Friday, August 31, 2012

Pastikan Anda Ada Perjanjian Hitam Putih Sebelum Menukar Kerajaan

Semua orang tahu dalam kempen pilihanraya umum 2008 PKR dan PAS Selangor dalam manifesto mereka menjanjikan pelbagai bulan dan bintang sekiranya mereka diberi peluang mentadbir Selangor.

Salah satu janji mereka adalah memberi bekalan air percuma untuk kegunaan domestik sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Janji dalam pilihanraya adalah janji kepada semua rakyat di negeri Selangor, tidak kira samada mereka menetap di rumah teres atau pangsapuri.

Namun selepas memenangi pilihanraya lain pula jadinya. Penduduk-penduduk yang tinggal di pangsapuri tidak dapat menikmati air percuma 20 meter padu yang dijanjikan mereka.

Alasan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim, penghuni pangsapuri tiada meter individu....

Jika Khalid ikhlas kepada janji yang ditaburkan,  Kerajaan Selangor boleh berikan kupon yang bernilai RM 11.00 yang bersamaan dengan 20 meter padu air kepada semua penghuni pangsapuri. Atau bermacam-macam kaedah lain lagi yang boleh digunakan.  Hendak seribu daya tak  nak seribu dalih.....

Orang-orang kaya yang tinggal di kawasan-kawasan mewah dapat air percuma. Manakala orang-orang yang berpendapatan rendah yang tinggal di pangsapuri dinafikan hak mereka. Itukah yang dinama keadilan kepada semua ? 

Beberapa hari lepas penduduk di beberapa pangsapuri di Selangor bangkit menuntut hak mereka untuk mendapatkan air percuma sepertimana yang dijanjikan oleh Khalid dalam manisfesto PRU 12.

Apabila ditanya oleh wartawan tentang tuntutan penduduk pangsapuri, jawapan Khalid Ibrahim sungguh kurang ajar.

Katanya air percuma bukan satu perjanjian.....

Boleh lihat di sini

Jawapan Khalid Ibrahim itu menunjukkan kepada kita semua tentang sikap atau wajah sebenar puak-puak PKR .

Untuk menawan Selangor mereka tabur 1001 janji manis. Apabila dah menang dan rakyat menuntut hak mereka kata itu bukan satu perjanjian

Sekarang pula untuk menawan Malaysia mereka sekali lagi taburkan 1001 satu janji manis melalui buku jingga. Tidak cukup apa yang dijanjikan dalam buku jingga mereka tambah lagi di luar buku pula. Antaranya adalah penghapusan PTPTN , penurunan harga kereta dan beberapa janji lain lagi. Dan janji-janji manis itu akan bertambah dari ke hari sehinggalah ke hari pembuangan undi PRU 13 kelak.

Percayalah cakap saya, ditakdirkan menang kelak, sebagaimana yang Khalid Ibrahim kata beberapa hari lepas akan sekali lagi keluar dari mulut pemimpin-pemimpin mereka apabila rakyat menuntut hak. Itu bukan satu perjanjian.....

Saya tak minta anda semua undi BN, tapi kalau anda nak tukar kerajaan dan nak pilih mereka, sila pastikan anda semua menandatangani satu perjanjian yang sah dari sudut undang-undang untuk memastikan kerajaan yang baru yang anda pilih nanti menunaikan segala janji yang telah ditandatangan dan anda boleh menuntut hak. Tak tunai janji anda boleh bawa kes ke mahkamah. Jika tidak dilakukan begitu, maka mereka sekali lagi akan jawab itu bukan satu perjanjian atau tidak ada perjanjian

Seperti yang saya kata diatas, saya tak minta anda semua undi BN. Saya hanya berpesan atau ingat-mengingati sesama kita untuk memastikan rakyat tidak terus-menerus ditipu hidup-hidup oleh pemimpin munafik. Untuk lebih selamat tuntut satu perjanjian hitam putih dari mereka sebelum anda gunakan kuasa anda untuk tukar kerajaan.

11 comments:

Anonymous said...

khaliD gagap;BUTUH PAK HANG

Anonymous said...

Bendera yang hendak ditukar juga ciplak bendera Singapura.
Kalau bendera hendak ditukar tidak mustahil:-
1. Agama rasmi Islam juga boleh ditukar,
2. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi juga boleh ditukar,
3. Perlembagaan Malaysia juga boleh ditukar,
4. Nama Malaysia juga boleh ditukar kerana ada nama Melayu.
5. Semua yang berkaitan Islam dan Melayu boleh ditukar.
Berfikiran matanglah wahai bangsaku. Jangan kita dijajah lagi.

Anonymous said...

Sebulan selepas Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, tulisan saya yang secara jelas merasakan bahawa MB Selangor itu tidak ada kredibiliti disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia. Saya menimbulkan perkara2 yang berkaitan 'janji dalam menifesto' PKR dan Pas ketika pru12.

Hari ini terbukti apa yang saya katakan adalah benar malah keadaan lebih buruk telah dan sedang berlaku di Selangor.

Kenyataan Khalid Ibrahim yang terbaharu 'menifesto bukan perjanjian'lebih meyakinkan saya bahawa Khalid khasnya dan PR amnya sememangnya langsung tidak ada kredibili dan TIDAK samasekali boleh dipercayai.

Khalid Ibrahim secara jelas telah mengakui bahawa beliau dan PR tidak boleh dipercayai kerana mereka hanya pandai berjanji tetapi GAGAL menunaikan janji. Itu juga sebabnya mengapa PR menentang tema hari kemerdekaan ke55 iaitu JANJI DITEPATI kerana PR mengamalkan pegangan Janji dimungkiri.

Apa pun kenyataan Khalid Ibrahim telah memudahkan rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menilai dan seterusnya menolak mereka dalam PRU13 kelak.

MTK

BOB MALAYA said...

PAS dan PKR buat manisfesto hahaha gelak gua tengok..janji yang lepas belum di tunai kan lg pada rakyat slangor nie buat manisfesto lain..rakyat bukan bodoh..khalid gagap lepas nie boleh gali kubur sendiri dah lepas nie.elok sangat DAP.PAS.PKR msuk bsama-sama..ternyata pemimpi!m PKR bodoh!!

Pas dajjal said...

Pas pukimak penipu

Anonymous said...

Apa kata kalau buat MOU dengan setiap wakil rakyat yang dicalonkan?

Macam perniagaan, ler.

Anonymous said...

selepas ini penyokong-penyokong pembangkang minta PAS/DAP/PKR sediakan perjanjian dan bukannya manifesto yang ditandatangani oleh rakyat... kena stamping nanti depa kata xvalid pulak, hehe...