Monday, August 27, 2012

Artis Insaf Tinjau Rumah Baru Selepas Bergelar Ustazah

Bercakap bila terlalu banyak sangat sudah tentu sedikit sebanyak akan ada elemen pembohongan dalam percakapannya. Atau pun dipanggil penambah perisa.

Seseorang yang bercakap bohong tidak akan tetap percakapannya....

Jumpa orang itu dia cakap lain....jumpa orang ini dia cakap lain....minggu ini dia cakap lain....minggu depan dia cakap lain sebabnya dia tidak ingat apa yang dicakap atau dibohonginya sebelum itu....

Dalam kes ini sebenarnya saya nak menulis tentang seorang ustazah baru di negara kita. Dulu dia khayal dalam dunia glamor. Hari ini dia pula yang mengutuk dulu glamor yang pernah diceburinya dulu. Katanya dunia itu tidak islamik dan sebagainya. Tapi dia sendiri pun masih lagi memakai nama yang dipakai semasa dia berada dalam dunia glamor. Kalau nak buang kasi buang semualah. Jangan main sekerat-kerat. Dunia artis kau tinggalkan, nama artis kau kekalkan. Apa punya insaf ? Pakailah nama sebenar yang betul yang diberikan oleh ibu bapa.

Seseorang yang nak berubah dan nak kembali ke pangkal jalan serta nak mendalami islam, kita harus sokong usahanya itu.

Tetapi sayangnya dalam kes ini ustazah yang baru tersedar dari lamunan itu tertipu. Mungkin kerana terlalu lama dibuai dunia glamor sampaikan hari ini dia sudah tidak kenal lagi yang mana satu agama islam dan yang mana satu parti politik yang pakai nama islam. Kesian diaaaaa..... Sampaikan dah tak kenal yang mana satu agama yang diturunkan Allah dan yang mana satu sebuah pertubuhan yang ditubuhkan manusia.

Semenjak menyertai sebuah pertubuhan politik yang ditubuhkan oleh manusia ustazah berkenaan bukan main lagi bercakap banyak.

Saya mengikuti dia di twitter dan saya tengok dia memang bercakap banyak selepas menyertai parti politik itu. Galaknya semacam....

Beri tazkirah, salam zohor, salam asar , bercakap kosong hinggalah kepada gelak ketawa hu...hu...hi...hi....ki....ki.....dan sebagainya. Biasalah dapat benda baru mestilah galak. Seperti peribahasa katakan ibarat kera mendapat bunga.

Apa yang saya perhatikan sejak dia bercakap banyak sekarang baru saya sedar rupanya dia tidak berapa cerdik. Patutlah senang diperbodohkan.... 

Bercakap banyak juga akan mendedahkan pembohongan seseorang....

Dulu dia kata dia masuk parti politik itu ikhlas dan tidak dibayar. Dia mahu berubah, berhijrah dan sebagainya. Katanya juga jika dia tidak isi borang nanti dia bimbang namanya tidak tersenarai di sana. Lihat video di sini.

Baru masuk parti sebulan setengah, tiba-tiba dua hari lepas dia sendiri yang tweet tanpa disoal atau ditanya oleh pengikut-pengikutnya dengan berkata,


Maknanya apa ?

Percayakah anda dia tidak dibayar ?

Percayakah anda perjuangan dia ikhlas ?

Pengikut-pengikut atau penyokong-penyokong parti politik itu yang lain sanggup berkorban harta benda , bergolok bergadai dan sebagainya untuk derma kepada parti itu. Tidak mustahil ada juga yang sanggup jual rumah kerana terlalu taksub untuk menolong parti. Tapi ustazah insaf baru masuk sebulan lebih dah boleh pergi tinjau rumah baru.

Siapa yang buka pekung sendiri ?

Sudah tentu dia sendiri....

Oleh yang demikian bercakaplah banyak-banyak lagi supaya lebih banyak pekung yang terbuka.




Psstttttt.....esok lusa mungkin rbf online akan disekat dari mengikuti twitter dia......

20 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

abg faisal lepas ni kena join pas gak la...bulan depan abg faisal boleh beli kondo kat tengah KL lak...sedih tengok artis malaysia ni, mempergunakan populariti yang ada untuk menagih simpati orang datang ke majlis ceramah dan sambil menadah kantung kononnya untuk parti, tetapi sebahagiannya bakal masuk dalam poket sendiri....bodohla orangnya kalau duk KL nak turun ke Seluruh Malaysia ikhlaskan kerana parti, duit minyak kereta makan minum hotel semua duit sendiri...

Anonymous said...

Bro,
Baik padam entry ni. Buat topik yg lebih impact spt hudud atau negara Islam ke.
TQ

Anonymous said...

Bro RBF

Pada pendapat saya, artis ni 'sakit'. Dia ditinggalkan, serba kekurangan kerana tidak lagi dapat berlakon dan murung. Ciri2nya sangat jelas bila dia memastikan untuk memberitahu semua orang setiap urusan dan perasaannya. Dia pastikan juga setiap orang memberi perhatian pada dirinya dengan kontrovesi ciptaannya.

Anonymous said...

Aku x hensem

padan muko kau aku hensem kene remove hahahaha

BOB MALAYA said...

tak tau nak cakap apa dah menganai artis nie...dah teruk sangat....ustazah pilihan ker dia nie sampai menjadi sebutan semua...gua tengok dia mcm ustazah jadian PAS sesat jer yang tak tau apa-apa..

INSAN BIASA said...

woi anony 5:30 PM apasl ko??? dah panas bontot ker?? sampai meroyan mcm org mental jer..hospital tanjung rambutan menanti kamu haha

Anonymous said...

hensem sangat ker ko anony 5:30 PM..dah mcm al juburi anwar jer..

DON MELAYU said...

alah bro..biasa lah..kau ingt dia mnat sgt ke nak jadi Ustazah Segera uh,kalau bkn krn duit dan populariti murahan takdenya dia nak masuk parti tersebut yg ramai org dh tahu parti pembohong dan peminta sedekah...

bro yul said...

dia nie ngan ustaz celup azahar idrus lebih kurang la mengejar duit semata mata...tp azhar idrus cerdik sikit la dr artis nie....azhar idrus x masuk pas sbb dia tahu bila masuk pas cd2 yg dia jual 25% dr tu kena bg kat pas....si artis nie dh sesat jauh dah.. masuk pas bleh masuk syurga tu...hadis mana yg dia pakai aku pon x tahu la...nasihat aku kat si artis malang nie klu ko betul2 nk berhijrah ko x perlu la masuk politik...klu nk berhijrah pergi jumpa ustaz yg betul2 bleh pimpin ko bkn nyer pergi jumpa nik ajis atau hadi awang...

Faith Ajar said...

Ada la ketua2 lobai nak belikan tu sebagai tempat persinggahan mencelup dan mengecat............

Pewaris Wasiat said...

Minah ni sakit niiii...gara gara kena tinggal dek laki....campur ngan tak berapa cetdik....harapkan muka jeeer membangkitkan nafsu....cakap kt dia hati hati ngan abg abg lebai PAS....dia org tuu kuat makan makjun....kekeke....kesian dia...

StinGray said...

Kepada isteri2 pemimpin PASPISPUS sudah bersediakah untuk bermadu...

Anonymous said...

memang pun. kalau dia cerdik dia tak kan tulis macam tu. lagi satu ada berapa kerat artis malaysia yang berkelulusan? dia ni belajar sampai mana? sebenarnya bukan semua orang yang berkelulusan tu cerdik. ada yang belajar tinggi, bijak tapi tetap bodo dalam tindak tanduk.

Anonymous said...

bakal madu tgh survey rmh ker??? pak lebai maner yg dapat??? berkrim lagi tu..kah kah

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

Sdr RBF, bukan ustazah tu yg nk beli rumah, dia p survey dgn lebai yg dok jaga dia coz lebai tu nk rumah utk dia hehe huhu

Anonymous said...

jahanam la org2 bangi...ustazah xbpe nk ada nk dduk kat sane..bala bala bala...

walkstar said...

bodoh bebal bangang sungguh admin.Apakad jadi 1 kesalahan dan dosa samada dari segi hukum bila seseorang yang agak berkemampuan untuk meninjau hatta membeli rumah mahupun barangan lain selagi hasil rezeki yang dikecapi dapat dari sumber yang halal???Apasal ko taknak menyalak bila pemimpin negara pimpinan umno bn dan kuncunya penuh dengan rasuah dan makan harta negara tanpa batasan,adakah halal??Bodoh!!!!

eXception said...

Waaahhh... Baru beberapa bulan join PAS dah mampu beli rumah... Esok-esok LHDN dtg cari... Sebab tak bayar income tax...