Tuesday, July 10, 2012

Lidah Biawak Atau Lidah Buaya ?


Berikut adalah laporan dari Antara Pos pada 7 Julai 2012...

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS akan membuktikan parti itu mampu melaksanakan pembangunan tanpa bantuan daripada kerajaan pusat,  menambah Umno perlu belajar dari peristiwa Nabi Nuh AS, kata exconya Datuk Husam Musa.

Bercakap dalam Rapat Perdana Lebuh Raya Rakyat di Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar di sini malam tadi, Husam menegaskan kerajaan negeri Kelantan telah dianaktirikan sejak 1990 terutamanya dalam soal pembangunan.

Jelas beliau, ia termasuk pembinaan Lebuh Raya Kota Bahru-Kuala Krai bernilai RM1.8 bilion yang ditanggung kerajaan negeri dengan bantuan rakyat negeri itu.

"Nak membina keyakinan  diri inilah bahawa Kelantan boleh membebaskan diri daripada penganaktirian, diskriminasi, manipulasi, diketepikan dan diugut, kalau nak pembangunan mesti bersama Barisan Nasiona (BN).

Berikut pula adalah laporan akhbar Sinar Harian pada 3 Julai 2012 ketika menjawab soalan dalam DUN Kelantan.



Maklumlah bila bercakap dalam ceramah depan penyokong-penyokong mestilah kena tunjuk ek....hakikat yang sebenarnya ? 

Esok lusa ada pula yang kita bukan minta bantuan, kita hubungi menteri untuk minta kerjasama......

Kita bukan kutip duit rakyat, kita bagi peluang kepada rakyat untuk menderma......wa...kah...kah....kah.....

17 comments:

Jokiden said...

Husam ni dalm bab bercakap, putar dan belit mmg cerdik. Dalam bab menjalankan tugas dan amanah sebagai exco ni kurang cerdik sikit.

Dalam bab duit dan peruntukan dia kata Kelantan di anak tirikan tetapi dalam bab undi dan sokongan dia tak sedar ke UMNO yang di anak tirikan sejak 1990 tersebut?.

Anonymous said...

Nik Aziz dilapurkan berkata yang dia tidak tahu manahu mengenai skandal Kelantan Golden Trade. Ini bermakna Husam Musa yang menjadi fokus dalam isu ini tidak memberi tahu Nik Aziz atau membohongi Nik Aziz dengan mengemukakan fakta yang tidak tepat atau fakta yang salah?

Nik Aziz pernah kata 'Husam Musa ini budak cerdik' . Husam berjaya membuktikan kata Nik Aziz dan kecerdikan Husan Musa ialah berbohong, berbohong dan berbohong. Hari ini Husam mendabik dada mmengenai projek lebuhraya rakyat yang kononnya telah dirancang rapi tetapi hakikatnya ialah satu lagi siri pembohongan yang dibuat bukan sahaja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan.

Nak tanya Husm Musa : Apa dah jadi dengan 'projek janapari'? Kemana lesapnya rm6 juta yang diperuntukan kepada projek tersebut?


mtk

Anonymous said...

RBF, jangan lupe. Si baju kotak merah ni dengan takbur menyatakan projek Megatipu mereka tu akan ditampung dengan duit dari perdagangan hasil perlombongan besi yang dijumpai di Kelantan. Benarkah begitu??? Atau sekadar nak kencing penganut mereka lagi???

Anonymous said...

Lidah syaitan

BOB MALAYA said...

bab membohong kita letak no 1 pada husam musa..kuat btul org pas nie kencing rakyat dan putar belit rakyat.bila buat ceramah je mesti minta sedekah dari ahlinya untuk tabung kononnya tp wang entah kemana.tipu.tipu .tipu itulah husam musa

Anonymous said...

Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui

KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.

“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.

“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.

Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.

Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.

“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.

Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.

Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.

“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya.

- Harakah Daily.net

Anonymous said...

bila kawasan balak habis, cara untuk ambil balak di kawasan rizab hutan adalah dngan cara mengemukakan permintaan untuk melombong di kawasan rizab hutan kepada jabatan perhutanan, nk tebang balak memang perhutanan tidak bagi terus.

besi ke, emas ke dan apa2 logam adalah sebagai mahu menutup niat asal kroni2 untuk mengambil balak.

mahu 'ambil' logam tersebut, perlu tebang pokok2...baru boleh 'ambil' logam2 tersebut..

hasil 'membersihkan' hutan tadi bernilai berbillion ringgit.

inilah yg terjadi di klantan sekarang.

Anonymous said...

sana cakap lain, sini cakap lain. akhirnya terbelit.

manjung TIBAI said...

Husam masam yang bengong. Itu je boleh aku kata...

tengku faiz mansor said...

apa nak jadi dengan husam musa.kerajaan kelantan akan hancur di sebab oleh manusia bertopengkan syaitan.pandai rancang jer buatnya hampeh.asyik nak temberang jer tau..usahlah memperdayakan rakyat untuk kepentingan politik.

azman said...

Assalamualaikum...rbf

Dah lebih 2 dekad baru sekarang nak perasan yang mereka ada kekuatan diri dan mampu menjana kekayaan atau kerana dah dekat nak pilihan raya?..

Sudah sudah lah tu..jangan ingat rakyat bodoh..tak tahulah kalau rakyat Kelantan memang suka diperbodohkan...

Anonymous said...

Oghe Klate relo ditipu nik azih masok 22 taon doh, pah kalu huse nok tamboh lagi 22 taon pong ado bezo koh???
Sie...lah kat oghe Klate dehh??

mekkelate darul naim said...

sian ko rkyat kelate ni..pade keno tipu g2 doh,jgn la bodohkan rkyat un tk kepentingan politik,husam...husam..

Anonymous said...

Dahtu rakyat kelantan taksub sangat. Padankan kena tipu hidup2. Nik aziz & husam sama saja.

Tengku Anuar said...

husam2 ni ad degree kalu bab bebohong ngan berlakon..ak tgk husam ni dh jadi liabiliti kpd kerajaan PAS kelantan..mcm2 pnpuan yg dia buat sdh trbgkar..ni lah mslhnya klau ad menteri besar hok uzur,xleh nk pantau kerja2 exco bwahan...TUKAR!!!

DON MELAYU said...

kalau ptong trus jer lidah dia xblh??tp krepek lidah buaya sdp dimakan...

bro yul said...

klu nama jer parti pembakang nie putar belit wajib dlm parti mereka....nk bt lebuh raya konon isu air sampai skrng pon x selesai..ada hati nk bt lebuhraya....sikit2 pegikut tegar pas nie mula la persoal royalti2..dr pada bg kat kerajaan negeri baik bg kat rakyat.....klu bg kat kerajaan negeri pon x guna...mcm tu jugak kelantan.....