Wednesday, July 25, 2012

Disolek Wanita:Fathul Bari Akui Kesilapan dan Berharap Allah Ampunkannya


Berikut adalah kenyataan Ustaz Fathul Bari berhubung isu beliau disolek oleh jurusolek wanita sewaktu debat antara beliau dengan Ketua Pemuda Pas minggu lepas.

Bismillahhiarrahmanirrahim,

Untuk isu "solek" yang diperdebatkan oleh pecinta kebenaran; komen saya:

1. Setiap insan pasti melakukan kesilapan termasuk diri saya dan Ketua Pemuda PAS. Maka saya akui kesilapan saya (seperti di dalam gambar) apabila disolek kali pertama di bilik mesyuarat. Semoga Allah mengampunkan kesalahan ini, dan saya telah memperbetulkan kesilapan tersebut ketika berada di pentas debat, alhamdulillah.

2. Maka, yang terbaik buat pesalah adalah mengaku kesalahan dan beristighfar.

3. Bagi yang memberi komentar, jagalah lisan dan perkataan. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.

4. Bagi pihak yang menganjurkan program yang memerlukan kepada solekan, maka tolonglah ambil serius isu perbezaan jantina antara juru solek dan yang disolek.

5. Mungkin ada yang beralasan, "tidak mengapa jika tidak menyentuh kulit", tetapi Islam memerintahkan umatnya menjaga mata pandangan. Sabda Nabi SAW: "mata juga berzina". Melihat aurat wanita adalah sesuatu yang dilarang. Bahkan melihat wanita tanpa keperluan pun kita diperintah oleh Nabi SAW agar bersegera melarikan pandangan.

6. Saya dan KP PAS (saya yakin) bukanlah sengaja menghulurkan wajah untuk disolek, tetapi keizinan untuk disolek diambil oleh kami secara spontan tanpa sempat berfikir panjang. Inilah kelemahan manusia.

7. Saya cuba disolek kali pertama di dalam bilik (seperti di dalam gambar). Pada waktu itu saya baru tiba dalam kekalutan dan kelewatan, lalu disolek buat kali pertama. Tetapi saya telah meminta daripada juru solek untuk membersihkan sendiri. Namun oleh kerana ketidak"cekapan" saya dalam menyolek menyebabkan wajah saya bertapuk lalu juru solek tersebut melakukan touch up. Manakala kali kedua ketika di pentas, saya bermuhasabah kesilapan yang lalu maka saya tidak mengizinkan wajah saya disolek olehnya sekali lagi.

8. Wall Ustaz Fauzan menurut pendapat saya bertujuan menyedarkan pelampau politik yang memaksumkan tokoh-tokoh parti mereka bahawa setiap manusia tidak akan bebas dari silap dan salah termasuk KP PAS. Moralnya: Oleh itu, jangan kita mudah menghukum orang lain kerana seluruh manusia tidak maksum kecuali Nabi.

9. Saya berterima kasih atas nasihat Ustaz Fauzan dan sahabat-sahabat atas kesilapan ini. Moga Allah memberikan kekuatan untuk kita mengharungi fitnah dunia dan akhirat. Wallaahua'lam.

Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya 

Rasa sungguh teruja dan bangga apabila membaca kenyataan Ustaz Fathul Bari. Dengan penuh keinsafan beliau mengakui kesilapannya dan mengharapkan Allah mengampunkan dosanya. Masyaallah......

Semoga Allah ampunkan Ustaz....Amin.....

Semasa PRK Permatang Pasir tahun 2009, dibulan Ramadhan, kita semua masih ingat lagi bagaimana Ketua Pemuda Pas yang serban sebesar sebesar bakul, yang jubah sampai bawah tumit kaki dan yang celak keningnya sampai masuk ke dalam mata membongkar kisah calon BN berkahwin dua. Korek dan laga sana-sini, dibawa keatas pentas ceramah hingga rumahtangga calon itu berkocak. Tetapi sampai ke hari ini pun tiada satu perkataan maaf atau mengakui kesilapan keluar dari mulut dia. 

Apa hukumnya memecah belahkan rumah tangga orang ? 

Kalau ikut hati aku banyak lagi aku nak rembat Ketua Pemuda Pas ni, tapi disebabkan bulan puasa maka aku reserved sedikit....

25 comments:

BeritaKini said...

Saya amat mengagumi Ustaz Fathul Bari :)

Anonymous said...

macam ni baru ustaz..dah silap mengaku silap dan muhasabah diri..tak payah dok menegak benang yg basah..sikap begini kita perlukan dalam berpolitik..tahniah ustaz fathul bari..respek lah..

Anonymous said...

Saya harap Ds Najib dapat bawa masuk Ustaz Fathul Bahri sebagai calon dalam PRU yg akan datang. Anak muda mahukan Ustaz yg bole memimpin dan dapat membimbing anak2 muda ke jalan yg di redhai. Ustaz ini adalah Winnable candidate dan bukanlah mangkok2 dalam UMB yg suka membodek, tetapi sbenarnya haprak.

Anonymous said...

Sepatutnya penganjur yang kena sensitif dalam hal ini. Dah tahu jemputan mereka lelaki, kenapa disiapkan jurusolek perempuan. Kan ramai jurusolek lelaki/nyah. Atau pun lain kali penceramah bawa bedak sendiri je lagi senang. Wife pun boleh tolong ajarkan.

Tapi bagi akulah perkara ni really kecik sangat. Umpama bila kita pergi klinik sebab sakit. Yang ada doktor berlainan jantina. Takkan nak kata...'eh, doktor tak boleh periksa saya sebab haram kalau tersentuh atau terlihat'. Islam tak pula sekejam itu. Dalam keadaan tertentu, ianya dimaafkan. Really hipokrit sapa yang besarkan hal ini.

Anonymous said...

ringkas je..

Ustaz Fathul Bari for timbalan Perdana Menteri & KJ Perdana Menteri..hehehe

akupun takfaham said...

Setuju dengan cara UFB yang tidak gelabah dan tidak terburu-buru buat kenyataan. Apatah lagi kenyataan itu berupa permohonan maaf.

tengku faiz mansor said...

wow!!!! tabik pada ustaz..terbaik secara terus terang meminta maaf pada rakyat dan bermusabah diri kepada ALLAH..bukan mcm pembangkang mencari pelbagai alasan walaupun kesilapan diri terbukti..penbangkang jenis penting diri sendiri dan suka mebuat fitnah

Media Shah Alam said...

ini penjelasan ketua pemuda PAS


Ini penjelasan Ketua Pemuda pas ;




Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.


Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.


Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.


"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.


"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.


"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.


Beliau harap sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.


Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.


"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.


Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.


"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.


Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.


Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.


"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.


"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.


Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.


"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

Anonymous said...

Nasarudin kata camtu sebab dia pun sama dalam kejadian tu. Cuba kalau UFB sorang yang terlibat.... Berapi dia balun......

Anonymous said...

sikap tidak menegakkan benang basah mampu pergi jauh

Anonymous said...

Isu ni mula meletup bila ust fauzan timbulkan untuk balon KP Pas. Dia sangka hanya KP PAS yg di solek. UFB enggan di solek. Lalu gambar UFB sedang disolek oleh juru make up wanita dikeluarkan bagi menolak dakwaan ust fauzan yg tak berapa cerdik tu. Maknanya ust fauzan yg mengejutkan fitnah yg sedang tidur. Politik.. Politik.. Dlm politik aku rasa UMNO dan PAS sama je bodohnya. Masing masing mengambil kesempatan dan mencari kesalahan. Aku benci politik...

Anonymous said...

BAGUSLAH TU..

KALAU SILAP, MENGAKU KESILAPAN. KESILAPAN KALI PERTAMA ITU ALPA. BOLEH DIMAAFKAN.

KALAU SILAP KALI KEDUA DAN SETERUSNYA ITU BUKAN ALPA LAGI..TAPI BODOH. CONTOHNYA, DAH KENA TIPU BERKALI2 TAPI MASIH NAK PERCAYA JANJI2 YANG DITABURI..

APATAH LAGI BAGI MEREKA2 YANG TIDAK MAHU MENGAKU KESILAPAN WALAUPUN BUKTI DAH TERSEBAR LUAS..HEHE

Anonymous said...

politik tak salah bro, yg salah adalah pelakunya (manusia) kan kita sebagai manusia sentiasa resah gelisah dan kesilapan adalah lumrah bagi kita manusia..
Tetapi jika kita mengulangi kesilapan tersebut maka kita adalah manusia yg teramat bodoh/angkuh/taksub

Anonymous said...

Pastikan raya kedua je, terus rembat Ketua Pemuda PAS ni. Jangan bagi can. Taruk cukup2.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

MAAF dan TERIMA KASIH tidak ada dalam kamus PAS...pakai main sondol je

Daddy Cool said...

bravo UFB!!brani mngaku kilapan sndri dan trus mnta maaf..xmcm sstngah pmimpin pmbgkang,klau dh kantoi,selagi blh bhong,selagi itu lah dia bhong...dalam video dh trang2 nmpk muka dia,tp xnk mngaku lagi...syabas UFB krn brjya mmbuktikan pmimpin BN bkn pengecut mcm pmimpin pmbgkang!!

usin said...

beginilah sikap pemimpin yang BERJIWA BESAR. tahu meletakkan yang mana salah dan mana benar, walaupun kesalahan itu di pihak diri sendiri. memang susah nk dpt individu mcm ni. umno, mana yg dh ada ni kena jaga sebaik mungkin sbb inilah pemimpin masa depan yg terbaik rasanya...

Anonymous said...

Sikap merendah diri spt UFB lakukn amat trpuji sekali...kalo dah wat salah mengaku saje akan kekhilafan kite....mana ada manusia yg sempurna tanpa secalit kesilapan kecuali Nabi Muhammad S.A.W...

Tapi adakah pemimpin PAS sana yg sgp mengaku kesilapan mrk ?? Pok Nik??? Pok Aji Adi?????

Anonymous said...

fathul biri2 ni otaknya bodo skit dr kambing

Anonymous said...

fathul biri2 ni otaknya bodo skit dr kambing

July 26, 2012 2:32 PM

KO PULAK OTAK BABI..KALAU DAH BABI..FAHAM2 JE LA..DARI LUAR SAMPAI KE DALAM SEMUA HARAAAAAAAAAMMMM..

manjung (TIBAI) said...

bagi aku le kalau macam ustaz Fathul Bahri tak bersolek pun tak ada celanya. dah memang elok tapi tak tau le kalau yang sebelah sana tu...hehehe

Anonymous said...

penganjur tyu yg bodoh. mcm dah x de jurusolek lelaki..

Anonymous said...

Sdr RBF
Sudah sampai masanya UMNO merangka dan membuat draf tentang hukum hudud serta ciri ciri negara Islam sebenar agar semua rakyat jelas dan faham tentang hukum hudud. Tindakan ini akan mematikan manipulasi PAS tentang hukum hudud yang telah dipolitikkan dan dilacurkan dengan begitu dahsyat sekali. Soal pelaksanaan adalah soal berikutnya.. sekurang kurangnya kita telah membentangkan draf dan memberi kefahaman soal hukum hudud ...

Anonymous said...

Aku sangat setuju para alim ulama bersatu dengan pihak pemerintah tetapi aku sangat tidak setuju jika para alim ulama terjun ke dunia politik.. sebab mereka ini juga adalah manusia .. ada keinginan, ada nafsu, dibimbangi fitnah semakin berleluasa ke atas golongan para alim ulama dan dibimbangi mereka akan mudah terpesong dengan dunia politik yang penuh pancaroba. Apatah lagi jika ada dikalangan mereka yang akan rasa kecewa apabila mereka gagal menduduki mana mana jawatan dalam parti... lihat sahaja sejarah penubuhan PAS .. yang diasaskan oleh mereka mereka yang awalnya gagal memenangi jawatan dalam UMNO ..cukuplah mereka para alim ulama sebagai penasihat kepada pemerintah ...

Anonymous said...

yaaa...bgtau la kt "ust" fauzan tu berhenti la sebarkn aib org..contohi ckit sahabat die nh..da kene kt batang idung parti sendiri pastu nk salah kn org lain