Monday, September 10, 2012

DAP Pelopor Budaya Politik Kurang Ajar Di Malaysia

Budaya politik ganas atau budaya politik kurang ajar bukannya perkara baru dalam negara kita. Ianya telah dipelopori oleh DAP sejak tahun 1969 lagi. Kerana budaya politik kurang ajar yang dibawa DAP itulah wujudnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Orang ramai masih ingat bagaimana DAP nak sapu melayu di Kampung Baru serta bagaimana orang-orang DAP kencing depan pelajar-pelajar perempuan.  

Belajar dari kesilapan dan keghairahannya pada tahun 1969 membuatkan DAP diam seketika. Sejak tahun 1969 hingga tahun 1998 budaya politik ganas atau politik kurang ajar boleh dikatakan tiada langsung sehinggalah Anwar dipecat pada tahun 1998. 

Dari tahun 1998 itulah bermulanya kembali budaya politik kurang ajar atau politik ganas. Sebelum itu orang ramai nak tengok kenderaan meriam air FRU pun susah. Tetapi selepas tahun 1998 kenderaan tersebut bukan lagi sesuatu yang pelik. Budak-budak kecil pun dah kenal. Budaya kurang ajar dikalangan rakyat Malaysia dan sikap tidak menghormati pihak berkuasa semakin menjadi-jadi sekarang ini. Semuanya kerana didikan dari pembangkang. 

Jika dulu orang ramai kalau lihat polis mereka ada perasaan hormat dan sebagainya. Tetapi selepas tahun 1998 orang yang ditahan polis pun berani maki polis. Mereka tak takut atau tak hairan kerana jika kena tangkap pasukan-pasukan peguam PKR, PAS dan DAP sudah bersiap sedia untuk membela mereka.

DAP kembali menunjukkan belangnya selepas PRU 2008 dan kini ianya semakin menjadi-jadi. Mereka menjadi semakin berani kerana setiap tindakan mereka akan dipertahankan oleh PAS serta PKR.

Minggu lepas heboh diperkatakan tentang gambar sekumpulan orang yang menyambut malam Merdeka yang dianjurkan parti pembangkang memijak-mijak gambar PM.

Sebelum ini anda pernah dengar budaya politik pijak-pijak gambar seperti itu ? 

Saya tidak tahu anda pernah dengar atau tidak , tetapi saya sendiri tidak pernah dengar dan lihat. Kali pertama saya dengar dan saya lihat budaya politik pijak memijak gambar semasa berlaku pertukaran kerajaan di Perak tahun 2009.

Bunting-bunting yang digantung di Bandar Ipoh yang memaparkan Datuk Najib mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina telah diturunkan dan dipijak-pijak oleh penyokong pembangkang.

Ipoh awal 2009
Hujung tahun 2009 pula gambar tiga Adun Perak yang keluar parti dilekatkan di lantai pintu masuk dewan untuk majlis Kovensyen DAP Perak telah dipijak-pijak oleh orang-orang DAP termasuk Lim Kit Siang sendiri. 

Ipoh hujung 2009
Benda-benda yang dimulakan oleh DAP itulah yang menjadi ikutan oleh pihak-pihak lain pula tidak kira sebelah sana atau sebelah sini. Kalau tiada pihak yang mulakan ianya tidak akan menjadi satu budaya.

Dalam kes seorang wanita cina di Johor yang memijak gambar PM pada malam Merdeka, siapa yang tukang membelanya ?

Tidak lain tidak bukan adalah DAP.....


Sebelum menyerah diri kepada polis gadis tersebut terlebih dahulu berjumpa dengan pemimpin DAP Johor. Jika dia tiada kaitan dengan DAP atau DAP berjanji akan mempertahankan tindakannya, mengapa perlu dia terlebih dahulu berjumpa dengan pimpinan DAP ? Lihat di sini dan sini.

13 comments:

aloya said...

Aku tak percaya minah pegi minta tolong dekat DAPigs..

Dah tentu DAPigs yang tawar diri untuk tolong amoi bodoh ni..

DAPigs pandai mencari peluang utk menonjolkan diri sebagai hero..

Bukan mcm PAShit yang serba serbi dungu...

Anonymous said...

Saya memang bersetuju dengan pandangan bahawa DAP lah yang bertanggungjawab memulakan budaya kurang ajar dan samseng dalam kalangan Masyarakat di Malaysia. Lihat sahaja buku Kit Siang...Time Bomb in Malaysia....yang jelas merendah dan memperbodohkan persefahaman yang telah dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan dahulu....

BOB MALAYA said...

betul....budaya samseng dan kurang ajar di mulakan oleh DAP kafir..sentimen kaum sentiasa diwujudkan oleh DAP untuk membuat kaum lain bertelagah..kita perlu ingat dan bersatu menentang mereka tp PAS dan PKR dah terkena nasi kangkang mereka sampai melutut mencium kaki kit siang kafir...dah tak ada akal ker?nama je pemimpin tapi lurus bendul dan bodoh mudah di permain oleh DAP sial..

Bomo Siam said...

PAS, PKR & DAP adalah salah satu 'penyampai' kpd platform perasaan ingin tahu rakyat.

Dlm keadaan era kini, rasa ingin tahu rakyat tak buleh disekat. Oleh sebab UMNU sebagai kerajaan diihat gagal menyampaikan maklumat yg sepatutnya pd rakyat. Rakyat terpaksa cari alternatif. Bila ini berlaku, ianya tentulah terlalu mustahil utk mengawalnya.

Misalnya jika si anak bertanyakan sesuatu pd kita sebagai ibubapa & dia gagal mendapat jawapan yg memuaskan, si anak akan bertanya pd org lain. Org lain tu pulak kebetulan ialah musuh kita. Apa yg akan terjadi? Adakah kita nak salahkan musuh kita tadi?

Jadi, dlm kes pijak gambaq ni, kenapa DAP disalahkan...???

...kegagalan kita sendirilah yg buatkan org benci kita. Rakyat bukannya gila utk membenci tanpa sebab...!

Bomo Siam said...

Ambil contoh peristiwa May13. Ada dua versi yg berbeza mengenai punca kejadian. Satu dari pihak pemerintah & satu lagi dari pihak bukan pemerintah.

Kedua-dua versi ini telahpun tersebar luas dikalangan rakyat.
Kedua-dua pihak pastinya mempertahankan versi masing2.

Jadi, jika kita nakkan versi kita dihormati, jgn sekat versi org lain dilayani...!

...kedua-dua versi ini patut diterjemahkan secara adil sejak dibangku sekolah lagi.
Sejarah tak boleh diubah. Namun kebenaranya boleh dipersoalkan.

Jika perkara sebegini disekat, kajadian 'pijak gambaq' pasti berulang...!!!

Anonymous said...

Kelentong zaman sekarang tak kan pi mana-mana dah.

Rakyat dah matang dan mempunyai akal Dan mata melihat sekeliling Dengan internet karang, nak cari kebenaran bukannya susah sangat. Nak ke tak hendak saje.

Jangan perbodohkan rakyat hanya kerana nak berpolitik songsang.

Agaknya siapa yang masih degil Dan buta?

Anonymous said...

Bomoh Siam tu, ko ni dah jenis manusia paling bodoh di muka dunia ni sampai bila pun ko tetap jadi manusia bodoh sampai mampos. Apalah yang ko merapu tu Bomoh Siam. Balik sekolah lah dulu baru cakap pasal sejarah 13Mei. Memang patutlah ko ni adik-beradik anjing dgn Mat Sabu..hehehehe

Anonymous said...

Aku rasa ini bukan soal rasa hormat ke rasa benci, tapi budaya samseng macam gambar kung fu yang selalu cari gaduh. Ramai juga yang benci dan meluat dengan bapa gay tetapi tak de pula yang sanggup pijak gambar dia kerana budaya samseng tidak ada di sebelah pro kerajaan. ingat penyokong kerajaan majoriti bukan penyokong PR tetapi oleh kerana samsengnya penyokong PR mereka tidak kesah melakukan perkara tersebut. PR minoriti yang perasan mereka mendapat sokongan majoriti...

Bomo Siam said...

Tak caya lagi?

Ni haa...
http://www.youtube.com/watch?v=9WX9GIEfhVw

Mmuuaahhahahaha...!!!

Anonymous said...

Bomo siam buat kacau disini plak. Almaklumlah Blog GAP dah blok dia.

Anonymous said...

Sekadar pendapat dan pandangan....Mungkin nampak mcm racist tapi inilah hakikatnya. Dalam dunia hari ini, DAP atau lebih specific kaum Cina Malaysia tak perlu halau org melayu guna penyapu lagi dah. Org Melayu sudah di halau secara terhormat keluar dari bandar2 di Malaysia. Kalau DAP memerintah di Penang mmg nampak apa yg di lakukan. Tapi yg tinggal di bawah pemerintahan BN pun tak ketinggalan di halau secara berhemah. Cuba perhati dan kaji, berapa luas tanah di bandar2 besar kepunyaan Melayu atau syarikat yg dimiliki org Melayu?? Berapa peratus pulak rumah2 atau kedai2 milik org Melayu di bandar2 ini? Rasanya sgt sedikit kepunyaa org Melayu.. selebihnya adalah kepunyaan kaum Cina tak kira apa parti sekalipun. Pada masa hadapan, org Melayu tak perlu di halau masuk hutan "seperti yg dilaungkan ketika 13 May" dgn penyapu. Hanya dgn pembangunan saja org melayu akan di halau secara terhormat tanpa boleh mengambil apa tindakan. Siapa yg salah??? Bg saya adalah org Melayu sendiri kerana org Melayu tidak pandai nak bersatu, tidak rela menolong antara satu sama lain. Hanya perpecahan yg kita nampak. Dgn UMNO, PAS, PKR yg didominasi oleh org Melayu bercakaran sesama sendiri sehingga agama di mainkan, fitnah sesama saudara seagama, saya tidak nampakorang Melayu akan gemilang. Hanya kuasa pada nama saja yg selamatkan daulat melayu tapi hakikatnya melayus sudah hilang kuasa. Memang benar seperti bait2 lagu "anak kecil main api" lagu yg saya nyanyikan 17 tahun dulu ketika kursus BTN... semuanya hampir menjadi kenyataan. Wahai pemimpin Melayu, lakukanlah sesuatu untuk bangsa Melayu.. lakukan lah untuk generasi akan datang.. lakukanlah untuk anak2 kita.. lakukan lah sesuatu untuk cucu2 kita... Wassalam

Anonymous said...

Orang yang rendah ilmunya akan mendengar dari satu dan akan menerima apa saja yg dsampaikn tanpa memikirkn hikmah atas setiap tindakan yg diambil.saya tidak mnafikn wujud penyelewengan dalam organisasi.tetapi setiap organisasi itu akan ada kepincangan..janganlah kelambu yang carik itu dibakar kerana kelambu itu lah dahulu yg mmbolehkn kita tidur nyenyak selama ini.baiki kelambu yg sedia ada..bukan membeli kelambu yg lbh mahal harganya dan kualitinya tak seberapa..fikir2 kn..

Bomo Jawa said...

Bomo ada macam2 Bomo. Nampak sangat Bomo Siam ni cari makan dengan amnbil upah dari Pak Sheik Juburi.

Pak Sheikh suruh tonggeng dia tonggeng, disuruh jilat dia jilat, disuruh calit dia calit.

Memang memalukan golongan Bomo2 se Malaysia.

Patutlah minat sangat warna kunyit, rupa2nya ada saham dalam kilang kunyit Pak Sheikh.

Teruskan, Bomo Kunyit pendapat anda memang ada kelas.