Thursday, July 19, 2012

Isu Saham Felda Tonjolkan Amalkan Politik Syaitan Pas


Untuk menutup malu MB Kedah telah mengarahkan agar PKNK menjual kembali saham Felda yang telah mereka beli

Berikut laporan yang dipetik dari sinarharian.com
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menjual saham milik perbadanan itu dalam Felda Global Ventures Holdings (FGVH), yang dibeli tanpa pengetahuan beliau sehingga menimbulkan isu seolah-olah pendirian Kerajaan Negeri berhubung penyenaraian syarikat Felda itu di bursa saham bertentangan dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi meredakan salah faham dalam kalangan penyokong pembangkang seolah-olah Kerajaan Kedah tidak sensitif dengan isu berkenaan.

"Jika ada mana-mana pihak yang anggap begitu (tidak sensitif) sebenarnya tidak betul. Walaupun MB (Azizan) Pengerusi PKNK, namun dalam isu pembelian saham FGVH, beliau tidak dimaklum langsung. Keputusan itu dibuat oleh pengurusan PKNK sendiri. MB hanya dimaklumkan selepas pembelian dibuat dan beliau terus mengarahkan supaya saham-saham itu dijual kerana menyedari ia boleh menimbulkan salah faham terhadap Kerajaan PR Kedah," katanya.

Itulah Pas....

Seperti yang saya sering kata di blog ini demi politik mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah menjadikan isteri sebagai taruhan politik. 

Ketua Eksekutif PKNK , Datuk Abdul Rahman Ibrahim semasa mengulas pembelian saham berkenaan telah berkata ianya satu keputusan perniagaan yang bijak.

Laporan dari sinarharian.com
“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

PKNK yakin dengan Felda dan tahu mereka akan dapat banyak faedah daripada pembelian saham berkenaan sebab itu mereka beli. Malah mereka minta nak beli sampai 1 juta unit. Itu bukti keyakinan mereka kepada Felda.

Tetapi malangnya oleh kerana parti Pas sebuah parti ajaran syaitan yang meletakkan politik lebih atas dari segala-galanya, mereka membutakan mata dan menggelapkan hati dari melihat semua kebaikan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh PKNK hasil pembelian saham tersebut, dan meminta PKNK jual kembali saham-saham itu. 

Semata-mata nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka....

Begitulah dalam soal hubungan mereka dengan Anwar Ibrahim. Pas tahu Anwar seorang peliwat, Pas tahu Anwar lelaki yang beraksi dengan perempuan cina dalam video yang didedahkan Eskay. Malah Pas tahu lebih awal daripada orang-orang Umno yang Anwar seorang peliwat hingga mereka yang memberikan gelaran Al Jub**i, tetapi Pas ketepikan semua itu demi kerana nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka. Kini tok-tok guru Pas yang jubahnya meleret sampai ke tapak kaki dan serban sebesar bakul sanggup menjulang seorang manusia yang Nabi tidak mengaku umatnya kerana nak kejar keuntungan politik.

Begitu juga dengan perjuangan negara islam yang dibawa mereka sejak tertubuhnya Pas. Berbelas-belas orang mati di Memali kononnya berjihad untuk menubuhkan negara islam. Kini kerana nak memuaskan nafsu politik syaitan mereka, perjuangan negara islam digugurkan kerana katanya dalam Quran tidak dinyatakan tentang negara islam. Dah tua-tua bangka baru habis mengaji dan baru tahu dalam Quran tiada negara islam. Sebelum itu mereka kafirkan Umno mereka tak habis lagi baca Quran.

Dalam hal saham Felda inilah yang kita boleh lihat bagaimana Pas sanggup buat apa sahaja demi politik. Sanggup tolak kebaikan dan sanggup tolak kebenaran semata-mata politik. 

MB Kedah arahkan PKNK jual saham-saham Felda yang dibeli. PKNK beli saham Felda pada harga RM 4.55/unit. Harga saham berkenaan sekarang RM 5.40. 

Kalau MB Kedah nak jual kerana semata-mata berpegang pada prinsip Pas dan nak memuaskan nafsu politik Pas, tolong jangan ambil untung hasil penjualan tersebut. PKNK hanya ambil modalnya balik manakala keuntungan hendaklah diberikan kepada Felda atau para peneroka, atau campak saja duit itu ke laut. Duit itu haram untuk Pas. Haram....haram....haram......Jangan pula buat muka tak malu nak kaut untung. Nak pegang pada prinsip tolong pegang prinsip sepenuhnya dan jangan ambil untung satu sen pun. 

21 comments:

Anonymous said...

Adesss..pedihnyer bro...kena tepat...kah kah kah....

PAS mmg munafik..dulu kata UMNO kafir krn brkrjasama dgn org bkn Islam (MIC/MCA) tapi lanih depa dok comolot dgn DAP malah mngangkat DAP mnjadi KHALIFAH mrk dan sgp ikot telunjok DAP...so sapa kafir la nih???

Dulu kata UMNO sokong Yahudi krn isu APCO tapi akhirnya bila ANUwar trkantoi dgn kenyataan mnyokong ISRAEL trs Pork Adi dan PORK Nikcy kuar Fatwa(?) bole kerjasama dgn Yahudi brkaitan dgn ekonomi....

UMNO wat haram tapi depa wat bole...artis PAS nyanyi siap petik gitar dalam masjid lagi bole tapi Datuk Siti Nurhaliza nyanyi kat majlis trbuka di kelantan HARAM...

adesss adessss adessss...apa nak jadi dgn PAS nih....penganut PAS..angpa ada AKAI ke xde?

Anonymous said...

Benarkah nama ada kesan dlm kehidupan? Pas ertinya anjing dlm bahasa Bosnia, Crotia & Serbia. Try check sendiri.

RBF Online said...

Anon 2.10

Betullah.....

Saya dah cek

Lihat link ini
http://translate.google.com/#sr|ms|pas

Anonymous said...

betul..

ambil balik modal je. kalau ambil untung..itu HARAM!!! nak kasi makan anak bini sumber HARAM ke ?

Anonymous said...

Betulkah Azizan tidak tahu mengenai pembelian saham tersebut? Bagaimana seorang pengurusi PKNK tidak tahu menahu kerana transaksinya amat besar. Adakah penjualan saham atas arahan Azizan itu juga terpakai keatas pegawai2 tertinggi PKNK yang khabarnya juga membeli saham tersebut?

Azizan kata: 'buat kerja secara Islam'. Adakah meletakan politik diatas segala2nya merupakan tuntutan Islam atau ianya tuntutan nafsu?. PAS oh PAS semakin lama nampaknya semakin hamPAS.

mtk

QalamQabut said...

Aku kesian dekat Datuk Rahman CEO PKNK, sahabat aku dari kecil lagi. Keluarga dia memang orang UMNO tapi dia buat kerja dengan jujur dan ikhlas. Sebab tu PAS sukar untuk singkirkan dia masa mula2 pegang tampok pemerintahan Kedah dulu.

Tapi aku tak hairan dengan arahan Tok Jijan tu. Memang keutamaan PAS dalam dunia ini ialah PARTI. Jika agama boleh ditolak ketepi apalagi ekonomi.

Akupuntakfaham said...

Kesilapan teknikal saja hehe

Far Lungeng said...

Harap lepas ni PAS akan memfatwakan bahawa ASB &ASN dll jenis pelaburan dlm PNB hasil dari idea UMNO adalah haram dan mengarahkan semua ahli-ahli PAS jual semua saham mereka.Jangan pergi tunai Haji melalui Tabung Haji kerana ia diilhamkan semasa pemerintahan UMNO (BN).Kerana mungkin Tabung Haji ada buat pelaburan dlm FGVB. Tapi berani ker Tuan Guru arahkan ahlinya buat gitu. Tidak sama sekali kerana dihati kecil mereka tetap mengakui kebijaksanaan UMNO dlm mentadbir negara dan meletakkan Agama Islam ke martabat yg tinggi sehingga diakui oleh negara Islam lain dan tidak sesekali PAS.

Abg Is said...

Saya ingat MB kelantan aje yg pandai guna dalih 'ambo tak tahu'.. Rupanya Kedah pun ada juga.

Anonymous said...

sedih betoi jadi org kedah dapat MB macam nie. apapun saya tetap tak akan pangkah PAS lagi sebab malu dengan pemikir pas yang gunakan kepala lutut:-) Sayonara PAS kedah kali nie, confirm hilang undi aku!!!

Anonymous said...

Xtahu mnahu psal pmbelian tu???cmne leh jd chairman...bg aku jela jd chairman..bodo oiang pnye chairman..

Anonymous said...

SEGALA KATA MEREKA DULU TELAH KEMBALI KEPADA MEREKA. DULU MEREKA KATA UMNO KAFIR KERANA TOLAK NEGARA ISLAM AKHIRNYA MEREKA SENDIRI KATA NEGARA ISLAM TIADA DALAM AL-QURAN. DULU MEREKA KATA UMNO PUJA ARTIS HINA ULAMA TAPI SEKARANG MEREKA PULA PUJA ARTIS BUANG ULAMA. MEREKA TERGAMAK MELAKUKAN SESUATU YANG MERUGIKAN ISLAM DAN MELAYU SEPERTI NAK JUAL BALIK SAHAM FELDA HANYA TAKUT HILANG UNDI CINA. MEREKA SANGGUP DENGKI SESAMA MELAYU ISLAM YANG BARU NAK RASA SENANG TAPI TAK PERNAH KISAH ORANG BUKAN ISLAM KAYA RAYA DAH LAMA. MUSUH MEREKA ADALAH MELAYU YANG MENGUCAP DAN SOLAT SEPERTI MEREKA TAPI TAK MENYOKONG PARTI SESAT MEREKA. SAHABAT MEREKA ADALAH PUAK-PUAK YANG TERANG-TERANG ANTI ISLAM TAPI SANGGUP UNDI MEREKA. ISLAM HANYA ALAT POLITIK SAHAJA BUKANNYA AD-DEEN BAGI MEREKA. SEBAB ITU WALAUPUN MULUT MEREKA BERBUIH BERCAKAP ISLAM TAPI AKHLAK MEREKA BURUK. ITULAH PAS. TERLALU JAHAT DAN BUSUK HATI MEREKA WALAUPUN ZAHIR MEREKA BUKAN MAIN ALIM KONON......

Leftenan Caine said...

Kebabom!!!tpat skali ats serban puak2 PAS..trbaik bro..!!tp kan bro,logik ke Azizan sbgai pengerusi PKNK xthu menahu tntg pmbelian saham fgvh??bkn skit beli,byk ooo....

DON MELAYU said...

itulah PAS..snggp mnggadaikan agama dan akidah demi mmnuhi nafsu mereka...skrg rkyat blh lihat sndri kemunafikan PAS..kta tgk lps ni apa plak alsn yg dia bagi...

Moto Pas:rakyat ditipu,pndapatn diutamakan...

QalamQabut said...

Kalau kita teliti dalam semua kes, kejadian, peristiwa atau apa saya yang berlaku, pemimpin2 PAS ni tak salah, tak akan mengaku salah, tak akan rasa bersalah. Orang lain yang salah. Kalau dema tak sempat sediakan alasan, dema dengan senang hati cakap 'aku tak tau'. Mudah sekali lepas tangan, lepas tanggungjawab.

Tak upaya aku nak bagitau apa jenis perasaan yang ada dalam diri manusia2 ni. Tak tau malu, tak tau bertanggungjawab, tak tau mengaku kesalahan atau kesilapan, tak tau bersyukur... Entahlah... banyak sangat yang dema ni tak tau

bro yul said...

saper x kenal pas penuh dngn dayah2 yg d cipta sendiri dr mu si dol,presiden,tmblan presiden smua nyer bagang tahap gaban....btul mcm bro rbf ckp tu ambik modal jer la duit tu haram utk pas mkn...

p/s;bg kat aku pon x per duit utung tu dr dia campak ke laut....hahahaha.....

Anonymous said...

Pas tak perlukan orang bijak pandai dalam berniaga..atau memimpin cukup aje dng penyamun sbb senang boleh berpolitik 24/7..365 hari.. cth tabung memali..projek kambing jampari..emas kelantan..kohilal cukup berdaya saing bila di uruskan oleh penyangak bin penyamun..yg pandai berkata2..buktinya ..mana pernah kena hukum atau dibawak ke mahkamah ..semua HALAL!!

Anonymous said...

ada 3 kemungkinan je mengapa MB tak tahu..

1..MB dan wakil2nya tak buat kerja

2..PKNK sengaja nak sabotaj MB

3..MB dan PKNK munafik. mulut cemuh tapi hati naaaaaaak jugak merasa..kutuk, kutuk jugak, kalau untung boleh bagi2..hihihi

Anonymous said...

Mmmm cakap tak serupa bikin...takut tanah peneroka tergadai lah...kata mcm2 kat PM tapi beli juga kahkahkah untung tu jgn ambil ooi haram

Anonymous said...

Mmmm cakap tak serupa bikin...takut tanah peneroka tergadai lah...kata mcm2 kat PM tapi beli juga kahkahkah untung tu jgn ambil ooi haram

baharudin said...

aku lagi layak jadi pengerusi pknk...he..he.. kesilapan teknikal..he..he..