita dalam masa terdekat....

8 comments:

Anonymous said...

Terbaik!

Anonymous said...

jangan kan rbf...aku pun tau gelak tawa pas pis pussy nih...

Jering Daily said...

Salam,

Blog yang sangat menarik.
Blog tuan telah dipautkan di blog kami.
Mohon jasa baik pihak tuan memautkan blog kami di blog hebat ini.

Terima kasih daun keladi, esok kunjung lagi

http://jeringdaily.blogspot.com/

Admin@JD

Meow Bergaya said...

PAS pun dah lama 'tarik' dan skrg dah main 'cucuk', pemikiran sekelas dgn mat pit. Semua pemimpin dlm alam fantasi, alam khayalan.

Slogan "PAS for All" tu mmg elok sangatlah sejak intim dgn PKR dan DAP ni, membawa makna "Pussy Ass Shit for All".

Akupuntakfaham said...

Jemput ke luahan hati saya

Anonymous said...

LiPAS, tumPAS dan hamPAS. Dulu bila dapat perintah Terengganu, perkara pertama yang Hadi Awang lakukan ialah menutup Tadika Kemas. Satu perbuatan ZALIM keatas kanak2 prasekolah yang dinafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan awal.

Dosa Hadi Awang tidak mungkin dilupakan oleh takyat Terengganu yang hari ini sedang menikmati kemakmuran dibawah BN amnya dan UMNO khasnya. Hadi dan PAS Terengganu boleh terus berangan dan bermimpi untuk menguasai Terengganu semula. Hakikatnya hamPAS.

mtk

Anonymous said...

Puak2 Hampas ini sangat kreatif dari segi mencipta perspektif. Kokok derderai derai tapi punggung penuh dengan tahi.

Anonymous said...

Dato Ahmad Said wajar dikekalkan sebagai MB terengganu..sifat beliau yang merendah diri dan diam2 berisi amat disenangi oleh rakyat terengganu..Insyaallah BN akan kekal memerintah Terengganu dgn majoriti yng lebih besar pada PRU akan datang..Amin

-joe dungun