Laman yang pernah mendedahkan surat sokongan Faekah terhadap firma guaman anak buahnya beberapa minggu lepas hari ini sekali lagi tampil mendedahkan satu dokumen yang melibatkan Faekah.
Katanya Faekah telah melanggar peraturan sebagai kakitangan kerajaan dengan menerima elaun tetap RM 5000 sebulan yang dibayar oleh MBI. Sila lihat di sini
Saya tidak tahu samada perkara itu salah atau tidak.
Cuma yang menarik perhatian saya tentang surat tersebut yang tidak tahu siapa pengeluarnya adalah perkara nombor 2 dalam kandungan surat berkenaan. Bagaimanapun saya yakin surat itu dikeluarkan oleh MB Selangor sendiri. Siapa lagi yang boleh melantik Faekah jika bukan MB sendiri dan siapa lagi yang berkuasa di MBI kalau bukan MB sendiri.
Perkara kedua....
Dalam pengendalian tugas-tugas diatas, puan diharap sentiasa dapat bekerjasama dengan Ketua Pentadbir MBI yang akan disandang oleh Puan Rohany Dato' Talib mulai 25 Mac 2011 ini.
Manakala surat berkenaan bertarikh 7 Mac 2011.
Dibahagian muka kedua surat itu pula menunjukkan ianya disalin sepucuk kepada Puan Rohany dengan arahan uruskan pembayaran elaun kepada Faekah dengan menggunakan peruntukan MBI.
Puan Rohany akan dilantik sebagai Ketua Pentadbir pada 25 Mac 2011, bagaimana pula beliau telah disalin sepucuk surat perlantikan Faekah pada 7 Mac 2011 dan disusuli dengan arahan bayaran elaun kepada Faekah ketika beliau belum lagi masuk bekerja dan menjawat jawatan berkenaan ?

6 comments:
Waaaa....
Kayanya u fekah.
I kerna bagai nak rak pun gaji baru separuh dari elaun u.
senang hidup faekah senang-senang dapat elaun...pembangkang hanya tau buat penyelewengan.pentadbiran khalid gagap sungguh lemah.pemimpin jenis apa yang PEMBANGKANG ada menhancur negeri sendiri adalah..jelik!!
AKU HENSEM
THIRD
Habis duit rakyat Selangor dirompak utk kayakan kroni...
SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
FUH...PATUT PUN BACKING BAGAI NAK RAK..FULUS...
Bro RBF,
Satu hari satu entry aja. One by one. OK
Post a Comment