Thursday, August 2, 2012

Mengapa perlu orang-orang pencen dilantik ke jawatan besar-besar ?

Ada kalanya perkara-perkara begini tidak patut berlaku.

Seseorang pegawai-pegawai besar kerajaan atau pun seseorang menteri yang telah bersara atau dibersarakan tidak patut diberi lagi pelbagai jawatan lain.

Contoh...semalam bekas KSU KDN Tan Sri Aseh Che Mat dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya bagi menggantikan Tan Sri Samsudin Osman.

Tan Sri Shamsuddin sebelum itu juga merupakan pegawai besar kerajaan dengan jawatan terakhirnya sebagai KSN.

Baru-baru ini KSN yang bersara,Tan Sri Sidek...ketik ja punch card terakhir dah ada jawatan menunggu di Petronas.

Begitu juga dengan Menteri....Syed Hamid Albar. Dah jadi menteri zaman berzaman. Bila tak dapat jawatan menteri, dapat pula jawatan sebagai pengerusi SPAD. Jawatan kecik....pun keciklah....asalkan ada jawatan.

Kalau kita perhatikan nama-nama yang saya sebut diatas, semua mereka dah merasa pegang jawatan yang besar dan berkuasa besar.

Kenapa perlu mereka-mereka ini diberi lagi peluang untuk mengecapi jawatan-jawatan tinggi ?

Apakah mereka masih rasa tak genap lagi selama ini ?

Apakah tidak ada muka-muka baru yang boleh diketengahkan ?

Semoga perkara-perkara seperti ini mendapat perhatian kerajaan.

Kita sekarang berada dizaman transformasi....maka kita kena betul-betul transform. Jangan ambil sekerat-sekerat sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

42 comments:

Anonymous said...

saya dah perhatikan trend ini sudah lama berlaku,mengapa tidak diberikan peluang kepada orang baru.trend ini perlu dihentikan.jika pada zaman dahulu mungkin ya! kerana pada waktu itu kita kekurangan pegawai berpegalaman tapi tidak lagi di zaman sekarang

mmr said...

ya saya setuju tu....yg kita ni si ikan bilis.......tak depa pandang sebelah mata pun...contoh seperti saya kena VSS........try apply kerja di tempat lain ...asyik asyik KIV KIV..alasan umor dah mencecah 50an.....sampai sekarang terpaksa guna duit pampasan dan simpanan

INSAN BIASA said...

betul..kita perlu kan mereka yang muda dan fresh untuk mengurus jawatan tersebut supaya banyak idea-idea yang bernas diketengah untuk memantapkan pentadbiran di zaman moden ini.

Anonymous said...

bila lg kita hendak melahirkan pemimpin muda berkaliber jika org lama terus memegang jawatan tertinggi walaupun telah bersara seolah2 golongan muda tidak di perlukan..

Anonymous said...

..nilah dipanggil tall order...asyik muka tu je yg senyum kambing...cukup dah tu macam mane nak maju macam ni benda dah expired has been reused....

Anonymous said...

BAGUS..RAKYAT KENA SUARAKAN DAN SAMPAIKAN KEPADA PEMIMPIN KAT ATAS TU. MUNGKIN SEBAB PENGALAMAN ORANG LAMA ITU YANG DORANG AMBILKIRA.. MAKLUMLAH, SENANG SIKIT JIKA ADA PENGALAMAN.
TAPI ORANG2 MUDA PUN RAMAI YANG KREATIF DAN LEBIH BERDAYA SAING BERBANDING ORANG LAMA.

Anonymous said...

boleh dengan syarat semua pencen gomen tak perlu bayar bila berjawatan kat GLC

Anonymous said...

saya setuju dan sokong,dah lama dah saya protes sistem ini..bukan saja di pusat di negeri negeri juga berlaku,kebayakan yg dah pencen masih berada di GLC negeri..kenapa tidak di beri peluang yang tidak berpencen...transfomasi berpilih

Anonymous said...

Salam Bro RBF

Saya menyokong kenyataan saudara. Perkara seperti ini cuma akan menambah kroni bagi mereka yg berkedudukan dlm kerajaan. Kalau sekali pun mereka ini dikira berjasa pd negara, sediakan pencen yg lumayan setimpal dgn kecemerlangan yg mereka rasa telah lakukan pd negara, sedangkan kesemuanya itu dulu pun dibayar gaji bukannya sumbangan pd negara. Cukup-cukuplah...kalau mat aseh duduk di putrajaya apa yg boleh disumbangkan ? Beliau cuma berpengalaman dari segi pentadbiran saja...berapa ramai chief clerk yg mampu jadi bos di perbadanan putrajaya !

Anonymous said...

orang muda lebih diperlukan seiringan dengan zaman moden..kita perlukan pemimpin yang muda dan banyak idea baru untuk masa depan negara untuk terus maju..org yang sudah pencen elok bersama keluarga bg peluang untuk org muda

Anonymous said...

Inilah nasib UMNO. Kroni tak habis2. Itu sebab Anwar ada banyak modal untok hentam UMNO. Kadangkala cakap Anwar ni betul juga walaupon dia seorang peliwat dan pembohong. UMNO ni masih tak sedar2. Apakah mereka tak mahu ambik iktibar dari pengalaman PRU12 dulu? Masih hidup dialam mimpi. Come-on wakeup UMNO. WAKE-UP............!

Anonymous said...

Aku sokong sangat sebab aku pun pernah suarakan perkara yang sama..
Amalan lama yang perlu diubah...
Lantiklah terutama yang masih energetik, berwawasan dan produktif, yang penting bukan musuh dalam selimut.. atau duri dalam daging...

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Anonymous said...

setuju....dalam era moden begii..pemimpin yang muda dan berwibawa diperlukan untuk memajuakan negara..apa guna ada pemimpin muda berwibawa tetapi tidak digunakan untuk memajukan negara..kenapa masih gunakan mereka yang sudah bersara..apa gunakanya org muda untuk negara

Anonymous said...

inilah kelemahan ketara kerajaan barisan nasional especially orang UMNO

Anonymous said...

org muda asik main fb di opis, xmaju2.. idea xkretif, banyak cakap, masuk lewat balik awal, kalu bagi yg ni kerja.. lingkup jabatan.

yang tua2 kalau rekod seblum ini ok, bagus di ambil balik.. lps tu latih golongan muda. Tapi masalahnya, golongan muda tak mau berlatih..manja, sikit2 nk demo..hahaha.

gua rasa, ada buruk baiknya. tua2 kelapa, lagi tua lagi banyak santannya.

tapi kalau tua keladi, makin tua makin mnjadi.. habis dicerai bini, sebab nk menangkan pucuk muda punya hati..

AtasPagar said...

bila asyik mcm ni je itu yg makin byk peluang sibahalol pembangkang belasah kerajaan.. bile kena balun semua senyap pasal apa? aku dh kaya.. pedulik apa aku.. BN kena ingat sekarang ni makin ramai pembangkang dr golongan muda atau budak2 U.. sbb apa? sbb benda2 mcm ni lah.. contoh pernah jadi di N9, salah sorang yg bersangkut paut dgn kerajaan negeri pernah cakap "harta aku 7 keturunan pun tak habis makan" rasanya panas tak telinga kita yg mendengar ni, rakyat nak beli motor pun tunggu duit pencen tau..

bro RBF biar kita jadi pendesak hal2 mcm ni.. itu pun kalau BN ni nak dengar la.. jgn smpai karam nanti baru nak melolong tak tentu pasal..

Anonymous said...

saya setuju RBF ... benda ni mmg dah lama menyakitkan hati saya .... dah pencen tu dah lah kasilah peluang orang lain naik pulak ... tak cukup-cukup lagi ke duit pencen tu? Ada ramai lagi orang yang boleh amibil alih jawatan tu ... beri pada golongan yang belum cecah umur pencen!!

Baka Tok Ayah said...

RBF perlu perluaskan isu ni,saya diantara penentang si tua kutuk yg sekarang dah jadi pengerusi petronas tu..sampai bila tradisi KRONI macamni nak diteruskan?

RashidAli said...

setuju 2000%...kekadang hanya jadi kuda...

Cili Padi said...

Kalau semua orang orang tua yang uzur dah pencen ambik habis anak muda nak ambik apa? banyak golongan muda sekarang susah nak dapat kerja. Memang orang lama lebih berpengalaman tapi kalau tak cuba orang baru macam mana nak tahu dia bagus ke tak bukan? Dan disebabkan orang-orang macam ni jugalah dorang kata kerajaan mementingkan orang-orang dia lah tu lah. Jadi untuk menggelak perkara ni baiklah kita hentikan je trend ni. Bosan lah juga tengok orang uzur je jaga nak juga tengok orang muda jaga. Kerana orang muda juga akan membawa trend baru dan cara pentadbiran baru. Takdalah semua sama je. dah ada tak pakai rugi.

House PK said...

Aku paling tak boleh terima bila Sidek Hassan al kunyiti dilantik Chairman Petronas RBF oi!

Tolong kasi buang la ini bangkai semua

Anonymous said...

Malaysia semua Boleh.Umur dah lebih 50 tahun pun boleh pegang jawatan Pengerusi Belia,Belia dah tua kununnya berpengalaman luas.Serupa juga dengan GLC yg ambil kuda tua yang kununnya negara masih perlukan mereka.Akhirnya,mereka mereka ini dok goyang kaki saja,makan angin,elaun 6 angka.cukuplah,,

Anonymous said...

Ini adalah kerana pengaruh dan pengalaman mereka,

klu beri kepada generasi muda yang belum "puas dan luas pengalaman" mungkin akan terjadi pressure pulak

faham faham lah politik ni macam macam specially office politik ni

saya pernah pegang satu department yang mana ada dengan saya kerja kira orang lama

dan biasalah macam macam depa kata , naik ikut kabel pengampu dan macam macam akhirnya productivity kurang

jadinya saya amat setujulah orang berpengalaman dan berumur memegang jawatan tinggi tetapi kena pastikan amanah

dan yang paling penting timbalannya kenalah dari kalangan orang muda

Tak Skolah said...

.......sebaaaab orang Malaysia ni tak pandai belaka, hanya dua tiga kerat yang dah berapa kali pencen tu je yang pandai!

Tulah sebabnya dok recycle samapi naik lunyai!

Anonymous said...

Ramai yang tak setuju daripada setuju..?

Anonymous said...

nko org ingat jawatan2 penting spt pengerusi petronas... pengerusi ppj... dsbnya.... bolih suka2 saja kaa nak bagi pada sapa2... nko org ingat ni macam pengerusi syarikat 2 ringgit kaa...

Akupuntakfaham said...

dah forward ke pihak berkaitan ke RBF?

Eljay said...

Seolah-olah kerajaan mengajar mereka untuk menongkat langit. Tak kenyang2 lagi kah mereka tu pun. Ini diantara perkara yang boleh merosakan kerajaan.

Anonymous said...

Tlg 'dalami' gok lagi ilmu politik neh RBF wehh,bukannya ambik bakul pahtu tulis memburr. Gne mun cungok/sipir tataw,letihh boh,heh!! Peace & salam ramadhan.

ReentryCapsule said...

Ini kita panggil "Transformasi Kepala Taik".Dimana semua kepala-kepala taik yang dah dibuang tadi dikumpul semula untuk dijadikan SEGUMPAL TAIK yang lebih TAIK dari segala TAIK.PtuiiiHHH...!!!!

Anonymous said...

Anuwar peliwat mak dan bapak kau

Anonymous said...

padan la muke kome krn meny0k0ng ye....
a

Anonymous said...

padan la muke k0me krn my0k0ng...........

Anonymous said...

sy x setuju dgn rbf dlm hal ini. utk makluman sy org muda. jwtn pengerusi bukannya berdasarkan day to day operation sptmana golongan profesional. ia lebih pd menentu hala tuju dan dasar dan sbb tu kat mana2 negara pun yg jd chairman biasanya org 50+ ke atas. sbb mereka ada vision dan pengalaman yg diperlukan (biasanya) utk mengemudi masa depan sykt. wpun sy jg sebenarnya kurang setuju dgn pelantikan tan sri aseh sbb PPJ adalah sebuah badan berkanun yg berstatus PBT. sepatutnya dilantiklah drpd bekas2 YDP atau setiausaha majlis perbandaran/daerah. barulah pengalaman chairman dpt diguna dan diaplikasi pd PPJ.

Anonymous said...

Kalau sesapa leh fwdkan posting nih ke Tan Sri Aseh Che Mat, Tan Sri Sidek, Syed Hamid Albar dll serta ke PM sendiri adalah lebih berkesan.

Pasal pak sidek tuh, aku rasa kesian gak bila dah tua2 nih, kena monitor oleh Tun Dr M, rasanya X leh nak berlagaklah dia lagi...!

Anonymous said...

Saya sokong pandangan RBF.
Mereka ni cukup kaya dan boleh hidup senang lenang dengan duit pencen. Buat apa bagi jawatan lagi lepas pencen. Lebih baik bagi pada rakyat yang kuat & sihat untuk berkerja..

Selalunya orang yang sudah pencen, banyak masaalah kesihatan. Maklumlah, sudah tua.

Kita cadangkan Parti Politik Bebas supaya championkan issue ini.

RD

Anonymous said...

AKU SOKONG 100% .. memang tak patut pun yang dah pencen ni di bagi jawatan. Dah pencen tu pencen la.. tambah pulak pencen jawatan tinggi, duit pencen tu dah cukup nak hidup sampai habis nafas nanti. Bagi peluang la pada org lain..
Harap kerajaan kaji balik la semua ni.. in fact had umur utk bersara pun sepatutnya tak perlu di naikkan.. menten je mcm dulu.. byk lagi org muda yg perlu nak kejer.. dah tua tua dok la umah main dgn cucu.. tak pun ni la time nak beramal ibadat.. mungkn dah byk dosa buat masa pegang jawatan tinggi du.. so ni la time yg sesuai nak bertaubat...

Anonymous said...

harap trend ini dihapuskan..kalau pencen duk umah je lah..

Far Lungeng said...

Adakah mereka ini seperti Tan Sri Aseh Che Mat, Tan Sri Sidek, Syed Hamid Albar dll mengugut tidak akan sokong kerajaan atau join PR kalau tak diberi jawatan penting dan menyebabkan kerajaan sekarang akan jatuh. Tidak mungkin.Kerana mereka tak berjasa sangat pun pada rakyat. Sepatutnya mereka sibuk tingkatkan amalan demi usia yg tinggal beberapa saat sahaja. Ingat senang ker nak masuk syurga? Ubud dunia......

Anonymous said...

kasi dia rs dulu pegang jawatan sblm kubur pangil....hehehe

Anonymous said...

dah lama aku pendam benda nie...elok juga kau yang cakap rbf.tku