Wednesday, July 18, 2012

Pemain-Pemain Cyber Pro BN Kini Meresahkan Pemimpin Pembangkang


Sejak petang semalam hinggalah ke pagi ini saya banyak menerima ucapan tahniah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu petang semalam yang menolak saman Husam Musa keatas seorang peniaga yang dituduh sebagai blogger ruangbicarafaisal.blogspot.com

Ramai juga yang minta saya belanja makan....

Suka saya nak jelaskan disini, sebenarnya ucapan tahniah itu tidak perlu ditujukan kepada saya.  Bukan saya yang menang. Yang menang adalah peniaga tersebut. Kalau nak ucap sila ucapkan terus kepada lelaki itu. Kalau tak tahu ke mana nak dituju untuk ucap tahniah kepadanya, sila ke blog kickdefella di sini. Saya difahamkan beliau telah lama berada dalam jagaan kickdefella. 

Tentang permintaan untuk belanja makan, tidak menjadi masalah walaupun bukan saya yang menang. Hari Ahad ini (22.Julai.2012) jam 12.30 tengahari di Restoran Nasi Kandar SS 2 Petaling Jaya. Tawaran terhad antara jam 12.30 tengahari hingga 3.30 petang sahaja. Lebih daripada waktu itu dah tak boleh. Makan di kedai sahaja. Bungkus tidak dibenarkan. Amacam, ok ? 

Kalau kena tarik naik ke dalam kereta jenazah jangan marahi saya......kah....kah.....kah.....

Berbalik kepada apa yang saya nak katakan.....

Jika dulu kehadiran atau kewujudan blogger-blogger dan cybertrooper pro BN sering diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin dan pemain-pemain dunia cyber pro pembangkang. Mereka kata tiada kesan, kehadiran blogger pro BN akan membuatkan rakyat makin menyampah dengan BN, bodoh dan sebagainya. 

Namun sejak akhir-akhir ini lain pula yang jadinya. Nampaknya kehadiran pemain-pemain cyber pro BN telah mula meresahkan bukan sahaja pemain-pemain cyber pro pembangkang, malah sudah sampai ke tahap meresahkan pemimpin tinggi pembangkang. 

Buktinya semalam, Lim Kit Siang selaku orang lama politik dan pemimpin agung pembangkang menunjukkan rasa resah gelisah dia dengan kewujudan pemain-pemain cyber pro BN, hinggakan dia buat kenyataan media. Lihat di sini

Kalau kita semua ini tiada kesan dan tidak mendatangkan kudis kepada mereka, apakah anda ingat dia nak buat kenyataan media itu ? Apatah lagi yang buat itu adalah Lim Kit Siang. Bukannya setakat pendekar-pendekar tempang seperti Shamsul Iskandar atau Raja Ahmad Al Hiss 3/4.

Bercerita bab politik dalam dunia cyber....

Politik dalam dunia cyber mulai mengambil tempat selepas pemecatan Anwar Ibrahim tahun 98. Dulu sebelum ada internet orang main surat layang dan buku-buku politik. Pada tahun 98 politik dalam dunia cyber tidak sehebat hari ini dan pada ketika itu ianya dikuasai pembangkang. Antara laman web pembangkang yang popular pada ketika itu adalah mahazalim dan mahafiraun. Perkataan itu dituju kepada Dr M.

Macam-macam fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan kepada Dr M pada masa itu, Rumah Dr M ada tokong buddha, Dr M ada bini cina, Dr M arah Rahim Noor tumbuk Anwar, Dr M minta dana dari israel dan macam-macam lagi.

Masa itu talian internet tidaklah sehebat hari ini dan komputer pun tidaklah semurah dan sebanyak hari ini. Sesiapa yang ada kemudahan internet pada masa itu akan cetak kandungan-kandungan dari laman-laman web berkenaan dan sebarkan. Perkara itu dilakukan seluas-luasnya oleh penyokong-penyokong Anwar. Pelbagai kisah sedih Anwar dari dalam penjara dan kisah sedih Wan Azizah yang direkacipta untuk menagih simpati masyarakat. Pada masa itu berita-berita dari internet dianggap satu berita yang eksklusif dan dipercayai orang ramai. 

Masuk pilihanraya 1999 BN kalah agak boleh tahan juga , tetapi tidaklah hilang 2/3 dan BN juga kehilangan negeri Trengganu. Saya tidak kata kuasa internet sepenuhnya yang menyebabkan BN kalah banyak. Tetapi kelebihan internet yang dimanfaat sebaik mungkin oleh pembangkang boleh dikatakan turut menjadi penyumbang kepada kekalahan banyak kerusi BN.

Selepas itu BN/Umno juga turut memanfaatkan kelebihan internet. Wujudlah laman web seperti KMU yang kini dikenali sebagai MyKMU, Umno Online dan Selangor Daily. Itu yang saya ingat. 

Pilihanraya 2004 BN menang besar. Saya tidaklah kata kuasa internet yang memberikan kemenangan besar kepada BN kerana banyak lagi faktor lain yang turut menjadi penyumbang. Tetapi kuasa internet juga turut menjadi penyumbang. 

Kemenangan besar tahun 2004 telah membuatkan BN leka dan alpa. Banyak kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan pada waktu itu. Kesilapan-kesilapan itu dimanfaatkan oleh pembangkang untuk dieksploitasi dalam dunia internet. Jika tidak silap saya ketika itu juga blogspot baru diperkenalkan. Kesempatan itu diguna sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengerjakan BN dan Umno. 


Maka antara tahun 2004-2008 pembangkang bermarajalela menggunakan blog-blog untuk menghancurkan BN dan Umno. Antara perkara panas yang disebarkan pembangkang ketika itu adalah mengaitkan Datuk Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tian Chua ketika itu buat gambar Datuk Najib bersama Razak Baginda dan Altantuya semata-mata nak memfitnah Najib. 

Malaysia today yang dikendalikan Raja Petra menjadi sumber penyebar fitnah paling utama dan menjadi laman paling suci pemuja pembangkang ketika itu. Ramai pemimpin-pemimpin BN yang menjadi haru biru dikerjakan Raja Petra ketika itu. Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pula memuja Petra. Sampaikan satu ketika Nik Aziz pernah utus surat kepada Raja Petra dan mengajaknya mencontohi perjuangan Nabi Yusof. Boleh lihat di sini.

Hasil dari kerja keras dan kesungguhan pembangkang memanfaatkan kelebihan internet antara tahun 2004 - 2008, maka kita semua dapat saksikan keputusan PRU 2008. BN hilang 2/3 dan kalah di empat negeri termasuk mempertahankan Kelantan. 

Jika dua pilihanraya sebelum itu (1999 & 2004 ) saya tidak katakan internet sebagai penyumbang utama kepada kedua-dua keputusan PRU tersebut. Tetapi untuk tahun 2008 saya berani katakan internet yang menjadi salah satu penyumbang utama. 

BN kalah teruk di kawasan pantai barat yang rata-ratanya negeri maju dan mempunyai talian internet yang cukup bagus seperti Selangor, WPKL, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Begitu juga di Negeri Sembilan yang BN menang cukup-cukup makan. Johor yang menjadi kubu kuat BN pun berjaya ditembusi pembangkang.

Cuba anda perhatikan kerusi-kerusi yang dimenangi BN di Selangor dan Perak. Kebanyakannya kerusi luar bandar yang pada masa itu tidak mempunyai capaian internet yang bagus. Kawasan bandar tempat yang internet bagus semuanya hanyut.

Jika tahun 2008 kuasa internet boleh menjadi penentu keputusan pilihanraya, maka pada pilihanraya akan datang internet memainkan peranan yang lagi penting untuk menentukan keputusan piliharaya. Kini talian internet semakin mantap. Komputer makin murah. Kerajaan bagi lagi komputer percuma dan buat pula kampung wifi serta sebagainya. Boleh dikatakan kini hampir semua rakyat Malaysia mengenali internet. Maknanya cabaran kepada parti-parti politik semakin hebat. 

Selepas keputusan buruk kepada BN dalam PRU 2008, tanpa disangka-sangka dan disuruh-suruh wujud pelbagai blog dan web pro BN. Nak kata mereka ini disuruh atau diupah untuk buat blog, itu tak betul. Saya tahulah sebab saya sendiri pun menceburinya secara sukarela dan bermula dengan suka-suka. Begitu juga dengan kawan-kawan saya seperti GAP, Blog MIK, Parpukari, dan Papa Gomo. 

Lihatlah bagaimana rupa blog dan penulisan saya, Parpukari serta Papa Gomo sewaktu mula-mula kami berblog. Tulisan entah apa-apa, guna huruf besar, dengan gambar donald duck dan sebagainya. Orang gila pun tak nak upah kami untuk berblog. Bodoh sangatlah kalau Umno yang nak upah kami. Tetapi oleh kerana semangat kami belajar...belajar...belajar akhirnya adalah apa yang ada pada hari ini.

Dalam kalangan kami yang paling awal berblog adalah GAP. Dan dalam kalangan kami juga yang cerdik dalam bidang IT Parpukari serta Blog MIK. Manakala saya pula 20-30 % celik IT. Gomo pula saya masih ingat lagi setiap kali berjumpa dia mesti akan bawa satu buku tentang blog. Buku itulah yang yang menjadi kitab dia dalam belajar berblog. Saya tak nafikan Gomo antara mereka yang komited dalam berblog dan semangatnya luar biasa. Padahal pada masa itu dia bukannya ahli Umno.

Daripada seorang budak yang belajar berblog melalui buku dan tulisannya entah apa-apa tetapi kerana dia tekun dan komited akhirnya budak Papa Gomo itulah yang memeningkan kepala pembangkang hari ini sehingga mendapat tempat di blog Anwar Ibrahim. Sebagaimana pemimpin-pemimpin BN pening dengan Raja Petra dulu, begitulah pembangkang pening dengan Papa Gomo hari ini. 

Namanya sering meniti di mulut pemimpin pembangkang hingga dibawa ke dalam Dewan Rakyat dan semalam Nurul Izzah secara terbuka mengecam Papa Gomo. Kemudian dia pula yang beri amaran kepada Nurul Izzah. Lihat di sini


Jika anda lihat balik apa yang ditulis oleh Gomo dua hari lepas yang dikatakan satu laporan polis dibuat oleh mangsa liwat. Gomo tidak kata perkara itu sah. Dia hanya berkata dia dapat maklumat dan tidak diketahui samada laporan itu benar atau sebaliknya. Lihat di sini

Tetapi belum lagi polis mengesah atau menafikannya, tiba-tiba pagi semalam juak-juak pencacai PKR dah melompat-lompat menuduh itu fitnah , konspirasi dan sebagainya. Belum apa-apa lagi dah melompat-lompat. Nampak sangat juak-juak PKR fobia dengan perkataan liwat. Adalah tidak mustahil jika khabar angin itu disebarkan oleh penyokong-penyokong mereka sendiri untuk muslihat politik. 

Sekarang polis dah nafikan ada laporan yang dibuat, mana nak letak muka ? Beranikah mereka untuk tarik balik dan minta maaf terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sebelum itu ? Lihat di sini

Sekarang kita dah nampak bagaimana kehadiran kita-kita blogger dan cybertroopers pro BN telah menggerunkan pembangkang. Maknanya selama ini apa yang kita buat berkesan. Tidak kira dari pihak mana sekali pun, samada team UMB, Nadi Rakyat, team bebas, team MyKMU atau team yang lain-lain, semuanya telah menyumbang kegerunan kepada pembangkang. Kalau mereka tak gerun Lim Kit Siang tak akan buat kenyataan. 

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma sekadar ingat mengingati termasuk kepada diri saya sendiri serta sahabat-sahabat yang lain-lain. Dalam keadaan ada diantara kita yang berkrisis , ada yang tidak sebulu dan sebagainya pembangkang pun dah gerun. Cuba anda semua bayangkan kalau kita semua bersatu padu. Bukan setakat gerun , terkencing mereka. Sap...sap....sui ja BN nak dapat 2/3 dalam PRU akan datang.

Hidup ibarat roda, ada masa kita diatas dan ada masa kita dibawah. Dulu pembangkang bersorak sarai menguasai politik dalam internet. Kini mereka susah hati mengenangkan kehadiran blogger dan cybertroopers pro BN. 

Dulu mereka fitnah orang sesuka hati mereka, sekarang kita cuit sikit mereka dah mula menggelabah. Oleh itu marilah kita semua pemain-pemain cyber pro BN luruskan barisan dan rapatkan saf tanpa lagi menoleh ke belakang dan kita lawan-lawan habis-habis. 

Jika seorang pemimpin ditaktor serta kuku besi seperti Hosni Mubarak yang cukup lama berkuasa dan  sukar untuk dijatuhkan satu masa dulu, tetapi akhirnya jatuh dengan kuasa internet. Sekarang mari kita berganding bahu  dan bersatu tenaga untuk jatuhkan Lim Kit Siang, seorang diktator dalam DAP yang telah cukup lama dalam politik.

42 comments:

Tengku Anuar said...

pembgkang resah ngan kemuculan korang sbnrnya..disebabkn korang satu persatu sikap bruk diorng dh terdedah...korang dh glapkn peluang diorng utk trus mmbhongi rkyat...

p/s:RBF buku papa gomo tu ad lagi x??ak nk pnjam...

Anonymous said...

Pengencing Rakyat sampai bila nak terus menipu dan membohongi rakyat?? Sampai masanya bau hancing tu akan tersingkap juga.....

Anonymous said...

ada burung unta bagitau ladang rakyat kat kelantan ada kena mengena dengan NKH dap perak dia dapat banyak masuk sebab pas nak fund, rasa2 kedah pun sama juga sebab fund hutan jadi ladang.

Anonymous said...

rasalah dah tersungkur pr slps pru13 pembangkang ni....majoriti pemimpin dorang ada kes penyelewengan,rasuah,salahguna kuasa di mahkamah tak?.....mutakhir ni macam bagai dakwaan salahlaku!

Pengundi Baharu said...

Dulu lain, sekarang lain. Hancur Pakatan!

ASHAMSURI said...

betul tu bro..media baru ni sebenarnya dah jadi pilihan kepada semua pembaca terutama generasi muda..kena manfaatkan sepenuhnya utk bantu kemenangan BN..

Anonymous said...

salam tahniah buat saya utk bro faisal..dan teman2 cybertroopers BN..
semoga teruss suksess..suka baca artikel ini.

sya irdeena

Anonymous said...

xsangka bro RBF nih KEDE ghopenyer....mula tu siok gak bole makan pree n jmp bro RBF..rupe2nya bulan pose....poodachittt...sampai ati...

KEDE camana pon sy pengikut setia blog bro.,..

ridzuan said...

saya dah ikut posting anda hampir 4 tahun dan well i just wanna say.......... good jobs

tiaraexora said...

dulu pun aku tak ambil port pasal media baru..tp sejak selepas pru 12 bru tergerak hati nak explore...blog yang pertama aku singgah ialah rbf pastu bru gap...aku x prnh miss baca blog rbf...thanks bro..good job! KASI HANTAM SAMA PUAK HARAMJADAH NI!

Anonymous said...

teruskan usaha!!good job!

Anonymous said...

Salam Tuan RBF,

Jujurnya saya belum pernah pangkah BN selama usia 36 tahun ini. tetapi saya berazam bersama isteri kali ini untuk memangkah BN kesan dari penulisan dan fakta yang saudara dan cybertroper lain sampaikan. saya membaca kedua belah pihak. Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. jujurnya kami golongan menengah ini mencari fakta yang jelas bukan cerita pujangga.

Terima kasih dan teruskan menulis.

Tahniah

Anonymous said...

BRAVO kepada semua bloggers yang pro BN dan UMNO. Keep it up. Beri lebih banyak tekanan kepada pembangkang sehingga akhirnya mereka terkangkang dan terjunam dalam longkang.

Anonymous said...

pembangkan sangat trauma apabila blogs pro gomen melaporkan guna ayat-ayat seperti: seorang pelajar diliwat ahli politik. walaupun tak sebut nama, mereka akant etap cakap itu ditujukan kepada pemimpin tokong mereka anwar ibrahim sbb mereka pun tau anwar peliwat haha

Anonymous said...

Memang betul cerita bro RBF tentang risalah yang disebarkan tu. Masa Anwar dipecat, sy tinggal di Sabah dan berkawan baik dgn seorang ahli Pas. Tiap minggu ada je risalah yang memburukkan kerajaan yang diberi kepada sy untuk dibaca. Heran juga mana dia dapat semua tu. Mula2 tu sy percaya juga sebab tiada langsung risalah yg menerangkan hal pemecatan yg sebenar. Tapi sebab sy ingat pesan arwah bapa sy tentang UMNO, alhamdulillah sy tetap pangkah BN.

BOB MALAYA said...

pembangkang tengah panik sekarang memikirkan apa yang mereka harus lakukan lg untuk membohongi rakyat supaya percaya degan mereka...blogger PRO BN terbaik membongkar segala tipu muslihat untuk rakyat mengetahui perkara sebenar dan tipu muslihat mereka yang bodoh dalam pAKATAN

bob hamid said...

hahaha...pembakang dh mula kecut perut...kalau dia orng duk kata kat orng2 bn x de pulak orng2 bn gelabah mcm diaorang...nie yg aku x tahan siap buat sidang media tu...mmmg hbat la si papa gomo nie...bt cina tua tu ngan nurul izzah panas bontot.....

Anonymous said...

LIKE !!! ISITEDeU

Anonymous said...

betul...aku ingat lagi zaman sblm pru12 lalu..fuuuh, punyalah gegak gempita alam maya dek penangan cybrtrooper PR. kalau komen lawan balik, habis kena maki hamun dek penyokong2..

tapi nampaknya situasi skrg sdh berubah. depa komen, depa kena balik. good job cybertroopers pro BN!

Anonymous said...

Dan harus juga kita berterima kasih kepada pejuang-pejuang anti reformasi pada tahun 1998 dahulu. Sila baca sejarah permulaan perang siber di link dibawah.

http://kmuutara.tripod.com/utama.html

Anonymous said...

Mungkin BN boleh berbangga dgn rangkaian bloggers yg ada sekarang, tapi belum ada portal berita BN sehebat Malaysiakini yang pro PR. Malaysiakini mencapai hits yang tinggi setiap hari dan juga agen propaganda PR yang paling berkesan. Bloggers pro BN harus bergabung tenaga utk mengatasi Malaysiakini yang membariskan wartawan2 yang bijak spin dan memanipulasikan sesuatu liputan berita. BN harus mengakui Malaysiakini telah pun mencapai matlamatnya sejak ia ditubuhkan iaitu mengurangkan jumlah pengundi BN dan menambah penyokong PR.

Anonymous said...

hahaha..pembangkang dh mula risau,gelabah skrng ni. tngh pk cmne cara untk bg rkyt mmprcayai mereka







_aku ank jati malaysia,penyokong UMNO_

Anonymous said...

TABIK SPRING KEPADA KAU ORANG SEMUA..

TERUSKAN PERJUANGAN..DEMI MASA DEPAN BANGSA KITA..

DAP,PKR dan PAS...pergi mampus laaa..

Kenapa aku letak DAP depan sekali????

Kalau ikut susunan..Kalau PR menang inilah susunan nya..

Sekarang ni..PAS,PKR dan DAP..

Kenapa sekarang susunan PAS di depan?????

Sebab lembu kena masuk sondol dulu...

Kenapa PKR kat tengah2...

Itu lah kaki canang..kiri dia makan..kanan dia makan..

Ingat2 lah dan fikir2 lah...

Anonymous said...

Saya sayang RBF.

Beritakiny

Anonymous said...

Zaman sekarang adalah zaman facebook. Terdapat banyak akaun facebook yg mengecam BN dan mengagungkan pemimpin PR. Insya Allah saya akan berusaha sedaya upaya menerangkan perkara yang benar dlm facebook...

PAPA GOMO said...

kau ingat lagi ye aku bawak buku tu ke hulu kehilir dulu..hahaha... tu namanya perjuangan. tetap berjuang beb

Pemuda Sedar said...

Lim Guan Eng, dah banyak kali terlondeh seluar. Bapak dia plak mcm mana? Korang ada terhidu ke dia punya "skeleton/s in the closet". Kalau ada share ler kat fanpage kami:
http://www.facebook.com/pages/Kumpulan-Pemuda-PAS-tolak-Pakatan-Rakyat

Pemuda Sedar said...

sori, salah link:
http://www.facebook.com/pages/Kumpulan-Pemuda-PAS-tolak-Pakatan-Rakyat/339801382707637

pisau said...

isk teringat time pertama kali turun bukit gantang..parpu n rbf kita sama2 turun ke sana..semangat nak berjuang..waktu tu serba kekurangan bro..tapi best...

Anonymous said...

Aku dengar APA nak tukar haluan kearah DAP selepas jadi numero uno. Lagipun APA tak pernah jelas pro BN. Apa-apa je lah. Ada masuuuk kot.

Anonymous said...

Menurut APA dia kecewa sebab tak ada pemimpin ynag iktiraf dia. Macamana nak iktiraf kalau hari hari dok maki PM. Pada aku blog APA tak boleh dikategorikan pro BN sebab menjadi rujukan pembangkang untuk hentam BN. Apa-apa pun sysbaslah buat APA sebab dah dapat apa yang diidamkan. Dah dah jangan jeles jeles lagi k...

Anonymous said...

terbaik....teruskan RBF

Anonymous said...

terbaik RBF...blog anda saya rankingkan no 2 yg paling sy minat selepas GAP..hehehe..jgn maraaa

Anonymous said...

Kalongan Bunga Sakura untuk sekelian Blogger .... yg begitu tekun dan bersemangat tinggi..mempertahankan rakyat dari terus ditipu dan diliwat olih anasir anasir perosak negara..

Anonymous said...

TAHNIAH RBF DAN SELURUH BLOGGER PRO BN..TERUSKAN USAHA KALIAN TANPA RASA JEMU DAN TAKUT DEMI SEBUAH KEBENARAN.....PERJUANGAN KALIAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH DEMI MEYELONGKARKAN KEJAHATAN DAN KEBEJATAN PEMBANGKANG.....TERUSKAN EDISI SELONGKAR DEMI MEMBUKA MATA RAKYAT.....PERJUANGAN KALIAN MULIA....KERJA-KERJA KALIAN MULIA....DAN DIPANDANG ALLAH.....AYUH LIPATKAN GANDAKAN USAHA TANPA LETIH DAN JEMU....SESUNGGUHNYA TERLALU RAMAI YANG MENYOKONG DAN BERDIRI DI BELAKANG KALIAN DEMI KEBENARAN.....APA YANG PASTI PEMBANGKANG TERUTAMANYA PAS PASTI TERKUBUR DAN BERKUBUR DEK KUBUR KEBODOHAN YANG DIGALI MEREKA SENDIRI

Anonymous said...

Nik Ajis ni terlalu sangat memuji manusia,adakah patut perjuangan tolol RAJA PETRA dahulu disamakan dengan perjuangan nabi Yussof...nampak sangat NIk AJIOS NI TOLOL DAN BANGGANG..dia tu menteri Besar aku tetapi akau tak respect dia sebab dia tolol.

tungkaran hati said...

Teruskan perjuangan untuk anak-anak bangsa, agama dan negara.
Selamat berpuasa Ramadhan!

Mazli said...

Hehe....bijak bro! Belanja masa bulan puasa....hehehe.

Anyway.....congrats!

Anonymous said...

Salam semua, sya juga mengikuti rapat setiap ulasan blog RBF ni sejak sekian lama, syukur RBF masih tetap bersama BN dan selalu matang dlm ulasan2nya. TAHNIAH. Suka sya mencadangkan kpd bloger-bloger utk mewujudkan satu ruang yg menyingkap isu-isu yg lebih lokal dan setempat dan lebih dekat kepada pengundi sesebuah DUN atau Parlimen dgn mendedahkan semua kepincangan pihak pembangkang mentadbir ssebuah daerah dsbgainya. sekian, teruskan usah murni anda.

Anonymous said...

Assalamualaikum Faisal,

Sedikit nasihat dan peringatan.

Saya suka ulasan dari segi kronologi jatuh bangun BN dan hubungkaitnya dengan dunia internet dan teknologi elektronik baru.

Apabila pembangkang menguasai internet pra PRU 1999, boleh dikatakan pihak BN mengambil mudah teknologi ini, dan terlalu yakin dengan kekuatan media main stream. Lantas sebelum PRU 2004, muncul web2 seperti Mykmu dan untuk politik mahasiswa, Idealis Mahasiswa. kesannya, MYKMU berjaya dari satu segi "counter" serangan web pembangkang yg agak kebal. walaupun tidak seratus-peratus, tapi ada. Di peringkat politik kampus, kesannya lebih hebat. Kampus2 yg tebal dengan pembangkang seperti UM,dan UKM tumbang di tangan aspirasi gara-gara laman Idealis Mahasiswa.Mungkin Faisal tidak tahu, tapi itulah sejarahnya.

tetapi, masalah dengan laman web BN, adalah apabila BN menang, biasanya tauke2 laman ni, rasa mereka hero yg menyebabkan kemenangan BN. Pemimpin2 BN pula tidak menganggap sedemikian, sebab mereka dan org2 mereka menganggap kemenangan mereka adalah di alam realiti bukan maya. natijahnya, apabila tumpas godfather2 dalam pemilihan parti dan godfather2 ini pula yang menjaga web2 ni,web2 ini berpaling 180 darjah menyerang BN dan UMNO. Tidak kurang pula kes, tauke laman selepas menang, tidak menjaga anak buah samada webmaster, webmanager, dan penulis2 maya, akhirnya, laman tersebut mati kerana tauke mementingkan diri sendiri.

Apabila muncul fenomena ini, teknologi berubah, dari lama berubah ke blog. Seperti biasa, pembangkang akan mengambil peluang dahulu dari perubahan terknologi. Manakala, penyokong kerajaan di alam maya, masing2 berperang sesama sendiri dan menyerang parti lebih dari laman atau blog lawan.

Akhirnya, BN kehilangan banyak kerusi. fenomena yang berlaku hari ini, di mana muncul blog2 penyokong kerajaan menentang blog2 pembangkang adalah ulangan kepada sejarah pra PRU 2004.

sekarang ni pun sudah timbul cerita2 cantas mencantas antara grup yg bernaung direct di bwh pemuda dengan grup blogger independent. Pernah juga kedengaran bahawa sebelum ini "persatuan blogger bela negara" gagal membela kebajikan blogger dsb.

Pesanan saya, ialah, jika jasa anda tidak dihargai selepas kemenangan BN PRU tahun ini atau tahun depan, saya minta agar tuan2 bersabar. Ini adalah lumrah dan merupakan sebahagian dari putaran sejarah. Jika anda merasakan anda bijak dan kemenangan BN hanyalah kerana anda dan kerana anda dan kerana anda, maka anda salah. Kita hanyalah asbab.

Jika kita tidak bersabar, tunggulah, bahawa BN akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya yang satu lagi akibat perpecahan tuan2 semua.

Saya harap faisal ingat apa yg saya tulis dan jika ramalan saya ini bakal terjadi, carilah balik komen ini.

wassalam.

Pesanan dari ex penulis dan ex blogger(berhenti menulis kerana kesibukan bukan kerana kekecewaan).

Anonymous said...

selamat berjuang dan terus berjuang cybertroop BN. Janganlah diletakkan kepentingan peribadi ditangga teratas. Letakkanlah kepentingan Islam dan Melayu sebagai yg utama. Jika tak dihargai pun, keikhlasan tuan puan mempertahankan negara dari jatuh ke tangan puak racist akan di balas Allah. Hancurkan spesis melayu yang mahu menghancurkan bangsanya sendiri.

Brahim Nyior said...

Tak ada apa nak cakap, hanya TERBAEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKK!