Wednesday, August 29, 2012

Haron Din Nampak Kuman Di Seberang Laut, Gajah Depan Mata Dibisukan


Walaupun telah menghampiri usia 90 tahun dan telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung tetapi Tun Dr M masih mampu menggoncang dunia politik tanahair.

Hanya dengan sebaris pepatah inggeris yang sungguh sinis digunakan beliau pada 22.Ogos.2012 membuatkan puak-puak pembangkang naik hantu dan sudah seminggu mereka membahaskan perkara itu dan membuatkan pelbagai tafsiran.

Better the devil you know than the angel you don’t.

Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali.
Tiba-tiba sahaja puak-puak pembangkang menyanjung tinggi Tun Dr M dan menggunakan pepatah itu sebagai modal politik mereka untuk menempelak BN. Katanya Tun  berkata mereka adalah malaikat dan BN adalah syaitan.

Tup...tup...tiba-tiba semalam ulama Pas yang telah lama mulutnya terkunci atau dikunci bersuara meminta Tun Dr M agar bertaubat.

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.

Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haron Din tidak suka kepada Tun Dr M gara-gara sindiran Tun terhadapnya di tahun 90an. Umum tahu Haron Din amat terkenal dengan air penawarnya. Ditahun 90an air penawar beliau cukup hebat dan mendapat sambutan luar biasa orang-orang melayu. Dimana sahaja Harun Din datang mengajar agama berduyun-duyun orang datang membawa botol air. 

Tun pernah berkata Harun Din pandai mengubat orang melalui air penawar tetapi apabila beliau sendiri sakit jantung beliau pergi dapatkan rawatan di luar negara. Tun berkata dirinya sendiri buat pembedahan jantung di Malaysia. 

Tetapi pada masa itu Haron Din belum menunjukkan secara terbuka lagi sokongannya kepada Pas kerana beliau pada masa itu  masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Selepas pemecatan Anwar pada tahun 98 barulah Haron Din mula bergiat terbuka dalam Pas hingga kini. 

Saya tidak berniat nak berlawan dengan apa yang dikatakan Haron Din kepada Tun berhubung isu Malaikat dan syaitan. Sikit sebanyak saya masih ada perasaan hormat kepada beliau.

Semua orang tahu apa yang dikatakan oleh Tun adalah tidak lebih sebagai sindiran sinis sahaja. Tetapi Haron Din kata tak boleh dan Tun perlu bertaubat. 

Ok....tak mengapa....bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan sesat yang sering dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin Pas terutamanya Nik Aziz ? Dimana suara Haron Din ?

Umno dikafirkan Pas sejak puluhan tahun.....Mana suara Haron Din ?

Pas haramkan sembelihan orang Umno.....Mana suara Haron Din ?

Pas haramkan beriman orang Umno......Mana suara Haron Din ?

Nik Aziz kata boleh berkawan dengan syaitan.....Mana suara Haron Din ?

Undi Pas masuk syurga....Mana suara Haron Din ?

Pas kata menentang Pas adalah haram.....Mana suara Haron Din ?

Fatwa Haji Hadi 1981.....Mana suara Haron Din ?

Sembahyang dua masjid dalam satu kariah.....Mana suara Haron Din ?

Umno berkawan dengan MCA, MIC dan parti-parti bukan islam lain dikatakan munafik dan kini Pas menjalinkan hubungan dengan DAP......Mana suara Haron Din ?

Pas menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan budak kampung yang lain .....Mana suara Haron Din ? 

Doa pemimpin pecah perut.....Mana suara Haron Din ?

Itu baru sebahagian, kalau nak senaraikan sampai pagi esok pun tak habis kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas semenjak parti itu wujud sehingga ke hari ini. Belum lagi termasuk kisah bagaimana satu pasangan di Trengganu yang dinikahkan semula oleh imam Pas kerana dikatakan pernikahan sebelum itu tidak sah gara-gara dinikahkan oleh imam yang menyokong Umno.

Sebagai ulama dan kini berada dalam kepimpinan Pas beliau wajib memperbetulkan keadaan. Beliau perlu meminta Nik Aziz dan Haji Hadi bertaubat dan mohon maaf kepada rakyat Malaysia terhadap kekeliruan yang ditimbulkan sebelum ini. 

Haron Din sekarang adalah Timbalan Mursyidul Am PAS, dimana bosnya adalah Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS. Kalau nak diikutkan, Haron Din tidak boleh lagi berboskan Nik Aziz kerana Nik Aziz telah melakukan kesesatan apabila mengishtiharkan boleh berkawan dengan syaitan. Sedangkan Haron Din sendiri kata syaitan adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka. Akan tetapi sampai ke hari ini pun Haron din masih berboskan Nik Aziz.

Ramai diantara kita tidak sedar sebenarnya kesan daripada kata-kata Nik Aziz yang membolehkan Pas berkawan dengan syaitan telah memberi kesan yang sangat buruk kepada Pas hari ini.

Kalau dulu Pas haramkan menjalin hubungan dengan parti bukan islam. Kini Pas pula yang jalinkan hubungan dengan DAP. 

Kalau dulu Pas perjuangkan Negara Islam. Kini Pas sendiri yang gugurkan perjuangan negara islam.

Orang yang pernah ditangkap khalwat bersama isteri orang kini diangkat sebagai Timbalan Presiden.

Pas pertahankan habis-habisan Elizabeth Wong yang berbogel dan diangkat keatas pentas Pas.

Dewan ulama Pas sanggup adakan usul khas dalam persidangan mereka untuk pertahankan aksi Anwar Ibrahim bersama pelacur.

Benarkan orang-orang bukan islam masuk ke tempat sembahyang dalam masjid dan surau. 

Sanggup gadaikan kalimah Allah, dan yang paling teruk sekali apabila Pas sanggup berkiblatkan seorang lelaki yang tersenarai sebagai kaum nabi luth, dimana Nabi pun tak mengaku mereka sebagai umat. 

Apa yang berlaku diatas kini dan keadaan Pas yang semakin hari semakin menggila semuanya kerana 'berkat' kata-kata Nik Aziz yang membenarkan Pas berkawan dengan syaitan. 

Hasil dari persahabatan dengan syaitan, membuatkan Pas dirasuk syaitan hinggakan Hassan Ali yang mempertahankan orang islam daripada murtad pun mereka sanggup pecat. Dan kini keadaan Nasharuddin Mat Isa juga semakin goyang kerana beliau hadir bersama Datuk Najib bertemu dengan ulama-ulama Saudi bagi membincangkan masalah umat islam. 

Kerana apa itu semua berlaku ?

Kerana Pas berkawan dengan syaitan ! 

Tidak salah untuk Haron Din menyatakan pendapat beliau terhadap pepatah inggeris yang digunakan Tun Dr M. Tetapi beliau perlu adil. Jangan pula apabila orang beliau sendiri melakukan kesesatan beliau diam. Apabila pihak lawan atau orang yang dia tidak suka, cepat-cepat dia melompat. Islam yang diturunkan oleh Allah tidak begitu. Itu adalah islam Pas.

41 comments:

Anonymous said...

Pak Harun baru bangun dari TIDOR yg laaaamaaaaa....wuarghhhhhhhh...

Sbb tuuhh la dia xprasan yg selama ini dah trLALU BAAANYAAAKKKK kesongsangan dan kesesatan yg di lakukan oleh2 pemimpin2 PAS dan penganut PAS...

muahahhahhahahah

Anonymous said...

Bro,
Entry yg ini lebih baik dari previous.
TQ

Anonymous said...

sudah sampai masanya, kita nilai semula, haron din ulamak atau apa??

berpuluh tahun lama perjuangan, kebenaran yg BERANI dinyatakan hanyalah isu kalimah Allah, yang sudah lenyap begitu saja dipandang sepi oleh NIK AZIZ

jadi, kedudukan haron din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS, atas dasar fungsinya atau sekadar pada nama??

Anonymous said...

agaknya sensor yg diinstall dalam tubuh dia ni hanya dapat detect kesilapan pemimpin UMNO sahaja kot...udah programmingnya begitu...

Anonymous said...

Haron Din contoh terbaik Syaitan Bisu.

Anonymous said...

TUN HANYA GUNA PERIBAHASA INGGERIS. PAKAR INGGERIS DALAM PAS BOLIH TERANGKAN PADA HARON DIN.
ATAU HARON DIN AMBIL KESEMPATAN SAHAJA.
ULARMAK PAS YANG BANYAK PERLU BERTAUBAT,MEREKA PUNYAI SIFAT SIFAT ORANG MUNAFIK.
GUNA BAHASA KIASAN SALAH KE.?
Over to you HARON.......

bzz said...

kene belajar BI lagi diaorg ni. simple thing also u donno... aiyooo...

Jokiden said...

Hahaha..amik kau.. Dalam banyak hal Datuk harun Din bisu, tetiba kini bersuara. Matalamat menghalalkan cara.

Kan peribahasa itu kiasan.. Nik Aziz pun selalu berkias..Tak ada mananya murtad doh.

Tak ada Malaikat atau syaitan di sini doh.. maksudnya lebih baik mendampingi orang yang kita kenal perilaku buruk baiknya daripada orang yg kita tidak tahu buruk baiknya. nampak baik tetapi pelesit.. Kan Jokiden dah kata peribahasa tu dah 1000 tahun diguna pakai. Pukul anak sindir menantu sudah 400 tahun diguna pakai. Apa masalahnya. Kenapa nak spin2.

Harap-harap Karam Singh Walia cipta satu peribahasa baru mengenai devil and angel ni. Biar kering air liur orang PAS nak mentafsirnya.

Orang PAs ni bila sekutu mereka kena sebut sensitif sangat mereka, tak boleh langsung sesiapa nak usik2 syaitan ni..

Seperti kaduk naik junjung, seperti melepaskan anjing tersepit, seperti kera dapat bunga, Kuman di seberang lautan nampak.. gajah yang besar walaupun di bibir mata tak nampak.. hah ada faham ka..

Anonymous said...

Malaikat tak semestinya baik???

Memang BENAR! Azazil adalah ketua segala malaikat. Dihalau keluar! Diberi nama IBLIS (yang tak dirahmati)...

So takkan la Dato' Harun tak tahu? Hmmm...

Anonymous said...

dah jadi SOP dalam PAS.. orang lain semua tak kena..kafir..murtad walau terang terang dalam PAS sendiri yang tunggang langgang..

Kalau Na.Jis cakap sanggup berkawan dengan syaitan dari berbaik dengan Umno.. itu kira gaya cakap seorang ulamak ker? Aku kira pelakon filem blue pun buleh cakap lagi bagus dan logik dari Na.Jis

Anonymous said...

Terbaikkkkk bagi abad ini ...

Padan muka Parti Islam Se Malaysia yang sepatut pakai huruf P I S SSS dan bukan P A S.

StinGray said...

Peribahasa /proverb pun nak dipolitikkan...Pak Din, kalau aku kata hang ni ' bodoh macam lembu ' atau ' macam anjing menyalak bukit ' adakah hang seekor lembu atau anjing????....

Patutlah parti hang PASPISPUS ni jadi parti yang paling tepu dalam dunia....sesuai sangat lah kalau parti hang ni jadi balaci DAP sampai kiamat..

Pak Din..hang ni tak ubah macam Keldai Hendak Dijadikan Kuda....maksud peribahasa ni bukan hang tu keldai yg nak transform jadi kuda, ngok.... tapi perihal ORANG BODOH YANG INGIN DIPANDANG SEBAGAI ORANG PANDAI..

Walau macam mana pandai pun, kalau joint PAS mesti jadi bangang...hang pun over dose minum ayaq selipar K-Pop Niky jugak ka???....

hanfeytze said...

Haron din kena rujuk cikgu bahasa inggeris sebelum komen...dia guna direct translation..tu yang dia faham lain..apa pun ulasan rbf memang tempat dan padat..cerdik pandai masuk pas semua jahanam...

Anonymous said...

halamak harun din pun nak join jugak membidas english proverb tu. Hilang respek. aku bosan dgn org PAS, dr akar umbi sampai ke atas. Takde perkara lain ke yg lebih kondusif nak cakap? itu hanyalah peribahasa la bhai! Pahamkan figurative meaning / maksud tersirat dia. Kalau org PAS mana2 tak paham lg, mai sini aku nak ajaq.

Anonymous said...

harun din ni semakin tua semakin bodoh bukan semakin pandai, tak heranlah dia semakin dibodohkan oleh sibodoh, sibodoh yg dibodohkan oleh sibodoh...mungkin juga akal yg dikurniakan oleh Allah SWT kpd golongan ulamak bisu,buta dan pekak ni sudah ditarik balik olehNYA, tak heranlah ulamak2 palsu ni semakin bodoh dan bangang yg terlampau sangat.

bombastika said...

Inilah masalah orang agama nak berpolitik. dah masuk parti kena akur semua walaupun salah. Jika bangkang atau tegur bos atau sekutu parti siap kena singkir. itulah sebabnya ada umarak dan ulamak. Ulamak tegur umarak. tapi kalau dia jadi umarak dia ulamak cukup payah nak tegur kerna sekatan politik umarak. Sepaptutnya kena ada badan ulamak yang bebas dari parti politik yang bertujuan menegur parti pemerintah atau pareti pembangkang yang tak reti peranan membangkang....

Megat Alam Gempita said...

Oh My English...tu lah masa Tun Dr M nak perkenalkan PPSMI PAS dok tentang sampai ke zaman PM Najib. Macamana PAS nak perintah negara kalau bab bahasa Inggeris ni depa fail sampai tak tahu bidalan antarabangsa?

PAS memang kolot sampai bukti CCTV pun Hj Hadi kata besi tak da mata dan telinga. Nik Ajis pulak asyik doa siang malam nak minta Allah turunkan air hujan di Kelantan bagi selesaikan isu kekurangan air dan air kotor di negeri itu...ada teknologi tolak tak ke bodo piang namanya tu!

Anonymous said...

Apa kata masyarakat Malaysia mengiktiraf ijtimak ulamak yang terdiri dari ulamak tempatan dan ulamak antarabangsa yang tidak memihak kepada siapa-siapa melainkan kepada hukum Islam berdasarkan keadaan semasa, Mungkin dengan cara ini perpaduan boleh diwujudkan...

Anonymous said...

ni la ulamak yg cari makan dengan ceramah dan jual ubat .. haron din .. harpn din, makin lama makin bodoh aku tengok ko ni .. ulamak jenis apa si haron din ni pon aku tak tau .. ulamak jual ubat pakai air jer .. dulu2 orang panggil pawang .. skrg ulamak ..

yee said...

kutuk2 haron din tapi ramai gak bapak2 iblis UMNO pi jumpa dia kat darussyifa minta tolong ikhtiar, khakkk ptuii memang dasar haram jadahhh....

yee said...

Anon...August 29, 2012 8:32 PM

mana kau belajar azazel tu malaikat, tun M kau ke yang ajar. setakat kau sorang je sesat dah la jgn nak sesatkan org. IBLIS=API bodohhhh.....

bro yul said...

satu lg lupa tu bro...klu iman yg menyokong umno mandi kan jenazah pon dia orng ckp x sah...ini benar2 berlaku bro....bg aku pas nie sebuah parti politik yg sesat terlalu jauh....kepada haron din sebelum anda repair rumah orng lebih elok la anda repair dulu rumah anda sendiri sbb sy tngok rumah anda pon sudah retak menanti belah......

Anonymous said...

lain kali, pakai la google translate. hahhahha...

Anonymous said...

Kalau kau tak tau sejarah Azazil? Kau pegi tanya la Pok Nik Ajiz kau pasal dia kata Azazil pun boleh buat kawan...

Cukuplah la Tok Guru kau dah sesat...kau pun 7 keturunan nak sesat??

Anonymous said...

betolkan kalau aku salah

bukan ke iblis sebelom kewujudan Nabi Adam adalah ketua segala malaikat yg taat pada perintah Allah SWT..? tp tak menyembah Nabi Adam apabila diperintahkan sebab Nabi Adam diciptakan dari tanah sedangkan azazil diciptakan dari api.?

RashidAli said...

saya baca sinar nampak sangat bengong pasal english proverb/idiom yg fofular, hari2 org pakai especially dlm membuat business decision. terlanjur buat komen saya nak pohon rbf tweet kan PM mintak DS Rosmah kenakan tudung yuna or dr mashitah mulai merdeka55 or maal hijrah. afterall she is very sweet, hati dia pun cam permata. sy rasapengkritik pas akan terkedu. jgn uangi kesilapan tun dollah sbb lupa bagi pakai tunjane tudung from the start of their marriage. after pru13 cerita lain.

salam @rashidali

Servant of God said...

yee August 29, 2012 11:43 PM

Kamu adalah manusia yang sanggup memperbodohkan diri dan membutakan hati semata-mata untuk menegakkan benang basah kamu.

Nak kesian pun tak guna. Kayu api pun lebih berguna daripada kamu.

Anonymous said...

kutuk2 haron din tapi ramai gak bapak2 iblis UMNO pi jumpa dia kat darussyifa minta tolong ikhtiar, khakkk ptuii memang dasar haram jadahhh..
__________________________________
ade masalah ke kite nk mtk pertolongan drpd org lain...even berbeza fahaman politik..nie la cth org2 pas...kite pertikaikan ulasan datuk harun din dlam hal peribahasa nie je...nbiase la beza2 pendapat...mpak sgt org cetek agama yg bagi ulasan nie...agak2 nye bdk nie mang xbercampur ngan org lain kot...die punye kawan sume org pas je kot...

Anonymous said...

pak harun nak perangkap nik aziz yg satu ketika dulu penah cakap bantuan syaitan pon dia terima/baik berkawan ngan syaitan... pak harun saja buat tak paham peribahasa supaya org ingat balik kata2 dr mulot nik aziz...

Matahari said...

Rasanya ada orang pinjam suara Haron Din ni! Dalam alam maya ni macam-macam orang boleh buat. Omputeh cakap "orang boleh buboh perkataan dalam mulut kita" (ha ha ha - People can put words in your mouth) yang sinonim dengan fitnah. Betul ka Haron Din betul-betul cakap macam tu?

Matahari said...

Rasanya ada orang pinjam suara Haron Din ni! Dalam alam maya ni macam-macam orang boleh buat. Omputeh cakap "orang boleh buboh perkataan dalam mulut kita" (ha ha ha - People can put words in your mouth) yang sinonim dengan fitnah. Betul ka Haron Din betul-betul cakap macam tu?

Anonymous said...

apa beza idiom yang diguna oleh Tun M dengan Syaitan yang menjadi rakan NIk Ajis?

Anonymous said...

Haron Din lebih sayangkan Tun M. Dia dah byk berjasa utk orang Islam. Sbb tu suruh taubat. sayang la dah berjasa, sian kalau tak dapat saham akhirat,... Nik Ajiz dah takde harapan nk disuruh taubat. Dah 'tuli'....

Anonymous said...

Saya pernah guna peribahasa tersebut semasa saya bertugas tanpa ada niat apa-apa tentang agama islam ... ia cumanya untuk memberi gambaran lebih baik bersama dengan seseorang yang kita kenal walaupun ia jahat daripada bersama seseorang yang kelihatan baik tapi kita tak kenal ... peribahasa itu telah ujud beratus-ratus tahun ...cuma di Malaysia...apabila disebutkan oleh orang politik maka orang politik lain akan menggunakan kesempatan tersebut untuk menunjukkan ianya lebih alim, lebih tahu ugama dari orang politik yang menggatakan peribahasa tersebut. Semua orang tahu, Dr M bukannya orang agama dan semua orang tahu apabila Dr. M menyebutkannya adalah bermaksud sepertimana perjelasan diatas ... tapi atas dasar politik, semua perkara perlu diambil kesempatan... Oleh kerana Dr. M telah memberi bola tanggung maka peluang tersebut tak akan dibiarkan tapi kita kena ingat ... Nik Aziz sebagai orang yang berpengetahuan tinggi hal agama pernah menyatakan kesanggupan untuk terima bantuan Syaitan untuk menjatuhkan UMNO (Ianya bukan peribahasa)... bagi saya perkara ini lagi tak boleh diterima kerana yang menyatakan nya adalah seorang ulama dan mempunyai ramai pengikut yang semestinya pengikut-pengikut ini pun bukan semuanya pandai dalam agama.

Dari segi akidah saya setuju peribahasa tersebut tak boleh digunakan oleh orang Islam ... saya bertaubat kepada Allah kerana pernah menggunakannya walaupun saya tiada niat mengatakan "devil" adalah syaitan dan "angel" adalah malaikat. Ini adalah kekhilafan saya kerana saya bukannya ahli agama, begitu juga dengan Dr. M yang memang bukan ahli agama... dia khilaf kerana sudah terbiasa menggunakan peribahasa tersebut... tapi macamana dengan Nik Aziz, seorang ulama, yang berpengetahuan tinggi dalam hal agama dan mempunyai pengaruh yang besar sanggup menerima bantuan syaitan ... sudahkah dia bertaubat?? sudahkah dia menarik balik kenyataannya??sudahkan dia meminta pengikutnya bertaubat sama??

Anonymous said...

ENGLISH IDIOM PUN TAK FAHAM..ADA HATI NAK TEGUR ORANG..

AKU TAK KISAH JIKA DIA BERSIKAP TEGAS TERHADAP SEMUA. TAPI BILA NIK AZIZ KATA BERKAWAN DENGAN SYAITAN PUN SANGGUP, DIA DOK DIAM JE APEHAL? NAMPAK SANGAT BIAS DAN LEBIH KEPADA FATWA POLITIK..

Anonymous said...

IBLIS ASALNYA ADALAH KETUA MALAIKAT..USTAZ HARON DIN TAK TAHU KE?

BOB MALAYA said...

harun-harun...ulamak ker?gua rasa dia nie sama spesis dgn nik ajis....sudah sesat...sebelum nak tegur org cermin diri sendiri dahulu...diri sendiri pun dah melencong dari akidah..teruk!!!

Anonymous said...

kpd pro bn ..harap harun din diberikan pengecualian...dia tu jujur...

cuma ter'masuk' pas

english xberapa bagus...so maafkan dia..

JGN DOK BANTAI...RBF PUN patut ada sket hormat pd beliau ...



Anonymous said...

Aku nak suruh harun din baca doa kat empangan supaya kita semua dihindar dari gangguan syaitan ......kemudian kita dermalah kat dia ........

Anonymous said...

bahasa kiasan pun tak paham. camner nk duduk putrajaya. apa hukum ludah kelangit. kalau bahasa kiasan ni hukumnya batal puasa aku tak tau laaaa pas ni pas ker tak srp.

Anonymous said...

Marilah kita memberi sokongan kepada Kepimpinan Islam nescaya kita selamat,in sha Allah.