Dipetik dari mstar.com.my
Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati
golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam
supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak
bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu
sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah
di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk
berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah
berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di
mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu
bual dalam sesebuah taklimat.
"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan
berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai
mereka.
"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia
juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan
kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin
menekankan isu-isu politik," katanya.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong
mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau
PAS kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk
berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk
mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan
politik?
"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam
yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih
dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat
satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu
berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu
agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula,"
ujarnya.

12 comments:
padan la dulu awie selamba sound setepek kat akhil hayy...
aku pun pernah tengok dia sindir UMNO dipentas PAS .. jangan tuang racun dalam periuk nasi sendiri beb...
Dia ni dah benar-benar insaf ke??? Tengok muka dia pun aku dah meluat....
satu penjelasan yang ikhlas. Jika dalam keadaan "mencari" kebenaran sudah tentu ingin mempertingkatkan ilmu dan ibadah. I think Abby dah "syok" bila di beri perhatian sebegitu oleh pemimpin Pas. She is the "kaldai" for them if the intention is to badmouth others especially those who spoon her for her to survive.... Abby my advice is "think harder" and don't get carried away with glamour..your time as a glamorous girl has come to an end... chiao
Bagus nasihat kamu tu Akil. Harap lepas ni saya tak terjumpa atau tertonton video ceramah awak mencaci dan memaki hamun Umno atau pemimpin2 Umno.
Biar lah puak2 jahiliah dalam Pas tu nak maki ke atau nak sumpah hamun pihak lawan mereka .. asal awak jangan terikut rentak jahil mereka tu udah.
Puak2 Pas tu mereka tergila2kan syurga Nik Aziz tapi kita yang diluar Pas ni termimpi2kan syurga Allah. Itu lah yang membezakan kita dengan mereka.
Akil Haiyi, saya ingin nak lihat awak terus berceramah di pentas Pas tapi jangan sekali2 meniru gaya para ostad atau ostadah mereka yang suka maki hamun orang .. berceramah menyeru manusia kepada kebaikan seperti yang awak lakukan melalui slot tv astro.
Hj Mansuh
laa....baru nak sedar mangkuk ni...tu la jgn suka menghina org dlm ceramah.ALLAH tak kira kita ni sapa ulamak ke,org biasa ke...ALLAH bayar cash atas dunia...lpas ni lg baik lu jgn suka jaga tepi kain org lain.jaga anak,bini lu lg wajib
sorry laa rbf, akud ari dulu tak suka dengan ustaz gila ni laki bini, dah susah baru nak sokong kerajaan, cari makan aje laa katakan
sape berikan dia gelaran ustaz?
manusia mcm ni mana boleh cepat2 percaya. tunggulah 4-5 tahun, tgk konsisten tak. jangan2 sekadar jaga periuk nasi saja???
kalau betul nak berhijrah sepatutnya mohon diampunkan dosa oleh ALLAH atas kesilapan kita yang lepas,,ni tidak,kata nak berhijrah,lepas tu pegi bagi ceramah kat pentas politik ktuk orang sana-sini..hijrah ke mcm tu??lagi tambah dosa ad lah..lagi satu,dh la baru berhijrah,diri sndri pun tak berapa nak betul lagi,dh nak pegi betulkan orang lain..
layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.
Aku tak berapa gemar ngan mamat ni.. dulu aku byk tgk ceramah dia di pentas pas. Bukan main lagi mengutuk UMNO dan BN. Guna modal dia sebagai penyanyi.. siap nyanyi2 kutuk BN dan UMNO. Pastu dah tak leh cari makan switch ke BN balik. Bila dia start kluar TV je aku dah agak mamat ni mesti dah tukar kem... Tapi apa2 hal pun sorry la aku mmg tak gemar arr org2 mcm ni.
Post a Comment