Monday, June 4, 2012

Video:Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajal-Jemaah Tabligh


Daripada dulu lagi saya pernah kata bahawasanya orang yang berjuang mengajak umat mendekati dan menghayati Islam yang sebenarnya bukanlah Pas, sebaliknya jemaah tabligh.

Cara mereka berdakwah bezanya bagaikan langit dengan bumi dengan cara Pas berdakwah.

Mungkin ada diantara kita yang tidak berapa gembira apabila ada orang-orang tabligh datang ke rumah kita untuk bersembang pendek dengan kita dan ajak kita ke surau atau masjid. Tetapi tidak bagi saya.....

Saya amat-amat menghargai mereka kerana bagi saya kita sendiri tak mampu buat apa yang mereka lakukan (dakwah), kalau kita menghargai mereka pun sudah cukup besar maknanya.

Jika ada jemaah tabligh ke rumah saya, saya akan panggil mereka masuk kedalam rumah dan hidangkan minuman. Kebiasaannya mereka menolak. Tapi tak mengapa kita hidangkan juga. Mereka juga tidak menerima sumbangan wang ringgit dari orang ramai. Mereka sudah cukup segala bekalan sebelum keluar berdakwah.

Itulah bezanya mereka dengan Pas. Kalau Pas siap-siap arak kantung ke sana-sini minta duit dengan orang ramai. Suruh orang keluarkan duit dalam poket lagi dengan diiringi selawat dan alunan ayat-ayat Quran.

Mungkin ada yang kata saya jemaah tabligh....

Tidak , saya bukan jemaah tabligh setakat hari ini. Tapi saya tidak menafikan saya ada minat ke arah itu. Mungkin satu hari nanti saya akan menyertai mereka.

Jemaah tabligh juga tidak berpolitik dan tidak mengambil tahu hal-hal politik.

Tetapi kali ini lain macam cara salah seorang jemaaah tabligh bersuara. Mungkin mereka pun sudah tidak tahan dengan kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas.

Selamat menonton video dibawah....



23 comments:

Anonymous said...

sy sokong 100% tu rbf,mmg pun org2 tabligh ni mengajak kita mentaati Allah manakala pas mengajak kita mentaati pemimpinnya,apa sj pemimpin mereka ckp semuanya betul x de pun yg salah itulah beza pas dgn tabligh,jemaah tabligh akn rujuk Quran n hadis manakala pas rujuk nik aziz,apa yg sy tau kbykn org2 tabligh x suka dgn cara pas

abdhakim said...

Salam,TGNI dulu sekitar tahun 80an pernah menjadi mutarjim (penterjemah) kepada jemaah tabligh yang datang dari india memandangkan TGNI boleh berbahasa urdu dan pernah belajar di india.tapi bilamana tarikan pada dunia melebihi kecintaan pada agama,maka TGNI lebih cenderung kepada politik, maklumlah bila ikut tabligh ni tak glamour,tak dapat pangkat,hidup tak mewah dan kurang dihormati dalam masyarakat.Sebagai seorang ulama sepatutnya TGNI tahu membezakan yang mana agama dan mana politik..

Anonymous said...

Minda Pondok di Kelantan dah mula balun PAS.

Tapi orang2 pas nk tutup celaka mereka dengan memburukkan kumpulan Pondok ini sebagai lapar duit dan sudah tentu 'UMNO bayar'. Sesiapa yang menentang PAS hattan PKR dan DAP akan di cop 'UMNO bayar'.. PAS serta konco2nya tak pernah menyalahkan atau mengakui kelemahan diri..kalau tak, takkan ramai yang tinggal perjuangan pas.. pas sudah jauh menyimpang.

abdhakim said...

Salam,TGNI dulu sekitar tahun 80an pernah menjadi mutarjim (penterjemah) kepada jemaah tabligh yang datang dari india memandangkan TGNI boleh berbahasa urdu dan pernah belajar di india.tapi bilamana tarikan pada dunia melebihi kecintaan pada agama,maka TGNI lebih cenderung kepada politik, maklumlah bila ikut tabligh ni tak glamour,tak dapat pangkat,hidup tak mewah dan kurang dihormati dalam masyarakat.Sebagai seorang ulama sepatutnya TGNI tahu membezakan yang mana agama dan mana politik..

Anonymous said...

Ikut tabligh tak masuk FB, tak dipuja, muka tak di print pada kain rentang, tak dijemput naik pentas...sebab tu artis yg dah tamat luput masuk pas, kerana mahu menyambung kesinambungan dunia 'glemer' mereka. dah tak glemer dalam dunia artis, mereka nk glemer dalam dunia dipuja penyokong pas, dalam2 ceramah dapat juga seringgit dua..kalau jadi tabligh, kena keluar duit sendiri. dah la keluar duit, tak glemer pulak tu..

Anonymous said...

bagi mereka yg ingin mencari ulamak pewaris Nabi..
Rasulullah saw bersabda:
“ Janganlah kamu duduk semajlis dengan sebarang ulamak kecuali dengan ulamak yang mengajak kamu dari lima perkara kepada lima perkara:
Pertama, dari keraguan kepada keyakinan.
Kedua, dari ria kepada ikhlas.
Ketiga, dari tamak kepada sederhana
Keempat, dari takbur kepada rendah hati dan
kelima, dari permusuhan kepada perpaduan.”
Hadis riwayat Abu Nu’aim dari Jabir

Anonymous said...

anon 11:27, biarlah x 'glemer',asalkn mendapat keredhaan Allah,hidup kita di dunia ni hanya utk mndptkn keredhaan Allah buknnya keredhaan manusia spt org2 pas,sy doakn org2 pas ni mendapat hidayah drp Allah

Anonymous said...

Tapi bro ada satu masaalah lain
Jemaah tabligh ni menjauhi politik
Dalam ertikata lain mereka tak keluar mengundi
Ini secara keseluruhannya merugikan masyarakat Islam
MINTA BRO SAHKAN
ADAKAH PIMPINAN JEMAAH TABLIGH MELARANG AHLINYA KELUAR MENGUNDI
Saya percaya blog politik seperti blog bro ni pun mereka tak buka

Anonymous said...

AsSalam ....cuti cuti Malaysia ingin keTerengganu.....ingat SUNFLOWER HOMESTAY .....samada untuk sebuah bilik , dua atau empat bilik atau sebuah rumah...atau DOMETRY...yang menarik ...sila hubungi 0199366560.

Anonymous said...

kuikuikui..siap ada promo pulak...apadaa...(dah tanya tuan tanah belum nak buat promo ni)...

Tuan RBF...ese aso...bob lokman patut masuk tabligh..dari masuk pas..
betui dak?

Anonymous said...

anon 11:57, sapa kata org tabligh x mengundi,saudara sy org tabligh n menyokong umno/bn n ahli umno lg,kawan2 tabligh dia ramai yg menyokong umno/bn,ini bermakna dlm umno pun masih ramai ahli2nya yg taat kpd perintah Allah,cuma mereka ni x expose je,ramai gak yg baca blog,org2 tabligh ni ada yg kaya,miskin,jurutera ,akitek n sbgainya,tp mereka ni low profile x menonjol spt org2 pas

Anonymous said...

aku da kata da..nik ajis ni ketua kepada ajaran sesat..

rupanya, tabligh punye pendapat lagi teruk, sampai keluar "gaya hidup ibilis dan dajal"..

itu sudah kes berat..

Anonymous said...

Buat RBF dan yg tak tahu hujung pangkal Dr Nasoha juga tidak sependapat dgn Jamaah Tabligh. Sila ikut rakaman ceramah dia kpd pengikut beliau. Rasa Jamaah Tabligh pun dituduh sesat oleh beliau.

Anonymous said...

Salam Admin.. Untuk pengetahuan tuan,

Prof Dr Nasoha dahulunya pengikut usaha dakwah tabligh.

Tetapi pada tahun 2009, beliau telah isytiharkan utk berpisah dari Jemaah atas perbezaan pendapat mengenai method dakwah.

Dan kini beliau bergerak secara sendiri bersama pengikutnya.

Anonymous said...

kepada siapa yang pernah keluar bersama jemaah tabligh pasti mendapat kelainan, nikmat Iman.......

yee said...

mengecam PAS ttp menjilat Mahathir, siap jadi penulis lirik lagi untuk mahathir punya CD, tabligh kepala hotak engkau .... poorah.
Tabligh sejati tidak PAS/UMNO, mrk transgress dari politik, bodohh punya kepala taik.

Anonymous said...

dr nasoha buat tabligh swasta...

Anonymous said...

dr nasoha ni dh lama meninggalkan jemaah tabligh dan sekarang membuat usaha atas agamanya sendiri2 bersama dgn kwn2nya..bukan lg tabligh yg disertainya dulu. Jadi JGN LAH dikaitkan apa saja aktiviti dan ucapan beliau dgn jemaah tabligh. Hanya Allah Maha Mengetahui..

karkun said...

kejayaan hakiki adalah dimana kita dapat mentaati perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah swt.

Jemaah tabligh tidak bercakap soal politik semasa keluar berdakwah. ini kerana politik adalah memecahbelahkan umat.politik tidak boleh membuatkan kita atau memberi kita kekuatan untuk beribadat kepada Allah. Adakah dengan kita masuk PAS kita mempunyai kekuatan untuk solat lima waktu berjemaah dimasjid setiap hari?
Pernah seorang ahli Pas bertanya kepada seorang ulama di Mesir.Adakah di malaysia boleh menjalankan hukum hudud?Ulama tersebut counter balik soalan.Berapa orang yg solat subuh berjemaah dimasjid setiap hari di setiap kampung?Ahli pas tersebut terdiam.dia faham maksud ulama tersebut.kerana untuk menjalankan hukum hudud setiap rakyat perlu memahami Islam itu sendiri terlebih dahulu.bula memehami Islam barulah datang keimanan yg mantap.seterusnya baru lah dhukum hudud boleh dijalankan.
Pas sebenarnya mengerti akan hal ini.Mereka sudah tentu lebih mengetahui.Tapi mungkin mereka yakin jika mereka berkuasa esok masjid masjid akan penuh setiap waktu solat.
Nabi Musa dibesarkan oleh firaun yg menguasai kerajaan mesir pada wktu itu. firaun amat menyayangi nabi musa.terdetik dalam hati nabi musa ketika itu, jika esok firaun menurunkan kuasa dan baginda menjadi pemerintah kerajaan mesir, baginda akan menyebarkan dakwah kepada rakyatnya.ini bermaksud nabi musa merasakan dengan menjadi pemerintah/mempunyai kuasa bagainda dapat membuatkan rakyatnya menerima dakwah baginda.namun begitu, Allah swt mentarbiah Nabi musa dengan mengeluarkan baginda dari istana.peristiwa nabi musa tidak sengaja membunuh seorang pekerja didalam istana hanya asbab untuk Nasi musa dikeluarkan dari istana.NAbi musa sedar akan kesalahannya.baginda yakin dakwah hanya akan berjaya dengan pengorbanan dan susah payah.
Nabi Muhammad pernah ditawarkan oleh kafir quraisy untuk menjadi pemerintah mekah ketika itu.mengapa rasulullah tidak menerima sahaja tawaran tersebut.hanya memerintahkan penduduk mekah ketika itu supaya memeluk islam.ataupun baginda menwarkan sesipa yg meemluk islam diberi ganajaran wang dan emas.kan lebih mudah.tapi baginda yakin yg bahawa dengan kuasa dan wang semata2 tidak boleh membuatkan seseorang itu memeluk islam dengan ikhlas.hanya dengan pengorbanan dan susah payah bertemu dengan setiap penduduk mekah, dari pintu ke pintu, bercakap tentang hal2 akhirat dan kebesaran Allah(bukan bercakap hal polittik)baru akan mendapat pertolongan Allah dan setrusnya dapat menegakkan islam dimuka bumi ini.
sedarlah kita yg sebagai umat Islam.
Jika pada harini ahli pas sanggup membuat apa yang Rasulullah lakukan iaitu dengan pergi berjumpa setiap org muslim dari rumah ke rumah,bercakap mengenai kebesaran Allah,akhirat,fadhilat sembhyg jemaah dimasjid,mengajak ke mesjid, percayalah dan yakinlah Allah akan membantu memberi kemenangan kepada pas.

nasi lemak said...

kami orang islam dalam pas dan orang islam dalam umno mesti kita bersatu sabelum kita dihancurkan olih orang dap. dap memang hendak melantik lim guan eng sebagai perdana menteri. orang islam dilarang allah memilih orang kafir sebagai ketua, kebagai kawan setia. orang islam perlu mengutamakan orang islam keatas orang kafir. berhati hatilah wahai orang islam. kita akan dihancur olih orang kafir. tengoklah singapura, palastin, amerika syarikat, prancis, libya, iraq, dan sekarang syria. semuanya dihancurkan olih orang kafir. malaysia, tak lama lagi, kalau kita tak hati hati.

nasi kita sudah jadi bubur. nasib orang melayu.

nasi lemak said...

orang islam jangan dipengaruhi olih orang kafir. Allah mengharamkan orang islam memilih orang kafir sebagai ketua. dap mahu orangncina sebagai ketua. jadi kenapa orang islam bersatundengan orang kafir?

Anonymous said...

Orang PAS orang politik...kuasa dan pengaruh objektif mereka...islam ni selling point je..

TUAN MOHD NAZRI said...

Saya pernah keluar di kelantan. Tak sangka nik aziz ada turun melawat jemaah kami. Semua bersalam dgn dia. Bagi saya, hanya dgn cara nabi sahaja Allah akan bantu umat Islam. Org Islam pula hanya akan menang melalui bantuan Allah sahaja. So. Apa lagi. Mujahadahlah kita untuk agama Allah. Tak rugi pun. Bahkan, itulah yg membuktikan kita orang yang beriman pada Allah dqn hari kiamat.