Tuesday, July 17, 2012

Peneroka FELDA Yang Tidak Setuju Dengan Kerajaan Disaran Keluar dan Biar Aku Yang Ganti


Matlamat kerajaan menubuhkan Felda pada tahun 1956 adalah untuk membangunkan masyarakat luar bandar yang rata-ratanya mereka adalah kaum bumiputra dan berada dalam keadaan miskin ketika itu.

Projek pertama FELDA ialah Projek Rancangan  Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar. Tun Abdul Razak bermesra, berbincang dan mendengar sendiri rintihan rakyat.

Dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1961-1965), FELDA telah berjaya membuka 60 rancangan tanah, menanam sejumlah 129 369 ekar getah, 9255 ekar kelapa sawit dan menempatkan sebanyak 9255 keluarga peneroka di tanah-tanah rancangan. 

Diringkaskan cerita , tahun demi tahun FELDA melangkah dengan begitu gah sehinggalah ke hari ini usianya sudah 56 tahun. Hari demi hari peneroka yang dulu rata-ratanya hidup miskin hinggakan dulunya nak beli seluar sehelai pun susah, kini hidup senang lenang malah ada yang kaya raya. Bukan setakat mereka (peneroka asal) sahaja yang merasa nikmatnya malah anak-anak mereka pun terasa juga rahmatnya.  

Kerajaan telah bersusah payah membangunkan FELDA sehingga berjaya sampai ke tahap seperti yang ada sekarang. Kerajaan telah berjaya mengubah hidup peneroka. Itulah kasih sayang sebuah kerajaan kepada rakyatnya. Kasih sayang yang dicurahkan kerajaan itu membuatkan peneroka juga kasih dan sayang kepada Kerajaan BN. Sebab itulah sehingga ke hari ini kawasan FELDA masih menjadi penyumbang utama undi kepada BN.

Zaman telah berubah dan dunia semakin maju, dan kita haruslah mengikuti perubahan zaman serta perkembangan semasa. Kalau kita tak ikut kita akan ketinggalan dan rugi. Untuk terus berjaya kita tidak boleh berdiri ditempat yang sama. Kita harus mara beberapa langkah ke depan. Menyedari hal tersebut dan untuk memastikan FELDA tidak ketinggalan dan terus berjaya kerajaan mengambil langkah untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham.

Apa yang dilakukan kerajaan adalah untuk memastikan FELDA bergerak seiring dengan peredaran zaman sama seperti bermulanya FELDA pada tahun 1956 hingga ke hari ini. FELDA yang bermula tahun 1956 bukannya FELDA yang ada seperti hari ini. Bermula dengan kecil dan kemudian makin besar dan besar dan besar.

Kalau FELDA terus kekal pada tahap sekarang ianya tidak akan kemana dan kekal begitu. Maka kerajaan harus memikirkan sesuatu untuk memastikan FELDA terus berjaya. Nak tambah ladang baru untuk tambah pendapatan tak boleh kerana makin hari tanah makin kurang. Ini kerana makin hari rakyat makin ramai dan mereka perlukan rumah serta pembangunan. 

Itulah sebab kerajaan 'menglobalkan' FELDA untuk memastikan hasil yang lebih baik dan yang akan mendapat nikmatnya juga adalah para peneroka.

Hidup kita sentiasa dilingkari iblis dan syaitan. Mereka akan berada dimana-mana sahaja. Tugas mereka adalah menghasut dan menyesatkan manusia. Mereka tidak boleh lihat manusia hidup senang dan aman damai. Kalau kita kuat iman dan bijak nescaya kita tidak akan disesatkan oleh mereka.

Sewaktu Tun Dr M nak bina Jambatan Pulau Pinang dulu, iblis dan syaitan bergerak ke sana sini menghasut manusia agar menolak pembinaan tersebut. Hari ini iblis dan syaitan tersebut yang turut sama berulang alik atas jambatan itu.

Sewaktu Tun Dr M lancarkan ASB, iblis dan syaitan menghasut manusia agar jangan melabur dalam ASB. Katanya haram dan ibarat melemparkan seketul daging babi dan sekawah gulai daging lembu. Hari ada dikalangan iblis dan syaitan yang melabur dalam saham itu.

Hari ini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham, iblis dan syaitan kembali memainkan peranan mereka menghasut para peneroka agar menolaknya dan melawan kerajaan. Katanya langkah itu boleh membuatkan tanah peneroka tergadai dan hilang serta macam-macam lagi hasutan yang mereka lakukan.

Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bersusah payah membentuk dan membangunkan FELDA. Adakah logik setelah bersusah payah membangunkan FELDA hingga berjaya kemudian kerajaan yang sama juga nak runtuhkan FELDA ?

FELDA adalah penyumbang undi utama kepada Kerajaan BN, apakah logik Kerajaan BN nak buat sesuatu yang buruk kepada FELDA yang boleh membuatkan peneroka hilang tanah mereka dan seterusnya boleh membuatkan BN disembelih oleh para peneroka dalam pilihanraya ?

Tidak ada kerajaan yang gila dalam dunia ini yang nak runtuhkan apa yang mereka bangunkan.

Tidak ada parti yang gila dalam dunia ini yang mahukan diri mereka disembelih oleh pengundi utama mereka.

Tetapi ada parti yang gila yang sanggup ketepikan matlamat perjuangan negara islam yang menjadi teras mereka selama ini hanya semata-mata tidak mahu langkah mayat seseorang yang bukan islam. 

Kerajaan sudah mengambil kira pendapat dan pandangan setiap pihak sebelum menyenaraikan FELDA. Semua cerdik pandai dan pakar ekonomi diminta menyatakan pendapat mereka. Berbeza dengan pihak yang menentang yang diketuai oleh seorang peneroka yang gagal. Nak uruskan kebun sawit pun dia gagal, lagi dia nak bercakap pasal perniagaan global. 

Malangnya ada juga beberapa kerat yang percayakan seorang peneroka yang gagal. Itu dah tak boleh nak buat apa, lumrah manusia. Ada yang cerdik dan ada yang bodoh. Dalam Quran terang-terang Allah telah menyatakan tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan Baginda adalah Rasul yang terakhir. Tetapi apabila ada orang yang mengaku dirinya nabi, ada juga manusia yang percaya dan mengikutinya. 

Mana-mana peneroka FELDA yang menentang apa yang dilakukan kerajaan, aku cadangkan kau orang keluar daripada FELDA sekarang. Bagi kita orang pula yang masuk ganti tempat kau orang. Aku pun dah lama dengki melihat warga FELDA yang mendapat pelbagai kemudahan dan kesenangan dari kerajaan. Aku yang duduk di bandar hidup lagi susah dari kau orang semua.Terasa juga nak dapat nikmat seperti peneroka FELDA.

20 comments:

Anonymous said...

setuju sangat dengan RBF...bila kita lalu kawasan felda, kehidupan mereka dengan rumah yang besar2 tu terasa cemburu dengan usaha keras mereka berbaloi-baloi tuh. itu semua dgn inisiatif kerajaan dan usaha mereka lah yg menyebabkan mereka keluar dari kemiskinan. bagi peneroka yg tidak setuju kerajaan, baik lah mereka berambus dari tanah tu dan beri kepada mereka yang ingin duduk di felda... aku nak JUGAK !!!

Anonymous said...

"Ada yang cerdik dan ada yang bodoh."
Lumrah alam, begitulah bahana pemikiran orang yang suka membangkang untuk kepentingan parti pembangkang. Walupun usaha murni untuk kemajuan rakyat tetapi diusahakan juga agenda pembangkang yang suka ke longkang.

mg7

tengku faiz mansor said...

betul RBF...mana-mana peneroka yang pembangkang boleh kuar dari FELDA anda tidak layak..langsung tidak menghargai usaha kerajaan selama ini..anda mudah termakan hasutan dari pembangkang yang busuk hati dan berlidah buaya hanya tau merosakkan yang telah FELDA bina selama ini.

Anonymous said...

SAYA SUKA ARTIKEL INI..BRAVO SAUDARA RBF. LEBIH BAIK DISEBARKAN SUPAYA LANGAU2 PENENTANG USAHA KERAJAAN BACA DAN FAHAMI. KALAU DAH BACA TAPI MASIH NAK MENENTANG, SAYA DAN RAMAI LAGI AMAT BERBESAR HATI UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT ANDA DI FELDA TERSEBUT. SANGGUP?

Anonymous said...

yang menentang tu orang yang sentiasa dalam kebimbingan.kecurigaan,kerisauan dll kerana tak tau jalan mana untuk diambil.

kebimbingan.kecurigaan,kerisauan mereka memuncak bila ada batu api untuk menentang segala usaha yang baik.walaupun batu api tu tahu usaha tu sebenarnya baik tapi mereka akan pusingkan sebaliknya.

zack ahmad said...

Aku tinggal dipingir tanah rancangan Felda. Aku memang cemburu atas kemakmuran dan kejayaan peneroka hasil bantuan kerajaan sepanjang masa. Apa lagi yg tak ada dlm Felda. Semua ADA. Begitu juga bantuan dan perhatian kerajaan terhadap generasi ke2 dan seterusnya. Begitu banyak. Bandingkan dengan penduduk kampung lain. Tak sesenang dan semewah kawan-kawan dlm Felda. Kadang-kadang aku kecewa tahap benci bila kerajaan terlalu memanjakan orang Felda. Macamlah susah memanjang diaorang ni. Ada yg tak malu dapat BR1M walaupun pendapatan lebih dari 3 ribu.Jadi kepada penderhaka-penderhaka tahap bingai ni...berambus korang dari Felda. Ramai lagi gelandangan bandar dan luar bandar yg boleh isi tempat korang. Yang aku sakit hati orang kampung nak beli motor pun susah ...diaorang paling bangsat 2 biji kereta parking depan rumah.

Anonymous said...

Sangat setuju pendapat RBF.
Saya pun sangat cemburu tengok berapa mewahnya orang Felda. Felda Bukit Cerakah di Meru dekat Puncak Alam adalah yang terakhir di buka kerajaan pada hujung 1989. Yang mewah sekarang semuanya yang beringat simpan wang setelah dapat pulangan bila pemaju ambil tanah.

Yang joli tergolek dog sampai ke Indonesia dan kawin-lagi-satu masa dapat durian runtuh, sedang menyesal sekarang. Orang macam inilah yang kebanyakanya menentang menyenaraian FELDA.

Saya yang beli rumah di Puncak Alam pula rasa tertipu oleh Rozali.

Tawkey Syabas ni pun satu. Bukannya elok perangai pun. Kaki belit. Saya beli rumah di Puncak Alam.

1997/98 promote kat TV3, rumah berkualiti, Taman pancutan air mani, Sekolah ada 50 biji, Cantikkkk....
Terpengaruh iklan, saya beli, ingatkan dekat Taman Cahaya Bukit Cerakah, Shah Alam. Alih-alih di Meru rupanya. Nak daftar anak sekolah, kena pergi Kuala Selangor pula. Dah jadi orang Kuala Selangor sekarang ni.

Satu kampung di Kedah kecoh pasal boleh beli rumah kat Puncak Alam. Semua orang ingat Puncak Alam tempat orang kaya-kaya. Alih-alih tergendala 2 tahun setengah kena tambah sewa rumah, baru pindah masuk. Hari pindah masuk hujan lebat, 2 bilik tingkat atas bertakung air hujan 1 inchi atas lantai.

Dalam tahun pertama, banyak paip utama pecah di tepi-tepi jalan, di sekitar kawasan. Nak jaga imej dan kerugian tukar paip bawah tanah, dikurangkan tekanan(pressure), air jadi slow. Bila time puncak orang guna air, terutamanya awal pagi orang nak pergi kerja, air keluar meleleh saja. Selepas 7 tahun, paip air naik ke tangki pulak bocor dalam dinding. Meleleh ke ruang tamu dan menitis depan porch. Naik lumut hijau di dinding. Terpaksa tutup valve, langsung tak boleh pakai 2 bilik air diatas. Tinggal satu bilik air di bawah saja. Tangki dah tak ada air spare kalau bekalan terputus. Retak pada dinding pun mula timbul, terutama pada beam.
Orang tengah kelam-kabut claim ganti-rugi lewat siap rumah, boleh bina Surau Hj.Ismail (Nama Bapa dia?) pula. Bukannya ada dalam plan pun. Siapa yang beli rumah keliling padang(ada taman mainan), kena bayar lebih RM2000. Alih-alih padang jadi kecil. Dah la ganti-rugi pun, bayar 30% saja.

Hampeh betul. Ingatkan dulu nak tolong Pemaju Rumah sebangsa. Boleh la juga berbangga tengok ramai orang Melayu kaya-raya. Untung-untung anak cucu boleh tumpang cari makan. Tapi malang, dengan niat baik nak tolong, aku di belit bangsa ku sendiri.

RD

Anonymous said...

setuju sangat ngan rbf. kalu para penentang(penderhaka) tu rasa dah boleh berdikari sekarang, eloklah tinggalkan felda dan gantikan dengan orang yg boleh mengenang budi, ingati jasa orang lain dalam membangunkan felda. aku pun rasa nak jadi peneroka gak bila pencen nanti!
hahahahaha.....

Anonymous said...

Mana larat jadi peneroka selepas pencen. Badan dah senget. Cari kerja lain..

Anonymous said...

Hari ini apabila kerajaan mengambil keputusan untuk menyenaraikan FELDA di bursa saham, iblis dan syaitan kembali memainkan peranan mereka menghasut para peneroka agar menolaknya dan melawan kerajaan. Katanya langkah itu boleh membuatkan tanah peneroka tergadai dan hilang serta macam-macam lagi hasutan yang mereka lakukan.

-------------------------------
Ayat yg paling sy suke.. IBLIS dan syaitan..Kha kha kha..mmg tepat kene pada penganut agama pakatan...xhenti2 mnyusahkn rakyat di negara ini hny krn kepentingan politik mrk...
-----------------------

Makasih bro..artikel2 bro selalu membantu sy mmahami bbrapa konflik yg sering di cetuskn ole pembangang..makasih makasih makasih..

Jokiden said...

Jokiden pun dengki dengan org FELDA huaaaaaaaaawwwaaaaaaaaa... cemburu melihat kemewahan mereka.

Ada tak borang baru keluar, nak mohon masuk FELDA pulak lah..

DON MELAYU said...

ak setuju ngan ko RBF...kta kat bndar ni nk ad rmah sbjik pun ssah brbndg ngan org2 FELDA rmh smua bsr2..jgn lah trmakan dgn janji2 ksong pmbgkang yg hnya tahu hndak mmprlagakan rkyat..lagipun xkn DS Najib nk rosakkan apa yg tlah ditbuhkn oleh ayahnda dia sndri...masa ak belajar dlu,kwan2 ak yg ank peneroka smua hdup mwah2,bab duit diorng xde mslah sbb pndpatn mak bapak diorng sbulan mncecah smpai 3 or 5 rbu..pmbgkang hnya gnakan FELDA utk tjuan politik diorng...sbgai cntoh knp kera jaan PAS kedah beli sham FELDA???sdgkan PAS jgk yg tntg hbis-hbisan pnyenaraian FELDA,sbb diaorng tahu apa yg kerajaan BN buat ni mmg mnguntungkan..tapi demi kpntngan politik diorng,diorng ckp sbaliknya...btul ckp RBF tu,klau xnk,korang kluar,ak pun mnat gak nk ambik FELDA ni..RBF agak2 ko nk ambk FELDA mna???

Anonymous said...

RBF tolong usha kat Najib ada FELDA baru tak nak dibuka? Jangan lupa panggil kitorang ya. Sekarang nak beli tanah pun susah, buat loan pun susah. Dapat duduk felda tak terbuang anak cucu aku nanti...

tengku nora said...

sbnrnye puak2 FELDA bnyk menerima hasutan dr pemnbangkang supaya mmbnci kerajaan...
xprnh brsyukur ape yg kerajan laksanakan..
halau aje yg mane xstuju dgn kerajaan tu,mnsh ramai mnunggu..aku pun nk

Anonymous said...

RBF seorang penulis yg hebat. artikel beliau sangat berkualiti dan santai apabila dibaca. perkataan dan ayat tersusun rapi dan smooth kata org putih. isi dan fakta berkaitan pada setiap perenggan.harap RBF keluarkan satu atau dua artikel setiap hari. tqvm

Sudir said...

Kalu RBF dah jadi peneroka FELDA bermakna takde lagi la blog ni.. Hehehehe

Anonymous said...

Ada buka permohonan baru ke jadi peneroka felda??? nak apply ni.. tak sanggup makan gaji dah..!! Mmang tak dinafikan orang felda skrg ni mmg mewah..(Yg betul2 beringat le )Tapi masih lagi yg menentang,mcm bapak sedara aku...Kisah benar.

anoy nymos said...

sedarlah penduduk FELDA yang PRO pembangkang tanpa kerajaan di mana anda sekarang.jangan mudah termakan hasutan pihak PEMBANGKANG yang ingin menjatuhkan felda mereka berhati busuk lebih busuk dari tahi...kalu tak lebih baik kamu berambus dari felda.ramai lg yang sedang menunggu

anti bohmau said...

RBF,

ambo pun nak jugak masuk felda. dah nak pencen ni, maghi kelantan sejak awal 80'an lagi, tanah sekangkang kera pun takdak. mana boleh beli sbb ambo orang luar! dah lebih 26tahun, masih menumpang di rumah orang! pitih abih buat sara anak2 mengaji & berulang-alik kampung...

orangrumah pun miskin, tak berharta walaupun kerja dgn kerajaan negeri. arwah mak dia berdagang dari kg kijang kerja NGO (noreh getah orang). adik2 dia pun cuma dapat tanah satu lot dari arwah ibunya utk dikongsi 4,5 beradik.

mana2 tempat kalu ada kekososngan buila ka ambo..hui hui

Johan said...

Rancangan Tanah FELDA juga dinikmati oleh peniaga kaum Cina.. ketika talian elektrik mula-mula masuk ke tanah rancangan, ramai peniaga peralatan elektrik terutamanya yang berjenama SINGER memberi khidmat pembelian secara hutang kepada peneroka. Agak tinggi juga ineterest yang dikenakan namun ianya berpadanan kerana hubungan jalanraya ketika itu tidak baik (jalan tanah merah) dan tiada perkhidmatan pengangkutan yang baik. So janganlah dengki sangat kepada peneroka ini... DAP amat membenci akan FELDA, PAS pula cemburu serta mempunyai perangai PHD yang tinggi (perangai hasad dengki)atas kejayaan rancangan FELDA.